Contoh Soalan Temuduga Untuk Fresh Graduate

image_pdfDownloadimage_printPrint

Baiklah… Untuk sebelum ni. saya ada kongsikan soalan soalan lazim bila anda datang temuduga. Memang bagus anda praktis soalan soalan yang macam ni. Ibarat macam sudah menjadi soalan bocor kan.

Tapi itu soalan yang lebih bersifat general.

Sekarang, post yang ini. saya nak kongsikan soalan khas yang akan ditanya andai kata anda ni masih lagi fresh graduate pula.

Beza Soalan Yang Sudah Bekerja Dengan Fresh Graduate.

Sudah pasti melalui pengalaman yang diraih. Penemuduga memang lebih berminat untuk tahu pengalaman apa yang anda ada. Adakah pengalaman tu betul betul seakan jawatan kosong yang diorang nak bagi.Kalau tak ‘seakan’ pun. Mereka akan cuba ‘sipi-sipi’. Cuba cari juga aktiviti yang sama.

Tapi sebabkan anda tiada pengalaman, fresh graduate. Sudah pasti focus perbualan temuduga lebih ke arah background study anda. + Plus juga dengan sikap + perangai + cara anda.

Semua 3 point ini memang boleh hanya dikenal pasti dengan cara anda bertutur.

Oh ya..Tempat latihan industri pun main perasanan penting..

Itu sebab kena pilih tempat nak buat latihan industri betul betul…

***saya baru perasan, rupanya satu pun tips latihan industri saya tak buat, nanti saya akan linkkan di sini ya…

Ok lah. Kita terus kan dengan soalan soalan nya pula….

1. Apakah kekuatan anda

Bila anda jawab soalan macam ni, berdasarkan artikel karangan dari TheMuse. Jangan beri jawapan yang membuta tuli. Sebaliknya, buatkan jawapan anda itu relevant dan specific dengan jawatan yang dipinta.

Selepas tu, tambahkan lagi kekuatan point anda dengan contoh contoh yang boleh membantu.

Seperti contoh, katakan saya jawab ‘ kekuatan saya ialah, saya memang sudah ada 3 tahun pengalaman menggunakan mesin A. saya percaya mesin A memang banyak digunakan di Syarikat sekarang ini kan?”

Ok itu dia contoh untuk point kekuatan.

Sekarang, tengok pula cara saya tambah point contoh, untuk kuatkan lagi motif saya tadi..

“dalam 3 tahun saya berpengalaman mengendalikan mesin A, saya bukan sahaja terlibat dengan meningkatkan mutu produk, malah ada juga terlibat dalam meningkatkan kualiti pengeluaran yang dihasilkan oleh mesin A”.

Lebih kurang macam tu lah.

Apa apa pun, ayat saya memang penuh dengan kencingan. Sebab saya nak bagi contoh.

Saya tahu, memang nampak mudah. Tak pa. slow slow..cuba bersedia dengan soalan seperti ini.

2. Apakah pula kelemahan anda

Kalau bicara tentang kelemahan, sudah pasti jangan lah kongsikan perkara yang failed sahaja. Nanti macam mana nak dapat kerja? Sebaliknya, cuba selitkan dengan usaha usaha yang anda sudah buat untuk perbaiki kelemahan anda.

Seperti contoh saya sendiri.

Memang tak berapa reti sangat nak mencari kawan tau. Saya lebih suka duk tepi meja, dan fikirkan apa penulisan blog saya yang seterusnya.

Ini benda serius ni. saya memang suka macam ni. bukan lah tak sembang langsung. Cuma saya akan selitkan masa saya untuk hal hal ni.

Apa pun. Mungkin ayat yang saya boleh bagi contoh ialah..

“kelemahan saya sebenarnya ialah bergaul. Bukan lah saya tak reti berkawan. Tapi untuk permulaan mungkin saya agak susah sikit untuk rapat dengan orang lain. Tapi lama kelamaan, setakat ni, untuk previous working environment. Saya tak rasa kawan ada masalah dengan saya. Cuma mungkin perlukan masa sikit untuk berkenalan dan bergaul dengan baik”.

Ok? Lebih kurang…

Baru point kedua. Tapi dah 550 patah perkataan dah ni. tak pe, kita teruskan lagi…

3. Tell us about your major study

Soalan ni, memang confirm kena tanya. Time ni, kalau pointer OK, boleh lah dagangkan pointer anda tu. saya pointer tak OK. So senyap je la bahagian ni. rasanya masa fresh graduate punya resume saya langsung tak mention tentang pointer.

Selebihnya, anda kongsikan lah apa relatenye kos yang anda ambil tu dengan jwatan yang dipinta.

4. Tell us about your last industrial training

Point ini adalah saya boleh kata paling PENTING bin IMPORTANT. Itu sebab latihan industri kena pilih company dengan betul. Supaya anda dapat foundation yang baik. Expose dengan alam pekerjaan.

Ingat ya, time belajo, kalau tak siap koje. Kalau tak faham, anda masih lagi ada masa balik, malam tu study. Boleh tanya kawan..

Tapi bila time keje, kadang kadang bos tak boleh terima semua benda tu.

Contoh macam tadi. Baru sahaja…8 September 2017.

Nak jadikan cerita, ada lebih…

1

2

3

4

5

…hah lebih dekat 5 tool yang down under kawasan saya untuk jaga kualiti. Saya down kan sebab nak cek kualiti lah. Sebab dapat feedback dari modul atau proses dihadapan nya macam terlepas defect. So saya terpaksa stop production output dan verify lot yang current running.

Bila kita buat macam ni. Team Production, Bos Bos bahagian production, memang tunggu masa je nak complain. Kenapa down lama. So, saya kena buat tindakan dengan cepat. Supaya tool atau mesin production saya dapat UP atau release dengan cepat.

Harap anda faham lah maksud saya..macam tu la lebih kurang…

Anyway, kongsikan pengalaman kerja latihan industri anda dengan baik. Kalau diorang tak tanya pun, anda selitkan juga.

5. What do you know about the company?

Yang ini memang boleh kata PASTI tanya juga. Tak perlu tau detail, kecuali kalau anda pergi temuduga dengan badan kerajaan macam TNB. Itu anda ada baiknya tau lebih detail sikit.

Kalau swasta, cukup lah. Produk apa yang dibuat. Dari bahan apa. Untuk apa semua tu. surface surface sudah cukup… tapi kalau memang sudah ada pengalaman, bagi la ayat yang best sikit…

6. What are your hobbies?

7. Do you love playing games

Alright, selebih nya soalan simple macam 6 and 7 ni. yang 7 tu saya pernah ditanya sekali sahaja seumur hidup saya kalau tak silap. Mungkin dia nak test sifat saya ni macam mana.

Apa apa pun. Kipidap. Kalau tak faham, tinggalkan komen. Nanti saya terangkan..

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

8 comments On Contoh Soalan Temuduga Untuk Fresh Graduate

  • assalamualaikum sy fresh graduate nak tnya , mcm mna pula klo interviewer tu tnya soalan apa yang akan anda sumbang kan dlm syrkt ini, kdg2 tu gagap n jd terkejut nk jawab. ada tak tips nak jawab dgn lebih confident utk bg interviewer tu yakin? huhu terima kasih

  • assalammualaikum. klau mcm xde pengalaman kerja mcm mne ye cara nk jwb. saya punya course ni pon xde praktical

  • Assalammualaikum

    Kalau kita mintak job yang lain dari yang kita belajar dekat University. Dan interviewer tanya kenapa nak job tu walaupon berlainan dr yg kita belajar and jika dapat job lain yang related dengan kita belajar mesti kita tak kerja lama.
    macam mana kita nk jawab? selain kita bagitau yang kita nak gain new experience, learn new things and love new challenges, apa lagi points yang meyakinkan yang boleh kita letak?

    • aril bagi tahu apa yang aril amik dulu, dan apa yang aril nak apply, sy rasa blur pula nak bagi contoh sebab tak ada klu lansung

      • Sebenarnya ini soalan dr adik saya. Dia belajar fizik tapi mintak kerja dekat bahagian customer service bank dan lain2 job yg tidak ada kaitan dengan apa yg dia study.
        Disebabkan susah untuk dapat kerja, maka dia apply dalam byk job yg tidak ada kaitan dgn apa yg dia study.
        Bagi saya, jawapan yg common adalah nak gain new experience, learn new things dan love new challenges….
        Dan selain itu kalau dapat kaitkan dgn Passion kita contoh belajar chemical tp mintak after sales service dekat automotive company, kita bagitau yg kita passionate about cars and that is the main thing that drive me to work in automotive sectors….

Leave a Reply to Syed Shaff Cancel Reply

Your email address will not be published.

Site Footer