Cara Menyimpan Duit Gaji Kecil

image_pdfDownloadimage_printPrint

Adoi. Macam mana ni ya. Gaji pun sikit. Lagi nak menyimpan pula. Nak bagi Mak memang tak boleh ni. Tapi, tak kan tak bagi, kalau aq dah memang duduk dengan mak sekali ni. Bagi RM 50 je boleh tak? Erm macam mne ni.

Image – HowStuffWorks

Eh. Saya bukan perli korang ya. Saya sendiri pernah berada dalam situasi ni. Saya pernah dapat income 100 sahaja dalam sebulan. Malu tau, pakai baju sama setiap hari. Sampai bos tegur, kawan tegur. Malu Malu…

Dan lah duit tak ada. Tapi nak juga eksyen belanja awek masa tengah buat kerja luar. Melayu Melayu. Biar papa asal berjaya ya.

Lepas tu, saya kerja gaji RM 700 pula. Bila bulan kedua, isteri bos tu naikkan gaji saya sikit. Mungkin sebab bulan tu time Feb. So harinya sikit. Maka sikit lah akan gaji nya. Saya memang target sikit. Pasrah kan hati.

Tapi bila naik sampai ofis je, isteri bos tu naikkan gaji sikit. Sebab bulan tu memang banyak kerja nak buat. So merasa lah saya RM 800 something macam tu.

Masa gaji macam ni, saya bagi saya memang RM 50 je. Hehe.

Lepas tu, baru la dapat keja gaji RM 1200. RM 1200 ni kilang lain. Saya berhenti juga gaji RM 1200 tu, saya cari kilang lain. Gaji bulanan bertukar jadi RM 2500. Lepas tu berhenti lagi, lepas 1 tahun 6 bulan kerja. Gaji bulanan jadi RM 3000. Paling tinggi RM 5 200. Technician Diploma ni.

Sekarang saya sudah berada di Kilang lain. Bulanan kalau rajin OT, insyaAllah saya boleh dapat RM 4000. Kalau rajin lah. Biasanya saya akan target RM 3500 macam tu. BULANAN

So, nampak tak sinopsisnya? Haha

Berbalik pada tips untuk simpan duit gaji yang kecil tadi.

Jawapannya ialah, tak payah simpan. Berhenti koje yang anda buat sekarang. Cari kerja lain. Bos yang bagi gaji kecik ni boleh kata kategori tak berperikemanusiaan. Nak untung, tapi kita plak yang rugi.

LAGI LAMA ANDA KERJA DENGAN DIA, LAGI UNTUNG DIA, LAGI RUGI LAH KAMU

So berhenti lah.

Kalau muda lagi. Jenis budak budak motor yang rem sana rem sini. Duk habis kan minyak.

Elok lah sambung belajar.

Ambil at least Diploma.

Kalau umur 25 pun pergi belajar juga. Jangan nak mengada ngada kata dah tua. Terlambat lah apa.

ATAUPUN…

Berniaga…

Berniaga air..

Nak buat? Ini bisnes yang saya fikir saya sendiri pun minat.

Nak belajar buat Roti Canai perlu masa.

Nak mula sediakan tepung semua dari malam. Pagi tu, awal awal subuh dah menguli tepung. Ye la orang nak pergi kerja kena siap awal.

Kalau air?

Mudah…

Tapi presentation ayor kena cantik.

Biar rasa tawar, tapi warna mesti striking. (gurau)

Lepas tu, letak buah buah sikit.

Saya tak ada lagi kawan berniaga air ni. tapi berniaga burger ada 2 orang. Bukak warong yang tukang masaknya ambil dari selatan Thai pun ada juga sorang.

Ok lah. Saya rasa itu sahaja kot.

Duit dah memang sikit, apa lagi yang nak disimpan kan. Jadi lebih baik anda cari jalan usaha untuk naikkan gaji bulanan tu. ini baru duk sorang kan. Bujang, nanti dah berkahwin. Dah ada isteri, dah ada anak anak. Nak bayar rumah, kereta semua. Tak kan sanggup tengok anak bini kita makan pakai tak cukup. Anak sekolah pun tak kesian ke kalau bagi duit belanja tak cukup.

**saya tak ada nak lagi.

Baru ada isteri, dan memang dah mula kena bagi isteri duit nafkah. Tapi saya bagi tak banyak pun, dalam Rm 200 lebih macam itu sahaja. Duit belanja dia makan hari hari tempat kerja sahaja. Sebab dia pun memang dah bekerja.

Alright, itu sahaja. Kalau anda blur nak cari duit kat mana, boleh tinggalkan komen kita akan cuba sembang kebolehan apa yang anda boleh buat.

 

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer