CheckList 10 Idea Untuk Cari Kerja

image_pdfDownloadimage_printPrint

Salam.

Checklist ini sebenarnya adalah antara video siri panduan cara buat resume saya yang terakhir. Kalau anda masih lagi belum dapatkan nya. Boleh subsribe email anda di bawah. Saya akan beri penerangannya secara VIDEO supaya lebih mudah untuk faham.

Tapi video penerangan untuk check list ni bukan hari ni ya. Tapi hari ketiga.

Hari pertama, kita akan belajar cara buat resume.

Hari kedua, saya akan tunjukkan hasil nya kalau kita gunakan template premium resume.

Hari ketiga, baru lah saya akan kongsikan checklist ni…

Baik lah, insyaAllah kalau tiada apa lagi kekeliruan. ( boleh tinggalkan komen di komen kalau anda ada )

Saya nak mulakan penerangan secara bertulis untuk kesemua point yang saya buat di atas.

Kalau anda perhatikan warna nya, ada 3 warna utama kan?

  1. Kemerahan – untuk saya bahagikan cara cari kerja kerajaan.
  2. Kebiruan – untuk cari kerja di sektor swasta
  3. Kehijauan – secara OFF LINE

Saya pun tak tau kenapa saya bahagiakan kepada 3 warna ni. Cuma kalau letakkan warna warni nampak lebih serabut. So saya buat macam ini sahaja. Apa pun, 3 kelompok ini lah cara cari kerja yang paling utama. Ada lebih 10 atau 11 cara untuk kita gunakan.

Pastikan anda guna kan kesemuanya. Jangan skip skip.

Kelompok Pertama – Cara Cari Kerajaan.

Memang sepatutnya, sebaik sahaja graduate atau pun sebaik sahaja habis SPM. Jangan tunggu lama dah, terus register butiran anda di SPA. Boleh kata semua orang buat macam ni. saya pun buat . Cuma sampai sekarang masih lagi tak dapat apa apa panggilan.

Isteri saya pun dah dapat.

Abang saya pun dah dapat siap boleh tukar kerja antara jabatan kerajaan lagi.

Kakak saya pun sudah juga.

Kami ada 6 beradik. 3 kerja dengan GOV ( sorang adik saya dapat sebab ada orang dalam bukan SPA ). Saya dengan abang lagi sorang, kerja swasta. Manakala adik perempuan yang paling kecil, baru habis praktikal. #saja-nakcerita

So, ingat ya. Mesti kena daftar SPA secepat mungkin. Untuk pendaftaran secara online ni memang ambil masa sikit. Leceh. Semua benda nak kita letak. So harap bersabar ya…

Selain daripada SPA untuk dapatkan kerja kerajaan, boleh cuba cara lagi 2 yang saya kongsikan di kotak atas tu.

Cara Cari Kerja Swasta Secara Online…

Jobstreet memang tempat cari kerja yang paling utama lah. Sejak dari zaman abang abang kita pun juga kot. Sebab jobstreet ditubuhkan agak lama.

Dan sekarang ni, kalau anda view page Jobstreet, hampir 5 hingga 6 jawatan kosong baru mengikut sektor sektor ada ditawarkan.

Jadi, sangat sangat penting untuk daftar jobstreet. Ibarat SPA untuk swasta lah Jobstreet ni.

Selain dari Jobstreet, ada lagi 2 website utama yang anda kena daftar dan juga aktif masuk tiap tiap hari.

MauKerja dan juga JobsMalaysia.

MauKerja masih lagi boleh kata baru dalam dunia jawatan kosong ni, so mungkin tak berapa banyak jawatan kosong untuk sesetengah sektor. Tapi tak mengapa, ada baik nya juga. Sebab kan MauKerja masih lagi baru, tak ada lah ratus ratus yang apply untuk satu kerja macam jobstreet.

Makanya, peluang untuk kita dapat kerja lebih baik sebab jumlah pemohon tak seramai Jobstreet.

Disebabkan penting nya untuk daftar ke tiga tiga website ini, saya ada sediakan post khas untuk pendaftaran..

Jobstreet

MauKerja

JobsMalaysia

Untuk 3 website utama ni, kalau saya. Saya tak apply sahaja.

Sebaliknya, saya apply, saya contact kilang tu, dan tanyakan tentang kekosongan jawatan kosong nya tu.

Dan terus saya minta untuk hantarkan resume secara online, mungkin by email juga pada HR mereka.

Ini lagi terjamin, nak tunggu dapat response dari kilang atau syarikat yang anda pohon di Jobstreet ni makan masa juga.

Ada lagi satu artikel yang elok juga kalau anda baca, ialah perbezaan antara ketiga tiga website utama ni.

Ini dia, Jobstreet VS MauKerja VS JobsMalaysia

Ada lagi satu cara cari kerja yang bapak punya penting juga.

Iaitu, cari di Google.

Buat lah carian macam, ‘jawatan kosong kerajaan’.

Atau pun badan badan di bawah kerajaan, seperti contoh ” jawatan kosong lembaga air ” contoh nya.

Atau pun lagi, ” jawatan kosong di ‘tempat yang anda nak’ “.

Tujuannya andalah untuk mencari jawatan kosong yang disenaraikan oleh blogger blogger yang memang rajin duk kumpulkan jawatan kosong di satu satu blog nya.

Tapi jangan terus cari, tekan button ‘Tools’ dan pilih kan tarikh yang mungkin sebulan yang lepas. Atau custom ikut pada masa yang anda rasakan tak terlampau lama sangat.

Macam saya buat di bawah ni

Kalau tak, entah tahun tahun bila punya jawatan kosong pun ada disenaraikan di Google juga.

Selesai secara ONLINE.

Sekarang secara OFFLINE pula……

Antara banyak banyak cara atas ni. cara ni lah yang paling banyak keluarkan duit.

Macam saya sebelum ni, nak pergi print 10 set resume sahaja sampai 20 ringgit pun pernah. Belum masuk nak post ekspress lagi.

Oh ya, saya print semuanya berwarna untuk naikkan semangat orang yang baca. Dan hanya gunakan post ekspress untuk jawatan kosong yang saya benar benar nak sangat sahaja.

Saya asal Ipoh. Ipoh bukan lah tak ada kilang yang besar besar.

Tapi kilang di Kulim dan Penang lagi besar. So saya merantau… Terpulang pada anda, nak apply tempat kerja yang dekat dekat atau jauh sikit.

Kalau tak ada modal, kerja dekat dekat dulu. Macam saya.

Lepas ada modal, dan keberanian untuk berdikari. Baru lah boleh cuba merantau.

Point yang saya nak kongsikan secara bertulis ni sudah nak habis dah. Mungkin ada lagi untuk dalam versi video yang saya tontonkan kepada anda. jadi sila subscribe.

Cuma saya nak sentuh lagi 1 point takut takut kalau anda masih lagi tak berminat untuk subscribe.

Iaitu Open Interview.

Open interview, kebanyakan pasti kita akan tahu dalam tempoh yang singkat. Kiranya lagi berapa hari baru sampai ke telinga kita.

Jadi, itu sebab, resume kita kena sediakan awal awal. Pastikan sentiasa up to date.

Resume jangan tangguh tangguh nak buat. Nanti bila sampai masa untuk kita guna, takut takutkan buatkan kita rasa malas nak apply kerja atau pergi mana mana open interview. Atau walk in interview.

Untuk itu, saya ada satu artikel khas, yang saya kongsikan pengalaman saya di Penang.

Kalau ada 800 orang depan anda, nak stay ke nak cabut?

Boleh baca di sana. Sekian sahaja. Terima kasih.

Untuk siapa yang subscribe, insyaAllah dalam masa beberap hari, saya akan hantar email lagi untuk follow up resume anda. cara cari kerja anda.

Jangan segan segan untuk email saya, insyaAllah saya akan jawab dan bantu…

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

1 comments On CheckList 10 Idea Untuk Cari Kerja

  • Perkongsian yg diberikan jelas dan faham. Terima kasih atas perkongsian 😁 maaf lambat respond, baru bukak email.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer