+7 Kelebihan Kad Kredit

image_pdfDownloadimage_printPrint

Bila ada yang nak cari kelebihan kalau menggunakan kad kredit ni, mesti ada juga yang terfikir kad kredit hanya menambahkan sesak nafas belanjawan anda sahaja. Biasa lah orang kita, macam PTPTN. 11 kad kredit terbaik Malaysia.

Bila baru dapat duit, tengah berbelanja, langsung tak ingat yang diri tu tengah berhutang. Tapi bila dah menanggung beban atas boros belanjawan sendiri. Mula lah nak salah kan orang lain pula.

Lebih kurang sama macam kad kredit juga, kalau tak boleh kawal belanja, jangan pakai. Dan kalau pakai juga, bila dah berhutang, jangan salahkan outstanding anda yang sudah hampir limit. Itu sebab penting untuk rancang perbelanjaan kad kredit anda. Guna bila perlu, dan guna bila anda tahu akan kelebihan nya.

InsyaAllah dalam article ini saya akan kongsikan beberapa kelebihan yang saya tahu hasil daripada pembacaan dan pengetahuan saya.

INGAT!!! Apa yang anda baca ni, mungkin tiada tersenarai sebagai kelebihan pada kad kredit yang anda pakai sekarang. Kalau anda rasakan salah satu kelebihan yang saya senarai ni bagus dan memang perlu untuk anda, boleh lah tukar ke kad kredit lain.

Balance Transfer

Bila saya cakap tukar ke kad kredit lain tu, mesti ada yang terfikir. Macam mana nak tukar kalau di dalam kad kredit yang anda ada sekarang masih lag ada outstanding. TIADA MASALAH, sebab kebanyakan kad kredit provider ini diorang bagi untuk anda buat balance transfer. So, cari lah mana interest rate yang lebih rendah dan juga cas balance transfer yang tak tinggi. Dan tukar kad kredit lain, andai kata anda tersalah pilih. Atau pun kelebihan yang ada pada kad kredit yang anda guna sekarang bukan lagi jadi perkara penting untuk anda.

Lebih Mudah

Biasalah, bila bank buat anda lebih mudah untuk berbelanja. Lebih mudah la untuk anda bayar balik, dan lebih mudah la bank nak untung. Tapi jangan kata bank jahat juga, sebab kebiasaan kad kredit akan beri tempoh bayar balik tanpa ada cas. Seperti contoh, CIMB, anda mesti bayar dalam 15 hingga 20 untuk elakkan daripada terkena cas.

Zero Kos Loan

Ini lebih kurang macam faktor lebih mudah di atas tadi. Andai kata anda perlukan duit dengan banyak pada waktu yang singkat. Kiraya, lagi 1 minggu nak gaji, tapi anda perlukan 2 ribu sekarang juga. Boleh sahaja guna kad kredit, nanti bila sudah dapat gaji boleh sahaja bayar semula RM 2 000 tadi tanpa perlu ada cas pun, tapi mesti bayar sebelum 20 hari lah. Ada kad kredit yang 15 hari juga kalau tak silap.

Atau pun, tiba tiba ada sale ke, memang rugi kalau terlepas peluang kan.

Andai kata anda tak nak bayar lagi? Itu pun bukan satu masalah. Kalau tak silap saya, ikut kan pengalaman pengguna kad kredit CIMB Platinum saya ni, kalau 2 000 outstanding, rasanya saya perlu bayar minima dalam RM 100 sahaja hujung bulan.

Tapi yang penting, at least bayar lah yang minima tu, nanti nama anda akan ada rekod buruk di bank negara pula.

Jangan miss ya. Tak silap saya, kalau anda termiss satu payment, status pembayaran anda bulan itu akan jadi 1. Kiranya 1 bulan lewat bayar.

Andai kata anda nak buat loan lain, takut tak lepas sebab kan no 1 tadi.

Statement c cris tu lebih kurang macam ni. Katakan anda ada outstanding RM 2000

Lebih kurang macam ini lah kalau anda print out statement bank negara anda nanti.

Kalau yang atas tu, setiap bulan 0 0 0 ok lah. Tiada masalah.

Tapi kalau ada 1 macam di bawah…

Tengok bulan Januari, ada nilai 1 kan.

Ini ibaratnya, anda telah lewat satu bulan ikut pada jadual pembayaran. kadang kadang kalau nak buat loan, kemungkinan bank tidak akan bagi lepas sebabkan value satu tu. So, diorang akan cakap, tunggu lagi 6 bulan. Kiranya 6 kali jumpa ‘0’ dalam bank negara statement ni.

Tak silap saya lah, sebab saya ada pernah dengar benda ni dulu. Sekarang tak pasti. Sila update saya ya mana yang tahu.

Nak statement bank negara tu, kalau memang bank negara nya jauh. Boleh sahaja print out daripad AKPK, nanti mereka akan minta IC untuk registration.

Rekod kewangan anda.

Biasa kalau kita guna cash money, kadang kadang tak pasti macam mana lah duit di dompet boleh kurang. Tapi dengan kad kredit, segala perbelanjaan anda akan direkod. Jadi lebih mudah untuk track dan nilai mana perbelanjaan anda yang tak perlu.

Buktikan Kebolehan Anda.

Untuk faktor ni, saya tak pasti tajuk buktikan kebolehan anda ni betul atau tidak. Rasa macam tidak tepat sahaja, tapi apa yang pasti. Tujuan saya nak cakap ialah, katakan anda ada kad kredit, dan kad kredit anda semua nya clean bersih. Bayar cantik. Tiada lewat lewat. Anda guna 1000 anda bayar 1000. Kiranya cantik lah bertahun tahun.

Bila ni boleh dicapai, nanti anda akan dapat kelebihan lain lagi. Contoh macam nak buat loan rumah atau kereta bukan sikit. Tapi sebabkan bank tengok anda memang tiada masalah kalau nak bayar hutang. So rekod anda pun baik, maka untuk lulus permohonan pinjaman anda tu akan lebih mudah.

Tak perlu bawa cash.

Ini pun bagus juga. Feature yang paling saya suka. Memang tak perlu nak cucuk sahaja memanjang. Saya rasa, bila saya cucuk duit, kebanyakan guna untuk makan sahaja.

Kalau anda terfikir, nanti kena rompak macam mana, sebab kad kredit ni memang swap sahaja. Kalau dah betul betul kena rompak, cepat cepat lah call bank, off kan kad kredit anda tu. Habis cerita.

Earn while you spend.

Ini pun feature paling saya suka juga. Walaupun agak lambat nak tunggu banyak. Tapi at least perbelanjaan kita tu ada lah pulangannya, daripada tiada lansung kan.

Antaranya.

  1. Anda boleh dapat cashback
  2. Anda boleh dapat rewards untuk claim apa apa, rewards atau pun mungkin points ni ada sesetengah kad kredit yang boleh pula buat kan feature untuk tukar kan points ini kepada cash.
  3. Mana yang suka isi minyak guna kad kredit lagi bagus.
  4. Tengok sahaja LAZADA, harga akan lebih rendah kalau guna kad kredit.
  5. Dan macam macam lagi.

Baik lah, itu sahaja, jadi bagaimana? Kad kredit anda ada semua ini tak?

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

35 comments On +7 Kelebihan Kad Kredit

  • Bagus sekali cara tuan menulis dan menerangkan tentang kredit kad.
    Saya ingin mintak pendapat tuan sebagai pengguna kredit kad dari CIMB.
    Baru-baru ini CIMB ada menawarkan 2 kad kredit semasa saya membuat laporan masalah ATM. Melalui perbualan telefon tersebut, katanya CIMB berbesar hati mahu menghantar 2 kredit kad ke alamat rumah dan saya pun bersetuju.
    Maka sampailah 2 keping kredit kad tersebut di rumah dan sehingga kini saya masih belum mengaktifkan kad tersebut.
    Kad kredit yang saya terima ialah CIMB Cash Rebate Platinum Mastercard dan CIMB Petronas Mastercard.
    Perlukah saya aktifkan kedua-dua kad tersebut?
    Buat masa ini memang tiada keperluan pada saya kredit kad ini dan saya bercadang untuk kegunaan isteri saja bila dia bekerja luar kawasan.
    Saya masih berbelah bagi untuk guna kemudahan kredit kad kerana bimbang menjadi satu bebanan.

    • Wasalam Pak Cik…
      Kalau lah saya. walaupun saya duk rekemen penggunaan kad kredit. Saya sendiri tak berani ada lebih dari satu. Sekarang saya ada satu sahaja, sama macam salah satu yang Pak Cik dapat, CIMB Cash Rebate Platinum Mastercard. Kalau tak silap lah, malas nak tengok dompet ni..

      Saya cadang satu dahulu kot. kalau boleh control dan memang bantu memudahkan. Buat lagi satu.

      Untuk mana satu yang patut piihan utama, tanya sendiri PakCik atau Isteri paling perlu yang mana satu.

      Masing masing ada kelebihan nya.

      Yang ni untuk CIMB Cash Rebate Platinum Mastercard
      https://www.imoney.my/credit-card/cimb/cash-rebate-platinum

      tengok level points per 10 dari Imoney, nampak lebih benefit kat shopping. Untuk petrol lebih kurang dalam 5.5/10

      untuk, CIMB Petronas Mastercard
      https://www.imoney.my/credit-card/cimb/petronas-platinum
      untuk petrol 6.17/10 sahaja.

      Mungkin try apply CIMB Cash Rebate Platinum Mastercard

      Bila dah apply, jangan guna sahaja macam saya dulu.

      Mesti ambil tau benefitnya juga. contoh macam beli kat lazada dapat promotion tak, pergi tengok wayang dapat free seat tak. pergi shopping points tu kalau kumpul kumpul dapat apa pula..

      hah lebih kurang macam tu…

    • salam…
      Pak cik saya sama mcm pak cik Baru-baru ini CIMB ada menawarkan kad kredit semasa saya membuat laporan masalah
      transfer cimb clicks. Kad kredit yang saya terima ialah CIMB Cash Rebate Platinum Mastercard.
      en. syedshaff boleh terang cara cara bayaran kad kredit macam mana sbb sy memang tk penah pakai kad kredit ni. saya hanya nk simpan sbb penah sekali sy nk cucuk duit kt ATM dh kehabisan duit masa tu sy memang dh hais duit dekat tangan.

      • saya bayar guna CIMBClick je. pilih myaccount > select credit cards > kat sini..kita akan nampak brapa yang kita hutang.

        bila kita nak bayar, ada jumlah minimum yang mesti kene bayar..atau pun bayar je brapa yang nak janji lebih dari minima…

  • Bagus sgt2 memakai credit card ni.kalu buat pembelian emas sgt2 untung.

  • Salam saya nak tak berapa faham berkenaan Payable Facilities Charges bagi kredit kad cimb islamik petronas kerana dalam statement saya tiap2 bulan ada cas ini.

  • apa beza maybank 2 kad dengan cimb bank platinum cash back?saya nampak perbezaan pada kadar faedah.boleh terangkan tak?

  • mohon pendapat berkenaan cimb cash lite.. adakah berbaloi dgn kadar interest 8.99% utk setahun berbanding kadar.interest yg ttp 18%? sbb ade terima call drp bank bg promosi..

    • bagi saya, patut ambil..ini peluang..sebenarnya, benda ni dah jadi kat saya. dalam tahun 2016..masa tu bulan november. cimb call cakap nak bagi loan.saya masa tu memang perlukan duit pun, sebab nak kawen bulan december nye. lantas saya pun setuju..loan approave RM 5k. tak sampai 5 minit, lepas letak sahaja telefon. duit dah masuk..

      saya lupa dah interest rate berapa, tapi memang tinggi sikit sebab benda ni fast cash kan.

      kawan kawan ada juga yang macam gaya cakap ‘ jangan ambik ‘. sebab benda ni interest akan tinggi. tapi saya ambil lah juga atas 2 sebab. satu memang nak buat duit tambahan kawen, dan lagi satu nak buatkan pinjaman rekod saya baik, supya nanti kalau nak buat loan lagi. CIMB lebih mudah untuk bagi lepas..

      lantas..boleh kata betul betul cukup setahun..dalm november 2017 lepas. sekarang januari 2018 kan..cimb call lagi, tapi yang ni lelaki. tahun lepas perempuan.

      dia cakap apa tau? nak tak buat loan up to 30k? so memang terbukti lah CIMB macam da percaya. sebab rekod pembyaran 5k saya baik.

      klo dah 30k ni. jangan fikir bunga tinggi, sebab bunga start tinggi bila korang buat loan 20k dan kebawah. kalau 20k ke atas, bunga jadi rendah…

      tup tup…SAYA TOLAK…

      sebab tiada lagi keperluan untuk 30k atau pun 20k yang di cadangkan tu…so untuk Wajdy, memang tinggi. so kena korban sikit untuk hari yang mendatang. tapi 8,99 masih lagi boleh kata rate rendah tau…awk boleh compare dengan imoney

  • terima kasih tuan atas pendapat dan cadangan. moga Allah murah kan rezeki Tuan.. Aamin..

  • aishah mohd noor

    kalau kita ambik mastercard paltinum tu susah ke nak buat loan rumah nanti?

    • cc ni atau loan loan kecil, bgus sebab ia akan buktikan yang awak rajin baca. bank ni nak kita buktikan yang kita ttp bayar jer.. so ambik je

      sorry reply lambat

  • Saya ada terima 2 kad kredit dari CIMB..kad kredit platinum dan kad kredit cash rebate platinum. Boleh saya
    tahu apa perbezaan antara kedua2 kad ini..kalau ikutkan saya lebih guna kepada isi petrol. Yang mana lagi sesuai? Dan untuk pengetahuan tuan saya masih belum aktifkan kedua2 kad saya. Kalau saya aktifkan kedua2 nya sekali adakah berbaloi utk saya? Mohon pencerahan

  • assalamualaikum… sy ditawarkan utk menngunakan kad credit tp sy mmg tak paham tentang kad credit… soalan sy…
    1) skiranya kita menggunakan perbelanjaan sbnyak 1k tp bln tu kita tak mampu utk byar 1k langsam… kta byar 5% dr yg diberitahu… adakah kita punya acc akan diletak pd ccris…
    2) sekiranya kita memerlukan duit pada hari tersebut dan kta menggeluarkan misal kata 2k tp kte mampu byar bln tu hanya 1k… ape kah ianya jga msok dlm ccris

    • hehe.. dua dua tak la adrian..

      kalau yang mcm kredit cimb yang saya guna..

      ok, contoh katakan kredit kad saya baru dapat hr ni, dan saya terus belanja 1k..

      so kita boleh ckp outstanding saya 1k lah kan..

      untuk kena cas ke tak pula…

      klau 1k ni, saya setel, langsaikan penuh sebelum 15hb – saya lansung tidak dikenakan sebarang cas ( tak semua bank cm ni ya )
      tapi, kalau 1k ni saya bayar jumlah minimum(contoh RM 200) sahaja – cas hanya dikenakan pada jumlah yang tinggal 800 itu sahaja…

      katakn tak bayar bulan pertama, juga tak dikenakan ccris, tapi kalau da 3 bulan x bayar ka contoh nya, mahkamah akan issue saman, dan masa ni, tak akan masuk penjara ke apa, tapi baru la nama naik jadi ccris..

      lebih kurang macam ni.. bila ada printah mahkamah, itu yang takut takut bahaya..

  • hi pakcik, baru2 ni sy beli kereta dan ditawarkan kredit kad cimb. mula2 sy meolak pd peg bank tsebut tp bila diasak byk kali dan sy kesuntukan masa sy pun setuju dan bila kad kredit smpi durimah sy pun agak tperanjat sbb tlupa bkenaan hal ni.. dan sampai sekarang sy masih belum aktifkan kad tsebut.

    masalah sy skrg, sy xtau nak guna.. haha.. agak kelakar wpon pguna debit card yg tegar,.. mungkin sbnrnya sy tkut tmbh bebanan hutang.

    1. sy xtau cara nak bayar

    2. cth guna 1k, dan byr 100 dan melebihi 20 hari dikira brp interest?

    3. bole keluarkan cash ke dari kredit kad tu?

    • 1. tolak daripada CIMBCLICK je nak, pilih option pay to credit card
      2. interest akan dikira daripada nilai yang tinggal, so 900. contoh katakan 3% daripada 900 tu RM 27, so next month, bil akan jd RM 927. ceritanya sekarang, awak kena call bank, berapa jumlah interest yang pakcik duk congak 3% ni.
      3. boleh, kene contact hotline dulu, nnt ia bg tau

  • Salam. Nak tanya CC boleh buat fund transfer to 3rd party tak. Contoh nak transfer duit ke other bank acc. Atau ada cara lain.

Leave a Reply to Syed Shaff Cancel Reply

Your email address will not be published.

Site Footer