Tips Cari Kerja Kosong Kilang

Salam, sekarang saya nak kongsikan tips yang korang boleh jelas kalau nak cari kerja kosong kilang di Malaysia ni. Saya percaya, maklumat ni jarang sangat korang jumpa sapa sapa yang terangkan. Tapi, dengan saya share, insyaAllah saya akan berkongsi apa yang saya tahu…

OK, selepas bertahun, mungkin lebih 7 tahun saya kerja kilang. Hasil daripada apa yang saya nampak, dan perkongsian kawan kawan. Kalau korang nak kerja kilang, mesti tahu jenis perniagaan apa produk kilang itu hasilkan.

Sebab ia akan sedikit sebanyak memberi pengaruh dengan gaji yang korang dapat.

Ini bukan final dan semestinya ya, ini hanyalah pendapat kecil saya sahaja. So, antara produk kilang yang saya perasan ialah:

  1. Produk yang berasaskan besi

Setiap jenis produk atau pun kilang kategori ni saya hanya beri focus pada kilang yang bersaiz sederhana dan besar besar sahaja. Yang Kilang industri kecil memang tak sempat lah kalau saya nak listkan semua. So untuk kilang yang berasaskan produk besi, hasil dari pengalaman kerja saya juga yang hampir 1 tahun. Gajinya tak berapa banyak.

Tapi proses kerja, sangat simple. Bayangkan ya, masa saya kerja dulu, saya kena buat bolt dan nut. Proses untuk buat bolt dan nut ni, tak sampai 10 process sudah siap packing. Banding dengan industri semicon yang saya kerja sekarang. Kalau kira sampai 100 pun belum tentu boleh habis sampai packing. So kerja dengan kilang besi, proses mudah. Anda akan senang faham. Tapi mungkin kerja lebih tenaga sikit.

Kalau kerja kilang yang sederhana kecil lagi naya macam saya dulu, semua benda nak kena buat. Antaranya:

  • Sapu sampah
  • Welding
  • Jalan machine memang confirm
  • Nak cek quality produk lagi setiap 30 minit
  • Nak load material dalam machine lagi
  • Repair machine
  • Nak bawa forklift turun barang dari lorry lagi
  • Naikkan barang ke lori lagi

Memang macam macam kena buat. Sebab ia kilang industri kecil. Sangat normal. Banding dengan kilang yang product dan cara proses productnya lebih banyak proses, atau lebih advance. Memang tak lah nak buat semua benda tu. Semua nya ada orang yang khas..

Tadi saya cakap gaji kecil kan? Actually ia masih lagi bergantung kepada produk besi apa yang dihasilkan juga. Contoh ada satu kilang di Ipoh. Namanya saya lupa sangat, saya ada tengok tengok kat Google Map, tapi macam sudah lain pula, tapi yang pasti kilang ni dekat area Meru, Ipoh, Perak.

Produk nya buat lilitan besi coil untuk apa entah. Hah kalau macam ni, mungkin gaji besar sikit…

Saya boleh panjangkan lagi details akan kilang yang berasaskan besi, tapi nanti lah biar dulu. Saya takut artikel ni jadi panjang sangat..kita pergi yang kedua…antara industri yang pernah saya minat dulu..

  1. Produk yang berasaskan plastik

Kalau di ipoh, antara kedudukan kilang yang berasaskan plastik ni ada di meru. Kiranya belakang kilang besi yang saya tak tahu kat atas tadi. Memang betul betul belakang kilang tu, beratur produk kiang yang berasaskan plastik.

Kawan saya cakap, produk yang seperti ini gaji nya banyak. Sebab ia sentiasa terhasil. Seperti contoh plastik beg yang korang duk guna kat Tesco semua tu kan. Antara kilang yang buat adalah di Kuala Kangsar, besar besar juga kilang nya. Atau saya boleh kata semi scale kilang. Jumlah pekerja untuk kilang yang saiz macam ni, tak lebih dalam 200 kebawah kalau tak silap. Sebab ia memang tak perlu ramai. Begitu juga produk yang berasaskan besi atas tadi..

Antara produk yang berasaskan plastik yang popular yang lain adalah cover handphone yang kita duk pakai tu. Dibuat menggunakan injection moulding. Saya ada belajar dulu machine ni. Ada juga la nak apply kilang yang berasaskan benda ni. Tapi saya tak dapat…

Selain tu, company macam MAPA Glove memang popular juga di Ipoh. Rasanya kat negeri lain pun ada cawangan dia. Untuk gaji saya rasa ia akan lebih kurang macam gaji pekerja semicon kot. Sebab dia ada production line yang nak kena jaga.

  1. Industri SEMICON, atau penghasilan microchip. ( atau alat elektronik macam hardisk )

Kilang yang seperti ni memang berlambak lah di Malaysia. Ini juga lah antara jenis kilang yang paling menguntungkan kalau korang kerja. Ini lah juga industri yang saya ceburi sekarang. Kalau bertuah, operator sahaja boleh dapat sampai 3k gaji kalau OT. Technician macam saya, dekat 5k OT. Saya ada kawan, senior technian, bila dia OT sampai dekat 7k.

Gaji engineer dan manager atas atas pun dalam 10k sebulan juga. So kilang yang berasaskan benda ni memang banyak.

Kalau di Ipoh, antara yang popular, Carsem ( ada lebih 6000 pekerja, 2 plant ), Unisem ( 2500 kot pekerja ), Finisar, Sun Edison ( dulu saya kerja sini, sudah tutup ). Mungkin kurang dari 10 lah untuk industri macam ni. Kilang yang saya kerja sekarang pun lebih dari 10k pekerja, untuk 2 plant.

Antara kilang kilang yang popular ialah Osram ( ni tengah popular sekarang, ramai orang nak join ), Infenion, Sun Edison, Sandisk, Western Digital. Banyaklah kalau saya nak list kan, kebanyakan kilang yang besar besar macam ni ada di Kulim Hitech, Selangor, dan Penang lah. Di Kelantan, area Pengkalan Chepa pun ada juga, Rohm Wako. Hari saya pergi open interview dia, masyaAllah, ramai nye. Panjang nye. Lastnya cancel saya pergi makan Seoul Garden..huhu

Best juga Seoul Garden KB Mall tu..

  1. Produk kesihatan

Untuk kilang yang berasaskan produk kesihatan atau lebih tepat lagi buat alat alat pembedahan ni ada di Penang Namanya B Brown. Memang popular juga di Malaysia. Siapa yang kerja kilang mesti tahu. Jujurnya, saya pun tak pasti cara kerja dan proses di sana. Tapi dengar dengar cerita, gaji kilang seperti ini OK. Saya ada sorang kawan, manager kerja di sana ( cewwah manager ye ). Dah lost contact dah..

  1. Seterusnya, kilang buat simen

Kat Ipoh sahaja ada 4 biji. Tasek Cement di Ipoh. Gopeng ada satu baru bukak tahun 2012 kot. YTL tepi highway tu dan yang paling popular dan ramai orang nak ada di Kuala Kangsar, Lafarge. Tepi jalan tu..

Saya percaya kilang yang macam ni akan bagi gaji yang besar juga. Kawan saya ada kerja di yang area Gopeng tu. Kilang under Hong Leong ni, begitu juga dengan Tasek Cement kalau tak silap. Kebiasaannya, kilang macam ni mesti akan jalan keretapi untuk transport nya. Dengar cerita dulu, Lafarge tu bagi bonus tahunan darab enam kali gaji tau. Tak tau la betul ke tak. Kalao betul, memang dahsyat lah.

Dulu saya pernah di panggil interview untuk Tasek Cement, tapi saya tak pergi sebab saya dah pandai buat machine dekat company semicon. So saya malas nak belajar balik, agak menyesal juga. Rugi.. sebab tak lama lepas tu, saya dapat interview dengan TNB. Kalau lah saya betul betul join taset cement, mesti saya dapat mudah dengan TNB tu. TNB Janamanjung, maksud saya..

Gaji kilang macam ni, boleh tahan juga. Untuk detail, saya tak tahu. insyaAllah nanti kalau jumpa kawan lama yang kerja dengan company kat Gopeng tu saya tanya dia…

The following two tabs change content below.
Saya tahu, bukan nak senang nak cari kerja. Tp sangat senang kalau anda tahu cara nya. Itu sebab saya sediakan SayaShare ni. Untuk berkongsi kenapa saya cakap ia tak sesukar yang anda sangkakan. Kenali saya di Biodata Saya, dan 7 tahun pengalaman kerja saya. Untuk apa masalah, boleh contact saya di sini, atau tinggalkan comment di bawah… InsyaAllah saya akan reply

Latest posts by Syed Shaff (see all)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *