Permohonan Kad Kredit Maybank

image_pdfDownloadimage_printPrint

Maybank memang antara bank yang paling popular di Malaysia. Cawangan di luar negara juga ada. Kepengunaan nya juga seakan lebih meluas. Tak pasti lah kalau nak dibanding dengan bank bank yang lain bagaimana pula Kan! Mungkin bank lain seperti CIMB pun boleh juga.

Maka padanlah, kalau Maybank ni memang menawarkan kad kredit yang paling banyak berbanding dengan bank bank yang lain.

Iaitu sebanyak 17 kad kredit. Itu belum termasuk lagi dengan Kad Kredit Islamic yang ada lagi 7 jenis.

Kebanyakan kad kad ni macam untuk orang kaya sahaja.

Ada yang sampai montly income mesti at least RM 15 000 pun ada. Kebanyakannya, mana mana bank pun, untuk kad kredit yang seperti ini khas yang biasa ulang alik naik flight sahaja.

Untuk yang level level pendapatan sederhana macam kita ni, cari yang bawah RM 3 000 sahaja lah.

Paling kuat pun RM 4 000 sebulan.

Kalau bank bank lain, ada juga yang monthly income dalam RM 2 000 pun boleh apply juga.

Tapi Maybank, gaji bulanan anda mestilah sekurang kurang nya RM 2 500 sebulan. Baik kad kredit conventional mahupun islamic.

Cara Pilih Kad Kredit Maybank

Macam biasa, sebelum anda tertarik dengan pilihan kad kredit warna apa, elok anda renungkan dahulu, kad kredit yang anda nak dapatkan ni tujuannya untuk apa.

Sama ada.

  1. Bayar petrol – ini bagus, khaskan kad kredit yang untuk bayar petrol sahaja. Boleh kumpul points
  2. Shopping – kad kredit maybank memang popular dalam belian online, ambil contoh Lazada sahaja, kalau tidak silap saya, memang tiada kad kredit lain yang boleh untuk anda buat belian secara ansuran di Lazada. Tapi sebabkan anda ada kad kredit Maybank, ia nya bukan satu masalah. Biasa kalau kad kredit yang memang fokus untuk shopping ni akan ada feature rewards point atau pun cashback.
  3. Bayar hutang?
  4. Cash?
  5. Alternative sebab loan tak dapat?
  6. Balance transfer dari kad kredit lain?
  7. Atau macam macam lagi.

Atau kalau susah sangat nak menilai tujuan yang sebenar, belek belek satu kad kredit dari maybank di link ini untuk anda lebih jelas satu persatu kelebihan bagi setiap kad yang ada.

Mana yang sudah plan kad kredit mana yang anda nak ambil di bawah adalah antara ringkasannya untuk anda.

Kad Kredit Khas Untuk Isi Minyak

boleh cuba apply Petronas Maybank Visa

Macam biasa, kad kredit yang seperti anda akan beri anda mata ganjaran kalau anda topup minyak di Stesen Petronas.

5x bonus points on weekdays

8x bonus points on weekend

Had income bulanan minima mestilah RM 2 500 sebulan.

Tiada annual fee

Dapat free Touch n Go Zing

Bonus points yang anda dapat isi minyak tadi, kalau tidak silap saya boleh juga redeem point untuk flight. Dan kad kredit ini juga anda boleh dapat flight discount.

Kalau tambah lagi RM 10 sebulan, anda layak sertai Etiga Takaful Mutiara Plus juga. Untuk coverage sila rujuk pegawai yang call anda nanti.

Mesti umur 21 tahun ke atas baru boleh mohon.

Latest 3 months salary juga diperlukan.

6 months savings account.

IC depan belakang juga.

Untuk kad kredit shopping pula, anda boleh mohon Maybank American Express Gold Card

Maybank American Express Gold Card

Kad Kredit ini antara yang paling murah bukan sahaja di Maybank sahaja, tapi antara bank bank yang lain juga. Biasa interest rate dalam 15%. Tapi kad kredit Maybank American Express ni hanya 9%.

Berikut antara kelebihan kelebihan yang ada dalam kad kredit ini.

5 membership rewards points untuk setiap 1 ringgit yang dibelanjakan.

5 points tambahan lagi untuk perbelanjaan di Kinokuniya, Borders, Times dan MPH.

2 points lagi untuk 1 ringgit spend di mana mana tempat yang lain.

5 points tambahan lagi untuk setiap 1 ringgit yang di belanjakan di Cathay Cineplex.

1 points untuk setiap 1 ringgit petrol.

Saya sendiri memang sudah berapa lama tak topup di kedai, guna CIMB Click sahaja. Atau pun RHB. Untuk siapa siapa yang macam saya juga, boleh apply kad kredit ini juga, sebab ia ada point 1 untuk setiap satu ringgit yang di belanjakan di telco popular Malaysia. ( ekspres autopay only )

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

63 comments On Permohonan Kad Kredit Maybank

Leave a Reply to Nuratiqah Cancel Reply

Your email address will not be published.

Site Footer