Apa point nak letak bila buat resume

Banyak juga point yang saya ubah tambah tukar edit update dalam blog ni.

Post ni antara satunya,

Untuk post yang lain saya senaraikan di bahagian bawah sekali ya. Nanti lama lama saya akan kumpulkan jadi satu page sahaja. Tengah duk sibuk buat artikel dan bagi blog saya ni nampak cantik sikit dulu.

berbalik kepada motif pertama…

Tadi saya terbaca satu article dari Monster.com, website ni kiranya macam jobstreet juga lah. Tapi diorang ni lebih rajin buat article sebagai guideline untuk kita. Tak macam Jobstreet yang hanya duk post jawatan kosong sahaja. Untuk tips tips cari kerja diorang tak berapa nak beri tips sangat.

So ada juga saya rujuk daripada article monster untuk dapatkan sesetengah data kerjaya yang sememangnya tak mampu untuk saya dapatkan.

Dan tengah belek belek.

Terjumpa ayat..

‘Employer nak tahu kebolehan apa yang anda mampu buat, bukannya berapa lama anda masih lagi boleh hidup’

Terasa juga lah lawaknya di situ.

Article tu, monster ada kongsikan perkara yang tak sepatutnya anda letak dalam resume. Saya ada share tentang topik ni di, jangan letak benda ni dalam resume”.

Untuk yang sekarang ni, perkara perkara yang MESTI anda letak dulu ya.

Alright, kalau tiada apa apa, kita mula lah ya.

Eh lagi satu, di bawah ni tak tersusun ya. Pandai pandai lah anda rangkanya nanti. Dan tak semestinya anda mesti taruh semuanya juga dalam resume ni. Jadi essay pulak.

  1. Contact information

Macam biasa lah, letak no tel bimbit, tel umah. Email.

Email tu jangan lah yang bunyi pelek pelek, buat ianya profesional. tak ada dah nak cutegirl88@gmail semua tu.

  1. References

Ini bahagian yang PALINGGGGGGGGGGG penting tau.

Eh bukan lah palingg penting. Ada lagi la yang penting. Dan ini adalah antara salah satu nya.

Tujuan nya bukan apa, kalau anda duk gebang macam mana pun cerita dalam resume, atau pun masa interview. Akhirnya sekali mesti lah lebih baik kalau anda bukti kan.

Macam saya sendiri, setiap company yang saya kerja. Mana bos bos yang saya kira rapat lah dengan saya. Saya akan simpan contact number diorang dan letak dalam resume sebagai refferences.

Dan ayat yang biasa saya guna,

“ kalau nak dapatkan lebih kepastikan, boleh contact mereka ni, sebab saya kerja rapat dengan diorang’. Contohnya lah.

Dan saya juga suka letak macam description sikit untuk setiap references tu.

Seperti contoh

contoh-references-dalam-resume

Di atas ni adalah exact referrence dari resume saya.

Perhatikan bahagian relation tu. Ayatnya

“ Work as assistant enginer, I get most of duty plan and instruction every day from him “

Ayat ni ibaratnya, nak buatkan si employer boleh contact AE ni untuk kenal saya dengan lebih lanjut. Rajin ke tak saya ni.

  1. Pengalaman Kerja

Kalau company anda kerja tu tak berapa nak popular, elok juga letak macam description tentang company tu. Berapa perkerja yang ada. Apa product diorang semua.

  1. Kebolehan/skills

Yang ini bahagian yang macam tahu guna computer ke tak.

  1. Active bersukan atau tidak

Bahagian ni company memang suka kalau anda aktif.

  1. Perkataan yang sama di iklan job requirement

Ini tips mahal ni, anda gunakan exact keyword yang company guna di job advertisement. Benda ni bukan apa memudahkan lah untuk company tu di grab attention dengan apa yang diorang mahu kan. Buat ni ya, penting sangat.

Dalam bahagian saya kongsi cara buat resume, memang ada beri focus sangat tentang ni.

  1. Accomplishment/kejayaan

Contoh kejayaan.

Seperti nya mungkin anda ada buat projek di kilang lama ke. Dalam proses nak cuba improve kan sesuatu benda tu kan. So buat lah satu summary tentang ni juga.

  1. Personal statement

Personal statement lebih kepada moto anda sendiri. Kiranya apa yang anda harapkan.

Benda ni menunjukkan macam anda ni jujur sikit.

  1. Education/Training

  2. Certificate, Atau Apa Sahaja Related Pencapaian Kalau Ada

Mungkin juga anda ada join program seperti Niosh contohnya. Mahal kos ni kan kalau nak ambil. So sumbat lah sekali di bahagian ni.

  1. Additional Skills

Mungkin ada related skills yang lain ker.

  1. CGPA

Kalau company tu memang focus pada CGPA kan, boleh lah letak. Tapi kalau tak, dan CGPA anda pun rendah, simpan je lah hasrat tu.

  1. Minat

Apa yang anda minat ya, bukan pasaraya Minat.

Seperti contoh, anda suka kerja dengan mesin ke. Ayat ni suai lah untuk technician.

  1. Social media link

Ada satu kajian, saya tak pasti siapa yang buat. Tapi saya dapat maklumat ni daripada Linkedin.

Dan salah satu faktanya ialah, employer ni suka kalau anda active Facebook. Kiranya nampak lah sikit macam tak berapa nak katak dalam tempurung tu kan. Macam saya. Facebook saya memang bersawang.

The following two tabs change content below.
Saya dah bekerja lebih 7 tahun. Rasanya elok benar kalau saya share, tips temuduga dan kewangan akan susah payah nya kehidupan di dunia yang sementara ni. Sila tinggalkan comment di bawah untuk sebarang pertanyaan... Nanti saya akan reply...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *