Cara Kira OT – Berapa OT Sejam Basic 1000?

Salam, Baru baru ini wife ada mintakan saya untuk kira gaji kenalannya. Mula mula saya rasa macam tak akan betul tekaan saya sebab kiraan gaji setiap kilang atau tempat kerja itu lain. Lagi pula tambah dengan jumlah elaun yang lain.

Untuk cara kira gaji kilang saya sendiri pun saya tak tahu bagaimana formula itu di buat. Cuma diberikan satu rumus atau persamaan, dan setiap bulan, setiap kali saya nak kira gaji, persamaan itu yang saya guna.


Attention Please

Saya dalam proses tengah rekod 1 video panjang lebar, cara saya buat resume. Prinsip dan cara ini yang saya guna dalam berapa banyak pengalaman kerja kilang yang saya duk keluar masuk selang 2 tahun.

Korang nak tahu macam mana? boleh masukkan nama yang mak anda bagi dengan email di bawah. Nanti bila video tu dah siap, saya akan hantarkan. Saja nak tengok permintaannya dahulu. Due datenya 4 September 2017. Leh tak? Sebab saya nak kena balik jumpa wife dulu..Kesian dia..Kesian saya juga, pasangan PJJ…

Apa apa pun, boleh masukkan nama dan email dahulu di bawah…


Untuk pertanyaan yang wife saya minta, dia ada berikan beberapa maklumat asas untuk saya mula kira berapa. Antaranya:

  • Gaji pokok : RM 1 200
  • OT setiap hari kerja 2 jam
  • Elaun: RM 100
  • Hari Bekerja : 26 hari

Maklumat ini tidak cukup, saya kurang lagi satu maklumat, iaitu berapa jam kerja dalam satu hari. Wife saya cakap 8 jam.

Dan pengiraan nya:

Mula mula kita kira berapa OT untuk satu jam.

( Basic / 26 hari ) bahagi ( 8 jam ) = Gaji Untuk 1 jam

1 jam ini pula darab dengan 1.5 sebab itu normal rate. Macam kilang saya ada yang 2.0, ada yang 3.0 pun. 2.0 ni biasa public lah, dia akan kira double.

So untuk pengiraan di atas.

( 1200 / 26 ) bahagi ( 8 jam ) = RM 5.769

RM 5.769 x 1.5 = RM 8.635 ( ini adalah rate OT untuk satu jam )

Tadi rate OT di atas ada 2 jam untuk satu hari kan?

So dalam sebulan, ada 26 hari bekerja. Dalam 26 hari bekerja akan ada 52 jam ot (26 hari x 2 jam)

52 jam OT x rate OT 1.5 = 52 x RM 8.635 = RM 449.02

Dan total nya

RM 1200 + Rm 449.02 + RM 100 (elaun) = RM 1749.02

Saya reply la wasap wife saya dengan RM 1749.02, dan wife saya pula tiba tiba hantar snap berapa gaji yang kilang itu kirakan. Jawapannya lari dalam 4 ringgit daripada apa yang saya kira iaitu RM 1745

Tak pasti lah, cara kilang itu kira. Tapi yang pasti, lebih kurang dekat juga kan.

Cara Kira Gaji Saya Pula

Cara kira gaji saya pelek sikit.

Begini

( Basic + Elaun ) x 12/2184 = Kadar OT Satu Jam

Lepas tu darab macam biasa dengan 1.5 atau 2.0 ikut pada hari saya bekerja.

Seperti contoh.

Basic saya RM 2k

[( RM 2000 + RM 340 ) x  12 ] / 2184) = RM 12.857 (untuk rate 1 jam)

Darab 1.5 akan jadi: RM 19.28

Kebiasaannya, saya akan target OT 80 jam.

So 19.28 x 80 = RM 1542

Maka

RM 2000 + RM 340 + RM 1542 = RM 3882.00

Oh ya, minus 11 percent ya untuk KWSP.

RM 3882.00 ini baru saya kira kalau kesemua 80 jam yang saya OT adalah rate untuk 1.5. kebiasaanya, rate 2.0 akan ada lebih kurang dalam 30%. Bergantung juga. Tapi lebih kurang dalam 30%.

Sekarang saya ambil kira kalau 30 jam adalah rate 2.0. selebihnya 50 jam adalah untuk 1.5

Rate untuk 1.5 = RM 19.28

Rate untuk 2.0 = RM 12.857 x 2.0 = RM 25.714

Makanya….

25.714 x 30 = RM 771.42

19.28 x 50 = RM 964

Total: RM 1735.42 ( baru jumlah OT )

Dan totalnya,

RM 2000 + RM 340 + RM 1735 = RM 4075 (nanti tolak 11% sendiri)

Dan untuk basic gaji RM 1000 pula

Untuk anda yang gaji RM 1000, berapa pula jumlah OT ialah, anda perlukan maklumat di bawah.

  • Basic berapa: RM 1000 lah kan
  • Jumlah OT berapa
  • Elaun berapa
  • Elaun tambahan berapa, maksud saya begini. Contoh macam saya sendiri, elaun setiap bulan memang sudah dalam RM 300. Tapi kalau saya OT pada waktu malam, akan tambah RM 15.

Dan buat lah seperti pengiraan di atas.

Ikut Kan Pengalaman Saya

Untuk kira gaji ini, kalau ikutkan pengalaman saya, mula mula saya pun tak perasan benda ni. Kawan yang cakap dulu. Ialah, jumlah OT hanya akan ambil separuh daripada jumlah gaji pokok.

Bermaksud, kalau basic RM 1000

Biasanya total gaji anda kalau buat OT, akan jadi RM 1500

Sebelum ini saya pernah gaji RM 1500, anda boleh baca pengalaman kerja saya disini.

Dan bila di campur OT, akan jadi lebih kurang RM 1500 + ( separuh gaji ) = RM 2 250

Tapi masa tu saya OT kuat juga, so gaji saya lebih kurang dalam RM 2500.

Tapi memang tidak pernah sampai RM 3k

Bagaimana pula dengan basic RM 2000 yang saya kira di atas tadi.

Sepatutnya tak lebih RM 3000 kan?

Kenapa boleh sampai RM 4k?

Sebab kerja kilang. Memang tersangat bergantung kepada benefit yang company bagi.

Contoh, macam kilang saya ada 3 jenis bonus. Salah satu nya ialah profit sharing. Profit sharing ini maksudnya company akan bagi bonus setiap 3 bulan. Percentage lebih kurang dalam 0.3 percent daripada basic.

RM 4075 di atas adalah bulan biasa, tidak termasuk profit sharing setiap 3 bulan.

Contoh katakan kena pula pada bulan yang ada profit sharing.

Pengiraan gaji adalah lebih kurang seperti di bawah.

0.3 x RM 2000 = RM 600 ( hasil dari bonus )

Makanya lagi…

RM 4075 + RM 600 = RM 4675

Selesai…

Harap anda jelas dengan cara pengiraaan gaji. Untuk pengiraan gaji kerja kerajaan saya tak pernah terpikir nak tahu pula. Walaupu, wife, kakak, adik, abng saya kerja dengan kerajaan.

Alright…

The following two tabs change content below.
Saya tahu, bukan nak senang nak cari kerja. Tp sangat senang kalau anda tahu cara nya. Itu sebab saya sediakan SayaShare ni. Untuk berkongsi kenapa saya cakap ia tak sesukar yang anda sangkakan. Kenali saya di Biodata Saya, dan 7 tahun pengalaman kerja saya. Untuk apa masalah, boleh contact saya di sini, atau tinggalkan comment di bawah… InsyaAllah saya akan reply

Latest posts by Syed Shaff (see all)

5 thoughts on “Cara Kira OT – Berapa OT Sejam Basic 1000?

  1. Salam..boleh tolong kirakan basic pay sya x? Sya baru Mula bekerja bulan 7.. gaji bulanan 2k.. utk bulan 7 sya kje 11 hari shj Sbb masuk 17/7/17. Sabtu & ahad x bekerja, xde ot.. kje 9jam rehat sejam.

  2. Salam,

    bagaimana kiraan OT kalau pekerja baru masuk kerja tapi kerja tak sampai sebulan? maksudnya dia kerja 16 hari sahaja dalam bulan tu?

    1. Yang itu dia akan kira pro rate. Kiranya kira yang kerja 16 hari sahaja.

      Serupa juga dengan bonus tahunan kalau ada. Contoh katakan masuk tengah tahun. Dalam bulan June contoh nya. HR akan kira pro rate juga.

      So dia akan darab 0.5. Katakan basic 1000 x 0.5 = RM 500 ( sebagai bonus tahunan )

      Itu pun kalau start kira dari June, iaitu start kira dari awak masuk.

      Kalau start kira dari awak nak confirm lagi sikit..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *