1

Pelepasan Cukai LHDN 2022

Bulan March 2023 ni sudah boleh mula buat kira kira untuk cukai kita tahun yang lepas. Mana yang pendapatan lebih daripada 3500 ringgit sebulan. Eloklah update cukai pendapatan anda di LHDN.

Jangan tangguh tangguh, jangan rasa anda rugi pula sebab terpaksa buat cukai pendapatan.

Walaupun sebenarnya memang duit kita berkurang pun, tapi akan ada kelebihan lain yang anda boleh dapat.

  1. akan rasa selamat, sebab sapa yang tak bayar, bila bila sahaja anggota LHDN akan buru anda. Kawan saya sendiri kena, dekat 15 ribu juga dia kena bayar. So elok bayar awal daripada mengejut depa datang serang.
  2. lebih mudah kita nak beli keperluan seperti kereta dan rumah. Terutamanya orang yang berniaga macam saya, kita perlu buat cukai pendapatan, dan lagi SSM jangan lupa.

Bawah ada inforgraphic yang saya dapat daripada LHDN sendiri petang tadi. Tiba tiba ja mai

Ini yang untuk siapa yang takut sangat dengan cukai pendapatan.

Sebenarnya, cukai pendapatan ni bukannya kita memang kena bayar sahaja direct. Ada juga sebab sebab dan cara cara untuk kita kurangkan cukai LHDN tu.

Antaranya:

  1. anda bayar duit tabung haji
  2. anda beli barang keperluan mak ayah yang sakit, macam kerusi roda ke, tapi kena simpan la resit
  3. anda beli telefon untuk anak atau any smartphone pun boleh kurangkan cukai pendapatan
  4. anda ada anak 1 2 3 pun boleh kurangkan juga.
  5. rasanya kalau ambil insurance pun boleh kurangkan lagi

Sebenarnya ada banyak lagi cara untuk kurangkan cukai pendapatan, so jangan takut dan jangan berkira sangat. 5 yang saya senaraikan tu pun adalah daripada kepala otak saya sendiri untuk last cukai pendapatan. Kalau ada tengok balik infographic yang saya tunjukkan di atas ni akan nampak lebih banyak lagi cara.

Silap silap, anda tak perlu bayar apa.

Saya sendiri pernah, dalam tahun 2021, LHDN refund balik, katanya sebab terlebih bayar. SY pun OK kan je.




Cara Susun Sijil – Untuk Pergi Interview

Salam semua, untuk hal susunan sijil ni, ia tak ada specific rules pun untuk anda follow. Baik yang kelulusan ijazah sampai ke lepasan STPM/SPM sekali pun. Saya sendiri pun susun sijil ikut dan ja, tapi jangan la yang tak masuk akal. Biar lah nampak ada macam satu jalur cerita daripada page awal ke page yang akhir.

Di bawah ni adalah antara susunan saya dari awal sampai ke akhir.. Anda boleh plan plan sendiri..

Kalau saya suka susunanya lebih kurang macam bawah ni.

Cover Letter dan Resume

Dua benda ni memang saya akan letak paling atas sekali. Saya letak cover letter dulu,lepas tu resume. Sebab ini lebih kepada ringkasan akan siapa kita. So memang saya akan pilih letak atas sekali.

Sijil Pengajian

Seterusnya,kalau ada sijil, diploma atau degree saya akan letak di bawah resume. Kiranya nak bagi tahu, kita ni kelulusan apa. Kalau tak silap saya ada juga sijil yang kita tamat pengajian daripada tempat kita belajar, pun saya akan letak disini.

Pastikan semua sijil ini ORI ya. Andai kata anda buat 4 copy semua sijil2x resume yang nak bawa pergi resume ni, memang boleh satu sahajalah yang ori. Yang lain tu anda buat copy stapler sahaja pun OK.

Kalau macam kita sekolah dulu memang kita aktif bersukan atau beruniform semua kan? Kalau macam saya belajar dulu, ada juga saya aktif main kompang. Semua semua ni, anda hanya pilih yang utama yang berkaitan sangat dengan jawatan yang nak dimohon sahaja.

Jangan segala macam yang macam tak berkaitan pun anda letak sekali.

Nanti lambat pula,nak sampai ke bahagian result CGPA. So pilih, mana yang berkaitan, keutamaan sahaja. Selebih itu, anda letakkan di bahagian paling belakang.

Kalau ada result MUET, boleh letak bahagian ini juga.

IC dan Surat Beranak

Sebenarnya kalau anda nak letak bahagian IC dan Surat Beranak ni di page selepas resume pun boleh. Tiada masalah. Atau letak sebelum anda tunjukkan sijil2x. Atau letak sebaik sahaja selepas resume.

Bahgian ini juga, biasanya saya akan masukkan result dan sijil SPM, surat berhenti sekolah pun penting kena ada.

Result CGPA

Seterusnya, saya akan letak result CGPA. Kalau yang fresh graduate, kan ada macam silibus pengajian kita resultnya. Yang itu pun saya akan letak di bahagian ini juga.

Butiran Pengalaman Kerja Atau Praktikal.

Saya tak pasti kalau ada butiran yang kita ni ada buat tempat praktikal di sekian sekian. Kalau ada, mungkin ada simpan lagi surat yang anda diterima buat praktikal dulu boleh letak disini kalau fresh.

Kalau dah ada pengalaman kerja, boleh letak surat anda diterima kerja dan surat anda confirm dengan gaji sekian2x dalam bahagian ini. Susunlah, mana kerja yang paling latest susun satu satu.

Kalau masa kerja dapat sijil penghargaan kehadiran ke apa, boleh masuk dalam bahagian ini juga. Jangan letak kat belakang sekali, sebab bahagian ini kita nak letakkan perkara yang berkaitan dengan kerja sahaja.

Sijil Korikulum

Betul ke idak saya eje korikulum tu. Yang ini kira bahagian akhirlah ya, kiranya mana yang tak berkaitan, mana yang macam tak tahu mana nak letak, saya akan letak di bahagian paling belakang ni.

Saya ada juga macam payslip saya bekerja dulu yang saya lampirkan sekali dalam sijil sijil untuk bawa pergi temuduga ni.

Biasanya payslip payslip tu saya akan letak dalam bahagian ini, atau pun butiran pengalaman kerja di atas.

Itu sahaja kot.

Macam saya cakap di atas, nak menyusun sijil ni tiada cara khusus, cuma pastikan ia macam berhubung kait antara satu sama lain dan tersusun waktu waktu yang anda hadapi setiap butiran dalam sijil sijil tu.

Kalau tak silap saya juga, untuk interview kerajaan memang ada senarai sijil sijil yang anda perlu bawa, kalau kes macam ni baru anda susun elok elok ikut numbering yang mereka bagi.

Artikel Lain

Antara artikel lain yang saya rasa menarik juga untuk bantu anda dalam penyusunan sijil ni, boleh cuba tengok artikel di kerjakini dengan jobshub.info.

Perkongsian di hellokerja pun macam OK juga.

Selesai ya, sajalah nak tambah. Semasa sesi interview saya selepas 4 5 tahun bekerja kan, so penemuduga tu langsung tak tengok sijil sijil saya. Saya tak pasti kalau dia dah buka ke belum, tapi memang dia terus direct minta saya ceritakan pengalaman kerja saya.




Kenapa Mesti Sambung Belajar?

Jawapannya, sebab gaji.

Lebih tinggi level anda study, lagi tinggilah gaji anda.

Mai pakcik syed nak cerita.

Apa yang saya sendiri perasankan. Nanti bila adek adek ni semua dah sampai ke alam pekerjaan, company yang kita kerja ni sebenarnya akan ada dalam 3 jenis group gaji.

Group gaji kecik, sederhana, dan besaq.

Bila kerja company kecik, lantaklah ada degree sekalipun, tapi gaji tetap macam diploma atau pun ntah ntah dapat gaji macam spm. Dan bila kerja company besar, jangan terkejut walaupun spm je, tapi gaji dah macam sama dengan orang yang ada degree.

Saya bagi satu contoh, kalau macam level diploma dengan degree.

Diploma – kalau kerja gaji company kecik, gaji anda boleh jadi dalam 1000 – 1200. Kalau kerja gaji company sederhana, gaji boleh jadi dalam 1250 – 1800. Kalau kerja company lagi besar, gaji diploma boleh jadi daripada RM 2500 hingga ke RM 10 000.

Degree – kalau kerja company kecik, saya pernah tengok kawan saya gaji dia RM 2000. Kalau kerja company sederhana, atau peringkat tengah, daripada RM 2200 – RM 2800. Dan sebenarnya ada pembaca blog saya share ni, yang dapat gaji sampai RM 3200. Walaupun fresh graduate. Dan kalau kerja company lagi besar, memang boleh jadi 5 angkalah ceritanya. Saya pernah tengok, orang yang bekerja gaji besar, dalam tempoh 5 6 tahun macam tu, gaji dia RM 32 600. Ini bukan fresh ya, saya tak pasti dia masuk kerja awal awal gaji dia berapa, tapi selepas beberapa tahun, sebelum dia umur 40an. Gaji dia dah capai tahap ni.

Macam saya cakap tadi, nak mudah kata, lagi tinggi anda belajar, lagi tinggilah anda akan dapat gaji nanti.

Tapi sebenarnya, gaji yang tinggi, bukan ditentukan oleh level study kita sahaja. Ia juga ditentukan juga oleh jenis company atau kilang yang kita akan bekerja itu.

Sebelum saya bagi contoh, apa yang saya maksudkan dengan ciri ciri company yang bagi gaji besar atau kecil, saya nak jawab dulu persoalan, perlu ke study sampai degree?

Walaupun saya cakap, lagi tinggi kita study, lagi tinggi kita dapat gaji. Sebenarnya, ia masih lagi bergantung kepada keadaan satu satu orang ni. Kalau dah memang mak pak kau AlifSyukri, buat apa buang masa belajar.

Saya pernah tengok, satu orang perempuan, umur dalam 34 tahun gitu yang uruskan lebih daripada 5 tempat niaga burger. Pendapatan sebulan pun dah ribu ribu. Buatnya, adik adik ni jadi anak dia, buat apa susah payah belajar.

Baik sambung je kerja mak tu. dia pun bukan larat dah nak jaga jaga kedai burger tu lama lama.

So semuanya berbalik pada keadaan kita, kalau memang family kita mampu dan sudah berjaya, teruskan. Kalau macam tiada pilihan lain yang lebih baik, study sahaja dulu. Nanti kalau ada rezeki di tengah jalan, kita buat keputusan lain.

Baik, sekarang ni, apa yang membezakan company itu akan bagi gaji kecil atau sederhana, atau besar gila.

Bergantung kepada perkara ni

Produk apa yang company tu jual

Ya, janganlah harapkan company yang jual keropok lekor sama untungnya dengan company yang jual oil and gas. Pasti tak sama untung, tak sama capacity, dan juga tak sama kebolehan untuk menggaji pekerja.

So sangat penting untuk anda faham juga sikit sikit, jenis product setiap company tersebut. Supaya kita boleh pilih nak bekerja dengan depa ataupun tidak.

Dalam pengalaman saya sendiri, kerja dengan company yang mengeluarkan produk besi, lagi lebih gajinya daripada company yang mengeluarkan product plastik, macam handset cover contohnya. tapi company yang mengeluarkan product plastik tak boleh lawan pula dengan company yang berada dalam bidang semiconduktor, contohnya produk microchip.

Jumlah Pekerja

Kalau jumlah pekerja sikit, dah pasti gajinya sikit. Contoh macam saya kerja dulu di kilang besi, yang mengeluarkan produk scew dan nut. Gajinya nak dapat RM 1200 pun macam payah. Masa ni tahun 2012. Memang pekerjanya pun sikit, tak sampai 50 orang.

Tapi bila saya bekerja dalam company bidang semiconduktor, dengan jumlah pekerjanya lebih 5 ribu orang juga. Gaji boleh pergi sampai RM 1500.

Tempat, atau negeri

Ini pun satu hal juga, korang tau tak, kalau anda kerja di kilang Ipoh, baru dapat dalam Rm 1250 untuk fresh graduate. Tapi kalau lebih kurang kilang yang sama, tapi terletak di Batu Maung, Penang, atau pun Kulim, Kedah. Gaji korang akan boleh sampai RM 1800 basic.

Saya juga pernah tengok, satu orang perempuan ni gaji dia RM 2200, walaupun baru habis belajar diploma. Tinggi ni. Nak pula, kalau kerja kilang yang boleh buat OT dan shift siang malam. Memang gaji boleh mudah mudah sampai RM 4000 ke 5000 sebulan kalau dapat basic RM 2200.

Padahal baru umur 21 atau 22 gitukan kalau tamat pengajian diploma.

elaun dan benefit

Ini pun berbeza. Ada company yang boleh bagi elaun sampai RM 300 sebulan. Maksudnya kalau anda dapat gaji RM 1800. Boleh lah merasa RM 1800 juga, sebab RM 1800 + 300 = memang 2100. Tapi selepas tolak KWSP 11%, memang akan jadi dalam RM 1800 juga.

Saya pernah juga kerja dengan satu company yang bagi bonus saham setiap 3 bulan. Banyak juga saya dapat dulu, dalam 1000 ke 1500 setiap 3 bulan.

Dan saya pernah dengar cerita, company yang kerja dalam bidang buat simen, di Perak banyakkan!. Ada 4 company buat simen di Perak. Rasanya yang paling banyak di Malaysia bertapak dalam satu negeri. Kalau company lain, bagi 1 bulan sahaja bonus akhir tahun, tapi company ni bagi sampai 6 bulan.

Tak tau lah betul ke idak. haha..

4 company cement di Perak tu ialah YTL, Lafarge, Tasek Cement dan Hume Cement.

YTL ni saya tak tahu nak masuk ke pintu masuknya macam mana, haha sebab tepi highway. Tak biasa lalu,jalan kecik tu. Lafarge ni memang gedabak besar. Tasek cement, saya pernah dapat interview kilang ni, tapi saya tak pergi sebab takut dengan hidung sensitif pula. Kerja banyak habuk.

Hume cement kawan saya dulu teman basikal jadi supervisor sana.

Kalau tak silap saya, masa saya kerja dulu, ada 3 jenis bonus.

  1. bonus setiap 3 bulan yang saya cakap dari saham
  2. bonus akhir tahun satu bulan gaji
  3. dan bonus performance, dalam separuh gaji rasanya. lupa dah kita, padahal baru 2018 gitu. Sekarang, 2022.

Kalau macam kerja askarkan. Kira kerja kerajaan, kalau jenis askar askar macam level kecik kecik, bukan pegawai. Gaji memang sikit. Sian saya tengok, tapi kerja sampai umur 40 atau 42 sahaja. Tapi pencen dapatkan? so itu benefitlah tu. kadang kita nampak gaji sikit, tapi benefit banyak.

Ada juga kerja kerajaan yang tak ada pencen, tapi kalau tengok payslipnya gaji banyak. Gitu, vice versa.

Saya dah fikirkan 4 perkara ni, apa lagi ya…

erm…

pukul 2 34 pagi dah ni.

jap saya fikir lagi…

Huh, enviroment bekerja pun ambil peranan juga.

Work Enviroment

Kalau anda kerja buat software, level degree, memang mudah gaji nak dapat banyak, lebih daripada RM 2800 pun tiada masalah.

Mungkin yang buat software dalam 3 atau 4 orang sahaja. Admin sorang, bos sorang. So total manusia dalam ofis tak sampai 10 orang. Tapi yang menggunakan software tu, katakan sampai 2000 orang?

Kalau yang subscribe tu 1000 orang, dan setahun kena bayar RM 250 pun dah berapa dapat. So main peranan juga ni. Begitu juga, kalau anda tengok staff staff macam website iproperty, jobstreet atau mudah.my. Saya tak rasa pekerja mereka sampai beribu ribu.

Tapi sebabkan produk yang mereka hasilkan melibatkan orang ramai. Memang jenuhlah duitnya.

gitu lah. Selesai ya, 5 keadaan yang saya dapat fikirkan secara sejenak..

Pilih company anda bekerja dengan bijak, kalau tak bijak lagi tak apa. Kerja dan pilih sahaja yang mana mana dulu, nanti bila kita dah berkawan dalam company tu kita tahulah mana company yang kerja best.

Oh ya, kadang tu gaji tak banyak pun tak apa, asalkan kerja seronok. Bos baik.

So kerja sahaja dulu, nanti lama lama tahulah. Saya pun macam itu juga dulu. Artikel ini saya tulis, memang tak sampai sejam, tapi tempoh saya bekerja sejak 2010 lagi, sekarang kita 2022. Dah 12 tahun dah.




Pentingnya Investment

Bila kita dah bekerja ni, mesti akan tak lari dari dengar perkataan ‘investment’. Sama ada investment untuk hari tua, investment untuk side income, atau pun investment untuk tambahan aset.

Tak kesahlah, semua pun betul yang sebenarnya bergantung kepada tujuan apa untuk kita buat investment, dan daripada tujuan itu akan ada pula tindakan apa yang sepatutnya kita buat supaya investment tadi tercapai.

Sebelum saya hurai lebih panjang, macam mana kita nak plan investment dan jenis jenis investment yang lain, saya nak bagi tahu dulu, kenapa kita mesti buat investment?

Jawapannya, boleh jadi banyak. Tapi saya nak sentuh bab kwsp sahaja.

Tipikal malaysian, orang yang bekerja ni mesti ada KWSP. Inilah satu satunya punca atau source yang kira boleh nampak untuk hari tua nanti.

Sekarang ni, cuba login dalam akaun kwsp anda masing masing, tengok berapa yang ada. Katakan dalam 5 tahun bekerja dapat banyak dalam sekian sekian. Cuba congak, dalam 5 tahun bekerja dapat berapa, lepas tu, kira kalau sampai pencen umur 55 nanti. Totalnya anda akan dapat berapa pula.

Mana yang belum daftar, elok daftar sekarang. Tujuan kita nak ada online kwsp ni bukan sekadar nak tengok tengok hujung tahun sahaja. Kita juga kena tengok setiap bulan, sebab ada kes kawan saya ngadu, di payslip ada penolakan tapi bulan bulan statement dalam epf tiada.

So lebih baik register, supaya anda boleh monitor.

the fact!!

Mana yang sudah daftar pasti akan setuju dengan apa yang saya nak cakap. Kebiasaanya, kalau anda dapat gaji dalam 3k hingga 4k, dan bekerja dalam 6 tahun. Mesti akaun kwsp 2 kwsp anda akan ada dalam 10k hingga ke 15k.

dan akaun 1 pula, mesti lebih kurang dalam 30k ke 40k

Saya boleh kata gini, sebab jumlah ini pun lebih kurang sama macam akaun saya punya juga. Dan untuk pengetahuan anda juga, saya ni dah berhenti kerja kilang sejak 2019 lagi. Bulan 8 2019 kalau tak silap.

Saya berhenti sebab ada masalah sikit dengan bos, dan terus bekerja sendiri sampai sekarang, sebagai property agent. Kiranya, saya jual rumah, tanah, bendang, dusun durian semua.

Dan bila saya dah berada dalam bidang ni, memang selalu sangat saya akan check profile kewangan akaun client saya. Yang rata rata, lebih kurang sama macam saya cakap tadi.

kalau client tu umur 30, dan gajinya dalam 3k hingga 4k, mesti kwsp akaun 2 dia dalam 10k hingga 15k. dan akaun 1 dalam 30k ke 40k.

Memang standard, mana yang gaji lagi rendah, dan jumlah tahun yang anda bekerja lagi sikit, pastilah akan lagi rendah.

So secara mudahnya 6 tahun bekerja dapat 50k. ( bergntung kepada statement kwsp masing masing ya, ini saya bagi summary sahaja, anda kena kira sendiri berapa tahun yang anda kerja sekarang, dan berapa dapat total kwsp akaun 1 dan 2 )

Untuk saya, 6 tahun kerja, dapat 50k pada umur 30 tahun

dan katakan kita bekerja tempat sama, sampailah umur pencen iaitu 55 tahun.

Berapa pula total kwsp tadi?

anda tolak tambah sendiri, tapi estimatenya dalam 208k. Saya tak kira terlampau detail, kita estimate sahaja.

so umur 55 tahun, dapat RM 208 000 ( lebih kurang )

Kalau ada yang rasa macam tak masuk akal, ye lah mungkin nanti:

  1. gaji akan naik lagi
  2. mungkin akan ada tambah bonus
  3. mungkin akan ada ot yang lebih2x

So tak pa, kita kira RM 300K sebagai mudah cerita.

Sekarang ni, katakanlah, 2022 ni saya 34. Bila saya umur 55, iaitu pada tahun 2043.

Katakan saya belanja 3000 sebulan lepas pencen.

RM 300K / 3000 sebulan = 100 bulan, 100 bulan bahagi 12 bulan = 8.3 tahun.

Maksudnya, saya ada 8.3 tahun sahaja untuk 300k ni habis. Betul tak?

Ini tak kira lagi, dengan

  1. kemungkinan akan guna sikit untuk renovate rumah, tambah bilik atau apa
  2. mungkin juga saya guna untuk beli kereta lain – biasalah nafsukan, dpat duit seketul gitu
  3. mungkin juga nak guna untuk umrah, atau haji, atau percutian ke turki lagi. kundasang lagi. haha, saya x pergi lagi ni.
  4. eh mungkin juga anak minta nak sambung belajar
  5. kita dah dapat 300k, tak kan wife nak buat derk je, mesti dia nak sikit kan

so banyak sangat lagi alasan yang boleh menghilang dan mengurangkan 300k tadi.

tak kira lagi dengan 2019, 2020, 2021 negara kita teruk dengan covid. berapa ramai orang keluarkan duit EPF.

Kat situ pun dah short berapa puluh ribu. Saya sendiri pun rasanya keluarkan 20K masa covid yang sudah.

Sekarang ni januari 2023. dengar cerita variant baru dari China dah mula menular, kemungkinan besar keluar lagilah duit epf tu nanti. Sudahlah kita kira awal tadi 208K sahaja, 300K ni pun dah macam tak masuk akal sebenarnya.

Disebabkan semua inilah kita kena buat investment yob

Sebabnya tak cukup. kalau memang kita ada pencen macam orang kerja goverment lain cerita. Walaupun tak boleh bermewah sangat, atleast adalah pencen untuk duit dapor. Kerja goverment ni, akan dapat pencen separuh daripada gajinya. Itu pun kalau cukup tahun perkhidmatan.




Nasihat untuk Fresh Graduate

Nak tahu cerita tak? Masa saya grad 2009 daripada University Malaysia Pahang dulu. Lepas satu tahun baru saya isi borang untuk apply jawatan kosong kerajaan. Masa tu masih lagi dipanggil sebagai SPA8, sekarang sahaja dah upgrade kepada SPA9

lambat sampai setahun tu, bukan sebab malas. Tapi sebab tak tahu dan tak ada siapa nak cerita. Kita pula tak berapa reti. Itu yang makan setahun.

Sepatutnya, sebaik sahaja graduate, saya mesti isi itu dahulu.

Tapi untuk adik adik ni, harapnya tak. Itu sebab saya kongsikan 4 perkara yang anda perlu buat, termasuklah isi spa9, sebaik sahaja graduate dari pusat pengajian.

Perkara 1 – Buat Resumelah apa lagi!!

Alright, tiba masanya untuk anda bertindak, dan show off kan kelebihan anda sebagai pekerja dalam resume.

Sebenarnya, kita ni pengetahuan untuk membuat resume dengan baik sangatlah kurang.

Tak pastilah kenapa masa kita belajar dulu, penekananan dalam penyediaan resume tak dititikberatkan. Bukan tak belajar langsung, ada belajar. Tapi bagi saya tak cukup.

Tapi elok jugalah lah, kalau tak, tak bolehlah saya jadi sifu resume. haha

Itu sebab jugalah saya sharekan semuanya dalam blog ni. Supaya saya boleh berkongsi akan apa yang saya tahu.

So anda kena buat resume, belajar cara buat dengan betul. Sejujurnya saya tak pasti kalau ada blog panduan buat resume yang berkongsi macam saya buat sekarang ni di sayashare.

Tapi kalau macam blog bahasa inggeris memang berlambak, contoh contoh ayat resume yang bagus.

Ini dia perkongsian saya, cara tulis resume, dan cara tulis cover letter. Mana yang adik adik baru lepas SPM, boleh cuba baca artikel yang ini, panduan resume untuk lepasan spm.

Perkara 2 – Mesti Terror Dalam Interview

Ingat ya, skill pandai buat resume, dengan skill pandai jawab dan petah semasa temuduga sangat sangatlah berbeza.

Kalau pandai buat resume, belum tentu dapat buat kerja kalau anda tak petah bercakap dalam interview.

Resume, tujuannya kita buat supaya dia panggil kita untuk datang jumpa, bukannya terus dapat kerja. Manakala sesi temudugalah yang membuatkan kita dapat kerja, andai kata majikan rasa kita layak.

Layak tu dari segi apa?

  1. layak sebab kelayakan anda sesuai, mungkin jurusan yang betul apply
  2. layak sebab anda tak malu dan pandai bercakap. anda pandai ekspresikan apa yang anda boleh buat.
  3. layak sebab anda macam kritikal thinking, kiranya dapat berfikir dan menjawab permasalahan kerja dengan baik
  4. layak sebab anda pandai mengambil hati, atau membuatkan si penemuduga tu percaya akan kebolehan anda.

Percayalah cakap saya, kerja ni sebenarnya bukan susah mana pun. kita semua akan diajar punya. Macam kawan saya sorang ni, udahlah lembik, tapi dapat tau TNB. Saya yang keras, dan kemahiran repair saya jauh lagi baik daripada dia.

Tapi, akhirnya dia yang dapat.

Saya tak dapat. haha. Nak buat macam mana, sebab saya tersilap cakap.

Kerja tu memang kita boleh buat, tapi bagaimana kita expresikan diri kita pada depa tu yang penting. nak tak nak, kita kena belajar cara menjawab soalan temuduga dengan baik.

Ini dia beberapa posting berkenaan dengan soalan temuduga. Kompilasi yang paling baik, anda boleh baca yang ni, contoh contoh soalan temuduga, dan kalau anda fresh graduate, boleh baca yang ni. Contoh Soalan Temuduga Untuk Fresh Graduate

Perkara 3 – Register Directory Jawatan Kosong – Untuk Company Swasta

Directory Jawatan Kosong ini ialah, mana mana company yang masukkan senarai jawatan kosong syarikat mereka kedalam satu satu website, seperti contoh jobstreet.com.my.

Dulu, masa saya mula mula cari kerja. Saya tak tahu mana satu yang paling popular. Sebab rasa macam banyak sangat website kena register. Untuk adik adik ni x pa, biar pakcik senaraikan.

Jobstreet – jobstreet ni adalah tempat mencari kerja no 1 di Malaysia, bagi kategori jawatan kosong dari company swasta. Anda suggestlah, indeed ke, mudah ke, maukerja ke, monster ke. Jobstreet adalah yang paling utama dan paling lengkap sistemnya. Sebenarnya, kalau anda dah apply jobstreet, dah boleh lupakan tempat cari kerja yang lain.

Oh ya lagi satu, jobstreet ini sesuai kalau anda berkelulusan. maksud saya ada diploma dan ke atas. Sijil pun boleh. Sebab kalau mudah.my nanti, lebih kepada jawatan kosong untuk lepasan SPM.

Mudah.my dan maukerja – ok dua ni saya gabungkan sekalilah. Saya tahu, memang ada jawatan kosong untuk diploma dalam dua ni. Tapi memang kebanyakan jawatan kosong hanyalah mereka yang lepasan SPM sahaja. So kalau anda dalam kategori ni, boleh cuba mudah dan maukerja terus.

Tak perlu register ke jobstreet, sebab jobstreet ni kadang ambil masa sikit. Sebab dia akan kumpul semua dan filter. Kalau mudah ni juga, kadang tu ada macam urgent label. maksudnya company tu nak cepat pekerja.

Eh, rasanya jobstreet pun ada. erm tak apa lah. apa apa pun, kalau lepasan spm boleh cuba mudah atau pun maukerja ya. Kalau nak kerja McD, KFC, booth dalam AEON, atau nak kerja dalam bidang sales, insurance semua. Memang sesuai mudah dan maukerja ni.

Selain daripada ini, ada juga foundit.my dan futurejobs yang macam berbaloi untuk anda register dan aktif untuk cari kerja.

foundit.my – ini sebenarnya masih lagi dalam pemerhatian saya. sebab dia baru rebranding kepada nama baru foundit ni. Sebelum ni guna nama monster. monster ni sebenarnya company daripada India. Tapi memang banyak juga kerja senarai daripada Malaysia dalam ni.

Dan selepas mereka rebrand kepada foundit, nampaknya macam function yang ada dalam foundit ni jauh lebih baik dari jobstreet. Walaupun macam agak mahal juga budak budak yang baru nak start kerja ni perlu spent.\

last, myfuturejobs. – futurejobs ni masa zaman saya, namanya jobsmalaysia. tapi dah ditukar kepada futurejobs. Website ni memang rasanya goverment yang setup.

Bagi saya, lebih kurang macam mudah atau maukerja juga. mungkin lebih teruk lagi sebab sistemnya tak berapa baik. tapi jangan lupakan juga, sebab saya perasan ada jawatan kosong kerajaan kadang kadang tersenarai dalam tu.

Perkata 4 – Register Lagi – Tapi Government pula

Ok, kalau tadi, jobstreet kita lebih focus pada jawatan company swasta sebenarnya. So kali ni, saya nak kongsikan jawatan kosong untuk kerajaan pula.

Sekarang ni, kat mana nak cari jawatan kosong kerajaan? ada 3

  1. website spa9 – yang ni memang kita kena register
  2. website jabatan negeri
  3. blog blog

SPA9 – ini yang utama ya. ini untuk kerja kerajaan, kalau anda cikgu boleh guna SPP.

Website SPA9 adalah ibarat jobstreet, tapi untuk jawatan kosong kerajaan. Memang wajib kena register awal awal.

Website Jabatan Negeri – yang ni, sepatutnya dalam website SPA akan update jawatan kosong, tapi kemungkinan besar memang ada yang tak update. Contoh jawatan kosong untuk saliran air bagi negeri Perak. Hanya nampak buka di website under negeri Perak sahaja.

So kalau jadi macam ni, ini yang buat kita rugi, dan hanya siapa siapa yang alert sahaja akan perasan. Ceritanya, anda kena register dan alert di website lembagi air perak juga, atau LAP.

Tak kesahlah, lembaga air perak ke, negeri negeri lain ke.semua nya akan gunakan website mereka sendiri.

Blogs – anda taip sahaja ‘jawatan kosong kerajaan‘ contohnya.

Kalau macam tak sempat, dan tak tau pun website mana nak apply dalam jabatan under negeri dan daerah. anda boleh cuba alert dengan blog blog jawatan kosong.

Sebab depa ni, memang banyak dan cepat kongsikan benda benda ni. boleh cuba guna contoh keyword seperti:

jawatan kosong kerajaan negeri perak
jawatan kosong lembaga air
jawatan kosong bla bla lagi…

Yang jawatan kosong lembaga air tu tak betul pun sebenarnya, tapi anda hentam ja keyword yang lebih kurang. Sebab memang akan jumpa juga.

Nanti macam macamlah keluar website yang bagus bagus berkongsi jawatan kosong yang ada.

itu sahaja… bagaimana?




Cara Langsaikan Hutang

Saya tak berapa semangat dah sebenarnya bila nak tulis artikel ni. Sebab tak banyak permintaan. Tapi tak apalah,kita tulis dan raikan juga. Sebab masalah kewangan, hutang, duit tak cukup ni memang ramai yang terpalit. Saya sendiri pun sama.

Kalau dulu, hutang saya 2500 juga sebulan. Dengan gaji 3k 4k. Memang susah nak survive. Sampailah, saya berjaya turunkan kepada 1500 macam sekarang ni. Rasa macam dah lega sikit.

Alright, saya nak kongsikan dulu 7 cara yang anda boleh cuba untuk kurangkan komitmen. Boleh baca dulu, nanti saya akan cuba terangkan.

1. bayar lebih
2. guna snowball technique
3. tambah income/part time job
4. kurangkan bajet/pembaziran
5. sell everything you dont need
6. reschedule term
7. refinance house

Bayar Lebih

Pig pun tahukan kalau yang ni. Selamba saya jadikan ini sebagai tips top 7. Macam nak menambahkan point bagi nampak banyak ja.

Tapi hakikatnya, memang macam tu pun. Saya sendiri pun bayar lebih. Mungkin dapat daripada komisen lebih, atau bonus lebih, atau duit dari income lain yang lebih.

Kita boleh terus lumpsumpkan mana mana hutang hutang yang paling sikit dahulu.

Oh ya, sebelum terlupa. Kita kena senaraikan dahulu semua jenis hutang, dengan berapa bulanan, berapa bulan lagi nak setel supaya kita nampak jaraknya, dengan berapa jumlah duit yang kita hutangkan.

Contohnya:

Bil Jenis Hutang Bulanan Brp Bulan Utk Habis Jumlah
1 kereta 890 60 53400
2 cimb kat kredit 250 28 7000
3 motor 180 12 2160
4 cimb personal loan 220 36 7920
5 aeon personal loan 180 8 1440
6 bulanan rumah yg dibeli 700 240 150K

OK, so lebih kurang beginilah ya. Saya reka reka sahaja tu, ada copy copy sikit komitmen saya yang dulu sebagai contoh, dan juga tambah beberapa komitmen yang lain untuk saya tunjukkan point cara nak menggunakannya masa top 10 cara untuk kita langsaikan hutang nanti.

Berbalik kepada ‘Bayar Lebih’ tadi, lagi terbaik kalau kita senaraikan macam diatas ni. Dan cuba tutup dahulu hutang yang paling sikit jumlahnya.

Contohnya, katakan anda dapat bonus tahunan, atau setengah company macam saya kerja dahulu, setiap 3 bulan memang kami akan duit bonus daripada saham. Bolehlah guna untuk tutup terus akaun AEON PERSONAL LOAN, yang RM 180 sebulan tu.

Jumlah totalnya hanya RM 1440 sahaja.

Dulu, saya silap. Kononnya nak target besar dahulu, contoh macam nak target hutang kereta dahulu bagi habis. Baru yang kecik kecik. Salah macam ni, mental kita tak akan sekuat itu punya.

Sebab lambat lagi bil kereta tu nak habis. Better kalau kita kurangkan yang level hutang hutang ciput ni dulu. Memang bulannya sikit, tapi kalau 2 3 jenis hutang, jenuh juga.

Guna Snowball Technique

Teknik ni, memang tersangatlah popular. Senang sahaja nak faham. Kalau anda tak faham, apa yang saya cuba ceritakan sebab saya cuba nak ringkaskan sehabis baik ni.

Boleh sahaja rujuk artikel yang lain atau channel youtube, sebab agent agent insurance suka share teknik ini di youtube.

Caranya macam mana, anda cuba focus pada loan atau bulanan yang paling rendah juga. Bayar bulanan semua loan masih lagi sama, cuma kita focus pada loan yang paling rendah sampai habis, dan gunakan bulanan yang loan paling rendah tadi, kepada 2nd loan yang paling rendah. Atau 2nd loan yang menjadi pilihan kita untuk setelkan dahulu.

Contoh, katakan bulanan RM 180 untuk aeon ini habis. Anda masih lagi lagi guna RM 180 ni untuk bayar bulanan motor.

Kalau tengok kat situ, bulanan motor RM 180 kan, tapi sebabkan kita guna teknik snowball ni. Anda guna juga bulanan dari aeon, RM 180 tadi, tambah kepada bulanan motor. Ibarat anda bayar RM 180 x 2 sebulan.

iaitu RM 360 sebulan. Kalau anda buat gini, kalau bulanan motor tu, 12 bulan baru habis. Memang hutang motor anda, 6 bulan sahaja dah setel.

Seterusnya, guna hutang daripada aeon, hutang daripada motor, untuk topup bayar RM 250 kad kredit pula.

RM 250 + RM 360 = RM 610 sebulan anda bayar kad kredit. Kalau saya bahagi 7000 dengan 610, 11 bulan dah setel. Anggaran sahaja ya, sebab pengiraan bulanan dan interest kad kredit ni lain lain.

so 11 bulan boleh kurang, tak termasuk lagi dengan 6  bulan yang dah berlalu masa anda bayar hutang motor. Entah entah hutang kad kredit anda tinggal 8 bulan sahaja lagi nak setel.

Tambah Income / part time

Ini yang saya buat sebenarnya. Sebab teknik snowball ni atas kertas memang nampak cantik, nampak canggih. Tapi mental saya tak berapa kuat nak buat.

So saya lebih memilih untuk tambah income.

Buatlah apa apa, jual itu ka jual ini ka.

Saya pernah jual ebook, saya pernah jual bagasi, sekrang saya jual rumah dan dah jadi full time agent hartanah pun. Dulu saya buat part time ja.

Kurangkan bajet dan pembaziran

baru semalam saya pergi DIY, nak beli barang rumah. Sebab saya baru pindah taiping. pusing punya pusing, saya cakap dekat wife. tak payahlah kita beli. tunggu next commission pula. haha

Sebab rasa macam dah banyak sangat belanja.

Better macam kita ada bajet bulanan berapa untuk makan, isi minyak semua. supaya kita tak berbelanja lebih. kalau jenis saya, memang terpaksa letak duit gaji dalam akaun bank lain.

Kalau tak, memang saya akan guna punya.

Saya pun sekrang ni, dah kurang makan luar. Lebih kepada masak sahaja. Dulu saya dengan wife boleh kata setiap hari keluar makan malam.

Sell everything you dont need

ini saya ambil daripada website orang putih ni. Dalam rumah saya, memang ada dapor elektrik yang saya beli dulu dalam 200, dengan macam microwave tu yang kecik tu.

Lupa dah saya apa namanya. kalau saya jual, katakan boleh dapat lagi 250. Boleh juga kita guna di tempat lain.

apa apa pun, semua ni kena catit. kalau kita duk congak, dan duit kita duk bagi gitu sahaja, tanpa kira berapa yang tinggal dalam poket, mungkin tak nampak sangat.

so better kita catit dan rekod perbelanjaan. Kalau tak dapat setiap bulan pun tak apa, mungkin 2 atau 3 bulan sahaja, bagi kita biasa dan alert kalau ada pembaziran.

Rescheduled term

Ini apa, saya sebenarnya baru tahu tau ini. baru tahu dalam 1 atau 2 tahun macam tu. Sejak saya jual rumah ni, kenal kenal dengan orang banyak duit, jenis 10k sebulan. Memang tips depa share.

so saya share balik dalam blog ni bila saya ingat. antaranya ialah reschedule term.

Reschedule ni sebenarnya macam kita minta bank tu kirakan balik hutang kita, dan mungkin minta mereka anjakkan sikit bulanan supaya bulanan yang kita bayar tu tak tinggi.

Contohnya, macam yang anda tengok komitmen kereta RM 890 di table atas tadi. Itu sebenarnya, memang actual bulanan kereta saya dahulu. Lepas hampir 4 atau 5 tahun lagi nak habis, saya minta bank rescheduled untuk kurangkan kepada RM 650.

Tapi itulah, kita punya bulanan kembali banyak, jadi balik 7 tahun rasanya. Bolehlah, lagi daripada saya nak bayar dekat 900 sebulan. Terasalah kurangnya sikit beban.

So, anda pun boleh buat. Saya tak pasti kalau aeon atau personal loan boleh buat. Tapi kereta memang boleh buat. Tapi ada syarat syaratnya, macam kena maintain bayar elok, ada sebab yang kukuh, atau pun lain lain.

Apa apa pun, anda kena tanya sendiri. Bank yang saya buat loan kereta sekarang, adalah bank rakyat.

Refinance House

Yang ni lebih kurang macam resechedule loan juga. Tapi recheduled tu biasanya tak dapat apa. Sebab product pinjaman kita value makin kurang, macam kereta tu.

beli dulu 80k, kalau kita jual balik memang dalam 40k sahaja. itu pun kalau ada yang nak beli.

banding dengan rumah, anda beli 100k, tapi lebih 10 tahun, memang boleh jual 200k atau 250k macam tu. So refinance yang saya maksudkan ini, adalah penstrukturan semula pinjaman, ke atas value semasa.

semasa – maksudnya value sekarang yang sudah naik.

Contoh.

Katakan dulu anda beli rumah harga RM 150 000. Yang lebih kurang dalam RM 700 sebulan. Lepas 10 tahun, katakan value rumah tu dah jadi RM 270 00.

Ingat ya, value rumah tu dah naik kepada RM  270K, tapi anda masih lagi bayar RM 700 untuk value 10 tahun yang dulu, iaitu RM 150K.

katakan anda refinance semula, pada harga RM 270K? Bulanan memang akan naik kepada RM 1350

Tapi anda boleh dapat extra cash.

extra cash tu mungkin dalam RM 270K – 130K ( saya kira 130K, katakan lepas 10 tahun bayar tolak 20K ) = baki RM 140K

Baki RM 140K tu, banyak juga. Bukan setakat boleh setelkan loan loan kecik, sekali kereta pun anda boleh setelkan.

Tapi apa apa pun, refinance ni kena hati hati. sebab takut ada sifat tamak berlebihan lastnya anda buat loan yang tak perlu.

nak tahu berbaloi ke tak, cuba tambah semua komitmen dalam table tu.

Bil Jenis Hutang Bulanan Brp Bulan Utk Habis Jumlah
1 kereta 890 60 53400
2 cimb kat kredit 250 28 7000
3 motor 180 12 2160
4 cimb personal loan 220 36 7920
5 aeon personal loan 180 8 1440
6 bulanan rumah yg dibeli 700 240 150K
2420 71,920

So total bulanan semua sebelum refinance ialah RM 2420

dan total jumlah loan pula RM 71,920, tak termasuk dengan total jumlah rumah yang dah jadi RM 270K ya.

Sekarang ni, anda tolak RM 140K anggaran dapat tadi dengan RM 71,920 = RM 68 080

So berbaloilah nampaknya kan.

kalau dulu, anda bayar bulanan RM 2420 sampai loan habis.

Tapi sekarang, anda bayar RM 1350 rumah sahaja. Sebab loan lain dah setel dengan duit 140K refinance tadi. Siap ada balance lagi RM 68K pula.

RM 68k ni nak buat apa? jangan buat rumah pula saja saja pula. kalau tak ada idea lain yang lebih berguna, masuk dalam public mutual sahaja.

Atleast anda dapat juga 13% setahun. dan katakan anda peram lagi 10 tahun tak ambil2x, memang boleh dapat banyak. saya bukan agent public mutual, anda boleh tanya depa sendiri berapa estimate kalau macam ni.

Kalau lepas 10 tahun boleh dapat 30K setahun pun cantik dah, katakan anda pula ada duit pencen. Lega dah kat situ untuk bayar rumah. Jangan risaukan kita mati, sebab kalau mati insurance cover, so tak perlu bayar apa apa dah.

Apa apa pun, semua ini sedap di mulut, dan perlukan pen dan kertas untuk rancang.

Saya sendiri buat macam tu. kita tak boleh congak, angan angan sambil berak. tak boleh, mesti serius.

so sediakan pen dan kertas dan tulis.

Sebab caranya bermacam macam, mengikut kesesuaian diri sendiri.

Contoh katakan anda dapat RM 140K tu. Dan mak ayah memang ada bagi anda tanah, boleh ja minta tukang rumah buat 3 bilik punya banglo rumah kampung.

140K memang cukup. buatlah sikit sikit dulu. asal ada rupa rumah.

Setiap orang itu, walaupun loan nya sama tinggi, tapi penyelesaiannya berbeza.




Apa Tanggungjawab Technician? Repair Machine Sahaja Ka!!

Ada kawan saya bertanya.

Saya tak faham, sebenarnya technician ni buat apa?

OK, jum saya jelaskan. Sebenarnya technician, bukan sekadar repair machine sahaja. Sebaliknya ada banyak lagi tanggungjawab atau pecahan kerja khas apa yang technician perlu buat.

Sepanjang yang saya bekerja, antara skop skop kerja technician yang saya pernah nampak sendiri dan perasan ialah:

maintenance technician – ini yang biasa kita dengar dah faham, tanggungjawab mereka adalah untuk repair machine.

electrical technician – ini pun kita biasa dengar, dan tak perlu faham apa yang dia buat pun kita sudah tahu apa tujuan dia hidup.

mechanical technician – kebiasaannya jawatan ini juga elektrical dan maintenance technician perlu tahu dan boleh buat. Tapi memang ada sesetengah company yang memang nak cari pekerja yang khusus dalam bidang mechanical.

process technician – process technician ini adalah yang saya kerja dulu. Lebih 5 tahun juga saya kerja dalam bidang ni. Suka, sebab tak perlu nak repair machine dan tak perlu bersusah payah macam orang maintenance. Process technician ni, atau dikenali juga sebagai process tech lebih kepada penjagaan kualiti.


Contohnya. mungkin macam ni.

Katakan ada satu production yang membuat periuk nasi.

Kebiasaannya, satu hari, production periuk nasi ni ialah 100 buah periuk nasi.

Dan katakan machine production itu rosak sapa nak panggil? sudah pasti maintence technician

Katakan, kualiti periuk nasi tu macam banyak yang defect? boleh jadi process technician atau pun quality control technician.

Katakan, semua production line dalam kilang tu, sampai kilang itu pun padam, electric atau bekalan gas semua tak ada. Sapa yang bertanggungjawab? Electrical technician? salah, itu tanggungjawab facility technician.

Katakan kebiasaannya, production line buat 100 buah periuk nasi. Tiba tiba order dapat banyak, bos nak kita naikkan kepada 200 buah periuk nasi satu hari? Yang ni sapa punya tanggungjawab? Process Technician.

So engineer tak ada kerja? Tak boleh kata macam tu juga, sebab setiap technician technician yang anda baca di atas ni, semuanya ada engineer yang mengelola dan membuat keputusan. Masing masing hierarki orang kata.

Harap jelas ya dengan contoh ni, kita sambung lagi beberapa jawatan technician yang lain.


Quality Control Technician – technician ini biasanya kerja dalam makmal atau focusnya menjaga kualiti sahaja. Biasanya juga dipanggil dengan QC atau QA Technician.

Lab Technician – yang ni memang duk dalam lab sahaja.

facility technician – contoh yang paling sesuai ialah technician untuk bangunan hotel. So satu bangunan tu dia kena jaga dan pastikan dalam keadaan baik. Kalau facility technician untuk kilang, satu kilang itu dia kena pastikan dalam keadaan baik.

Contohnya, kalau anda perasan, kilang kilang ni mesti akan ada lorry hantar gas.

Yang pastikan supply gas, electric, air semua cukup untuk kilang atau satu bangunan ini facility technician punya kerja.

Equipment Techncian – ini lebih kurang macam maintanence technician juga. Cuma kebiasaannya, bila sebuah kilang itu ada machine yang banyak. Beratus ratus, pasti akan ada equipment techncian yang ditugaskan khas untuk jaga machine itu sahaja.

Automation Technician – biasa juga dipanggil robotic technician. Biasanya memang anda yang belajar dalam bidang robotic sahaja akan diterima bekerja. Kalau mechanical, tiba tiba nak apply jadi automation technician memang sampai ke sudah tak dapat, sebab sudah lain bidang.

Service Technician – yang ini pula, biasanya kalau sebuah company itu ada product diluar. Contohnya company yang service lif di bangunan hotel atau mana mana tempat. So depa akan dapat call, dan datang untuk repair.

Serupa juga, forklift yang company guna. Mungkin masih lagi dalam waranti, atau dah tiada siapa yang boleh tolong repair. memang service techncian daripada company yang akan tolong perbaiki.

Technician Yang Menjaga Machine Khas

Selain itu juga, technician ini ada jawatan khas untuk setiap tool yang mereka akan guna. Tool atau machine ini memang perlu orang kata, special punya orang yang belajar bertahun bertahun untuk guna.

Kiranya, bukan macam anda datang cari kerja, tiba tiba terus boleh guna machine tu.

Tak semua machine macam tu. So ada machine yang khas graduated dia sahaja yang boleh faham nak guna.

Antaranya, machine CNC yang kita panggil sebagai CNC Tech, dan juga machine Injection Moulding.

Tool Technician yang tugasnya khas menjaga machine molding juga boleh dikatakan jenis technician yang menjaga satu satu machine khas juga.

Baiklah, rasanya itu sahaja kot.

Lagi banyak saya rasa macam nak menulis, rasa macam tak habis pula jenis jenis technician yang ada. Sebab memang banyak pun.

Sebab technician ni, ikutkan definisinya, adalah orang yang khusus dalam satu satu bidang. So padanlah kan. Tambah tambah kalau kilang atau company tu besar. Memang akan jumpa. Kalau company itu kecil, atau startup.

Startup maksudnya company itu baru nak bermula, mungkin ada yang tak lagi. Macam process technician di Osram Kulim yang baru dibuka. Kalau ikutkan mana ada process technician lagi, tapi lama lama pasti akan ada.

Tambahan!

Draftsman – ini pun boleh kata level technician juga. Jawatan yang saya mula mula pegang bila habis belajar dulu. lebih kepada melukis menggunakan autocad atau pun solidwork.




Contoh Kekuatan Diri Dalam Resume [Cara Untuk Kita Buktikan]

Strength atau kekuatan diri yang kita cuba nak tunjukkan dalam resume memang satu perkara yang sangat penting. Dengan penulisan yang baik, memang akan mampu menarik perhatian majikan supaya menerima lamaran ( resume ) kita.

Dalam artikel ini, saya nak kongsikan lebih 20 point yang boleh digunakan untuk menunjukkan yang kita ini layak untuk bekerja. 20 point lebih ini juga, saya akan bagi sekali dengan contoh ayat kekuatan diri yang anda boleh gunakan dalam resume nanti.

Cuma, jangan copy paste direct ya. Cuba ubah ubah sikit ayat supaya satu Malaysia tak sama resumenya nanti.

Saya juga, akan snap beberapa ayat iklan job description dari Jobstreet untuk buktikan pula apa yang saya maksudkan.

Cuma mungkin tak semualah, sebab takut takut tak jumpa pula.

Suka saya nak ingatkan juga, contoh contoh point kekuatan diri yang anda boleh gunakan dibawah, bukan semata mata beri focus pada anda yang nak apply jawatan kosong bidang engineering sahaja.

Bidang bidang yang lain pun boleh. Dan juga, jangan masukkan semua dalam resume tu nanti, hanya pilih yang berkaitan dengan bidang dan kemahuan majikan sahaja  (kemahuan majikan tu maksud saya, apa yang tertulis di job description)

Sebelum kita mula, nak minta maaf dulu awal awal, takut, kalau kalau point dibawah ini ada yang seakan akannya sama.

Mungkin boleh tinggalkan komen juga supaya saya boleh tapis sekali lagi.

So setakat ni ada 21 point ya, nanti kalau otak saya berfungsi semula saya tambah lagi. Sekarang ni dah jadi beku sebab tulis artikel ni panjang panjang.


  1. Leadership/Kepimpinan
  2. Self-motivated
  3. Communicating
  4. Creative
  5. Software skillful
  6. Analytics skills
  7. Punctuality
  8. Public speaking
  9. Detail-oriented
  10. Flexibility
  11. Decision making
  12. Management
  13. Negotiation
  14. Teamwork dan Friendly
  15. Multitasking
  16. Time management
  17. Marketing skills
  18. Less monitoring / dependable
  19. Fast learner
  20. Multilingual
  21. Tidak mudah berputus asa

Leadership/Kepimpinan

Boleh meminpin atau menjadi leader ini memang banyak sangat iklan jawatan kosong harapkan anda boleh buat. Terutamanya, jawatan yang memerlukan anda untuk control staff bawahan.

Seperti contoh, staff nurse yang perlu jaga nurse nurse dibawahnya. Atau pun jawatan seperti supervisor yang perlu jaga anak buah.

Kalau kita tak ada sifat leadership, bukan senang sebenarnya orang nak dengar cakap kita.

Example: Led the quality assurance team and helped increase team performance by 40%.

Self-motivated

Kalau bidang kerja macam melibatkan sales dan marketing memang majikan nak sangat pekerja mereka yang ada semangat bekerja selft motivated ni. Ye lah, semua kerja perlu ada semangatkan.

Tapi kalau bidang sales ni akan nampak paling jelas, sebab anda perlu mental yang kuat, tak mudah mengalah, dan tak duduk diam selagi tak capai target sales bulanan.

Kalaulah, macam ayat ayat kita dalam resume kita tu tak bersemangat, atau tiada contoh kejayaan yang boleh dibanggakan, memang agak susah sikit.

Kecuali kalau masa kita datang interview, semangat untuk bekerja tu lebih mudah untuk ditonjolkan bila depan depan berbanding dengan penulisan.

Self Motivated juga, boleh nampak pada pekerjaan yang boleh buatkan anda rasa bangga dengan jawatan yang disandang. Seperti contoh, ayat dalam resume tu anda ada tulis ” team saya berjaya mencapai target sekian sekian untuk 3 tahun berturut turut‘, yang sekali gus menunjukkan yang anda ni productive yang sememangnya majikan akan suka.

Example: Volunteered to help assist with upcoming projects.

Communicating

Kalau anda bekerja dalam satu pasukan, kemahiran untuk berkominasi antara team member sangat penting. Seperti contoh masa saya bekerja kilang shift dulu, memang akan ada 2 3 orang technician lain yang akan bekerja dengan saya setiap shift.

Dan kalaulah kami bertiga ni tak bertegur sapa dan buat kerja masing masing, memang akan jadi masalah pada production.

So dalam resume, anda boleh cuba kongsikan komunikasi antara anda dengan team member yang lain.

Example: Wrote monthly newsletters for the museum, sharing upcoming events.

Creative

Memang ada sesetengah jawatan yang memerlukan anda untuk berfikiran creative. Seperti contoh mereka yang terlibat dalam designing yang ada menggunakan software photoshop untuk  penghasilan graphic yang menarik, atau software sketch up untuk anda yang memohon jawatan arkitek rumah.

Kalau tak creative, memang samalah lukisan anda sepanjang tahun. So itu sebab kena creative, dan lebih baik tambah sekali dengan inovatif.

Sebelum terlupa, tahu tak creative ini apa? Creative adalah pemula. orang yang mengeluarkan idea baru. Inovatif pula penambah baik kepada creative tadi.

Seperti contoh, anda design rumah, biasa awning rumah diperbuat daripada zink. Yang memang akan bising bila terkena air hujan. Tapi anda creative dengan menggunakan bahan lain yang boleh serap bunyi hujan. So tak adalah bunyi bising gila bila hujan. Inovative pula, mungkin konsep awning yang lebih senyap yang sama, tapi mungkin bahan yang digunakan lebih murah.

Example: Ability to come up with new ideas to enhance the design of

company websites.

Software skillful

Software skillfull yang saya cuba maksudkan ini ialah kebolehan anda memahami satu satu software yang baru anda kenal dengan cepat. Makna kata, celik IT lah kira.

Tak adalah terpinga pinga sangat bila orang suruh guna computer.

Seperti contoh macam saya kerja dulu di Ipoh, saya ada apply jawatan kosong di Kulim, Kedah. Engineer itu ada bagitahu saya akan beberapa software yang akan guna.

Function software tersebut mungkin lebih kurang sama dengan company lama saya bekerja, tapi kaedahnya mungkin berlainan. So kebolehan untuk kita adapt dengan software baru dan tool baru dengan cepat inilah buatkan majikan suka.

Analytics skills

Point ni saya teringat masa salah satu interview yang saya pernah hadir. Penemuduga tu tanya, “kalau saya bagi satu data, u boleh lukis tak graphnya?”

Terkejut juga saya, sebab last saya lukis graph ni masa tingkatan 4 atau tingkatan 5 rasanya, tahun 2004 dan 2005.

Sedangkan masa saya interview tu, pada tahun 2014 rasanya. Lama juga tinggal tu.

Saya terus terang cakap, kalau berikan saya sikit masa untuk study balik, memang saya boleh buat. Dalam hati saya, saya dapat agak dah, engineer cina ni saja nak test ja. Sebab takkan lah company masih lagi nak pekerjanya buat graph hari hari.

Mesti sudah ada satu software analytics yang siapkan dalam sekelip mata. Baru lebih cepat untuk kita buat keputusan.

Pendek kata, bila satu satu production berlaku, kebolehan anda untuk interpret pada graph sangat penting untuk anda tahu. Dan analytical skills ni memang banyak keperluannya dalam bidang engineering. Sebab kebanyakan mesin akan ada graph untuk kestabilan mesin atau production bagi kualiti product itu bila berjalan atau dihasilkan.

So, ada kena faham graph, kalau dah lupa, boleh rujuk artikel ini. 7QC Tool

Punctuality

Kekuatan ini paling mudah sebenarnya kalau anda cuba nak buktikan. Minta ja copy scan in scan out company lama untuk buktikan anda ni menepati masa waktu bekerja. Atau mungkin ada anugerah dan sijil untuk pekerja yang punctual dengan masa.

Tapi punctuality ini tak semestinya pada kehadiran sahaja, untuk anda yang kerja sebagai engineer mesti akan ada task task yang bos lama minta siapkan pada waktu waktunya. So anda boleh sahaja kongsikan task sebelum ini yang anda dapat siapkan pada waktu yang ditentukan.

Example: Regularly attended county board meetings on time.

Public speaking

Sepanjang saya kerja, mungkin sebab bidang yang berbeza atau level kerja saya yang takat diploma sahaja, memang jarang jarang kebolehan public speaking ini diperlukan.

Saya pun rasanya belum pernah jumpa lagi requirement public speaking ini ada dalam job description dalam jobstreet. Macam saya cakap tadi, mungkin sebab bidang kita berbeza dan mungkin sebab level study yang saya apply kerja hanyalah up to diploma level sahaja.

Kalau ada pun, 3 tahun saya bekerja dengan satu company ni yang memang saya terpaksa present setiap pagi.

Tapi untuk yang level degree dan ke atas, anda memang akan kerap buat presentation nanti. Saya pun perasan juga, kawan kawan engineer yang level degree masa kerja di tempat lama sebelum ni ada buat presentation dengan bos bos yang lain.

Kalau anda nak apply kerja dengan Sifoo kena adalah faktor ini kot.

Example: Presented at a national level conference on the benefits of

grooming dogs regularly.

Detail-oriented

Detail oriented ni memang sangat penting, ibarat macam resume yang kita hantar apply kerja itu juga.

Kalaulah resume kita macam comot, pengunaan warna tak sesuai, atau resume yang tak nampak macam cantik pada designnya. Pasti buatkan orang yang tengok resume kita tu tak berapa semangat dengan resume kita.

Berbanding pula kalau design resume kita kemas, penggunaan perkataan atau tulisan yang sesuai, tak terlalu kecil, tak terlalu besar. Gambar yang kita gunakan pada resume pun sesuai, maklumat yang anda letakkan dalam resume pun lengkap. Tak ada yang macam lopong, contoh 2015 – 2018 kerja di tempat A, terus tiba tiba 2020 – 2022 kerja di company B. Dah tu, 2019 dan 2020 buat apa?

So, resume yang detail pasti sedikit sebanyak dapat menambah positive vibe pada resume kita sikit. Itu baru resume, kalau kerja kita? memang majikan akan suka.

Sebab orang yang detail ni kerjanya tersusun, pakaian pun kemas, rambut pun tak macam saya, barai. Tu sebab saya selalu pakai kopiah. huh

Example: Reviewed website code to make sure it was free of errors.

Flexibility

Masa saya interview dulu, saya ingat lagi. Engineer tu tanya, boleh tak u kerja lebih masa? So ini adalah flexibility yang dimaksudkan.

Dan saya pun cakap, kalau dah memang ada OT apa salahnya. haha

Tapi boleh jadi juga, flexbility pada perkara lain, contohnya macam menerima teguran, atau pun anda boleh travel kerja ke tempat lain, mengikut arahan atasan. So anda flexible dan lenient dengan perkara baru.

Nanti bila dah lama lama anda scroll jawatan kosong di jobstreet tu akan perasan point flexbility yang saya maksudkan ini.

Example: Open to travel and relocation.

Decision making

Ingat lagi masa saya masih lagi tengah training sebelum dimasukkan ke dalam production kilang. Trainer tu ada tanya dan bagi masalah pada saya.

Dia cakap, Syed, kalau kamu kerja di suatu production. Dan tiba tiba product yang mesin itu hasilkan rosak, dan dikira sebagai defect, adakah kamu akan terus stop production atau masih juga jalan production?

Saya dengan selamba, STOP PRODUCTION !!

Masa tu, semua budak2 lain tergelak. Dan selepas bertahun tahun saya kerja, jawapan saya stop production hari training tu sebenarnya paling tepat. Buat apa nak jalankan juga kalau dah tahu memang produk itu akan masuk tong sampah!!

Example: Assigned team members with tasks based on their talents.

Management

Ni adalah kelemahan dan kemalasan saya ni. Sebab saya memang tak suka terlibat dengan mana mana management, lagipun selain daripada blog saya-share ni saya ada lagi beberapa blog lain yang lagi suka saya sibukkan diri untuk menulis daripada duk jaga orang.

Walaubagaimanapun..

Mempunyai kemahiran dalam management atau pengurusan adalah penting terutamanya bagi leader yang perlu untuk menyelia pekerja lain.

Kebiasaannya juga akan ada target yang mesti dicapai. Contohnya, output production bagi yang kerja kilang, atau pun nak manage siapa cuti siapa kerja, kebolehan untuk kenal pasti pekerja yang flexible andai kata semuanya nak cuti time raya.

Gitu. Nanti korang dah kerja akan harungi semua ni.

Example: Experience leading a team of 15 employees.

Negotiation

Kekuatan diri untuk ber-nego ni bukan dalam bidang marketing sahaja ya. Saya pernah ada sorang client yang beli rumah dengan saya ni, dia ni kerja bahagian deal order dengan client. Akak ni jurusan business administration rasanya.

Kalau anda masih ingat akan faktor flexible tadi, faktor itu juga ada pada kawan saya. Sebab dia memang kena flexible dengan masa, sebab kebanyakan client deal pada waktu malam. Sebab waktu orang putih punya officekan. So terpaksa stay dan alert pada waktu malam juga untuk deal, nego dengan client.

Point negotiation ini bukan terletak pada keadaan anda deal dengan client sahaja, tapi juga kebolehan yang anda tunjukkan supaya pandai mengambil hati atau create positive relationships dengan client. ( hah gitu )

Situasi ni pernah berlaku pada saya juga tau. Masa tu saya kerja di Ipoh. Client representative to orang Filipina, tapi untuk company di US. Engineer cakap, client filipina tu suka bekerja dengan saya. So adalah rasa bangganya sikit.

Example: Negotiated a contract with our biggest vendor to help save

the company $1,000.

Teamwork dan Friendly

Faktor teamwork ni antara yang biasa anda akan jumpa dalam jobs desctiption. So anda kena tunjukan dalam resume tu, anda boleh menerima idea lain. Boleh tolerate dengan orang lain.

Ada semangat satu team untuk capai target. Bukannya semata mata sendiri sahaja.

Example: Collaborated with team members to produce a final product.

Multitasking

Multitasking ni memang kelemahan saya sebenarnya. Bukan sebab tak boleh buat, tapi rasa macam sengal sebab kena buat kerja banyak gaji sama.

Biasalah bila kita kerja dengan orang ni. Pasti akan ada rasa tak puas hati. Tapi sebenarnya bila fikir fikir balik, syukurnya ya Allah sekurang kurangnya kita dapat kerja. dapat duit, dapat gaji, dapat beli tv (walaupun hutang kredit kad), dapat beli komputer yang saya tulis untuk korang ni, dapat beli macam macam.

Tapi itu lah, saya memang benci kerja yang kalut kalut ni. Mujurlah saya study sampai diploma sahaja. Habis office hour, habislah cerita kerja kan. Mana yang degree dan kerja sebagai engineer dan ke atas ni, kadang tu dah balik rumah pun orang duk call call lagi. ( bergantung kepada syarikat kerja juga )

Dulu, saya dapat sambung degree mechanical, tapi saya tolak. Sebab faktor kewangan. Agak sedih juga, tapi bila dah jadi gini.

Saya pun dah umur 34 tahun, untuk tahun 2022 ni. Rasanya lebih elok juga gini. Alhamdullillah

Rasanya belum ada lagi Diploma Menjadi Blogger dan Youtuber ke dak.

Example: Answered the phone, updated the company calendar and greeted customers.

Time management

Mana yang perlu untuk bekerja sendiri, atau kerja yang multitasking, atau yang biasa kena travel luar memang kena pandai uruskan time management ni.

Time management ni bagus, sebab kalau anda memang boleh buat ia akan meningkat produktiviti dan kualiti kerja. Kerja pun teratur dan semua task boleh disiapkan dengan baik. ( gamaknye ler)

Example: Effectively met weekly deadlines for the magazine’s publication.

Marketing skills

So anda nak apply jawatan kosong untuk marketing, promosikan product untuk company. Boleh sharekan juga kebolehan yang anda ada tu dalam resume, beserta sekali dengan result.

Maksudnya memang kita sudah ada pengalaman. Bukan takat share idea sahaja.

Sebab siapa siapa pun, boleh bagi idea. Baca online je kan.

Example: Identified trends to create a relevant marketing campaign.

Less monitoring / dependable

Kalau anda perasan, banyak juga iklan description kerja kosong di Jobstreet yang beri focus pada faktor ini. Less monitoring. Tapi saya lupa istilah betul betul namanya apa.

Tapi nak bagi tahu, yang kita ni boleh bekerja sendiri, tak perlu nak monitor oleh bos sangat. Biasanya company yang libatkan kerja luar. Asal siap sudah.

Fast learner

Mana yang adek adek kita fresh graduate, mungkin akan ambil masa sikit untuk pick up dengan environment bekerja ni. Jadi, eloklah kalau saya ingatkan awal awal.

Alam pekerjaan ni, tak sama dengan alam kita belajar. Kalau kita tak tahu, kita boleh tanya kawan, atau kita boleh skip dulu, nanti jumpa lecturer kat bilik dia tanya semula. (perangai saya ni)

Atau pun, time malam lepas kelas nanti kita pergi rumah kawan untuk bertanyakan soalan yang tak faham tadi. Di alam pekerjaan sudah pasti tidak. Kita ni sebenarnya kalau boleh, tak ada masa untuk lambat faham.

Anda kena faham cepat cepat, supaya bos appreciate knowledge kita. Kalau slow motion ni memang pakat tak naik gajilah nanti. Sebab kita dibayar, kita dibayar untuk menjadi lebih baik.

Kalau time belajar dulu, kita duduk belakang, dan bila tak faham, malu pula nak angkat tangan.

Zaman bekerja lain, hang tak menonjol, bos tak kenal, maka gaji pun takat tu je lah. Sedar sedar kena tukar department.

So kekuatan diri, fast learner ni sangat penting.

Contoh, kalau anda memang sangat mahir dengan computer, boleh bagi tahu anda boleh belajar apa apa software dengan cepat, contoh lain, kalau anda memang berkemahiran dengan satu satu mesin, atau keadaan yang biasa dibuat pada company yang anda nak apply tu, boleh juga bagi tahu dalam resume akan kebolehan tadi. ( kiranya kena buat research dulu pasal company )

Multilingual

Di Malaysia ni, kalau boleh cakap melayu, english, dan mandarin kira ok sangat dah.

Untuk bahasa jepun dan sebagainya, memang ada company khas yang berminat. Tapi saya tak nak cover pasal bahasa ni. Cukup bahasa melayu, english dan mandarin kalau boleh.

Masa saya kerja di 2 buah company di Ipoh dan Kulim, memang memerlukan untuk bercakap bahasa inggeris. Di ipoh, sebab clientnya dari luar. So saya perlu untuk setup machine depan dia.

Di Kulim pula, kebanyakan operatornya adalah orang filipina. So memerlukan untuk cakap bahasa inggeris juga. Untuk bahasa inggeris, dalam resume tu gunakan ayat ayat yang macam cerdik sikit, jangan terlalu guna bahasa english translate sangat.

Baru nampak reti kan. Tapi jangan sampai berlebihan sangat, nanti blur pula masa interview.

Tidak mudah berputus asa

Pernah satu kali saya tengok kawan saya masa kerja dulu dia macam ambil masa yang lama untuk troubleshoot satu mesin production ni. Dan bila dah lama lama, saya pun datang agak terkejut juga saya tengok.

Mana yang tahu pasal kerja technician ni, ada part yang perlu untuk kita boleh membaca drawning, dengan merujuk pada drawing asal yang disediakan oleh supplier mesin itu sendiri. Dan untuk kes kawan saya ni, memang itu yang berlaku, dia perlu rujuk buku panduan/drawing daripada supplier.

Tapi masalahnya buku tu dalam bahasa jepun. memang totally tulisan jepun. So setengah orang, memang akan tutup buku dan tunggu engineer datang bagi buku lain. Tapi kawan saya ni bagus juga, dia cuba selesaikan juga.

Dengan download app yang tukar bahasa jepun tu kepada bahasa inggeris. Ada app daripada translate google.

Dan memang berjaya diselesaikan pun. Hasil daripada sifat tidak putus asa kawan saya tadi.

Sifat tidak putus asa dalam menyelesaikan masalah yang ada dalam kerja ni memang satu sifat yang majikan suka. Dan kalau anda ada pengalaman macam ni, memang elok sangatlah kalau ditulis sekali.

Lantaklah ada yang kata macam nak angkat bakul sendiri, memang itu pun tujuan resume.

UNTUK MENUNJUKKAN KITA INI RETI DAN LAYAK!!

Selesai sudah contoh kekuatan diri yang boleh kita tulis dalam resume. Apa macam?




Cara Memohon Kerja Melalui Email ( cara tulis )

Cara cari kerja melalui email ini bukanlah saya tak sokong. Bagus juga kalau kita buat apa sahaja medium yang ada, asalkan dapat kerjakan!

Dan kalau saya dulu, memang saya pun ada mohon kerja melalui email ini. Tambah lagi bila kita guna email ni jimat duit print, haha.

Tapi dengan kondisi covid sekarang, mungkin kalau kita mohon kerja melalui email ini dah macam terpaksa juga.

Staff pun mungkin ada yang bekerja dari rumah.

Tapi, pejabat pos, buka ja kalau anda nak hantar.

Ada Cara Yang Lebih Berkesan?

Sepanjang tahun daripada 2009 sampailah 2016 saya cari kerja dahulu. Cara yang paling mudah dapat kerja ialah dengan anda hantar resume direct ke kilang.

Sekarang saya sudah berhenti kerja dengan company dan bekerja sendiri.

Tapi tiada masalah pun, anda guna sahaja apa cara sekalipun untuk dapatkan kerja. Dan kalau memang company itu terang lagi benderang bagi email untuk kita hantar resume, kenapa kita tak gunakan pula kan.

So dalam kes ini, lebih elok hantar email.

Format Apply Kerja Melalui Email

Sebelum saya nak kongsikan beberapa contoh email yang anda boleh hantar, rasanya elok juga kalau saya terangkan dulu, cara kita nak tulis, atau karang ayat supaya email yang kita hantar berkesan.

Sebab dah pasti manusia lain pun akan menggunakan medium yang sama juga.

Bawah ni, adalah format untuk yang masih lagi baru nak mencari kerja.

Format Email Untuk Yang Fresh Graduate

Dan untuk yang sudah ada pengalaman kerja pula, anda boleh gunakan format yang saya buat dibawah ni. Sama sahaja pointnya, cuma cara kita tulis lain sikit.

Email Untuk Yang Sudah Ada Pengalaman Kerja

Dan sekarang, saya nak terangkanlah apa bendalah yang kita perlu tulis dalam 6 points tu.

Point 1

Ni bahagian tajuk email kita, supaya orang yang baca email kita tu tahulah email yang kita hantar ni untuk apply kerja. Bukan bos dia ke yang hantar. Kadang kadangkan bila kita apply kerja email ni, ada sesetengah HR yang memang bagi tahu awal awal kalau nak tulis tajuk email tu apa.

Supaya mudah depa perasan. So anda kena alert juga dengan tajuk email ni andai kata dah diberitahu untu tulis apa.

Kalau tak diberitahu, tulis sahaja macam yang saya bagi tahu ni.

Contoh

Syed Shaffizan | to apply Process Technician
Syed Shaffizan | Internship for Proces Technician

So saya tambah sikit “to apply” ya. Untuk yang hantar email untuk cari tempat praktical boleh tulis terus internship.

Point 2

Bila kita hantar email, sangat cantik juga untuk kita direct terus kepada orang yang terima email kita. Maksud saya, siapa nama orang yang terima email tu.

Contoh Miss Yoeh ka.

Kiranya, kita tahu nama orang yang nak dihantar tu. Tapi saya fahamkan, biasanya kita tak tahu kan, sebab biasanya emailnya akan macam ni.

[email protected]

So mana pula kita nak tahukan. Tapi boleh juga cuba cuba cari dekat website atau pun dekat facebook. Korek korek sikit kot boleh jumpa. Saya tak nak tunjuk saya carikan, nanti kena serbu pula email kawan tu.

So anda carilah sendiri.

Point 3

Bahagian ini kita guna untuk bagi tahu dua perkara. Bagi tahu apa daripada mana kita dapat job advertisement company depa ni, tujuan kita hantar email sama ada nak apply kerja, atau nak internship atau nak apa, dan terakhir sekali sedikit hal berkenaan dengan kita.

Hal berkenaan dengan kita macam nama, dan kalau kita sudah ada pengalaman kerja elok juga selitkan sikit dalam bahagian ni.

Point 4

Bahagian ini kalau ada pengalaman sedap juga tulis. Leh la serba sedikit pengalaman. Kalau anda tengok gambar yang saya tangkap tu buat macam point by point. Boleh juga.

Supaya senang dia tengok kan.

Tapi jangan semua tulis ya, sikit ja, atau mana yang anda rasa pengalaman yang paling power.

Untuk yang fresh, kalau anda punya pointer memang power, leh la eksyen sikit disini. Tapi jangan guna ayat terlampau angkat bakul pula, rileks sahaja.

Kalau pointer tak comel macam saya, saya mungkin gunakan point kerja yang kita nak apply tu, kena dengan jiwa atau pun kelayakan kita.

Fresh jangan risau risau sangat dengan ayat ayat ni, hangpa tu budak lagi, sangat sangat lah normal.

Point 5

Ni bahagian penutup, penting untuk kita ingatkan pembaca email kita ni baca attachment resume yang kita hantar sekali, kalau dak buat apa kita hantar resume ni kan.

Email yang hantar tu, jangan hantar dalam bentuk words pula, pastikan dah tukar kepada pdf.

Tak tahu nak tukar kepada PDF? sila meninggal

*tambahan, jangan lupa tulis bila kita start boleh kerja juga, tambah lagi kalau anda memang tak ada masalah untuk masuk awal.

Point 6

Sini kita tulislah detail macam mana nak contact kita. Walaupun dalam resume kita dah tulis, sini pun tulis juga.

No telefon jangan lupa.

Questionnaire

Adakah email mohon ni macam cover letter?

Ya, lebih kurang. Dulu saya pernah hantar email kerja ni juga, bila saya hantar, saya hanya copy paste dari cover letter sahaja. Kiranya saya tak attach sekali resume, attach resume sahaja.

Tapi, kalau nak buat lain yang lebih ringkas dari cover letter pun OK juga. Tiada masalah.

Nak attach sekali resume dan cover letter?

Kalau anda nak buat lain, kiranya ayat email guna ayat yang lain daripada cover letter. Kenalah attach sekali cover letter dan resume.

Cuma, bagi saya elok kalau anda rankumkan cover letter dan resume satu pdf.

Jangan buat sampai dua pdf.

Kiranya, dalam resume anda tu, page 1 buat resume, page 2 baru start dengan page pertama resume. Begitu..

Perlu follow up?

perlu, sangat digalakkan, mungkin selepas 1 minggu anda hantar tapi tak ada jawapan juga, boleh follow up juga, sama ada hantar semula email atau direct call.

Kalau saya sebelum ni, email yang saya hantar kat sapa sapa ni, saya memang letak software tau, saya buat, andai kata orang tu buka email kita, saya akan dapat notification kalau dia buat berapa kali.

So saya tahulah email tu ada orang terima kan. Anda boleh juga buat, tapi tak buat pun tak mengapa.

Sekian, itu sahaja.

Ada apa apa nak tanya?




Cara Dapat Kerja Cepat

Cara dapat kerja dengan cepat? erm susah juga nak menjawab soalan ni. Sebab saya tak tahu detail jenis kerjaya yang anda cuba nak dapatkan.

Sekarang ni, level SPM ke, sijil ke, diploma ke, degree ke.

Semua itu kena tahu untuk saya lebih mudah bantu dan kongsikan cara terbaik. Tapi kalau nak saya pukul rata, akan jenis jenis platform yang anda untuk cari kerja.

Ada beberapa point yang saya boleh kongsikan.

Register Hari Ni, Esok Kerja

Kalau jenis nak kerja yang macam ni, kiranya anda datang, masuk dalam office, cakap nak kerja, isi borang, dan esok anda kata terus nak start kerja. Memang boleh dapat sebenarnya..

Tapi kebanyakannya untuk kerja yang level SPM lah.

Untuk dapatkan kerja secepat ini, anda tak boleh gunakan cara online. Terpaksa pergi ke kilang atau tempat kerja direct, cari dan terus ketuk pintu tanyakan jawatan kosong yang depa gantungkan di pagar kilang.

Saya pernah buat benda ni, memang terus dapat kerja dengan cepat. Kalau tak silap, dalam tahun 2010 dulu. Masa tahun 2019, saya saja round round kilang ni semula, memang ada lagi kilang ni.

Anda pun boleh buat, cuba round round di kawasan industri kecil, atau pun kedai kedai, area commercial. Akan nampak banyak banner jawatan kosong begini.

Tengok Mudah/Online/Facebook

Kalau tak jumpa, anda boleh cuba cari online. Antaranya, Mudah dan Facebook.

Untuk level SPM atau yang tak perlukan apa apa certificate ini memang boleh masuk kerja awai.

Tambah lagi kalau anda kerja bahagian promosi product, yang macam saya buat. Register bagi nama, dengar sikit perkongsian product, dan boleh terus promote.

Jobstreet dan Lain

Jobstreet dan seumpama dengannya macam futurejobs memang akan ambil masa. Ambil masa sampai saya yang apply bertahun tahun jugalah tak dipanggil.

Saya sendiri, tukar kilang 4 or 5 kali semuanya disebabkan open interview ataupun banner yang saya contact direct.

Oh ya, email atau surat yang saya hantar pun antara source yang saya biasa guna, dan memang ada dipanggil untuk interview juga.

itulah ceritanya..

Ada apa apa nak tanya?