+7 Kelebihan Kad Kredit

Bila ada yang nak cari kelebihan kalau menggunakankad kredit ni, mesti ada juga yang terfikir kad kredit hanya menambahkan sesak nafas belanjawan anda sahaja. Biasa lah orang kita, macam PTPTN.

Bila baru dapat duit, tengah berbelanja, langsung tak ingat yang diri tu tengah berhutang. Tapi bila dah menanggung beban atas boros belanjawan sendiri. Mula lah nak salah kan orang lain pula.

Lebih kurang sama macam kad kredit juga, kalau tak boleh kawal belanja, jangan pakai. Dan kalau pakai juga, bila dah berhutang, jangan salahkan outstanding anda yang sudah hampir limit. Itu sebab penting untuk rancang perbelanjaan kad kredit anda. Guna bila perlu, dan guna bila anda tahu akan kelebihan nya.

InsyaAllah dalam article ini saya akan kongsikan beberapa kelebihan yang saya tahu hasil daripada pembacaan dan pengetahuan saya.

INGAT!!! Apa yang anda baca ni, mungkin tiada tersenarai sebagai kelebihan pada kad kredit yang anda pakai sekarang. Kalau anda rasakan salah satu kelebihan yang saya senarai ni bagus dan memang perlu untuk anda, boleh lah tukar ke kad kredit lain.

Balance Transfer

Bila saya cakap tukar ke kad kredit lain tu, mesti ada yang terfikir. Macam mana nak tukar kalau di dalam kad kredit yang anda ada sekarang masih lag ada outstanding. TIADA MASALAH, sebab kebanyakan kad kredit provider ini diorang bagi untuk anda buat balance transfer. So, cari lah mana interest rate yang lebih rendah dan juga cas balance transfer yang tak tinggi. Dan tukar kad kredit lain, andai kata anda tersalah pilih. Atau pun kelebihan yang ada pada kad kredit yang anda guna sekarang bukan lagi jadi perkara penting untuk anda.

Lebih Mudah

Biasalah, bila bank buat anda lebih mudah untuk berbelanja. Lebih mudah la untuk anda bayar balik, dan lebih mudah la bank nak untung. Tapi jangan kata bank jahat juga, sebab kebiasaan kad kredit akan beri tempoh bayar balik tanpa ada cas. Seperti contoh, CIMB, anda mesti bayar dalam 15 hingga 20 untuk elakkan daripada terkena cas.

Zero Kos Loan

Ini lebih kurang macam faktor lebih mudah di atas tadi. Andai kata anda perlukan duit dengan banyak pada waktu yang singkat. Kiraya, lagi 1 minggu nak gaji, tapi anda perlukan 2 ribu sekarang juga. Boleh sahaja guna kad kredit, nanti bila sudah dapat gaji boleh sahaja bayar semula RM 2 000 tadi tanpa perlu ada cas pun, tapi mesti bayar sebelum 20 hari lah. Ada kad kredit yang 15 hari juga kalau tak silap.

Atau pun, tiba tiba ada sale ke, memang rugi kalau terlepas peluang kan.

Andai kata anda tak nak bayar lagi? Itu pun bukan satu masalah. Kalau tak silap saya, ikut kan pengalaman pengguna kad kredit CIMB Platinum saya ni, kalau 2 000 outstanding, rasanya saya perlu bayar minima dalam RM 100 sahaja hujung bulan.

Tapi yang penting, at least bayar lah yang minima tu, nanti nama anda akan ada rekod buruk di bank negara pula.

Jangan miss ya. Tak silap saya, kalau anda termiss satu payment, status pembayaran anda bulan itu akan jadi 1. Kiranya 1 bulan lewat bayar.

Andai kata anda nak buat loan lain, takut tak lepas sebab kan no 1 tadi.

Statement c cris tu lebih kurang macam ni. Katakan anda ada outstanding RM 2000

Lebih kurang macam ini lah kalau anda print out statement bank negara anda nanti.

Kalau yang atas tu, setiap bulan 0 0 0 ok lah. Tiada masalah.

Tapi kalau ada 1 macam di bawah…

Tengok bulan Januari, ada nilai 1 kan.

Ini ibaratnya, anda telah lewat satu bulan ikut pada jadual pembayaran. kadang kadang kalau nak buat loan, kemungkinan bank tidak akan bagi lepas sebabkan value satu tu. So, diorang akan cakap, tunggu lagi 6 bulan. Kiranya 6 kali jumpa ‘0’ dalam bank negara statement ni.

Tak silap saya lah, sebab saya ada pernah dengar benda ni dulu. Sekarang tak pasti. Sila update saya ya mana yang tahu.

Nak statement bank negara tu, kalau memang bank negara nya jauh. Boleh sahaja print out daripad AKPK, nanti mereka akan minta IC untuk registration.

Rekod kewangan anda.

Biasa kalau kita guna cash money, kadang kadang tak pasti macam mana lah duit di dompet boleh kurang. Tapi dengan kad kredit, segala perbelanjaan anda akan direkod. Jadi lebih mudah untuk track dan nilai mana perbelanjaan anda yang tak perlu.

Buktikan Kebolehan Anda.

Untuk faktor ni, saya tak pasti tajuk buktikan kebolehan anda ni betul atau tidak. Rasa macam tidak tepat sahaja, tapi apa yang pasti. Tujuan saya nak cakap ialah, katakan anda ada kad kredit, dan kad kredit anda semua nya clean bersih. Bayar cantik. Tiada lewat lewat. Anda guna 1000 anda bayar 1000. Kiranya cantik lah bertahun tahun.

Bila ni boleh dicapai, nanti anda akan dapat kelebihan lain lagi. Contoh macam nak buat loan rumah atau kereta bukan sikit. Tapi sebabkan bank tengok anda memang tiada masalah kalau nak bayar hutang. So rekod anda pun baik, maka untuk lulus permohonan pinjaman anda tu akan lebih mudah.

Tak perlu bawa cash.

Ini pun bagus juga. Feature yang paling saya suka. Memang tak perlu nak cucuk sahaja memanjang. Saya rasa, bila saya cucuk duit, kebanyakan guna untuk makan sahaja.

Kalau anda terfikir, nanti kena rompak macam mana, sebab kad kredit ni memang swap sahaja. Kalau dah betul betul kena rompak, cepat cepat lah call bank, off kan kad kredit anda tu. Habis cerita.

Earn while you spend.

Ini pun feature paling saya suka juga. Walaupun agak lambat nak tunggu banyak. Tapi at least perbelanjaan kita tu ada lah pulangannya, daripada tiada lansung kan.

Antaranya.

  1. Anda boleh dapat cashback
  2. Anda boleh dapat rewards untuk claim apa apa, rewards atau pun mungkin points ni ada sesetengah kad kredit yang boleh pula buat kan feature untuk tukar kan points ini kepada cash.
  3. Mana yang suka isi minyak guna kad kredit lagi bagus.
  4. Tengok sahaja LAZADA, harga akan lebih rendah kalau guna kad kredit.
  5. Dan macam macam lagi.

Baik lah, itu sahaja, jadi bagaimana? Kad kredit anda ada semua ini tak?

The following two tabs change content below.
Saya tahu, bukan nak senang nak cari kerja. Tp sangat senang kalau anda tahu cara nya. Itu sebab saya sediakan SayaShare ni. Untuk berkongsi kenapa saya cakap ia tak sesukar yang anda sangkakan. Kenali saya di Biodata Saya, dan 7 tahun pengalaman kerja saya. Untuk apa masalah, boleh contact saya di sini, atau tinggalkan comment di bawah… InsyaAllah saya akan reply

14 thoughts on “+7 Kelebihan Kad Kredit

  1. Bagus sekali cara tuan menulis dan menerangkan tentang kredit kad.
    Saya ingin mintak pendapat tuan sebagai pengguna kredit kad dari CIMB.
    Baru-baru ini CIMB ada menawarkan 2 kad kredit semasa saya membuat laporan masalah ATM. Melalui perbualan telefon tersebut, katanya CIMB berbesar hati mahu menghantar 2 kredit kad ke alamat rumah dan saya pun bersetuju.
    Maka sampailah 2 keping kredit kad tersebut di rumah dan sehingga kini saya masih belum mengaktifkan kad tersebut.
    Kad kredit yang saya terima ialah CIMB Cash Rebate Platinum Mastercard dan CIMB Petronas Mastercard.
    Perlukah saya aktifkan kedua-dua kad tersebut?
    Buat masa ini memang tiada keperluan pada saya kredit kad ini dan saya bercadang untuk kegunaan isteri saja bila dia bekerja luar kawasan.
    Saya masih berbelah bagi untuk guna kemudahan kredit kad kerana bimbang menjadi satu bebanan.

    1. Wasalam Pak Cik…
      Kalau lah saya. walaupun saya duk rekemen penggunaan kad kredit. Saya sendiri tak berani ada lebih dari satu. Sekarang saya ada satu sahaja, sama macam salah satu yang Pak Cik dapat, CIMB Cash Rebate Platinum Mastercard. Kalau tak silap lah, malas nak tengok dompet ni..

      Saya cadang satu dahulu kot. kalau boleh control dan memang bantu memudahkan. Buat lagi satu.

      Untuk mana satu yang patut piihan utama, tanya sendiri PakCik atau Isteri paling perlu yang mana satu.

      Masing masing ada kelebihan nya.

      Yang ni untuk CIMB Cash Rebate Platinum Mastercard
      https://www.imoney.my/credit-card/cimb/cash-rebate-platinum

      tengok level points per 10 dari Imoney, nampak lebih benefit kat shopping. Untuk petrol lebih kurang dalam 5.5/10

      untuk, CIMB Petronas Mastercard
      https://www.imoney.my/credit-card/cimb/petronas-platinum
      untuk petrol 6.17/10 sahaja.

      Mungkin try apply CIMB Cash Rebate Platinum Mastercard

      Bila dah apply, jangan guna sahaja macam saya dulu.

      Mesti ambil tau benefitnya juga. contoh macam beli kat lazada dapat promotion tak, pergi tengok wayang dapat free seat tak. pergi shopping points tu kalau kumpul kumpul dapat apa pula..

      hah lebih kurang macam tu…

    2. salam…
      Pak cik saya sama mcm pak cik Baru-baru ini CIMB ada menawarkan kad kredit semasa saya membuat laporan masalah
      transfer cimb clicks. Kad kredit yang saya terima ialah CIMB Cash Rebate Platinum Mastercard.
      en. syedshaff boleh terang cara cara bayaran kad kredit macam mana sbb sy memang tk penah pakai kad kredit ni. saya hanya nk simpan sbb penah sekali sy nk cucuk duit kt ATM dh kehabisan duit masa tu sy memang dh hais duit dekat tangan.

      1. saya bayar guna CIMBClick je. pilih myaccount > select credit cards > kat sini..kita akan nampak brapa yang kita hutang.

        bila kita nak bayar, ada jumlah minimum yang mesti kene bayar..atau pun bayar je brapa yang nak janji lebih dari minima…

  2. Salam saya nak tak berapa faham berkenaan Payable Facilities Charges bagi kredit kad cimb islamik petronas kerana dalam statement saya tiap2 bulan ada cas ini.

          1. Ok, macam memang tiap2 bulan dia cas. Jika nak tukar ke kad maybank islamik ikwan apakah kelebihan atau samaje dengan cimb ni cas dia.

            Mohon pendapat.

            Tq.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *