Cara Nak Pilih Syarikat Untuk Buat Latihan Industri

image_pdfDownloadimage_printPrint

Saya mula tulis artikel untuk tajuk ni pada 10th September 2017. Sekarang kita dah di penghujung 2020 pun.

Dan dalam tempoh beberapa minggu ni, wasap dan ruangan komen saya ada yang bertanya company mana yang terbaik untuk buat latihan industri.

*Sekarang pukul 4 22am. 10 June 2021. Saya nak review lagi artikel saya ni kali ke tiga. So, 2017, 2020 dan sekarang 2021. Sebab topik ni sangat penting, sangat penting untuk anda pilih tempat praktikal yang betul.

Normal Kalau Anda Tak Tahu

Masa ni, anda mesti blurkan, apalah company terbaik untuk anda buat praktikal. Tambah pula dengan masalah covid sekarang ni.

Sebenarnya, masalah ini normal. Bukan awak sorang ja tak tahu, saya pun tak tahu dulu.

Masa tu, saya study di UMP, dalam tahun 2006 – 2009 untuk jurusan Mekanikal, saya sendiri pun tak buat praktikal di tempat asal saya di Ipoh. Sebab ingatkan di Ipoh tiada kilang dan company yang bagus. So, saya pun terus percaya apa yang admin UMP cakap.

Dia cakap macam mana tau

“di ipoh tak ada company besar sangat,awak mungkin terpaksa pergi ke tempat lain macam KL”

Dan saya dengan otak yang sangat udang pergi percaya pula tanpa usul periksa. ( saya akan tunjuk dalam artikel ni cara untuk buat semakan )

Padahal punyalah banyak tempat praktikal yang saya boleh cuba apply di sini.

So memang normal anda tak tahu, sebab masih belum lagi masuk ke dalam alam pekerjaan. Tapi tak mengapa, InsyaAllah saya akan cuba bantu dalam artikel ni.

3 Langkah Untuk Mula

Saya ada 3 step sahaja yang anda perlu buat untuk dapatkan syarikat atau kilang yang bagus untuk buat latihan industri.

Focus utamanya adalah untuk kita cari kilang terbaik, establish, ada benefit banyak, dan boleh diterima pula terus masuk kerja, kerja yang kita dapat tu pun gajinya ELOK.

So itulah usaha dan target kita yang sebenar. Jangan jadi macam saya dulu, duk hanya fikirkan asalkan dapat tempat praktikal. Saya pun kalut juga time tu sebab terlewat.

Saya ulang lagi sekali ya, kali dalam bentuk point, ciri ciri companya yang kita nak cari ialah

  1. kilang terbaik, established
  2. benefit banyak
  3. boleh terus dapat kerja
  4. gaji elok
  5. dekat dengan rumah

Saya tak terangkan point 1 hingga 4 di atas ini ya, sebab saya perlu untuk buat video, baru mudah sikit saya nak kongsikan dengan anda. Nantilah, insyaAllah. Untuk sekarang anda focus kat Langkah 1 dan seterusnya dibawah ini dahulu.

Langkah 1 – Buat Carian di Jobstreet atau Mudah atau Google

Ada 3 website yang anda anda boleh cari mana company yang nak cari pelajar praktikal ni.

Iaitu

  1. Jobstreet
  2. Mudah.my
  3. dan juga Google.

Saya tunjukkan caranya satu persatu. Anda kena buat macam ni tau, jangan duk percaya orang. Lagi satu hal, jangan duk kalat kalau 5 orang semua nak pulun satu company sahaja.

Kononnya seronok buat practikal sama sama, kena fikir panjang. Kalau anda ramai, lagi susah anda nak dapat peluang untuk dapat kerja lebih habis praktikal.

Walaupun niat kita memang nak sambung study balik, tapi percayalah, anda tak akan tahu apa jadi nanti, so better prepare for the de best ( gittew ).

Jobstreet

Seperti dalam gambar di atas.

  1. anda pilih location, contoh saya pilih Penang
  2. sebelah tab Salary, akan ada Tab Job Type. Anda click JobType tadi dan pilih Internship macam saya buat dalam gambar di atas
  3. dan hit apply.

Elok guna laptop ya, computer. Jangan guna telefon. Tengok result yang saya dapat dibawah, ada 138 company yang nak cari student praktikal, untuk area di Penanglah. Negeri atau daerah lain, anda cuba sendiri.

So, boleh terus baca description untuk fahamkan job scope apa yang anda akan lalui nanti. Dan cuba nilai sendiri sama ada sesuai tidak dengan jurusan anda.

Jangan terus APPLY ya, kita akan apply di step 3. Sekarang ni, anda cuma perlu senaraikan sahaja dahulu. Mungkin copy paste url jobstreet tadi dalam satu excel buat table. Kumpul dalam 10 tempat latihan praktikal untuk kita selidik lebih detail di peringkat kedua.

Sebab, macam yang saya cakap tadi. Kita nak cari company yang betul betul terbaik sahaja.

Perhatikan juga latest post bila, kalau company yang anda nak apply tu baru sahaja open, contoh macam yang saya jumpa sebelum ni, ada yang baru 4 jam sahaja open. So kalau macam ni kira terbaiklah, kita nak cari yang paling latest.

Dan ruangan table yang saya maksudkan tadi, mungkin boleh masukkan sekali column untuk berapa elaun yang company itu tawarkan.

Makna kata, table yang anda akan buat nanti akan jadi lebih kurang begini. Buat sampai sekurang kurangnya 10 company tau.

Company Url Elaun/m Date Posted
Company X link jobstreet RM 500 27 Nov 2020
Comp Y link jobstreet RM 600 20 Nov 2020

Langkah 2 – Buat Penilaian Bagus ke Tidak Company ni

Untuk langkah 2, step kita lebih kepada untuk menilai betapa bagus company yang kita nak buat practikal ni nanti.

Indicator yang paling mudah untuk nilai ialah GAJI. Anda cuba tengok berapa gaji yang company ni tawarkan. Itu pun kalau ada jawatan kosong yang memang open.

Caranya, pergi ke bahagian jobs description yang paling bawah, dan tekan link ‘more jobs from this employer’. Dan sebaik sahaja saya tekan, terpapar ada 6 lagi jawatan kosong yang memang open dari company ini.

Dan seperti yang anda boleh nampak dengan biji mata anda sendiri. Gaji yang ditawarkan untuk Software Engineer ialah RM 2900 hingga ke RM 3300. Kalau anda scroll ke bawah, project manager RM 4000 ke RM 5500.

Sebenarnya, macam yang saya sebelum ni. Company ni ada 3 jenis level gaji. Yang bergantung kepada 3 faktor utama ( iaitu product company, location dan nature of business).

Kiranya, kalau saya nak terangkan, jadi panjanglah pula. Anda tak perlu fikir sampai detail macam ini dahulu…

Untuk sekarang, nak mudah kerja. Anda ikut sahaja range gaji yang saya bagi tahu dibawah.

Kalau Diploma : Basic atleast RM 1500 di Ipoh, kalau di Penang, boleh dapat dalam RM 1800 sebulan. Kulim pun boleh dapat RM 1500. 

Kalau Degree : Ipoh mungkin atleast RM 2000. Atau pun kalau ada company elok sikit bagi basic sampai RM 2500 untuk degree holder. Kalau di Penang atau Kulim. Ada company yang boleh bagi sampai RM 3500. Atau standardnya dalam RM 3000.

Dan saya rasa company Greatech atas tadi boleh kata boleh juga. Kira company yang mungkin dah established. Oh ya, sebut pasal establish, kalau anda semak bila company itu dibuka pun lagi bagus. So table tadi, saya tambah lagi untuk date establish ya.

Company Url Elaun/m Date Posted Date Established
na na na na na

Dan yang terakhir ialah APPLY.

*tips terbaru, kalau anda cari di google map nama company yang anda cari tadi. Cuba tengok bahagian review, kalau kebanyakan yang tinggalka review tu memang kata terbaik, kira OK sangat la tu.

Contohnya macam yang saya buat carian di bawah. 4 tahun lepas lagi saya dah tinggalkan review. Dan kalau anda baca 40 review yang lain. Kebanyakannya puas hati.

Langkah 3 – Tiba Masa Untuk APPLY

Jangan takut untuk apply 2 3 company serentak. Dan pilih mana yang terbaik. Kalau ada sesi interview lagi bagus. Boleh anda tanyakan beberapa perkara dulukan!

So untuk apply, memang boleh terus guna ruangan di Jobstreet. Memang ada button apply, terus tekan apply sahaja. Oh ya, jangan lupa isi dulu profile anda bagi penuh.

Dan selepas apply, jangan terus redho pula. BUAT STEP KEEMPAT

STEP 4 – JANGAN LUPA CALL

Pastikan anda call company tersebut, dan tanyakan internship tadi. Kira bagi tahu, yang anda berminat, dan nak apply, walaupun sebenarnya anda sudah apply. Tak apa, cakap sahaja macam tu.

Dan selesai…

Ok tak cara saya?

Berapa Banyak Orang Apply?

Nantikan, lepas anda apply, anda akan dapat tengok summary berapa orang yang dah apply jawatan ni. Kalau memang ramai, beratus ratus, lagilah penting untuk anda call. Kita step kita yang ke empat. MESTI BUAT.

Sebelum saya terlupa

Tadi saya cakap ada 3 tempat untuk cari tempat praktikalkan. Yang mula mula saya dah bagi, iaitu Jobstreet.

Kedua ialah Mudah.my.

Mudah lagi senang, memang sudah ada option ‘internship’. Dulu kalau ikutkan jobstreet pun ada. Dalam tahun 2016. Sebab saya pun dah lama berhenti kerja. Sekarang saya bekerja sendiri sahaja, dan bila saya tengok balik jobstreet dah bertukar dah cara buat carian jobstreet ni.

So di Mudah, masih lagi step yang sama. Pilih mana yang sesuai.

Dan terakhir di Google. Anda tulis lebih kurang macam bawah ni.

Paling general anda tulis ‘internship program in Penang’ – Letak sekali location.

Atau pun anda tulis terus bidang atau jawatan yang anda nak apply. Macam ayat ‘internship for accounting in Penang‘ tu.

Dan bila anda tekan enter atau search button. Memang akan jumpa macam macam. So cuba filter by date dahulu. Mungkin atleast setahun. Setahun ya, tak apa. Nanti kita pilih lagi kemudian. Sebab company yang lama letak iklan pun tak apa, nanti kita akan call tanya lagi kalau memang ada open lagi untuk yang sekarang.

Baiklah, itu sahaja.

Saya malas dah nak copy paste gambar demo dari Google pula. Semoga berjaya

Atau ada apa apa nak tanya?

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

10 comments On Cara Nak Pilih Syarikat Untuk Buat Latihan Industri

Leave a Reply to Syed Shaff Cancel Reply

Your email address will not be published.

Site Footer