10 Cara Cari Duit Cepat dari Rumah/Online/Tambahan

Untuk cara cari duit cepat dari rumah saya boleh kongsikan beberapa teknik yang anda boleh buat, terutamanya secara online. Tapi sebelum saya pergi lebih detail kepada contoh, saya nak anda fahamkan konsep utamanya dahulu. Kenapa apa yang saya kongsikan ni boleh buat duit dengan cepat dan kenapa sesetengah cara buat duit tu jadi lambat!

Kiranya, korang akan faham, apa yang membuatkan ia nya lambat dan juga cepat.

Ok jelas ya…

Disclaimer

Disebabkan nak duit cepat, jadi teknik memang perlukan modal, so tanpa modal, awak akan dapat lambat. Modal itu lah antara pemangkin kenapa kita dapat duit dengan cepat juga, banding dengan orang yang tak gunakan modal. Ya, teknik ini memang sesuai digunakan dari rumah, sebagai duit tambahan juga. ini bukan teknik main game atau apa, saya kongsikan cara buat duit yang betul betul punya, khas untuk dewasa, bukan budak budak yang tau nak seronok je tau.

Ok dah siap dekat disclaimer..

Salah satu software yang digunakan untuk detect berapa banyak visitors/pelawat yang masuk ke website kita ialah Google Analytics. Seperti gambar di atas

Dan konsep utama yang saya maksudkan ialah, Audience

Atau pun Pelawat..

Nak jual barang ke, nak jual servis ke, nak buat orang datang ke kedai anda ke, dobi ke homestay ke tak akan ada untung, kalau tiada pelawat. platform, memang anda boleh siapkan sendiri. Platform tu maksud saya, macam website atau pun landing page, yang mungkin kita boleh ibaratkan kedai kalau niaga fizikal nya. Tapi sebabkan ini cara online, so kita perlukan website/blog atau pun landing page.

So, kedai sudah ada, website/landing page sudah ada. Tapi pelawat tak ada, macam mana nak berlaku transaksi kan.

Jadi ini lah antara konsep utama yang kita perlu faham, kebanyakan cara buat duit cepat ni, ia akan skip cara untuk cari pelawat sebab nak jana pelawat memang ambil masa sikit. So dengan berbekalkan duit sikit, kita boleh skip proses untuk dapatkan traffik dengan cepat…

Seperti contoh, blog saya ni sendiri. Masa bulan pertama buat, dalm beberapa puluh sahaja yang jadi pelawat. sekarang, selepas 1 tahun lebih, blog ni ada 2 ribu pelawat setiap hari ( lebih kurang )

Kenapa ambil masa sampai setahun lebih? Sebab saya guna cara free, tapi kalau saya ada modal lebih sikit, untuk dapatkan traffik atau pelawat 2 ribu tu, dalam masa 1 malam pun bukan satu masalah. Tapi itu lah, MODAL..

So jelas ya…

Kalau ada sapa sapa yang kencing cara untuk buat duit cepat, cuba fikirkan dari mana datangnya pelawat atau pembeli tu. Jangan, cakap sahaja janji akan dapat duit cepat. Rupa rupanya transaksi nya sahaja cepat, tapi pelawat kena usaha sendiri..

So macam mana kita nak dapatkan pelawat yang insyaAllah kemudiannya akan bertukar menjadi pembeli dengan cepat? Atau pun dalam bahasa lain nya, kat mana nak cari pembeli/pelawat?

Guna Google Adwords

SEO tau? Teknik SEO yang saya buat 1 tahun lebih tadi, memang lewat sikit. Tapi stabil. Berbaloi lah bagi saya. SEO ni adalah teknik yang kita buat pada website, supaya ranking nya tinggi di Google. Kiranya, apa yang korang lihat di hadapan muka Google sebaik sahaja tekan search box button tu, akan nampak 10 listing website kan? Kalau pergi ke page 2, akan ada lagi 10. Tapi tak panggil 10 lah, pangil 11 hingga 20. Kalau page 3, 21 hingga 30 dan seterusnya…

10 listing website di page pertama tadi, bukannya Google sengaja letak di hadapan atau di page pertama tau. Ada teknik teknik dan tindakan yang webmaster perlu buat supaya websitenya ranking tinggi macam tu… Yang sememangnya, ambil masa yang lama. Tambah lagi saingannya tinggi, biasa lah sebab benda free kan. Ramai la orang buat.

So apa kaitannya dengan Google Adwords?

Google Adwords adalah sistem yang dibuat sendiri oleh Google untuk skip proses SEO. Kiranya korang tak payah dah kalut untuk buat macam yang saya buat 1 tahun lebih ni untuk berada di page pertama Google. Sebaliknya, korang bayar sahaja Google. Nanti sistem adwords ni akan letakkan listing website korang di atas sekali, kiranya di bawah box carian tu lah.

Contoh macam screenshot di bawah, yang ada kotak ‘ad’ tu. Kiranya website owner gcmasia.com tengah bayar Google lah tu, guna sistem adwords.

Jelas? Nak belajar Adwords ke nak belajar SEO? Contact saya lah ya..hehe

So faham kan, dengan berbekalkan duit, kita sudah pun skip proses untuk dapatkan traffik yang sememangnya memakan masa. Dan dengan ada nya Google Adwords, kan ianya lebih cepat..

Kalau ada modal lah kan..

Ok, teknik seterusnya pula..

Iklan di blog yang popular

Agak agak kan, screenshot saya yang dekat atas tu, majalahlibur tu banyak pelawat ke tak? Atau pun untuk keyword yang lain seperti di bawah.

Agak agak, website buatduitonlinemalaysia.wordpress.com ni banyak pelawat ke tak?

Mesti lah banyak kan… Saya boleh kata dalam 400 hingga ke 700 pelawat sebulan. Kenapa saya boleh agak macam ni? Anda kena mahir teknik SEO dulu, atau pun teknik Adwords ni dahulu. Baru boleh dapat agak dengan mudah. Tapi itu lah, agak sahaja. Belum tentu betul dan actual. Tapi, at least kita dapat lah congak sebelum buat apa apa keputusan kan..

So cara yang kedua, anda contact page page yang popular ni bagi tahu dekat website owner. Saya ada produk, saya nak iklan di blog tuan. So berapa?

Hah gitu.. tak pun. Tak payah tanya berapa. Sebab kebanyakan website sudah pun letak bahagian advertisement untuk anda tengok tengok kan harga…

Antara kedudukan yang paling utama di blog/website. Kebiasaannya kedudukan ini lah yang paling mahal sebab paling banyak dapat impression.

So itu cara kedua.. lagi sekali, kita sudah ada 2 cara untuk skip can cepatkan proseskan dapatkan traffik atau pelawat, atau pembeli..

Jom kita pergi ke cara ketiga pula, iaitu… Facebook Ads

Facebook Ads

Ini memang dah popular sangat kan. So tak perlu lah terangkan lagi.. kita pergi ke no 4 terus, sebab saya lebih nak kongsikan teknik yang korang tak biasa dengar atau jelas. Kalau takat facebook ads ni rasanya, kecik kecik lagi dah dengar kan..

Iklan di page popular

Ini pun teknik simple juga, korang cari facebook page yang popular dan contact owner untuk letakkan iklan…

Guna teknik macam di no 2

Kononnya teknik ni namanya Derek Halpern’s Drafting Technique. Saya pun tak faham, kenapa derek ni yang dapat nama. Padahal kalau anda jelas dengan SEO pun boleh fikir sambil berak je. Teknik dia, macam yang no 2 tadi, kita cari blog yang popular dan minta untuk buat guest post atau link internally dengan webmaster untuk kita berikan artikel… tapi susah sikit nak dapat lah, sebab ia jarang dapat free, kecuali kalau artikel korang betul betul trigger minat website owner…

Buat contest di blog

Korang jangan buat sendiri, mesti tak ada sapa yang nak join. So kena lah outsource blog blog besar untuk launch contest korang. Kalau tak, kuman je la yang join..

Youtube ads?

Mungkin jarang dengar, tapi biasakan korang ‘Skip Ads’? haha

Saya pun dah naik menyampah dah. Tapi memang teknik ni berkesan untuk sesetengah produk atau kalau pandai buat video video yang orang suka nak tengok.. bagus juga ni

Benda viral

Baik di facebook, blog ke apa. Kalau benda yang viral yang pelek pelek sikit. Mesti dapat pelawat yang tinggi kan?

Tambah lagi zaman sekarang, berapa ramai orang buat jadi pelek supaya dapat traffik? Dan akhirnya, ada produk yang nak dijual. Haha geram aku…

Rasanya, teknik ni popular dekat Malaysia je. Ye la, Malaysia adalah negara yang paling kuat kecam. Makin banyak kecam, makin tinggi la rating orang yang kene kecam. Makin berkepuk lah orang yang kena kecam..

Dosa tau sebenarnya bila kita kecam kecam orang ni. Apatah lagi orang yang buat viral supaya di kecam. So jangan lah, saya bagi contoh je ni, bukan untuk orang korang buat. Tapi supaya kita beringat.. Akhirnya nanti, semua akan di timbang tara..

So, niaga lah cara yang baik baik dan betul..

contoh traffik yang tiba tiba naik secara mendadak, kebiasaannya pasti sudah dilakukan oleh webmaster, seperti viral hacking atau pun paid ads

Influencer marketing

Rasanya teknik ni korang pun faham kot. Kira cari orang yang memang dah establish dalam mana mana niche. Dan minta dia promote kan. Macam mahal lah sikit kan.

Jangan fikirkan artist je..

Instafames, facebookmes pun boleh

Ada ke facebookmes? Entah lah

Ok no 10? Korang sendiri fikir kan

Saya dah penat..

The following two tabs change content below.
Saya tahu, bukan nak senang nak cari kerja. Tp sangat senang kalau anda tahu cara nya. Itu sebab saya sediakan SayaShare ni. Untuk berkongsi kenapa saya cakap ia tak sesukar yang anda sangkakan. Kenali saya di Biodata Saya, dan 7 tahun pengalaman kerja saya.Untuk apa masalah, boleh contact saya di sini, atau tinggalkan comment di bawah…InsyaAllah saya akan reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *