Contoh Soalan Lazim Temuduga Kerajaan

image_pdfDownloadimage_printPrint

Terus terang saya sendiri, memang tak pernah hadir mana mana temuduga kerajaan. Isteri saya ada. Saya langsung tak pernah. Tak pernah dipanggil pun. Saya ada juga tanya tanya wife saya, tapi dia ingat ingat lupa pula.

Nak tanya adik beradek segan pula. Sebab 3 beradek saya yang memang kerja dengan jabatan kerajaan. Department yang berbeza. So soalan yang saya petik di bawah adalah rumusan dari artikel yang ada di internet yang saya olah untuk buatkan penerangannya lebih mudah di fahami.

Sebelum tu, terima kasih saya ucapkan kepada blogowner SkopKerjaya yang membantu saya siapkan artikel ni. Saya rasa idea soalan yang dikongsikan oleh SkopKerjaya adalah yang paling sempurna sekali..

4 Jenis Soalan UTAMA Temuduga Kerajaan

Untuk soalan lazim temuduga kerajan, apa yang saya boleh rumuskan terbahagi kepada 4 bahagian.

  1. Latar belakang, kelayakan dan pengalaman kerja anda
  2. Soalan yang berkaitan dengan jawatan yang anda pohon.
  3. Soalan mengenai Dasar kerajaan
  4. Isu semasa dalam & luar negara.

Daripada ke empat empat jenis soalan diatas, beza nya dengan swasta ialah temuduga untuk kerja swasta meraka tidak akan tanya soalan untuk no 2, 3 dan 4. Jenis soalan seperti di No 1 sahaja tanya. Itupun lebih kepada soalan teknikal, bukan soalan yang lebih pada psikologi atau cara berfikir. Nanti saya akan berikan contoh nya di bawah..

Contoh soalan berkaitan latar belakang, kelayakan & pengalaman kerjaya anda.

Latar belakang & kelayakan calon

Di no 1 ni memang normal. Kalau temuduga swasta pun akan tanya soalan yang lebih kurang sama. Kita akan cerita pengalaman kerja kita semua. Tapi lebih kepada psikologi dan cara berfikir sikit.

Seperti contoh :

  • Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda??
  • Apa yang menarik minat kami untuk anda diambil bekerja dengan kerajaan?
  • Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?
  • Semasa projek akhir disemester anda, apa yang anda lakukan? Minta ceritakan…
  • Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut?

5 contoh soalan di atas memang tak berapa nak ditanya kalau temuduga swasta. Tapi rata rata panduan yang saya nampak. Macam soalan ni lah yang akan ditanya.. untuk soalan lazim lain macam cara kenalkan diri memang confirm akan tanya punya..

Soalan berkaitan jawatan yang anda pohon.

Untuk soalan soalan yang berkaitan jawatan ni, saya rasa anda akan dapat banyak rujukan kalau rujuk artikel di SPA ni, http://www.spa.gov.my/deskripsi-tugas.

Nampak macam itu sahaja jawapan yang paling banyak kita boleh jadikan rujukan kan? Atau pun korang boleh tanya kawan sendiri untuk specifik soalan untuk jawatan yang anda dapat.

Berikut antara contoh soalan yang mungkin akan diajukan kepada anda:

  • Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh anda jika nanti?
  • Peranan Jabatan & Kementerian ini? (bergantung kepada jawatan yang anda pohon ketika itu)
  • Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang jurutera yang serba boleh?
  • Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?
  • Sumbangan yang boleh anda berikan jika menjawat jawatan yang dipohon.

Soalan yang berkaitan dengan dasar kerajaan.

Yang ni normal lah, dah kerja dengan kerajaan, mesti lah anda ni mesti tampak berbarisan national lah sikit kan. So soalan soalan tentang dasar kerajaan memang confirm akan ditanya. Nama nama menteri semua jangan lupa. Masa kakak saya interview dulu, memang dia langsung tak tau pasal menteri menteri ni. Tapi dia dapat juga kerja tu. Kalau tak silap, masa tu dia apply untuk staff politeknik. Sekarang ni rasanya kakak saya kerja dengan JKR.

Berikut antara soalan yang mungkin berkaitan dengan dasar dasar kerajaan:

  • Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menter- menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?
  • Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?
  • Apakah yang anda faham dengan konsep 1Malaysia? Apa pendapat anda dengan konsep dibawa Perdana Menteri Malaysia?
  • Apa yang anda faham dengan intipati belanjawan negara 2014 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia?
  • Senarai dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia?
  • Apakah tema bajet 2014?
  • Terangkan dengan dengan ringkas GST?
  • Apakah GTP?
  • Perbentangan Bajet

Contoh soalan isu semasa dalam & luar negara

Yang jenis soalan macam no 4 ini pun boleh kata antara soalan yang paling favourite juga. memang confirm akan ditanya punya..

  • Boleh nyatakan tentang keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013.
  • Jelaskan tentang konflik yang tercetus di Lahat Datu?
  • Apakah isu yang berkaitan dengan MH17
  • harga minyak mentah di pasaran dunia sekarang?
  • Isu perkauman yang hangat dibangkitkan ketika ini?
  • Diskaun pembayaran balik pinjaman PTPTN.
  • Apakah tema Hari Kemerdekaan 2014?
  • Perjanjian TTPA
  • Isu 1MDB
  • Krisis Palestin yang mengorbankan ribuan nyawa akibat kerakusan regim Israel.
  • Krisis yang berlaku di Syria.
  • Krisis yang berlaku diantara Ukraine dan Russia
  • Campur tangan asing dalam kedaulatan sesebuah negara.

Bagi saya sendiri. Temuduga kerajaan ni agak susah. Sebab adanya soalan yang macam no 3 dan no 4. Untuk no 1 mungkin kita sudah terbiasa dan sedia maklum. No 2 pula mungkin kena lebih banyak kan membaca untuk faham dan jelas.

Tapi no 3 dan 4, takut takut isu yang dimainkan tu tak sama dengan apa yang kita study. Saya sendiri, tengok berita pun macam setahun sekali sekarang. So memang susah sikit nak update. Buat nya di tanya adun di tempat saya memang jenuh nak jawab kan.

So, berdasaran faktor 2, 3 dan 4 ni. Saya tak rasa Panduan Lengkap Temuduga saya yang saya tunjuk menu atas tu sesuai untuk Temuduga Kerajaan. Itu lebih kepada Temuduga Swasta sahaja.. tapi jangan buang terus lah ya. Penat saya karang Panduan tu.

Sebelum pergi, saya ada kumpulkan beberapa blogger yang berkongsi temuduga kerajaan meraka di internet. Mungkin ada manfaat nya kalau korang baca juga untuk mana jawatan yang memang relate

Link to – 35 blogger share pengalaman temuduga

 

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer