Cara Buat Resume Baru Saya

image_pdfDownloadimage_printPrint

Perlukah Follow Format Resume Untuk Mohon Kerja?

Saya nak cakap tak perlu ikut format resume pun tak boleh juga, sebab MEMANG TIADA FORMAT pun.

Sepanjang pengalaman saya buat resume, tiada siapa pun yang ada specifykan perkara atau pun point yang kita perlu letak dalam resume.

Yang ada pun, duk cakap kalau buat resume, pastikan jangan sampai 3 helai. Hah kalau yang ini memang ada. Tapi bagi saya, kalau nak hadkan resume kepada 2 helai sahaja pun sudah tidak relevan. Kalau anda banyak kebolehan nak dibagitahu, nak dibuktikan pada jawatan kosong yang anda minta, kenapa tak isi lebih sikit kan.

Dan saya sendiri.

Untuk point point yang tertentu, hanya letak bila saya rasa nak letak, atau pun tak letak sebab saya tak rasa ia perlu dan related dengan kebolehan saya.

Contoh macam jawatan kosong untuk KERANI…

Perasankan, antara bahagian yang paling biasa orang letak dalam resume ialah ” Computer Competency “, kiranya nak bagi tahu kemahiran komputer cukup A sangat lah ni.

Untuk yang memang kerja seperti Kerani, memang la perlu letak, sebab ia ada kena mengena dengan menaip semua.

Tapi kalau anda nak apply kerja bahagian operator, yang mungkin lebih banyak main dengan machine. Mungkin tak perlu lah anda beri fokus pada IT. Mungkin lebih beri focus pada anda ni rajin kerja lebih masa. Mahir menggunakan mesin, welding contohnya.

So lebih sesuai letakkan point yang pengalaman anda buat kerja amali amali gitu contohnya.

Saya pun macam ni, lebih kepada kebolehan kita yang juga bergantung kepada apa yang company atau employer mahukan. ( saya akan sediakan video tentang ini nanti, senang sikit anda faham )

Alright?

Panjang juga introduction nya tu.

Sekarang saya nak share apa points yang biasa diletakkan dalam resume. Untuk susunannya anda tak perlu lah kesah sangat.

Contoh macam kawan saya dulu, kelam kabut betul dengan susunan resume tu. Mana satu nak didahulukan, sijil spm atau sijil bola atau apa apa lah.

Bagi saya lah kan, orang macam ni saya memang meluat. Kononnya macam nak teliti sangat.

Asal dia baca sudah lah…

So, kalau anda susun berdasarkan point satu persatu yang listkan di bawah ini pun sudah cukup memadai. Tapi yang pasti, biar lah ada cronologynya sikit. Supaya dia dapat kenal kita satu persatu.

Hah penting juga tu, supaya dapat kenal kita satu per satu, peringkat by peringkat.

Contoh di bahagian pengalaman, katakan ada 3 pengalaman kerja. Ramai yang akan buatkan pengalaman latest atau terkini paling atas.

Tapi bagi saya lebih elok kalau di bawah. Bagi dia kenal kita secara berturutan.

  1. Pengenalan ( biodata sikit )
  2. Contact details
  3. Career objective
  4. Education
  5. Final year project ( ini bahagian paling penting kalau anda fresh graduate )
  6. Practical training experience ( ini bahagian paling penting, tapi kalau tak gempaq, tak ada hal )
  7. Achivements ( ini bahagian paling penting )
  8. Skills ( ini bahagian paling penting )
  9. Pengalaman kerja ( ini bahagian paling penting )
  10. Computer literacy
  11. Language skills
  12. Estimated salary
  13. Hobi
  14. References ( ini bahagian paling penting )

Untuk Rujukan Format Yang Lebih Jelas..

Resume ini saya ada bahagikan kepada 2 bahagian.

Pertama untuk anda yang fresh graduates.

Yang kedua untuk mana yang sudah ada pengalaman kerja.

Perlu untuk saya bahagikan sebab kedua kedua ni. Sebab ada part part yang anda tak best, so saya terpaksa cungkilkan lebih sikit dibahagian yang lain untuk buktikan yang anda boleh.

Maksud part part anda yang tak best tu ialah :

katakan anda fresh graduate. Agak agak, boleh tak minta kerja yang berpengalaman? macam susah kan. Memang susah, sebab company nak yang ada pengalaman. Tapi kita tetap juga nak kerja kan. So part part yang best itu lah maksud saya di sini, kita akan kupas dan tacle seboleh boleh untuk dapatkan keyakinan diorang.

Lagi sekali, berbalik kepada objective article kita ni.

Tiada langsung siapa pun yang tegaskan pada saya untuk letakkan apa apa pada resume sepanjang lebih 7 tahun saya kerja. Dah berapa resume saya buat, dah lebih berapa company saya lompat. Dan berapa ganda gaji saya sejak dari habis Diploma. Semuanya tiada point point yang tertentu. Hanya bergantung kepada kehendak company dan kebolehan yang anda mampu bagi sahaja.

Lagi sekali saya ulang, sebab ayat ini penting. Asalkan ia ada kena mengena dengan kebolehan yang anda ada atau pun kebolehan yang company mahukan, baru anda letak.

Kalau tak perlu, tak letak, takut resume anda panjang daripada apa yang saya cadangkan pula. Tambah lagi kalau kalau letak menunjukkan anda ni sengal. Lagi la tak perlu letak.

Contoh macam pointer saya yang tak sampai 3 pun. Memang saya tak letak dalam resume. Saya juga dulu, pernah kena buang lepas kerja 5 bulan dekat satu company ni, memang saya tak letak juga.

Untuk permulaan, anda boleh rujuk point atas ini untuk buat resume. Nanti ada masa insyaAllah, saya akan rekod satu video untuk terangkan cara buat resume yang betul.

Apa apa pun, boleh rujuk cara untuk perkenalkan diri semasa interview di sini.

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer