Contoh Soalan Temuduga Yg Lazim Ditanya+JAWAPANNYA

Senarai Soalan Temuduga Berserta Jawapan

Ini adalah contoh dialog menjawab soalan temuduga yang salah. Nanti saya updatekan penerangannya di bawah

Salam. Saya percaya, ini adalah antara post yang paling penting anda perlu tahu. Untuk sepanjang sharing tips temuduga saya di blog sayashare ni lah.

Sangat sangat penting.

OK.. Untuk permulaan, saya plan untuk buatkan satu artikel, 10 senarai soalan temuga dan jawapan untuk anda. Tapi bila dah lama lama ni. Lepas saya perapkan artikel ni dekstop, rasa macam lebih elok kalau saya bahagikan kepada beberapa bahagian.

Tujuannya, untuk anda lebih mudah faham dan lebih mudah untuk saya beri focus pada background pembaca yang berbeza. Sebab, soalan temuduga yang diajukan pada anda nanti, tak semuanya sama dengan satu yang lain.

Kalau anda fresh graduate, yang sudah ada pengalaman kerja lain.

So memang tak sama.

Untuk itu, saya ada sediakan artikel khusus untuk sesetengah background yang saya mampu fikirkan tadi.

Ini dia senarai artikel yang saya maksudkan (masih lagi tengah buat, nanti saya update):


  • Contoh Soalan Lazim Temuduga [ anda sedang baca artikel ini sekarang ]
  • Contoh Soalan temuduga yang susah dijawab
  • Contoh Soalan temuduga yang bila jawab, mesti hati hati
  • Contoh soalan temuduga untuk fresh graduate
  • Contoh soalan temuduga untuk yang sudah ada pengalaman kerja
  • Contoh soalan yang perlu di tanya pada panel temuduga
  • Contoh Soalan Lazim Temuduga Kerajaan

Untuk contoh soalan temuduga yang lebih specifik, anda boleh rujuk artikel khas yang saya buatkan di atas tu. untuk yang di bawah ini pula, saya senaraikan 10 soalan lazim yang memang biasa ditanya:

  1. Kenalkan diri anda

Ini adalah antara soalan yang paling popular. Dan memang confirm anda akan ditanya punya. Disebabkan betapa pentingnya soalan ini untuk anda jawab dengan baik. Saya sudah sediakan satu artikel khas untuk cara menjawabnya dengan baik.

Ingat….ini adalah ibarat first expression anda sebaik sahaja bukak mulut dalam bilik temuduga tu. pastikan baik betul betul…

Boleh rujuk artikel, cara kenalkan diri masa temuduga untuk lebih lanjut..

  1. Your educational background

Untuk soalan yang ini, saya pun sudah selitkan sekali dalam artikel cara kenalkan diri atas tu. anda boleh rujuk sana. Tak perlu sembang kencang sangat time belajar ni. sekadar bagi tahu belajar apa. Dari mana. Kalau pointer OK, cakap lah. Kalau tak OK. Diam sahaja. Cakap benda lain, yang membanggakan anda.

  1. Ceritakan pengalaman kerja anda.

Pengalaman pun sama. Saya ada selitkan dalam cara kenalkan diri tu. lagi sekali, untuk permulaan, tak perlu sembang panjang lebar. Anda hanya cakap surface nya sahaja.

Seperti contoh.

Sebelum ni, saya kerja di Kilang XYZ selama 3 tahun. Sebagai Technician. XYZ buat product ehem ehem.

CUKUP…

Tak perlu lebih lebih. Sebab ini permulaan. Nanti baru ada soalan oleh penemuduga yang menyusul.

Biasanya diorang akan tanya macam ni.

Boleh kongsikan apa yang anda buat di XYZ Company?

Hah time ni, baru lah anda cerita mana yang patut.. jangan ringkas sangat. Jangan panjang sangat.

Kalau saya. Saya akan kongsikan point point yang macam bawah ni:

  • Apa normal task atau normal routine saya.
  • Apa pula special task yang anda buat
  • Apa pula masalah yang selalu berlaku dan bagaimana nak selesaikannya.
  • Apa pula antara kejayaan besar yang anda pernah capai.

Contoh macam saya sebelum ni, saya pernah setup machine depan customer. Customer tu suka saya sebab saya pandai nyembang. Dia dari Filipines. Ada lagi satu customer dari US, dia tak tengok saya setup yang macam customer Filipines buat. Tapi dia puas hati akan result nya. Lebih kurang macam tu lah.

Disclamer: apa apa pun, semuanya bukan atas saya sorang. Engineer, Assistant Engineer, technician dari department lain. Semuanya ada peranan masing masing. Cuma yang di department saya. Saya lah antaranya yang membantu… OK?

So cerikan 4 point tu. andai kata si penemuduga nak lebih detail…

  1. What do you know about the company?

Ini pun antara soalan standard. Bukan cumpulsory untuk anda faham. Cukup sekadar dasar pun sudah cukup. Kecuali kalau company GLC ( separuh kerajaan ) ataupun memamng bekerja dengan jabatan kerajaan. Bukan setakat buat apa, CEO syarikat pun anda perlu tahu.

Memang mengada ngada betul kan.

Tapi untuk kilang swasta.

Cukup lah sekadar, anda tahu:

  • Produk company
  • Proses penghasilan product

Bagi saya sendiri, kalau anda tahu 2 benda ni pun sudah cukup.

OH YA….. Contoh contoh saya mungkin lebih kepada engineering atau kekilangan sikit ya. Mana yang industri berbeza atau pun cara kerja yang lain daripada contoh yang saya buat kan. Anda tinggalkan komen, nyatakan situasi anda. nanti saya cuba related kan mana yang patut.

  1. Why are you interested in this job?

Point yang terbaik, anda jadikan apa yang anda passionate selari dengan kemahuan pekerjaan.

Seperti contoh, anda suka kerja dengan machine besar. So itu sebab anda nak kerja dengan company buat terowong.

Anda suka bermain dengan sensor dan elektronik. Robot robot semua. Itu sebab anda minta kerja kilang semikon.

Dan macam macam lagi. Kiranya, jadikan modal perniagaan kilang atau company itu sebagai alasan kemahuan anda.

  1. Are you willing to travel or relocate if necessary? + Lesen

Depends pada company. Ada company yang memerlukan anda untuk travel. Kalau macam saya tak perlu. So itu sebab, sangat berguna untuk ambil lesen awal awal.

  1. Kenapa tinggalkan tempat lama

Soalan ini, macam ada kesinambungan nya dengan soalan no 8.

Sudah menjadi kebiasaan dan sebab utama. Tak lain tak bukan kenapa kita pindah, kebanyakan mesti sebab gaji kan.

Gaji tak naik naik. Kalau naik pun ciput.

Atau pun, kerja banyak sampai anda susah nak buat kerja.

Atau pun, ada masalah dengan member kerja lama.

Percaya lah, 3 alasan utama ni. kalau anda jadikan alasan dalam temuduga. Memang pakat tak dapat lah kerja baru. Sebab, ketiga tiga nya unsur negatif walaupun ia nya betul.

Nak kerja tempat lain, sebab kerja sekarang banyak orang jilat bos. Pun tak boleh juga.

Yang terbaik, anda cakap sahaja. Nak cari pengalaman baru. Atau pun nak kerja dengan company yang lebih besar untuk dapat benefit yang lebih baik.

Contoh macam previous kilang saya kerja. Elaun RM 120 setiap bulan tu sudah 10 tahun sama sahaja. Dan itu sahaja elaun yang anda. elaun shift kerja siang and malam tiada. Elaun makan tiap hari tak ada.

Tapi dengan company baru, semunya ada dapat. hah, kalau jadikan alasan ni kira OK lagi lah. Banding kan anda jadikan alasan kejahatan orang lain untuk berpindah…

  1. Kenapa nak kerja sini

Kadang kadang terfikir juga. Macam la aq hadap sangat nak kerja dengan kamu ya. Tapi tak baik pula cakap macam tu. Nak cari rezeki ni, belum apa apa lagi dah tunjuk sikap tak elok

Not good not good

Untuk jawapan terbaik. saya rasa, elok kalau anda cari kelebihan yang anda cari.

  • Mungkin nak cuba kerja dengan company yang lebih besar ke
  • Mungkin nak berhijrah keluar dari tempat asal ke
  • Mungkin sebab nak beli rumah di sini ke ( alasan ni lagi bagus ni, maksud nya dia fikir anda akan kerja lama )

Yang penting, jangan buruk burukkan atau kongsikan kesedihan apa yang berlaku pada anda untuk previous job. Apa apa jadi, buruk seburuk mana pun tempat kerja lama. Itu lama punya cerita. Jangan nak manja manja cerita dalam temuduga.

  1. Kenapa kerja sekejap,lepas tu berhenti?

Soalan ni pernah ditanya pada saya sebelum ni.

Macam saya,

Kerja kilang besi dalam 1 tahun…

kerja Carsem 1 tahun 6 bulan.

Kerja Sun Edison, 2 tahun

Then pindah sini. Bos yang di sini tula yang tanya. Wah u kerja sekejap sekejap ya. Lepas tu pindah. Boleh bagi tahu kenapa?

  1. Mana dapat tahu jawatan kosong ni..

Yang ini mudah sahaja. Kalau nervous juga nak jawab. Tak tahu lah.

Bagi tahu sahaja dari Jobstreet, mudah.my atau MauKerja. Atau mana mana pun.

Baiklah.

Saya rasa itu sahaja kot. Jangan lupa pecahan pecahan soalan temuduga yang lain. Anda boleh rujuk nya di bawah ni….


  • Contoh Soalan temuduga yang susah dijawab
  • Contoh Soalan temuduga yang bila jawab, mesti hati hati
  • Contoh soalan temuduga untuk fresh graduate
  • Contoh soalan temuduga untuk yang sudah ada pengalaman kerja
  • Contoh soalan yang perlu di tanya pada panel temuduga
  • Contoh Soalan Lazim Temuduga Kerajaan

Akhir Kata…..

Siapa lah saya untuk mampu brainstorming dan ingat semula soalan soalan yang ditanya ni. So itu sebab saya rujuk beberapa website lain yang boleh berikan idea soalan temuduga. Baru lah saya fikirkan jawapan nya yang terbaik. Dan berikut adalah antara website yang saya jadikan rujukan.

References

https://www.monster.com/career-advice/article/top-10-interview-questions-prep

https://www.forbes.com/sites/jacquelynsmith/2013/01/11/how-to-ace-the-50-most-common-interview-questions/#3a78c0134624

https://biginterview.com/blog/interview-questions-answers

https://www.kent.ac.uk/careers/interviews/commonquestions.htm

https://www.inc.com/jeff-haden/27-most-common-job-interview-questions-and-answers.html

https://www.job-hunt.org/recruiters/smart-job-interview-answers.shtml

https://theinterviewguys.com/top-10-job-interview-questions/

https://www.thebalance.com/top-interview-questions-and-best-answers-2061225

https://www.monster.co.uk/career-advice/article/what-are-the-most-common-job-interview-questions

https://www.themuse.com/advice/how-to-answer-the-31-most-common-interview-questions

https://uptowork.com/blog/job-interview-questions-and-answers

http://www.businessinsider.com/common-job-interview-questions-2016-5/?IR=T/#-21

The following two tabs change content below.
Saya tahu, bukan nak senang nak cari kerja. Tp sangat senang kalau anda tahu cara nya. Itu sebab saya sediakan SayaShare ni. Untuk berkongsi kenapa saya cakap ia tak sesukar yang anda sangkakan. Kenali saya di Biodata Saya, dan 7 tahun pengalaman kerja saya. Untuk apa masalah, boleh contact saya di sini, atau tinggalkan comment di bawah… InsyaAllah saya akan reply

Latest posts by Syed Shaff (see all)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *