Cara Menyimpan Duit

Sebelum ni saya ada share, cara untuk menyimpan duit untuk duit yang kecil. Tak payah baca artikel itu sekarang, sebab tips saya mudah sahaja. Kalau dah meamng gaji kecil, duit bulanan anda nak dapat itu kecil, tak banyak.

Buat susah susah lagi nak simpan.

Jadi lebih baik usaha untuk banyakkan nya

Untuk yang kes sekarang ni, saya beranggapan, anda bukan lah ada duit gaji bulanan yang terlampau sikit. Tapi tak adalah banyak sangat kan. Boleh lah.

Ceritanya sekarang. Nak tak nak, anda mesti ada motor. Motor bila berhutang dan bayar bulan bulan, memang tak sampai bertahun lamanya. Lebih kurang anda grad umur 23 atau 24. Rasanya dalam umur 26 27 macam itu.

So motor tak boleh nak jimat jimat cut. Mesti ada la kalau bagi saya.

Bukan motor besar tau. Motor keciq.

Untuk kita start fikir macam mana nak menyimpan duit, semestinya bergantung kepada berapa yang kita mampu simpan, dan berapa pula kita punya gaji atau income bulanan. Atau income yang boleh didapat secara berterusan.

Jadi jangan la fikir, cara ini hanya sesuai untuk orang yang bergaji sahaja, berniaga tak boleh ya…

Boleh. Asalkan rajin mencari duit. JANGAN LUPA AKAN KEBERKATAN JUGA

Katakan anda punya bulanan adalah RM 2500

Mula mula sekali, tolak untuk mana bayaran yang perlu atau wajib untuk tunaikan.

Mana yang berhutang, elok lah bayar dahulu. Contoh bayaran lain yang memang patut di asing kan awal awal ialah:

  1. Kereta atau motor lah
  2. Duit bulanan bagi mak/family jangan lupa. Berkat kita, saya sendiri dah lama tak bagi mak saya ni. adoi. Duk nasihat orang plak
  3. Makan minum…
  4. Pakai – shopping
  5. Telefon

Untuk makan pakai, rasanya tak lah kita nak beli setiap bulan kan. Begitu juga dengan makan minum, memang mudah sahaja untuk kita berjimat atau makan pada yang perlu sahaja. Badan pun x jadi bulat macam saya. Untuk telefon, rasanya memang boleh jimat bil untuk call orang semua.

Saya sendiri pun tunggu wife yang call sebab dia pakai line berbanding saya yang prepaid ni. haha

Contoh lah

Kita pun dah biasa guna whatsapp kan. So perbelanjaan untuk telefon, memang boleh jimat dah kat situ. Yang masalahnya ialah internet ni. untuk tempoh sekarang ni, saya rasa webe macam ok. Mungkin sebab benda baru kan.

So elok lah anda try mana mana servis internet yang murah, dan coverage OK. Nanti internet tak tak boleh baca blog saya share pulak kan.

Ingat.

Step pertama kita tadi..

  1. Bergantung kepada apa yang kita nak beli atau capai untuk kumpul duit satu satu masa. Contoh macam nak kumpul down payment kereta ke. Atau pun, nak buat duit tambah sikit untuk beli rumah ke. Kiranya duit KWSP akaun 2 sudah ada. Cuma mungkin perlu untuk ditambah kan sikit ke. Atau pun, saja saja nak buat simpanan yang lebih. Tahun ini anda plan nak kumpul 10 000 contohnya.
  2. Lepas bergantung kepada berapa income bulanan anda juga. Kalau memang gaji dah kecil macam mana nak menyimpan benda yang besar kan. Bukan masalahnya takut tak makan ke apa, sebab anda dah guna untuk simpan. Tapi takut plan simpanan ni tak berjaya. Haha
  3. .saya lupa plak point no 3.

Jap saya fikir…sebab saya tulis sambil makan ni.

Hah ok. Lupa plak jawapannya memang dah ada kat atas nun. So yang ketiga ialah berapa pula penolakan yang wajib. Yang mesti kita kena bayar.

Berjimat Dalam Kondisi Yang Logik

Entah apa lah sub topik saya letak tu ya. Maksud saya dengan berjimat dalam kondisi yang logik ni ialah, kira kita nak berjimat. Tapi mesti lah pada kadar yang kita memang mampu. Jangan simpanan yang ingin dicapai tu memang dah tak boleh dibuat. Tapi kita masih lagi gatai gatai mengidam kononnya boleh berjaya.

Alright? Ok kita terus kan lagi. Nanti idea saya hilang pula kalau tulis lambat lambat.

Cari Perkata Tambah Untuk TingkatKan Income

Tadi saya sengaja jadikan kita punya income RM 2500 kan.

Lepas tolak semua, katakan sudah jadi RM 1 200.

Masalahnya sekarang, confirm ke akan tinggal RM 1 200 setiap bulan. Sudah pasti tidak dan memang akan ter miss.

Jadi untuk itu, saya cadangkan anda cari nilai tambah untuk tingkatkan income bulanan RM 2 500 tadi.

Antaranya, mungkin bekerja lebih masa untuk orang yang kerja kilang macam saya.

Atau pun, mana yang berniaga burger. Mungkin lebih panjangkan waktu berniaga.

Atau cuba cari lokasi lokasi yang lebih padu untuk berniaga.

Bukan itu sahaja.

Mana yang berniaga ni mungkin boleh keluarkan kupon atau free gift contohnya.

Ibarat macam..

U beli burger saya 3x, lagi satu kali FREE

Kiranya nak encourage orang beli beli dan beli lagi kan.

Berbalik pada yang kerja kilang tadi, mungkin anda dah plan awal awal untuk OT pada hari public. Kiranya mesti OT lah. So pastikan anda tenung awal awal kalender tu. Dan plan awal awal supaya hari public tu anda tak ada hal lain. Sebab nak buat OT.

Ok lah. Sekarang pukul 5 52 am. Saya nak sembahyang, dan pergi kerja dahulu. Nanti saya sambung semula artikel ni.

Update…

OK sekarang saya nak update sikit. Sebabkan post ni dah panjang, saya buatkan list list idea sahaja K untuk anda teruskan usaha simpan duit ni. Methodnya saya dah share atas tu. kita simpan bergantung pada apa yang kita nak, apa yang kita mampu simpan, belanja pada yang perlu. Dan fikir apa yang kita boleh buat untuk tingkat income.

Dan point point tambahan yang saya boleh fikirkan ialah:

  1. Mungkin boleh tolak awal awal simpanan yang anda rancang, contoh macam gaji RM 2 500. Agaknya boleh simpan RM 800. So keluarkan RM 800 tadi ke dalam akaun lain.
  2. Buat transfer duit dari RM 2 500, ambil RM 800 masuk ke bank lain secara automatik. Takut takut jenis kita yang suka tangguh tangguh. Lastnya tak di buat buat, dan terus terguna. Lastnya moral untuk terus menyimpan duit jadi down.
  3. Ada mindset nak simpan duit sentiasa. Bila jalan jalan ke mana mana tu, jangan beli benda yang tak perlu. Atau pun jangan jalan langsung…duk bawa tempurung
  4. Maintain 30 hari pertama dengan baik. Supaya 30 hari ke dua anda lebih cemerlang
The following two tabs change content below.
Saya tahu, bukan nak senang nak cari kerja. Tp sangat senang kalau anda tahu cara nya. Itu sebab saya sediakan SayaShare ni. Untuk berkongsi kenapa saya cakap ia tak sesukar yang anda sangkakan. Kenali saya di Biodata Saya, dan 7 tahun pengalaman kerja saya. Untuk apa masalah, boleh contact saya di sini, atau tinggalkan comment di bawah… InsyaAllah saya akan reply

Latest posts by Syed Shaff (see all)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *