Kad Kredit Gaji Di Bawah RM 2000

Untuk permohonan kad kredit bagi pendapatan bulanan 2000 ringgit masih lagi tiada masalah. Ada sahaja pilihan dari bank bank ternama untuk anda buat permohonan.



Yang masalahnya, bila pendapatan bulanan yang di bawah RM 2 000 ni.

Mungkin akan susah sikit. Sebab kebanyakan syarat permohonan kad kredit dalam RM 24 000 setahun. Kiranya, sekurang kurang nya RM 2 000 sebulan.

Kalau anda boleh buat kerja lebih masa, dan maintain selama 3 bulan. Sudah cukup. Harap permohonan anda lepas.

Untuk yang pendapatan bulanan di paras RM 2000, saya cadangkan 5 kad kredit seperti dibawah untuk anda mulakan permohonan. Cuba mohon satu satu ya, jangan terus mohon semua. Sebab ia boleh buat permohonan anda terganggu juga.

Untuk yang di bawah RM 2 000, saya ada beberapa cadangan di bawah untuk anda follow.

3 Kad Kredit Utama Untuk Shopping + Isi Minyak

City Clear Credit Card

Kalau tidak silap, credit card ini memang baru sahaja di lancarkan. Sebab pegawai yang hubungi saya untuk sign up tu tak habis habis suruh setelkan form. Printer dan scanner rumah saya ni dah la tak ada, kalau ada memang tiada masalah. Lagi nak 3 slip bulan gaji, bila saya kerja memang tak berapa nak sempat nak uruskan semua ni.

Apa apa pun, saya galakkan anda cuba buat permohonan untuk Citi Clear Credit Card ni.

Di bawah antara syarat dan kelebihan yang akan dapat.



Minima gaji bulanan ialah RM 2000
Interest rate 15%
Balance transfer 2.99%
Anuall fee = RM 90

Kad kredit ini memang sesuai untuk shopping, sebab itu ratenya memang tinggi sikit di bahagian shopping dan dining di Imoney bawah ni.

Dapat minuman free di coffee bean kalau tak silap. Lepas tu boleh juga dapat satu tiket wayang free.

CIMB Cash Rebate Gold

Seterusnya kad kredit dari CIMB ini pula, ikutkan ratingnya, boleh kata ok juga. Sesuai untuk guna pergi shopping, entertainment macam wayang semua. Makan makan pun dapat points. Nak isi minyak pun sesuai. Lepas tu, yang tak ada dalam kelebihan citi bank tadi, anda juga dapat rewards lebih kalau belanja untuk bayar bil utilities.

Saya juga pengguna kad kredit cari CIMB yang lebih kurang macam ini juga. Jadi, saya amat rekomen kalau anda dapatkan yang ini.

Berikut adalah ratingnya daripada Imoney



Anda akan dapat 5% rebate setiap kali belanja dalam sebulan. Saya rasa kad kredit ini tiada had minima. Kiranya kalau nak dapat 5% rebate tu mesti belanjakan dalam RM 1000 contohnya.

Kad kredit biasa juga letakkan had belanja minima. Contohnya macam dari RHB Smart Value Credit Card ni.

Kalau tengok rating nya

Memang nampak terbaik, cover hampir semua bil yang kita perlu bayar hari hari. Tapi contoh petrol itu sahaja, adna kena belanja RM 2500 ke atas baru boleh dapat 5% rebate.

Sangat sangat lah pelek, atau pun, kad kredit ni sesuai untuk abang lori sahaja.

Apa apa pun, kalau anda berminat untuk cari kad kredit yang untuk isi petrol sahaja, saya cadangkan Public Bank Petron Visa Gold Credit Card

Public Bank Petron Visa Gold Credit Card

Tiada masalah kan kalau nak cari Petron. Stesen minyak petron dah berlambak sekarang ni.

Kad kredit dari Public Bank ini best. Untuk anda dapatkan rebate bila isi petrol tak perlu patuhi had belanja minima. Asalkan anda guna sahaja, akan rebate. Dan kalau lagi banyak guna, percentage rebate mesti lah akan lebih tinggi.



0.5% cashback for spending of less than RM100
1% cashback for spending between RM100 to RM200
2% cashback for spending between RM200 to RM500
3% cashback for spending between RM500 to RM800
5% cashback for spending of more than RM800
Rasanya, abang lorri pun akan lebih berminat dengan kad kredit ini kot.

Kalau anda kaki wayang, saya cadangkan Mach Visa Credit Card

Mach Visa Credit Card

Boleh dapat 10% cashback untuk setiap perbelanjaan 1 ringgit wayang.

5% cashback untuk dining juga

Shopping 2%, dan kalau buat belian online 1%.


The following two tabs change content below.
Saya dah bekerja lebih 7 tahun. Rasanya elok benar kalau saya share, tips temuduga dan kewangan akan susah payah nya kehidupan di dunia yang sementara ni. Sila tinggalkan comment di bawah untuk sebarang pertanyaan... Nanti saya akan reply...

5 thoughts on “Kad Kredit Gaji Di Bawah RM 2000

  1. Juz nak tanya. Gaji saya rm1800 tiada apa2 tanggungan dan bayaran loan. Company ada kasi elaun tapi bukan dalam bentuk duit. Saya dapat elaun sewa rumah+bil elektrik+internet (around rm600+) free kira company yang bayarkan terus semua. So agak2 ada x cara untuk kasi lepas apply kad kredit menggunakan informasi yang saya berikan itu?

    1. Salam Amirul. Yang setahu saya, allowance yang bagi macam tu sekali kat Malaysia ni TNB Janamanjung je. Dapat situ ke?

      **mungkin banyk lagi selain tnb janamanjung, tapi itu je yang cek tau.

      Untuk Amirul, saya rasa, peluang nak lepas tu cerah macam matahari. Sebelum ni saya basic 1500. tak ada tanggungan atau apa apa yang hutang. So lepas lah, CIMB Kredit kad. sampai sekarang saya guna

      1. Lupa saya nak tanya, berapa tahun kerja? saya rasa 3 bulan at least boleh dah kot. tak pe try dahulu.

        Eh, bagi tahu company kerja ni. Nak interview, mana tahu boleh bantu orang lain.

        Untuk pengetahuan pembaca lain. Kalau lah 600 elaun rumah. Rasanya dah cukup selesa dah tu.

        Kawan saya, rumah 73k. bila buat pinjaman bank, macam biasa dia akan jadi darab dua lebih kurang. untuk total bayaran. So 73k, total selepas 30 tahun bayar akan jadi lebih kurang 144k.

        Bulanan kawan saya ni dalam 400. Rumah 2nd of course

        Kawan lain, rumah 98k. Bulanan tak pasti. Tapi total byaran balik seumur hidup tu, macam biasa akan darab 2. so hampir 200k.

        600 elaun, agak berbaloi juga lah. Sekurang kurangnya RM 1800 basic, tak kacau dah. buatkan RM 500 untuk bayar kereta. Boleh la hidup cukup cukup makan. Cari bini yang berkoje ya. haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *