Cara Nak Buat Duit Online Tanpa Modal

image_pdfDownloadimage_printPrint

Nak berniaga, tapi tak nak keluar duit ya!!!

Jap saya fikir cara nya..

Sebab saya kan, belanja beratus ratus juga. dan 2016. Belanja dekat 2 ribu untuk bisnes sampingan saya sahaja. Bagi saya, kalau keluar duit ni, bukannya membazir. Tapi ia sebagai batu loncatan untuk buatkan saya lebih rajin..

Tapi tak apa, saya fikir kan juga untuk anda buat duit, tapi tanpa keluarkan modal.

  1. Guna website free macam blogspot

Untuk siapa siapa yang belajar bisnes intenet macam saya, memang saya tak galakkan untuk guna blogspot. So saya nak diorang guna self hosted guna nama website sendiri. Macam yang saya buat dekat saya share dot com ni.

Sampai kan saya langsung tak cover cara guna blogspot lah senang cerita. Punya lah nak bagi tahu bagus nya kalau guna website nama sendiri. Tapi kalau anda masih lagi enggan. Kedekut sangat nak belanja RM 200 dalam setahun. Boleh la guna blogspot..

Tapi, percaya lah cakap saya. insyaAllah lepas 6 bulan. Korang akan dapat lebih dari RM 200 tu tau. InsyaAllah, tengok pada rezeki juga kan..

  1. Tolong jual produk orang.

Mesti kenal Datuk Alif Terlajak Laris kan? Kalau tak ada agen nya, tak ada le dia kaya macam sekarang. So korang jadi agen macam agen agen datok alif. insyaAllah boleh buat duit juga. nasihatnya, jangan duk pulun produk sudah gilang gemilang sangat. Sebaliknya anda focus produk yang masih lagi tak popular. Potensinya agak baik juga..

  1. Belajar marketing sikit kat blog..

Banyak je blogger atau website owners yang bagi maklumat free. Antaranya kepentingan Hallow Effect.

Apa itu hallow effect? Hallow effect ialah macam penjual nya wanita cute, comel banding dengan bam bam bulat. Mana lagi kita nak beli? Mesti lah yang cute tu kan. Sebab ia gunakan teknik marketing hallo effect. Ada banyak lagi step step marketing ni. Semuanya sudah dibuktikan menjadi. Cuma perlu belajar dan praktik kan sahaja. Dan sebab kan korang nak benda ni free. Boleh lah browse internet satu persatu..

  1. Buat servis anda sendiri

Saya ni, dari dulu sampai sekarang. Memang ada keluarkan servis sendiri. Semua nya atas kepakaran saya lah. Jadi kan servis untuk bantu orang lain. So korang pun boleh sahaja buat macam ni juga. cuba cungkil bakat tu, apa yang anda boleh offer pada orang lain dan jadi kan sebagai upahan. Contoh macam, pandai guna photoshop ke.  Boleh buat artikel bahasa inggeris ke. Macam macam lagi, kalau blur nak buat servis apa. Boleh rujuk kat gedung macam Fiverr.com

  1. Join program yang memang sudah ramai traffik

Macam Fiverr. Fiverr ni memang banyak traffik orang yang nak cari servis dengan murah. Korang join fiverr dan cuba ketengahkan korang punya speciality di sana. Ada banyak lagi selain fiverr.

Contoh macam

Odesk

Peopleperhour

Freelancer.com dan macam macam lagi…kiranya korang ni bergerak sebagai freelancer lah..

  1. Nombor 6? Sudah lah tu..

Kalau nak ikutkan ada lagi yang boleh kita buat duit online tanpa modal. Tapi cukup lah setakat ni. Saya nak tunggu korang tanya pula. Mungkin korang tanya, dan saya akan kongsikan pendapat saya, boleh ke tak buat duit dengan modal idea korang tu..

 

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer