Cara Nak Pilih Syarikat Untuk Buat Latihan Industri

Baik untuk Diploma atau pun anda buat latihan industri bagi level Degree. Tolong lah cari company yang betul betul terbaik.

Saya ulang lagi sekali, tolong cari company yang betul betul terbaik.

SANGAT PENTING…

Berikut merupakan antara kelebihannya:

  1. Motifnya, supaya kita terus dapat kerja, andai kata tak nak sambung belajar. Jangan fikir, ok aku tak per, sebab diploma. Nanti degree cari lah yang lagi baik. Ini mindset yang paling salah. Mana tahu ko akan sambung? Rezeki bukan kita yang penentu. Jadi usaha sahaja sampai yang semampu boleh
  2. Gaji…member saya, sebabkan dia pilih kilang besar. Terus dapat kerja. Lepas beberapa lama terus pakai kete. Padahal, saya masa tu masih lagi peringkat menganggur. Ini memang kelebihan yang paling ketara.
  3. Company besar, sistem gaji, sistem diorang certifite skills anda lebih baik. Kadang kadang hantar traning. Member saya, fresh graduate tu. baru balik German 3 bulan lepas. Untung tak untung? Kalau company sudah nak hantar kita ke luar negara untuk training. insyaAllah cerah masa depan. Gaji pun makin naik. Dan pengalaman kita belajar kat luar tu, nanti kalau nak cari tempat kerja lain memang sangat sangat baik kalau anda jadikan point ni dalam resume.
  4. Lagi kelebihan lain…erm apa ya..pandai pandai la fikir sendiri…pendek kata, TOLONG CARI COMPANY YANG BESAR…

Saya percaya, korang pun tahu kan kenapa kena cari company yang besar. Tak perlu saya mention banyak kali. Tapi itu lah, saya tetap juga bagi tahu untuk ingatkan berkali kali juga. Takut takut kalau korang terbuat kesilapan yang saya sendiri DAH TERBUAT…

Dalam tahu tahu tu, saya buat juga. Sengal kan?

TAPI…

Masalahnya macam mana nak tahu kilang apa yang terbaik untuk jurusan yang anda belajar.

Ok ini masalah sikit.

Untuk saya bukan lah lagi satu masalah, sebab sekarang memang saya sudah berada dalam enviroment kerjaya ni. jadi korang masih lagi tak tau sebab tak terdedah dengan suasana macam ni.

InsyaAllah, nanti korang dah start kerja. Bila start sembang dengan orang orang lama, mesti akan tahu.

Cuma masalah nya sekarang, kita tiada masa untuk tunggu 1 atau 2 tahun tu.

Sebab kita nak tahu sekarang…

Berikut, adalah antara cara yang anda boleh gunakan..

Tengok gaji yang ditawarkan di JobsStreet + MauKerja

2 website ni, antara yang akan jadi rujukan utama kita di internet. Dan bila ada jawatan kosong. Website ini juga ada sertakan berapa gaji yang ditawarkan bagi setiap company…

Seperti macam di bawah…

Keyword = anda boleh pilih apa jawatan yang anda nak, tak perlu specifik sangat, hanya pilih yang general sahaja. Contoh macam saya, saya ambil technician

Location = saya pilih Penang sebagai contoh..anda boleh pilih mana tempat yang anda prefer untuk kerja atau mudah untuk datang kerja latihan industri nanti. Tardiness kena jaga elok tau. Kalau tak silap saya, dalam report korang tu akan diminta juga.

Tardiness ni pun boleh juga, kalau anda jadikan sebagai bahan tambahan masa buat resume. Kiranya print out rekod timing masuk kerja anda. dan jadikan satu A4 tambahan masa resume. Untuk yakin kan pada penemuduga yang anda ni tak datang lewat…

Alright..itu sahaja..yang lain lain, tak perlu nak isi apa…dan terus tekan button search kuning tu.

Di bawah adalah result yang saya dapat..

Yang pertama RM 1800 – 2500. Ini depends pada pengalaman ni. kalau pengalaman anda, boleh lah dapat up to 2 500 tu. 2500 tinggi tau. Kalau OT public, seharian anda datang kerja tu pun dah dekat RM 400. But still depends pada company benefit juga lah..

Yang tulis ‘below expected salary’ tu maksudnya di bawah RM 2 600. Sebab saya set default gaji yang saya nak ialah RM 2 600.

Kiranya, jumlah gaji tak semestinya di beritahu dengan tepat, mungkin dia bagi tahu dalam range atas ni. mungkin juga dia bagi tahu macam note sahaja seperti below expected salary, above ke. Anda boleh rujuk panduan daftar jobstreet untuk caranya.

Kesimpulannya…

Company yang bagi gaji lebih dari harga pasaran atau gaji minima yang biasa biasa dibagi, boleh lah dikatakan company yang kukuh. Benefit pun ok. Nak lagi kukuh pure Petronas, Shell semua tu lah. Itu lain cite..

So kalau anda tengok di atas. Di Penang, RM 1 800 adalah normal untuk fresh graduate diploma. Dan kalau company tu mampu bagi RM 1 800. Kira ok lah tu kan. Tapi nanti anda kerja hanya dapat elaun sahaja kan sebab Latihan Industri. Saya dulu kat KL pun 250 sahaja kalau tak silap. Kawan saya kerja dengan Sime Darby RM 500. Kawan saya lagi sorang praktikal dekat Sirim rasanya tak ada elaun.

Jelas?

Selesai dekat Jobstreet?

Kita tengok mau kerja pula..

Pun interface yang lebih kurang sama. Anda boleh rujuk cara untuk daftar MauKerja di sini.

http://www.saya-share.com/cara-daftar-dengan-maukerja/

ini lagi sekali link untuk jobstreet, http://www.saya-share.com/panduan-isi-borang-jobstreet/

Oh ya…Kalau tak silap saya. ( Macam dah kategori yakin sangat dah ni )

Anda tak perlu cari company agensi kerajaan. Sebab kalau tak silap saya, walaumacam mana pun. Korang tetap juga kena lalui SPA. So, kemungkinan besar tak di ambil.

Confirmed bahagian Audit – sebab wife saya Auditor

Confirmed bahagian PTM – Sebab sebagai kenalan blogger yang bercerita.

Selesai Untuk Cari Tempat Latihan Industri…

Ada banyak lagi cara lain, contoh anda tengok company yang ada listing di Bursa Saham.

Boleh juga jenguk jenguk syarikat besar yang di list dari Wikipedia juga,

https://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_syarikat-syarikat_Malaysia

Terpulang lah, tapi saya rasa. Cara yang saya tunjukkan kat atas sudah cukup baik dah.

Tak jumpa juga? Tinggalkan comment, nanti saya tengok kan..

Update Terbaru…

Ini cara lain yang saya baru perasan. Iaitu Option yang ada pada MauKerja. Kita boleh buat carian untuk mana company yang memang open untuk Latihan Industri.

Caranya, pergi ke interface carian kerja di MauKerja seperti di bawah

Perasan tak, option “Jenis Pekerjaan” atas tu. anda CLICK dan pilih Latihan Industri/Internship seperti di bawah

Kebiasaannya anda akan nampak lebih kurang dalam RM 500 sahaja. Jarang sangat yang bagi sampai 1k setahu saya.

Tapi untuk warga Johor. Boleh la try di Singapore. Tengok di bawah, berapa yang diorang nak bagi…

Dollar Sing times 2.5 at least kalau tak silap saya.

Kalau dah nak bagi 1k. lebih kurang 2 500 juga dalam ringgit.

Update …

So 1 dollar singapore, sudah jadi lebih kurang darab 3 duit kita..

Apa lagi, ayuh ayuh. Daftar MauKerja sekarang <<< Daftar Di SIni

The following two tabs change content below.
Saya tahu, bukan nak senang nak cari kerja. Tp sangat senang kalau anda tahu cara nya. Itu sebab saya sediakan SayaShare ni. Untuk berkongsi kenapa saya cakap ia tak sesukar yang anda sangkakan. Kenali saya di Biodata Saya, dan 7 tahun pengalaman kerja saya. Untuk apa masalah, boleh contact saya di sini, atau tinggalkan comment di bawah… InsyaAllah saya akan reply

Latest posts by Syed Shaff (see all)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *