The Best Lifestyle Ever

image_pdfDownloadimage_printPrint

Bila kita hidup kat dunia ni apa yang paling utama sebenarnya?

Adakah sebab jawatan?

Adakah sebab gaji yang banyak?

Adakah sebab mesti ada kereta untuk mudah bawa keluarga?

Mesti ada motor yang mudah untuk g pasar?

Tak kan? Sebagai orang Islam, ada lagi yang lebih penting dari semua ini iaitu kehidupan di akhirat.

Syurga ke neraka kita masuk ni?

Jangan terlampau mengejar dunia, nak pangkat besar, nak gaji besar, nak kereta import, nak rumah lawa, nak isteri cantik, isteri orang pun nak, nak itu nak ini yang semuanya memang total untuk dunia.

Kebahagian dunia sahaja..

Ingat lah, kita hidup didunia ni sangat sangat sementara sahaja. Banding dengan di akhirat. Memang lah satu hari nanti, kita akan masuk syurga juga sebab kita masih lagi Islam. Tapi masalahnya nak menanggung azab dineraka tu siapa sanggup?

Baru baru ni, tular satu kes bunuh di Pam Minyak kat Johor, sorang laki kene bunuh + pukul + tikam lagi sebab melawan masuk kereta. Lepas tu dilanggar pulak dengan kereta 2x. sampai termasuk bawah kereta. Dan bila kereta tu bergerak, kita akan nampak badan orang yang kena langga tu berpusing nak menunjuk badannya sudah digilis. Dan memang mangsa mati.

Orang sekililing rasa apa?

Kejam? Takut?

Tahu tak? Bila kita masuk neraka apa yang malaikat buat kat kita? Besi masuk ikut mulut keluar ikut lubang dubur tao.. MasyaAllah, siapa yang sanggup tahan ni. Kat mana amalan kita sekarang ni, mampu ka kita masuk syurga.

Hukuman paling ringan pun bila dipakaikan kasut terompah dari neraka, menggelegak isi otak.

Macam mana ni? Macam mana kita nak hadapi ni?

Tiada siapa yang sanggup.

Anak bini kita kena pula macam mana.

Itu sebab tugas suami, bukan sekadar nak zahirkan rezeki batin sahaja. Tapi yang paling utama ialah bawa semua ahli keluarga masuk syurga.

Tapi…

Bukan maksud saya

Beli kereta mewah tu salah

Beli motor itu salah.

Ada rumah itu salah..

Gaji besar itu salah, pangkat besar itu salah..Dunia itu salah…

Cuma jangan jadikan ia yang paling utama. Jangan fikir, wah aku mesti dapat kan gaji yang besar. Aku mesti nak kaya..

Ini yang salah

Sebaliknya, cuba fikir aku kaya, nak cari duit lebih supaya aku lebih mudah mencari pahala. Kalau orang lebih memerlukan aku boleh bagi.

Ini yang kita nak.

Masa pun, jangan terbuang begitu sahaja.

Kita solat berapa kerat ayat yang kita faham? Bismillah sahaja?

Cuma cari makna duduk antara dua sujud, dan faham kan. Punya lah besar maknanya, punya lah rendah diri ucapan nya pada Allah. Tapi berapa ramai kita yang ucap sambil ngantuk sahaja?

Berapa ramai dari kita yang bila diucap langsung tiada apa. Seolah olah kata kata biasa sahaja.

Cuba faham bahasa arab. Cuba selami sejarah, para anbia. Sahabat sahabat nabi.

Masa zaman rasullullah dulu, pernah ada satu Yahudi ni menganggu seorang perempuan Islam di pasar yang turut juga menjual barang di pasar yang sama. Bila Yahudi ni ganggu dengan mengikat kainnya kalau tak silap saya. Terlucut lah sikit pakaiannya.

Masa tu si perempuan ni jerit minta tolong. Tapi pasar tu pasar Yahudi. Orang islam kurang.

Nak dijadikan cerita ada satu orang hamba Allah yang turut beragama Islam.

Dia datang, dan dia pukul laki Yahudi ni sampai mati.

Dan akhirnya Laki islam ini pula mati dipukul oleh orang Yahudi di pasar tu.

Bila peristiwa ini sampai ke Rasullullah tahu apa Rasulluah buat apa?

Korang mesti terkejut. Siapa yang tak tahu kisah ini, cuba cuba lah cari.

Moralnya, bagaimana jaga dan sensitifnya Rasulluah terhadap Islam. Tapi kita sekarang? Apa yang berlaku di Palestin kita langsung tiada rasa apa apa. Tak ada setitis sedih pun kita rasa.

Saya bukan pandai sangat cakap agama. Cukup sekadar apa yang saya boleh faham kan isteri saya sudah cukup memadai..

Mana yang berlagak kuat, sombong angkuh. Cuba tengok cara Saidina Umar pimpin Islam dulu. masyaAllah, sangat lah menabjubkan. Tapi kita? Baru sikit dah berlagak.

Nabi Isa pernah tumbuk Malaikat sebab nak tarik nyawa dia? Kita tumbuh budak form 4 pun dah berlagak. Kononnya samseng. MasyaAllah..kita ni teruk, kalau esok kiamat. Kita semua confirm masuk neraka tau…

Kita kena banyak dengar kisah sahabat, baru ego dan rasa rendah diri tu ada..InsyaAllah

Saya bukan nak nasihat kan siapa, siapa lah saya. Saya bukan ustaz, tapi insyaAllah ia sesuatu yang kita semua kena ingat ingat kan…

Jangan kehidupan dan kesibukan dunia menganggu amalan yang kita nak kumpul bawa keakhirat..

Assalamualaikum…

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer