Contoh Perkenalkan Diri Dalam Bahasa Inggeris [Tips Temuduga]

Contoh Ayat Temuduga Yang Lebih Baik

Salam, sebelum ini saya ada kongsikan contoh ayat temuduga yang saya biasa gunakan di artikel, cara perkenalkan diri. Pengetahuan yang saya dapat di artikel itu adalah lebih kepada pengalaman saya sendiri. Kira nya, saya fikir sendiri tanpa rujuk pada apa apa yang lebih berpengetahuan.

Tapi untuk artikel ini, saya nak kongsikan apa yang diajar oleh mereka yang betul betul berada dalam bidang kerjaya ni. Antara yang biasa menjadi panduan saya ialah Ankit Kalonia. Saya tak berapa pasti asal Ankit ini dari mana, mungkin dari India atau Pakistan sana.

Tak kesah lah, tapi apa yang pasti cara dia mengolah ayat untuk buatkan orang yang interview kita tu rasa teruja sangat sangat terbaik bagi saya.

*Penting ya untuk buatkan si penemuduga suka dengan kita, kalau tak mana nak dapat kerja

Ikut pada Ankit, bila anda perkenalkan diri, tak perlu panjang lebar sangat sampai daripada mula mula anda lahir pula. Atau pun favaurite musik semua. Tak perlu, hanya kongsikan hal yang penting sahaja.

Antaranya

1.       Mungkin tentang pengalaman kerja anda

2.       Mungkin cerita tentang pencapaian dalam kerjaya anda.

3.       Atau pun skills atau kelebihan kepakaran anda dalam satu satu bidang

Ada lagi point lain yang Ankit kongsikan, tapi saya tak rasa ia sesuai untuk kita. Hanya perlu stick dengan 3 points atas itu sahaja.

Mula mula, jangan lupa cakap terima kasih

Untuk step pertama bila anda perkenalkan diri, apa yang Ankit nyatakan ialah mengatakan ‘Terima Kasih’. Yang saya kira, sangat sangat mustahak dan memang patut pun. Jarang kan, kita bila nak mula temuduga tu katakan terima kasih. Kononya sebab malu atau pun memang langsung tak terfikir.

Dan ayat yang Ankit kongsikan ialah:

“Thank you for providing me oppurtunity to introduce myself.”

Simple, tapi sangat sangat bermakna. Kalau saya yang temuduga anda pun akan rasa, bagusnya budak ni.

Tapi pastikan ayat mulut anda jelas ya. Jangan malu malu pula nak sebut.

Atau ada lagi satu ayat, mungkin lebih relate dengan situasi anda, ialah:

“Thank you for shortlisting me for 2nd interview round” (andai kata relate dengan anda lah)

Step kedua.

Cakap terima kasih pun sudah, sekarang tiba masa untuk bagi tahu nama. Pastikan anda bagi tahu nama penuh. Sampai ada bin binti semua.

Contoh:

My name is Siti Nurul Ain Binti….I’m 28 years old…Graduated from Univerisiti Malaysia Pahang in Diploma Chemical Engineering.

Ayat di atas ini memang saya ada tambah tambah sikit banding pada apa yang Ankit kongsikan. Dan kalau anda baca, ayat saya ringkas ringkas sahaja. Tak terlalu panjang berjela.

Ayat yang pendek pendek ni bukan sahaja buatkan informasi yang anda kongsikan lebih mudah di faham oleh penemuduga. Malah boleh elakkan anda dari masalah Grammar. Atau dalam erti kata lain, elakkan contoh ayat dalam bahasa inggeris saya ni nampak problem. Lidah melayu kot.

Oh ya, kalau anda perasan, setiap artikel dalam blog saya ni pun saya pilih ayat yang tak berapa panjang. Tujuannya sebab apa? Supaya anda baca lebih mudah. Dan maklumat yang saya nak kongsikan setiap ayat menjadik… jelas ya…

Yang ketiga

Ini agak tricky sedikit. Kalau anda tak perlu sebut, tak payah gatai gatai nak sebut. Sebab ada sesetengah company yang lebih prefer cari penduduk local yang memang dekat dengan tempat kerja. Mana yang merantau ni takut takut diorang tak utamakan sangat.

Contoh macam saya interview TNB lepas, memang otak ni dah memang fikir nak taruk nama pakcik yang memang menetap di Manjung, sebab saya duk Ipoh.

Dan untuk kongsikan tempat tinggal anda dengan style gunalah ayat yang special sikit. Jangan ayat yang muram muram sahaja.

Contoh ayat yang OK.

“Saya memang berasal dari Ipoh, dan sudah menetap di Simpang Pulai agak lama sejak daripada 2003 lagi.”

Sekian..

Ok tak?

Salah tu, ikutkan nak padam sebab saya tersilap contoh, tapi elok juga kalau saya kekalkan untuk bagi tahu apa yang saya rasa. So salah sebab kita buatkan si penemuduga berfikir. Tak perlu nak uji matematik dia, cakap direct sahaja.

Seperti contoh:

“Saya memang berasal dari Ipoh, dan sudah menetap di Simpang Pulai agak lama sejak tadika lagi”

Atau pun “sejak dari 10 tahun yang lepas lagi”

Atau pun “sejak dari awal alam persekolahan lagi…”

Dan dalam bahasa inggeris nya,

Ehem ehem

“I am actually native citizen here in Temerloh”

Ikut pada apa yang Ankit cadangkan, tambah kan 2 benda. Tempat + Interesting facts.

Contoh macam apa yang dia cakap:

“I’m native of commercial capital of India”

Boleh la nak cakap macam tu kalau anda dari India (bergurau). Tapi saya sendiri rasa segan pula kalau nak cakap tambahan interesting facts tu. So, saya rasa anda tak perlu cakap. Nanti bunyi macam nerd pula.

Ada banyak lagi Ankit kongsikan di dalam videonya, anda boleh tonton dalam dialect Indianya sendiri kalau boleh faham di sini, https://www.youtube.com/watch?v=t2u5mkc5UEk

Nanti dalam beberapa hari lagi, saya akan gabungkan tips cara untuk perkenalkan diri anda masa temuduga ni daripada 3 personal yang kita boleh anggap punyai kepakaran dalam bidang ini.

3 personal tersebut ialah Denis Sasal yang memang ada buat MasterClass Online dalam bidang ini, Linday Raynier Career Strategist + Coaching Program, dan juga sedikit gabungan idea daripada Ankit Kalonia juga.

Thumbnail Image Credit to CBitss

The following two tabs change content below.
Saya dah bekerja lebih 7 tahun. Rasanya elok benar kalau saya share, tips temuduga dan kewangan akan susah payah nya kehidupan di dunia yang sementara ni. Sila tinggalkan comment di bawah untuk sebarang pertanyaan... Nanti saya akan reply...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *