Kerja Part Time di Rumah

image_pdfDownloadimage_printPrint

Untuk tips, kerja sambilan pasang barang kilang, boleh rujuk artikel ini, tips untuk kerja pasang barang dari kilang.

Dan kalau nak belajar buat duit dari rumah, ini dia post nya, tips untuk buat duit dari rumah

Nak buat kerja part time ya? Sebab apa nak parti time parti time ni?

Sudah pasti sebab nak dapatkan duit lebih. Macam apa yang anda sedang baca ini. Blog saya ni pun dikira sebagai part time untuk saya juga selain daripada bekerja di kilang semikon nun.

Kilang semikon yang saya kerja buat microchip untuk IC, kereta, dan ada produk Iphone juga. Gaji? Adalah dalam RM 2500, kalau rajin sikit OT dalam RM 3500. Kalau betul betul rajin RM 4500. Normal saya akan dapat RM 3 lebih.

Persoalannya sekarang, macam mana nak dapat lebih daripada RM 10 000 sebulan contohnya. Sebab kerja kilang, kenaikan setahun pun dalam RM 150 sahaja. Memang boleh sampai 6k kalau rajin OT. Tapi itulah masalahnya, kena rajin OT. Saya sekarang dah kawen pun dah rasa malas nak OT, apatah lagi kalau dah umur 40. Dan kalau umur 40 pun saya rasa macam tak berapa sesuai dah kerja kilang.

Harapannya bisnes part time blogging saya sekarang ini akan menjadi full time satu hari nanti.

Ini sahaja kalau kita nak duit lebih, kena berniaga sendiri. Nak harapkan gaji memang tak mampu ler.

Dulu ingat lagi, mak ambil upah untuk kupas bawang putih.

Masa tu saya tak rasa apa pun, tapi sekarang ni. Adui nampak sangat family saya ni tak berduit betul dulu. Sampai kupas bawang putih pun sanggup.

Isk isk..very sad

But no worry, my iltizam come to rescue.

Sekarang saya nak share apa yang saya buat, kiranya perniagaan part time saya yang saya harapkan akan jadi full time. Target nya umur 30. Tapi sekarang da 29. Adui. Macam jauh lagi je perjalanan ni.

Yang pertama, yang paling saya suka buat ialah saya buat blog macam sekarang ni, tulis pendapat dan pengalaman atau pun pengetahuan saya, bantu orang lain. Bila kita bantu orang lain, orang akan suka. Dan bila orang suka saya lagi la suka. Lagi tinggi traffik atau pengunjung yang datang ke blog, lagi banyak lah earning yang saya dapat.

Selain tu, anda pun tengok saya macam suka menulis. Dalam banyak banyak budak kilang, ada lah 1 dalam seribu macam saya. Huhu

Dan bila saya suka menulis, saya pun boleh la ambil upah untuk menulis selain daripada menulis blog saya sendiri. Kalau kita tulis kat blog sendiri, duit yang akan dapat tu mungkin 2 3 bulan lagi akan datang. Kalau tulis untuk blog orang lain, time itu juga dapat.

Buat study pasaran traffik internet, saya tak pasti nak guna ayat apa ni. Tu yang sebut “pasaran traffik internet”. Ini pun antara yang saya ambil upah juga. Kiranya orang lain samada ada dia dapat projek atau pun dia punya projek sendiri, upah saya untuk buat market research dalam pasaran internet ni. Pun boleh juga. Ilmu ni saya belajar sejak 2008 lagi.

Saya juga ajar orang lain untuk buat blog. Saya buat video, rekod video tu semua. Editing sikit bagi nampak kemas. Buat satu website membership dan jual. Ini plan saya 2017 ni, harap berjaya lah.

At least ada lah produk sendiri kan, dah lama main bisnes internet ni tapi tak ada produk langsung. So itu adalah start up nya.

Untuk siapa siapa yang minat dengan bisnes dari rumah ni. Saya ada buat satu post panjang lebar terangkan pada anda bagaimana nak mula dan dari mana nak mula.

Saya juga kongsikan apa yang patut anda belajar.

Boleh belajar cara cara nya di Artikel Kerja Sambilan Dari Rumah

Baiklah, itu sahaja kot.

Ini yang saya buat sendiri.

Anda pula bagaimana? Cewwah

Kerja Dari Rumah Yang Boleh Dipercayai


Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

54 comments On Kerja Part Time di Rumah

Leave a Reply to Ranida Cancel Reply

Your email address will not be published.

Site Footer