Pengalaman Temuduga Saya Yg Paling Latest – Osram Sdn Bhd

Baru baru ni, lebih kurang dalam bulan lepas. Saya ada hadiri satu open interview yang di anjurkan oleh Osram.

Tujuan saya buat artikel ni, saja nak share apa mindset yang korang patut ada bila datang Open Interview yang ramai ramai macam ni. Tambah lagi kalau company besar macam Osram kan. Mesti lah berduyun duyun yang datang.

Apa apa pun, jum kita tengok beberapa keping gambar yang saya sempat amik dulu.

Baju putih usha saya, macam la orang nak amik gambar dia. Ini adalah kaunter pendaftaran.

2 ekor ni lah kenalan saya yang duk sembang

Panjang Juga Kan…

Jauh tau gambar atas tu. Kalau tengok tengok betul, korang akan perasan. Saya punya beratur berpusing habis. Tapi tak apa, ku teruskan juga.

Ini lah yang saya paling paling nak tunjuk sangat kat Saya Share.com. haha.

Ada lagi satu gambar, entah kenapa saya tak amik. Tempat menungu interview. Alhamdullillah, open interview ni tiada quiz. Biasa kalau ramai ramai macm ni, memang akan ada quiz tau. So dia boleh tapis lagi sikit. Kiranua siapa yang tak lepas quiz boleh tinggal resume dan terus pulang.

Saya datang open interview ni pukul 9 10 am.

Beratur panjang tu rasanya dekat 2 jam.

Selebihnya saya duk tunggu termenung untuk temuduga, sampai pukul 2 lebih macam tu. Kesian kat wife…tunggu lama sampai ngantuk. Tu dia tak makan tengah hari lagi tu..So saya pun cakap awal awal kat dia, kalau kul 3 tak panggil juga. Kita balik. Sebab wife saya tak leh makan lewat, nanti merajuk.

Tapi tiba tiba, selang beberapa minit saya di panggil. Lebih kurang dalam 2 30. Saya masuk lebih kurang dekat kul 3 saya keluar dengan penuh perasaan tak tahu nak hampa atau lega. Atau redha..

Nanti saya kongsikan summary nya di bawah akan apa yang saya rasa. Sebab sekarang saya nak kongsikan beberapa point yang kita boleh ambil iktibar supaya insyaAllah persediaan next open temuduga akan jauh lebih baik…

  1. Mana yang fresh KAMI TAKNAK

Hah keras tak gitu!! Saya perasan banyak juga fresh graduate yang datang. Maaf ya dik. Biasanya kalau open macam ni, diorang akan lebih nak amik yang berpengalaman seperti kami. Haha

Tapi tak apa, boleh datang. Malah, saya sangat galakkan korang ni datang. Daripada duk umah tunggu kilang cari. So sangat bagus korang datang. Dan bila Allah tahu korang datang, Dia pun rasa happy sebab kroang berusaha. insyaAllah ada rezeki nanti kan.

Cuma apa yang saya nak ingatkan ialah, kalau fresh, terus cepat cepat cari kotak macam di atas. Supaya tak terbuang masa beratur sekali. Dan bila masukkan resume, ingat akan tips cara buat resume saya. Pastikan design nya cantik supaya dapat membuka mata orang yang tengok resume korang tu.

Ok itu satu..

  1. Sentiasa alert dengan quiz

Biasa open interview macam ni memang akan ada quiz. Tapi entah macam mana kenapa yang ni tak ada. So kena bersedia. Saya memang lemah quiz

  1. Cuba besembang dan bertegur sapa ngn orang lain.

Dalam korang beratur tu, cuba cuba jenguk2 sikit orang. Sembang, insyaAllah mana tahu ada rezeki kan. Tiba tiba ke..

Macam kawan saya, sembang dengan saya, terus bagi resume untuk hantar kilang yang saya kerja sekarang. Kurang hajor..huhu

  1. Jangan datang lewat

Open interview ni kalau ikutkan timing nya, dari kul 9 sampai kul 1.

So saya punya la ubi follow up datang kul 9. Padahal orang yang beratur dah panjang dah. So elok lah kalau korang datang awal sikit. Maybe dalam kul 8. Atau 7 45 am. Cepat pergi, cepat balik. Tambah lagi kalau ada 2 open interview di tempat yang berlainan tapi hari yang sama.

Pergi lah dua dua kan.

  1. Kena olah ayat sebaik mungkin…get ready to become power and more power

Entah apa lah yang saya duk cakap kan yang power power ni. Saja nak tarik perhatian korang dengan perkara no 5 kot. Tapi apa saya nak cakap, proses temuduga open interview, kadang kadang macam lagi susah daripada Interview yang korang datang sebab dijemput.

Kalau macam ni ramai, so korang ada dalam beberapa minit sahaja nak impress kan orang temuduga anda. So cuba olah ayat sebaik mungkin, susun atur sescientific mungkin.

Dan resume, pastikan betul betul nail down.

Betul ke nail down? Faham faham lah ye..maksud saya, kena buat betul betul baik.. jangan lupa rujuk cara buat resume saya..

Dan no 6 ialah…

Jangan cerita buruk company sebelum ni… OK

Saya tak nak kongsikan no 6 ni dalam artikel ni. Sebab dah panjang sangat dah ni. So saya nak buat aritkel lain KHAS jelaskan kenapa anda tak boleh cerita buruk company lain..

Boleh rujuk artikel ni..penting tau. Tu sebab saya buat artikel khas yang baru untuk cover topik ni. Tolong jangan skip..

Baiklah..itu sahaja..

Rasanya korang pun tahu kan. Saya bukan datang dalam kategori yang desperate sangat untuk cari kerja lain. Company sekarang ni alhamdulillah sudah OK. So saya minta maaf sapa yang rasa kehadiran saya macam tamak. Tapi saya sengaja nak try juga..

Tapi ok lah saya pergi kan, at least ada juga benda yang saya boleh share kat dalam blog ni..

Harap bermanfaat, adios

The following two tabs change content below.
Saya tahu, bukan nak senang nak cari kerja. Tp sangat senang kalau anda tahu cara nya. Itu sebab saya sediakan SayaShare ni. Untuk berkongsi kenapa saya cakap ia tak sesukar yang anda sangkakan. Kenali saya di Biodata Saya, dan 7 tahun pengalaman kerja saya. Untuk apa masalah, boleh contact saya di sini, atau tinggalkan comment di bawah… InsyaAllah saya akan reply

Latest posts by Syed Shaff (see all)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *