CIMBClick VS Maybank2u VS RHB Login VS HLB

Sememangnya dengan kuasa internet ia amat memudahkan kita. Berbanding dengan dahulu, penggunaan internet ni agak tidak meluas lagi.

Saya masih ingat lagi dulu, masa awal awal persekolahan, bila nak ambil duit dari bank BSN mesti terpaksa beratur. Nak bayar apa apa pula, mesti kena beratur. SUSAH, LECEH, BUANG MASA.

Tapi ini setiap bank memang mereka sudah mengutamakan penggunaan internet andai kata anda nak bayar apa apa.

Berikut antara transaksi yang biasa saya lakukan :

  1. Bagi nafkah isteri ( mcm nak tunjuk suami yang baik pula )
  2. Bagi duit dekat adik yang masih dalam pengajian ( lagi sekali nak tunjuk baik )

Dulu, asyik guna mesin ATM sahaja.

  1. Bayar PTPTN
  2. Bayar kredit card
  3. Bayar duit motor
  4. Bayar duit personal loan
  5. Duit sewa

Update

8. saya baru sahaja kawen, so plus lagi satu, bagi nafkah kat isteri

Dan apa sahaja lah.

Boleh kata segala apa transaksi ni saya akan gunakan internet.

Website Bank Mana Paling Best Guna?

Maaf cakap, sememangnya pembinaan website bagi negara kita Malaysia ni masih lagi tidak baik. Tidak banyak badan badan penting ni yang mengutamakan design website yang memudahkan penggunanya.

Seperti contoh, lawan web untuk isi jawatan kosong TNB dan jobs Malaysia.

Termasuk juga la dengan bank.

Berikut antara pengalaman saya menggunakan websitenya.

Maybank2u

Nama website Maybank2u ni boleh dikatakan fenomena bagi kita. Punya lah ramai orang yang ada website menggunakan ayat 2u ( two you ) dengan website perniagaan mereka selepas laman web Maybank2u ni ditubuhkan.

Namun, dari segi penggunaannya. Saya amat lah menyampah.

Maybank2u bagi saya terlampau sensitif, kalau anda terlupa password memang habis lah.

Tak sampai berapa kali sudah di block. Sememangnya anda terpaksa contact admin support yang akan cas bil telefon anda pula. Andai kata anda terlupa pin code pendaftaran no telefon di ATM, anda terpaksa pergi ke ATM semula.

Kalau masih ingat, pegawai yang anda contact di Admin Support tadi akan reset semula, dan boleh terus login seperti biasa.

Tapi masih lagi bil telefon anda burn.

HLB

HLB saya gunakan dalam tempoh kurang 1 tahun sahaja. Masa tu saya pindah bekerja dengan ank syarikat Hong Leong Bank di Ipoh.

Ikut kan pengalaman dan kegunaan, Laman Web Hong Leong Bank agak OK.

Tidak ada banyak masalah sangat.

Saya tak gunakan HLB sudah sekarang sebab gaji kilang yang saya kerja sekarang masuk dalam CIMB.

RHB

RHB ok.

Best.

Tapi ada satu benda yang paling teruk kalau nak dibandingkan dengan Maybank2u. iaitu, untuk setiap click anda ke bahagian pembayaran prepaid topup, atau bayar apa sahaja anda mesti masukkan dahulu security nombor yang akan di hantar ke dalam website anda.

Function security ni adalah yang paling buang masa saya pernah rasa.

Tp overal, saya masih lagi menggunakan RHB sampai sekarang walaupun gaji masuk CIMB.

Kebiasaannya, saya gunakan untuk transaksi duit luar negara.

CIMB CLICK

CIMB Click bagi saya adalah website yang paling OK berbanding dengan yang lain. Security nya tidak terlampau sensitif seperti Maybank2u. juga tiada function sexcurity pelek seperti RHB.

Mana mana bil seperti PTPTN, hutang motor AEON, personal loan AEON, saya bayar menggunakan CIMB Click juga.

Sangat sangat mudah.

Baru baru ni saya ada download apps android cimb click. Sangat mudah, sebab anda tak perlu menggunakan function tac bila nak topup sebab ia akan automatik generate daripada app itu.

Update.

Tapi website Maybank2u macam lebih pantas.

Terpulang kepada anda untuk menilai. mungkin jenis saya yang selalu lupa password. apa apa, saya masih akan memilih cimbclick.

The following two tabs change content below.
Saya tahu, bukan nak senang nak cari kerja. Tp sangat senang kalau anda tahu cara nya. Itu sebab saya sediakan SayaShare ni. Untuk berkongsi kenapa saya cakap ia tak sesukar yang anda sangkakan. Kenali saya di Biodata Saya, dan 7 tahun pengalaman kerja saya. Untuk apa masalah, boleh contact saya di sini, atau tinggalkan comment di bawah… InsyaAllah saya akan reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *