Jawatan Kosong Kilang [4x PENGALAMAN]

Nak Mencari Jawatan Kosong di Kilang?

Panduan ini sesuai untuk anda cari jawatan kosong kilang di Penang atau di Shah Alam sekalipun. Pendek kata, mana mana pun boleh. Yang penting, execution. Kiranya tindakan. Jangan tunggu tunggu, jangan tangguh tangguh.

Pengalaman Selepas 4 Buah Kilang Saya Tempuhi

Sejak dari 2011 sampai sekarang, sudah lebih 7 tahun saya kerja kilang. Daripada mula mula gaji sampai RM 600 sampai ke RM 4000 sekarang, Alhamdullillah. Saya ingat lagi, masa tu, isteri bos tak sampai hati nak bagi saya gaji yang RM 600, sebab kalau tak silap masa tu bulan Februari.

Bulan Februari hari kerja kan 28 hari je, gaji pun sikit. Lagi pula tengah puasa kalau tak silap, tapi isteri bos tu naik kan gaji walaupun sepatutnya next bulan baru patut naik. Sekarang, Alhamdullillah, gaji kerja kilang saya boleh maintain RM 3000 ke atas sebulan andai kata saya rajin buat OT.

Lantas, sebabkan pengalaman kerja kilang saya begini, saya rasa macam nak share tips sikit lah untuk anda.

Berkenaan cara untuk dapatkan jawatan kosong kerja di kilang ni. Tak susah, peluang terlampau banyak. Yang penting, kena tahu mana tempat nya.

Tapi sebelum tu, saya nak kongsi lagi pengalaman saya…

2011

Sekejap sahaja dalam tahun 2011, saya lupa dah bulan berapa. Saya kerja kilang screw. Gaji dalam RM 600. Kerja lebih kepada bawa forklift, pakaging. Punggah screw.

Jaga machine sikit.

Memang penat kerja kat sini, sebab saya sorang je orang muda. Yang lagi 2 orang cina tua.

Masa ni, agak bosan juga, sebab saya kena ulang aling ke 2 lagi kilang bos yang lain. Tapi kadang kadang je la. Tapi bila dah lama lama tu macam selalu pula.

Saya kerja sini sekejap je kalau tak silap, dalam 3 bulan macam tu. Lepas tu, saya kerja kilang lain untuk bos ni juga. Dia cakap nak tukarkan saya sebab saya ada diploma. So lebih baik saya jaga machine. Jadi technician daripada sekarang yang jadi operator.

2011

Kerja saya lebih kepada bawa forklif (2 tahun pengalaman ni)

Turunkan naikkan scew atas lorri.

Packing screw.

Jaga machine stamping, untuk buat kepala screw. Ni screw highway kalau tak silap saya.

Gaji kat sini? RM 1200.

pengalaman cari kerja kilang
Ini antara machine yang saya jaga untuk pertama kali saya jadi Technician. Disebalahkan kiri mesin untuk buat kepala Bolt. Kiri untuk buat threads pada nuts

2012 – 2014

Seterusnya, saya dapat kerja kilang semicon. Tak lama, lebih kurang dalam 1 tahun 6 bulan. Saya kerja bahagian process.

Kerja saya lebih kepada jalan kan product baru.

Contohnya, sebelum customer nak minta company yang saya kerja ni buat assemble product diorang. Tak kan la diorang terus nak order 2kk atau 200 ribu units terus kan. Berjuta pun ada. So tak akan lah. Mesti customer tu akan test kebolehan machine dan kebolehan pekerja kilang ni dulu. So mungkin diorang akan order sikit dulu, dalam 1k contohnya.

Untuk saya yang kerja bahagian process, yang 1k tadi itu lah saya buat. Lepas saya setup 1k tadi, buat report semua. Kalau customer rasa OK, baru lah diorang start order secara banyak.

*saya buat kat process bahagian saya sahaja, ada lagi techncian bahagian lain. Ah, saya juga kena buat report akan setup yang saya buat pada machine.

Basic sini lebih kurang dalam RM 1500. Lepas tu naik gaji 1678 kalau tak silap. Lepas kerja setahun. Paling tinggi selepas OT gaji saya dalam Rm 2600 macam tu. Memang tak pernah sampai 3k

Seterusnya.

2014 – 2016

Lepas tu, saya lari (dengan cara baik) ke kilang semicon yang lain. Saya kerja bahagian process juga. Memang selama nya juga kerja bahagian process. Malas dah nak jadi machine technician masa saya kerja kilang screw dulu.

Apa beza process techncian dengan maintenance technician?

Meh dekat sikit abang nak bagi tahu.

Paling mudah nak faham macam ni lah. Contoh ada satu track mesin yang sepatutnya hasilkan 100 periuk nasi dalam masa 1 jam. Tapi entah macam mana, 90 periuk nasi sahaja di hasilkan. So saya yang bahagian process ni kena fikir lah. Tapi boleh fikir dan plan sahaja. Untuk adjustment dan improvement pada machine saya tak usik, sebab itu akan pass pada maintenance technician. Serupa juga kalau nak tingkat lagi daripada 100 periuk nasi sejam kepada 150 periuk nasi untuk kadar yang sama.

Balik semula pada kilang yang ini. Memang best keja sini. Relax. Tapi gaji banyak.

Normal gaji saya RM 3 300 sebulan. Biasa dapat lah ni.

Paling tinggi RM 5 200. Tapi sebulan sahaja lah dalam tempoh 2 tahun kerja.

2016 – sampai sekarang.

Saya berpindah jauh sikit. Sekarang dah masuk 1 tahun. Kerja memang banyak, busy memanjang. Gaji? Ok lah.

Basic dalam 20++ something. Bila OT saya dapat close to RM 4k macam tu. Biasa juga dapat gaji dekat 4k sini.

Apa plan saya selepas ni? Adakah akan terus lari lagi?

Saya masih lagi tak pasti. Mungkin ya. Mungkin tidak. Kalau anda perasan, saya kerja dalam 2 tahun sahaja untuk satu satu tempat. Untuk kilang ni, setahun sudah berlalu. Saya tak pasti apa rezeki saya yang akan datang. Apa apa pun saya nak kerja 1 tahun lebih dulu untuk tengok review berapa bos nak bagi kenaikan saya nanti. Tapi kemungkinan besar saya akan lari juga cari kilang lain, sebab bos di sini macam racist.. Biasa lah kan, kalau kerja kilang..

Berbalik kepada cara saya dapat kerja kilang tadi.

Pertama.

Anda mesti dapat pengalaman dulu. Jangan memilih kerja. Kaut je apa yang ada. Kalau umur masih muda. Ambil sahaja mana mana jawatan kosong kilang. Bila sudah ada pengalaman, baru cari lah kilang lain.

Kedua

Sentiasa Alert

Kerja kosong yang saya dapat semua semua tu kan, kebanyakannya ( boleh kata semua ) datang dari mulut orang. Mulut kawan kawan. Bukan Jobstreet, walaupun jobstreet pun sepatutnya anda jadikan platform cari kerja  yang utama. Tapi untuk kes saya. Banyak dari mulut orang. So pengajarannya, anda mesti alert bergaul dengan orang lain. Jangan buat hal sendiri.

Actually, saya pun jenis buat hal sendiri juga. Cuma mana hal hal yang macam ni memang saya alert sikit.

Ketiga

Mesti pandai buat resume. Resume tu kena hias hias cantik sikit, bagi sejuk sikit mata orang yang tengok.

Anda boleh rujuk post, 4 perkara yang saya buat bila tulis resume

Keempat

Ingat, resume yang atas tadi hanya lebih kepada untuk buatkan si penemeduga atau kilang rasa anda ni macam best. So diorang boleh la panggil interview. Kiranya, resume yang kita set untuk buatkan kilang panggil sahaja. Selebih nya bergantung kepada skill tackle interview anda.

Ini dia, saya ada kongsikan persedian yang anda harus buat selepas buat pergi interview.

Actually, itu persedian saya, kalau anda rasakan ia OK, follow lah. Kalau tak ok, insyaAllah cara anda akan lebih baik.

Ke Lima

Saya rasakan ini pengajaran yang paling akhir ni.

Selepas interview jangan terus diam. Jangan mengharap kan kilang call anda.

Sebaliknya anda yang call yang balik. Contoh macam saya, lebih 2 minggu atau 1 bulan saya akan cuba contact semula.

Ini ada satu post yang saya buat, apa nak buat selepas interview.

Itu sahaja.

Baiklah, sekarang ni, anda ada pengalaman atau tidak kerja kilang?

The following two tabs change content below.
Saya tahu, bukan nak senang nak cari kerja. Tp sangat senang kalau anda tahu cara nya. Itu sebab saya sediakan SayaShare ni. Untuk berkongsi kenapa saya cakap ia tak sesukar yang anda sangkakan. Kenali saya di Biodata Saya, dan 7 tahun pengalaman kerja saya. Untuk apa masalah, boleh contact saya di sini, atau tinggalkan comment di bawah… InsyaAllah saya akan reply

Latest posts by Syed Shaff (see all)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *