Kerja Sambilan di Rumah Pasang Barang

Nak di jadikan cerita, dalam minggu lepas. Saya memang tengah cari maklumat untuk saya share berkenaan dengan ‘kerja sambilan yang di buat di rumah’. Lepas tu, chat punya chat, tiba tiba memang ada sorang kenalan saya yang buat di Kedah ni.

Panduan Buat Kerja Sambilan <<< Click Di Sini Kawan

Ya, memang barang dari kilang tu sampai ke rumah.

Barang apa? Kalau dah nama pun barang kilang. Kemungkinan besar jenis yang elektronik lah kan. Yang mudah di angkat, yang ringan. Dan barang tersebut ialah ‘wayar’.

Yang perlu di sambung sambung ikutkan pada susunannya

Bila sembang sembang dengan kawan saya ni, rasa kesian juga.

1 ribu unit sambungan wayar dia buat tu, baru RM 14

Itu pun, kemungkinan besar lagi rendah dari RM 14 yang dia dapat. sebab order ni atas nama kawan dia sendiri.

Udah la 1000 unit sambungan wayar ni ambil 1 hari nak setel.

So, sangat lah kesian.

Tapi itu lah. Duit kan. Nak tak nak, tetap juga kena buat walaupun dalam keadaan terpaksa.

Tapi ok lah juga, dari duk tengok TV tak buat apa tu kan.

Boleh la tangan tu teraba raba masang wayang kilang.

Difahamkan, kenalan saya ni. kemungkinan besar akan kerja dengan company ini dalam bulan September 2017 nanti. Kiranya dalam tempoh 1 bulan lah dari sekarang.

Jadi, apa yang kita boleh faham. Kilang ni juga ada hire staff/operator untuk sambungkan wire ni di Kilang juga.

Saya cuba cari iklan iklan tentang pasang barang kilang ni di Mudah.my

Tak ada.

Jadi, kalau anda nak join buat juga. Terpaksa lah tanya tanya orang untuk dapatkan maklumat.

Nasihat?

Nasihat saya, jangan buat. Sebab terlalu sikit. Kerja macam banyak tak setel setel.

Baik g kerja 7E tu.

Atau boleh baca, tips yang anda boleh buat kalau nak buat kerja sambilan

Kerja Dari Rumah Yang Boleh Dipercayai

The following two tabs change content below.
Saya tahu, bukan nak senang nak cari kerja. Tp sangat senang kalau anda tahu cara nya. Itu sebab saya sediakan SayaShare ni. Untuk berkongsi kenapa saya cakap ia tak sesukar yang anda sangkakan. Kenali saya di Biodata Saya, dan 7 tahun pengalaman kerja saya. Untuk apa masalah, boleh contact saya di sini, atau tinggalkan comment di bawah… InsyaAllah saya akan reply

Latest posts by Syed Shaff (see all)

13 thoughts on “Kerja Sambilan di Rumah Pasang Barang

  1. Ramai nye orang tinggalkan komen untuk buat kerja macam ni. Nasihat saya, kalau anda masih lagi muda dan berkemampuan guna internet. saya rasa jangan la buat.

    Serius saya kesian nengok nya. Bila fikirkan family saya dulu, mak abah amik upah kupas bawang. Memang terasa susah. padahal upah tak seberapa..

    Jadi untuk kongsi simpati, saya akan buat satu post cara anda buat duit sampingan dari internet. Mudah sahaja..cuma kena rajin sikit..

    nanti saya buat, kalau da siap, saya akan link kan di bahagian komen atau end post artikel atas.

    1. ye..nnt saya ada masa saya tulis. sekrang tengah nak habiskan shif pagi…eh tapi hari tu saya dah janji nak buat resume untuk level SPM adoi…nanti lah kalau ada masa saya tulis..apa apa pun, sila subscribe kalau tak nak terlepas ye korang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *