Pinjaman Wang Segera Tanpa Dokumen [OR SLIP GAJI]

Hamboi kau, nak duit. Tapi tak ada slip gaji pula ya. Macam mana ni?

Jap jap. Ada berniaga sendiri ke macam mana? Kalau ada boleh la direkodkan keuntungan tu macam mana. Kalau tak ada, dan sememangnya tak bekerja sendiri atau pun tak bekerja dengan orang lain. Teruskan lah diri anda yang malas nak berduit tu.

Untuk yang bekerja, dan nak pinjam duit tapi tiada slip gaji. Boleh teruskan membaca.

Bank yang saya reviewkan pada anda ini adalah antara bank atau institusi yang popular dan ada sesetengahnya saya pun berpengalaman buat pinjaman. Tapi ber slip gaji lah ya.

Dan senarai bank tersebut ialah:

  1. Maybank
  2. CIMB
  3. AEON – Paling Popular ni ( Ya Kah )

Untuk syarat syarat setiap institusi pinjaman wang di atas, saya jadikan contoh daripada Aeon sahaja ya. Sebab nampak lebih jelas bila saya baca di website nya. Yang lain macam berterabur. Lagi pun apa yang bank lain minta, mahupun selain dalam list kita, yakni Maybank dan CIMB. Adalah lebih kurang sama pun dengan bank lain minta anda lengkap kan.

Kiranya dokumen dan butiran diri yang perlu di patuhi lah.

Untuk Easy RHB saya tak rasa diorang boleh keluarkan untuk persnal loan tanpa dokumen atau slip gaji ni. tapi 3 senarai yang saya pilih di atas, confirm boleh.

Anda lepas tak lepas sahaja.

Syarat Kelayakan Untuk Permohonan Pinjaman Wang

  1. Mesti melebihi 18 tahun ke atas – ini normal lah kan.
  2. Semestinya orang Malaysia – patutnya ini faktor no 1 ni.
  3. Minima income bulanan ialah RM 800
  4. Jumlah pinjaman adalah daripada RM 1000 sehingga RM 100 000

Dan Dokumen Yang Diperlukan ialah

  1. Original IC
  2. Company business registration Certificate ( kalau ada company sendiri )
  3. Lepas tu, bank statement 6 bulan untuk nama company anda ATAU
  4. Bank statement personal account anda – 6 bulan ya.
  5. Latest BE / F Form dan Tax Payment Receipt

Bank statement tu, jangan print dari online banking ya. Saya rasa website mana mana contoh macam CIMBCLICKS memang tak simpan sampai 6 bulan. 3 bulan sahaja. Jadi anda terpaksa pergi ke bank dan minta mereka proses. Ada yang proses sekejap sahaja, ada yang perlukan masa sedikit.

Untuk BE / F form ini, ada bank yang tak minta. Ada yang berpuas hati dengan bank statement 6 bulan kita sahaja. So bergantung kepada.

Apa yang pasti. Pinjaman anda masih lagi boleh diteruskan walaupun tiada PaySlip…

UNTUK AEON.

Jumlah pinjaman yang anda boleh buat, boleh rujuk post yang saya tunjukkan lagi satu iaitu, Aeon Personal Loan. Ada table untuk jumlah pinjaman yang anda boleh buat disana.

Proses pinjaman kebiasaannya makan masa lebih kurang up to 3 hari. Tapi masih lagi bergantung kepada kekuatan document dan personal rekod anda. dan juga, katakan anda nak buat loan 10k. tak semestinya akan dapat 10k. mungkin akan kurang sedikit.

Ada tak charge kalau terbayar lewat?

Of course le ada.

Payment made after the 2nd but before the 10th: RM18.00

Payment made after the 10th but before the 18th: RM23.00

Payment made after the 18th but before the end of the month: RM40.00

Additional charge for each subsequent month if the account falls under delinquent from the previous month: RM23.00

**Saya ambil dari Aeon punya quote atas ni. malas nak translate.

Cara Untuk Check Balance?

Ada banyak, cara yang paling leceh ialah, anda call sendiri mereka. Atau pun boleh login butiran di Aeon Website. Atau pun SMS

Cara yang saya guna untuk check berapa lagi tinggal loan motor ialah daripada website mereka tu. Anda boleh register di link ini, https://www.aeoncredit.com.my/login

Pilih pada new member… Letak IC semua. Dan nanti akan ada OTP dihantar pada no yang anda daftar kan masa pinjaman diproses.

Lupa nak cakap.

Macam mana cara nak bayar? Kalau saya sendiri, saya akan guna online banking. Jangan lupa untuk bayar 2 hari sebelum tarikh due. Nanti Aeon memang confirm akan call punya.

Thumbnail Image – FreeMalaysiaToday

The following two tabs change content below.
Saya dah bekerja lebih 7 tahun. Rasanya elok benar kalau saya share, tips temuduga dan kewangan akan susah payah nya kehidupan di dunia yang sementara ni. Sila tinggalkan comment di bawah untuk sebarang pertanyaan... Nanti saya akan reply...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *