Syarat Permohonan Kad Kredit Bank Rakyat

Kelebihan Kad Kredit Bank Rakyat

Setiap kad kredit bank rakyat di atas mempunyai syarat syaratnya sendiri. Di bawah merupakan ringkasan sebelum anda boleh terus cuba memohon secara online.

jenis jenis kredit kad bank rakyat

Ringkasan Perbandingan Syarat Permohonan

Annual Fee

Untuk kad kredit yang ada cas annual fee ialah Kad Kredit Muslimah sebanyak RM 159 dan Kad Kredit Platinum Credit Card – I, RM 411.28

Yang lainnya adalah percuma.

Point Rewards – CashBack

Kecuali Kad Muslimah, 4 kad kredit yang lain ada point rewards. Iaitu 1 point untuk setiap transaksi RM 10. Point anda juga boleh ditukarkan menjadi tunai iaitu RM 0.10 untuk setiap 10 points.

Minimum Montly Payment

RM 50 atau pun 5% daripada jumlah outstanding.

Bermaksud, 5% daripada jumlah baki yang masih belum dijelaskan pada tarikh pemprosesan Penyata Bulanan Kad, atau RM50 yang mana lebih tinggi.

Untuk Caj Bayaran Lewat

jumlah bayaran lewat ialah 1% daripada jumlah baik yang masih lagi belum jelas. atau pun minima RM 10 dan paling maksimum ialah RM 100.

Kad Hilang

Untuk kad yang hilang, anda akan diminta untuk bayar RM 50 untuk kembali menggunakannya.

Had Umur

Anda mesti sekurang kurangnya 21 tahun untuk membuat permohonan

Primari card holder – 21 tahun

Secondary card holder  – 18 tahun

Most Best Recommended Credit Card

Untuk warga wanita yang aktif membuat transaksi online, bank rakyat ada menyediakan kad kredit khas iaitu Bank Rakyat Kad Muslimah.

Minimum annual income untuk kad kredit muslimah ini ialah RM 24 000 iaitu RM 2 000 sebulan.

Bagi anda yang aktif buat belian online, layak untuk mendapat discount sehingga 30% daripada harga jualan. (seperti contoh Zalora)

Selain daripada itu, ada juga treatment spa atau pun regular fitness class yang turut memberikan discount sehingga 40% untuk anda cuba.

Kad Kredit Muslimah Bank Rakyat ini juga anda boleh buat balance transfer. Jadi mana mana balance di kredit kad yang lain tu anda boleh masukkan ke dalam kad ini sekali.

+ Free Family Takaful

Ini lagi satu kelebihan mendapatkan kad kredit muslimah. Bukan sahaja anda yang memohon, malah family juga layak. Sila rujuk pegawai yang bertugas untuk maklumat lebih lanjut.

Kredit kad ini hanya boleh dimohon oleh golongan wanita sahaja.

Kad Kredit Kedua Yang Saya Rekomen..

……………. ialah Bank Rakyat Classic Credit Card – i

Kad kredit yang ini adalah antara yang paling rendah interest rate nya.

Juga antara requirement gaji bulanan yang paling rendah, iaitu RM 2000 sahaja. Atau RM 24 000 dalam setahun.

Ada lagi yang dalam spec interest rate rendah juga, iaitu Gold Credit Card – i. Tapi yang Gold Credit Card ini memerlukan income yang RM 36 000 setahun, atau RM 3 000 dalam sebulan.

Kalau anda memang sudah melebihi RM 3 000 sebulan baik apply terus yang Gold, sebab mungkin kredit limit nya lebih tinggi berbanding dengan classic yang hanya RM 3 000 sahaja.

The following two tabs change content below.
Saya dah bekerja lebih 7 tahun. Rasanya elok benar kalau saya share, tips temuduga dan kewangan akan susah payah nya kehidupan di dunia yang sementara ni. Sila tinggalkan comment di bawah untuk sebarang pertanyaan... Nanti saya akan reply...

One thought on “Syarat Permohonan Kad Kredit Bank Rakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *