Semasa Interview, Nak Cakap Bahasa Inggeris atau Melayu

image_pdfDownloadimage_printPrint

Bahasa Inggeris VS Bahasa Melayu

Ok macam ni. Kadang kala kita mesti akan terasa sama ada boleh tidak gunakan bahasa melayu dalam sesi interview.

Kalau cakap bahasa melayu adakah saya akan di cop bodoh terus?

Not Qualified?

Jawapannya?

ialah jangan TAKUT…

Kalau anda boleh berbahasa Inggeris. Alhamdullillah, boleh terus gunakan bahasa inggeris.

Atau pun, tunggu duhulu pegawai yang hendak menginterview anda gunakan bahasa apa.

Kalau tak boleh, TERGAGAP, tak perlu guna bahasa inggeris terus. Kenapa? sebab khuatir nanti  kalau anda gementar, nak cakap bahasa inggeris pun susah, lagi pula nak olah ayat, takut takut ia akan beri kesan kepada sesi interview anda.

Lagi sekali, tak mengapa, kalau memang tak boleh berbahasa inggeris, terus guna bahasa melayu sahaja.

Unless, cewwah..ess, kalau anda memang degree holder. Sememangnya, bahasa inggeris adalah bahasa sepatutnya anda gunakan. Cerita sikit pengalaman saya bekerja di Carsem Ipoh sebelum ni.

Klik Sini  >>> untuk lihat jawatan terkini Carsem Ipoh di Jobstreet

Saya memang boleh berbahasa inggeris sedikit, jadi memang saya akan usaha juga untuk berbahasa inggeris. Tapi andai kata saya tidak boleh, memang saya akan selamba sahaja cakap bahasa melayu, insyaAllah.

Bila kerja Carsem, tambahan pula dalam bahagian process, kadang kadang kita memang terpaksa berinteraksi dengan customer. Contoh macam pengalaman saya sebelum ini dengan orang Filipina.

Jadi ini ibarat satu macam kelebihan juga, itu sebab saya usaha juga.

Untuk pengetahuan anda, saya kelulusan Diploma Mekanikal dari UMP

Kesimpulannya…

Untuk Degree Holder

Sememangnya WAJIB untuk anda guna bahasa Inggeris.

Untuk Diploma Holder

Kalau anda boleh, terus kan.

Kalau anda tak boleh, gagap, lebih baik jangan. Sebab yang macam saya cakap di atas tadi, takut takut kalau ia akan rosakkan kebolehan anda bercakap. So lebih baik tak perlu.

So tiada masalah untuk anda tak tahu. Tapi, kalau boleh, cuba cuba lah.

Saya percaya, kalau mereka nampak kualiti anda bercakap, menghuraikan masalah dan pengalaman anda. InsyaAllah akan dapat juga.

Lagi bagus kalau anda tahu dulu company yang anda bekerja tu kebanyakannya orang apa. Contoh macam saya kerja di Ipoh dulu, kebanyakan operator adalah dari Indonesia.

So mungkin tiada masalah, tapi bila saya bekerja di Kedah, kebanyakan operator adalah orang filipina.

So bahasa inggeris sangat penting.

Untuk Sijil Holder

Lagi lah tak perlu.

Adik saya sendiri pernah tanya, nak guna bahasa inggeris ke bahasa melayu.

Saya dengan tegas dan tangkasnya membalas.

TAK PERLU, KAU TU SIJIL, ORANG TAK EXPECT BOLEH CAKAP BAHASA INGGERIS.

Betul kan? Tahu buat kerja sudah. Tapi kalau tahu, why not.

Hah macam saya cakap why not ni.

Untuk SPM?

Nak juga saya kata lagi lah tak perlu ye? So memang tak perlu.

Tapi saya nak cerita, satu seorang rakan saya yang bekerja sekarang di Kulim.

Dia SPM, tapi macam tahu tahu cakap bahasa inggeris. Kerja pun rajin, pick up juga. Operator lah ni.

Tup tup tup, baru kerja kejap je kalau tak silap. Terus dapat offer pergi UK kilang hantar.

Hebat tak?

Total dia dalam dalam 16k juga kalau tak silap.

Pendek kata, kalau tahu bagus. Sebab ia boleh kembangkan lagi potensi anda.

Nak buat macam mana kan, negara kita ni dah terlampau pentingkan sangat bahasa orang luar.

Seterusnya, anda boleh rujuk cara saya tulis resume andai kata anda masih lagi belum jelas.

Cara Saya Tulis Resume <<< Click Here

Nantikan bila adek adek semua ni dah kerja, cuba perhatikan orang India.

Kebanyakan kawan saya India yang kerja sekali bukannya tahu menulis pun english. tapi memang fasih english.

Sebab apa? sebab depa hanya tahu berbahasa inggeris bila dah bekerja. Kita je takut. So tak apa, cuba belajar. Cakap sorang sorang, nanti lama lama akan jadi lebih baik.

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer