35 Malaysian Blogger Kongsi Pengalaman Temuduga

image_pdfDownloadimage_printPrint

Assalamualaikum, dalam banyak banyak tips temuduga. Maklumat yang penting yang patut cari ialah soalan temuduga itu sendiri. Kiranya apa yang ditanyakan pada orang yang datang temuduga tu. Kalau anda tahu maklumat ini, boleh kata best sangat lah.

Untuk itu, yang terbaik. Cari kawan yang pernah pergi temuduga yang anda plan nak pergi. Tanya dia macam macam. Itu pun kalau dia nak share. Sebab banyak yang tak nak share. Contoh macam kawan saya dulu, saya selalu tolong setup machine untuk product dia. Entah tiba tiba, dia masuk ada satu kilang yang saya nak sangat masuk, dan bila saya tanya dia. Macam mana dia dapat, senyap gitu je.

Memang buat kan saya rasa &&^$((&HW. Geram…

Tapi untuk anda, yang lebih suka cari jawapan di Internet. Ini peluang yang terbaik. Memang ramai blogger yang suka share pengalaman temuduga diorang. Termasuk saya. Contoh pengalaman temuduga saya dengan TNB sebelum ni.

Tapi sudah pasti tak ramai yang boleh hadam betul betul kan. Sebab bukan semua yang datang blog saya kelulusan engineering. Untuk itu, saya rancang nak kumpulkan sebanyak boleh pengalaman yang blogger kongsikan di blog diorang, paste kan disini.

Harapannya, untuk anda tak susah susah cari di Google satu persatu. Tapi untuk yang senarai ni jangan anda cari satu satu pula. Cuba tekan ‘Control F’ untuk buat carian pada jawatan yang anda nak.

Kalau tak jumpa juga, baru lah cuba cari satu satu ya.

Swasta

Oleh blogger Anak Wak Mail Tidak dinyatakan jawatan secara tepat, tapi ada 2 pengalaman temuduga swasta dan 1 pengalaman temuduga dengan kerajaan.

Si Elia dari JejariRuncing, pernah bekerja dengan CIMB + Sime Darby + OCBC Bank

Temduga Public Bank oleh Aliff Haikal dari ekaldude

Temduga SL1M CIMB oleh AcuYuhan. Selepas baca 2x post tentang SL1M,  baru saya fahamakan kewujudan dan tujuan SL1M ni. Bagus juga korang join ya..

Temuduga Kerani Admin oleh CikTom

Guru Tadika Pendidikan Islam oleh AthirahAmri

Temuduga untuk company swasta oleh Mar Mansor, tapi saya rasa macam tak jumpa nama company. Tapi yang pasti, jawatan ni macam yang level executive untuk kilang kilang besar. Bagus juga baca ni… Anyway, saya rasa ini bukan pengalaman temuduga level saya yang sekadar technician bawahan ni.

Temuduga Sebagai Interpreter Bahasa Russia oleh Saudara Ariff Shah

Pengalaman Temuduga Syarikat Swasta, Engineer oleh pari pari comel, di http://pari2cumel.blogspot.my/2010/07/pengalaman-temuduga.html

Kerajaan + Badan Kerajaan

Pengalaman Temuduga untuk Pengambilan Kadet Inspector Polis di NURKASIHSUCI

Ujian Fizikal Inspector, oleh mulut bisul

Pengalaman Temuduga JAWI oleh Blogger Duadz

Pembantu Tadbir oleh Kakak Tiri Cinderella, artikel ni sangat menarik lah bagi saya. Siap si Cinderella ni senaraikan dialog apa yang disembangkan. Boleh baca boleh baca.

Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, SPP, saya rasa ni jawatan untuk jadi Cikgu. Oleh blogger Tuan Yazid Rosly

Pengalaman temuduga untuk kursus pendidikan awal kanak kanak KEMAS oleh blogger Misz Keju

Untuk artikel dari blogger Seorang Syed ni, beliau bukan kongsikan pengalaman temuduga CIKGU. Tapi lebih kepada beberapa tips yang saya kira, bagus juga kalau saya share kat sini.

Anda boleh baca lebih lanjut di blog beliau, Tips Temuduga IPG.

Ini lagi satu pengalaman temuduga IPG yang saya baru jumpa, daripada Karimah Zulkafali dengan blog nya theonlygirl98

Pegawai Perubatan UD41 oleh Nor Ain

Temuduga Latihan Separa Perubatan oleh Blogger Sazriman

Temuduga Separa Perubatan oleh Eli

Temuduga Separa Perubatan oleh Pojie

Temuduga Separa Perubatan oleh Alieya Mustafa, Faizal Alias, saudara Khairilz

Pegawai Imegresen oleh Cik Misteri

Pengalaman Temuduga di UM dan UKM oleh Dunia Impian Fatin

Pengalaman Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) oleh Munirah Kadir , Zikri Husaini dan Cik Puan Siti dari Lemah Gemalai

Pegawai Penguatkuasa oleh Liza Razak

Penolong Pegawai Tadbir oleh blogger Bukit Besi

Temuduga Pembantu Tadbir oleh blogger Yaya

Temduga dari SPA untuk Jawatan Pembantu Tadbir oleh PIPOQ.my

Lagi temuduga SPA untuk jawatan Penolong Pegawai Perancang Bandar Gred J29 oleh Umi Zuhirah

Penolong Akauntan G27 oleh Noryda Jaafar di blog muahxmuah

LHDN + Kastam oleh Linz Kushina

Pegawai Penerangan oleh Mrs Cancer

Lain Lain

Cara SUSUN RESUME? Saya tak pernah cover yang terlalu detail tentang susunan file sijil sijil semua. Sebab benda ni simple sahaja. Tapi ada sorang blogger yang golongan cerdik pandai ( tak sangka ada blogger level master atau phd ) kongsikan pendapat.

Bagus juga kalau korang baca, dari normsuperb.com

Temuduga Mass Communication ( MassComm ) oleh Blogger EKA

UMI Sakura, saya tak pasti apa ni temuduga apa. Ye la dah peringkat sarjana sarjana ni. Saya sampai diploma je ni. Tapi cara nya macam nak minta support program latihan pun ada. Apa apa pun, tajuk artikel oleh Umi Sakura ni ialah Temuduga Program HLP ( Sarjana ).

Yang saya suka nak share ialah, Umi Sakura ni ceritakan detail setiap perbualan yang diorang bualkan masa dalam interview, anda boleh baca lebih lanjut di blog beliau, oleh umisakura

Ada blogger nama Bedaduz, saya pun tak pasti kenapa nama dia jadi macam ni. Apa apa pun, beliau ada kongsikan tips temuduga Polis yang sangat detail. Boleh baca di blog beliau, proses pemilihan inspector polis

Huh. Habis pun.

Penat aku.

Eh kalau anda ada apa apa untuk share, apa nak tahu tentang alam pekerjaan. Jangan lupa contact saya ya. Yang terbaik tinggalkan di komen bawah ni. Nanti saya akan link kan ke mana blogger lain yang buat. Atau pun, kalau saya tak jumpa. Saya akan buatkan post baru untuk anda, tapi memang makan masa sikit lah ye dek.

Untuk sapa sapa yang skip bacaan terus sampai ke hujung bawah ni. kalau anda scroll up balik atas. Tak perlu baca semua pun. Hanya control F, dan search keyword yang korang nak tahu. Tapi jangan tulis penuh perkataan yang nak dicari tu. takut takut apa yang saya tulis tak sama macam apa yang anda tulis.

Nanti terus kata saya tak cover pula.

So kalau nak tulis, mechanical mahu pun mekanikal untuk bahasa melayunya, gunalah perkataan macam ‘mecha’ atau ‘meka’. Dan search search next next sahaja.

Tapi kalau mobile user macam mana pula nak control F?

Caranya, click pada button menu browser Chrome (kalau guna chrome juga lah) di bahagian paling atas. Contoh macam gambar bawah ni.

Lepas tu, akan ada menu menu lain yang keluar lah. Anda pilih ‘find in page’.

Dan boleh lah tulis apa nak cari.

Alright…itu sahaja.

Minta tinggalkan komen sikit di bawah…

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

2 comments On 35 Malaysian Blogger Kongsi Pengalaman Temuduga

Leave a Reply to Husna Cancel Reply

Your email address will not be published.

Site Footer