Kebaikan dan keburukan grab driver

Dah 3 minggu juga saya start bawa grab.

Dan dalam tempoh 3 minggu ni, ada hari yang saya dapat 149 ringgit paling tinggi, dan ada yang serendah 16 ringgit sahaja rasanya.

Untuk Kebaikan Grab Driver

Dapat Cover Minyak dan TOL

Hasrat dihati untuk pertama kali buat grab untuk saya cover kos minyak. Sebab kerja azali saya memang perlukan saya banyak masa berada di atas highway, travel. Dan bila saya keluar, memang perlukan dalam RM 100 untuk saya cover kos jumpa client semua.

Macam ada satu kes ni, sudah 6 kali saya pergi satu tempat ni untuk deal, RM 100 sekali perjalanan, RM 600 juga modal keluar. Tapi tak dapat close close juga. haha

Kalau dulu, masa tak buat grab, sakitlah juga. Tapi sekarang, saya rasa macam OK lah juga buat grab ni.

Cuma kena rajin sangat sangat.

Untuk saya, memang saya tak buat full time, pagi saya akan sibuk dengan hal lain, petang sahaja saya buat. Dalam pukul 3 sampai 6 ptg. Boleh jadi juga daripada pukul 12 sampai kui 6 petang kalau tiada apa apa. Dan dalam tempoh masa ni, lebih kurang 1 atau 2 jam juga untuk saya rehat dan makan di rumah.

Untuk sekarang, income daripada grab, memang boleh cover minyak dan tol. Tapi saya nak cuba tengok, sama ada boleh ke tidak cover makan sekali.

Nampak macam boleh sebenarnya, apa apa pun saya kena rekod dulu bagi cukup 1 bulan untuk kira berapa total income yang saya boleh dapat, kalau saya buat belah petang sahaja.

Keburukan Grab Driver

Susah kalau nak buat fulltime

Kalau betul betul full time, saya rasa kena target untuk dapat 3000 baru rasa berbaloi. Sebab kos repair kereta boleh tahan juga.

Absorber kalau rosak dekat 200 juga sebelah, kalau dua belah, sudah 400, upah pasang lagi mungkin dalam 75 ke 100 ringgit. So total RM 500 juga. Ini baru kos MyVi. Kalau kereta lain entahlah berapa.

Tak termasuk lagi dengan tukar tayar, RM 180 sebiji, servis tiap bulan yang paling kurang pun RM 600 kalau major.

So, bagi saya, susah nak buat full time. Tapi memang ramai yang buat full time, cuma saya sendiri pun tak duduk semeja lagi dengan depa ni.

Risiko Tetap Ada

Tambah lagi bila masuk ke jalan jalan yang sunyi. Naya juga, saya pernah juga rasa takut gitu bila masuk satu lorong lama ni. Tapi yang bodohnya saya bedal juga. Mujur tiada apa apa.

Rating Grab Driver Yang Tak Sempurna

bagi saya, rating grab driver ni terlampau memihak pada penumpang. Contohnya, kalau anda dah dapat booking untuk datang ke satu tempat, anda pun drivelah, dan bila bila dah nak sampai, tiba tiba penumpang cancel!

So apa jadi? sia sia je lah duit minyak kita tu. Bayangkan, kalau kita tak dapat job tu, tapi kita dapat job lain yang betul betul nak naik. Tak ke rugi besar.

Untuk penumpang, memang suka suka boleh cancel, kita yang datang ni, nak tulis bad review pada penumpang yang cancel tadi pun tak boleh.

Penumpang Yang hempas pintu

Ini saya selalu juga kena. Memang hempas dah macam level sial punya. Tak faham macam mana dia naik kereta sebelum ni. Ada juga penumpang bangla yang tak tahu buka pintu tau. So bila dia dah kelam kabut, dia akan buka kasar kasar. Ni pun satu lahanat juga.

Tapi paling worse, bila saya bawa satu penumpang tua ni. Dia jenis ludah ludah, tapi bukan ludah yang keluar air liur seketul tu, macam ada saki baki makanan sikit sikit yang kecik kecik kot. Nak tegor orang tua, malaslah pula kan.

Tapi paling malang, bila orang tua tu keluar, seat belakang kereta saya bau macam taik. Macam orang tua tu berak dalam seluar pun ada. Ataupun bau arak, saya pun tak sure, sebab saya pun tak pernah tau bau arak tu macam mana.

Kesimpulannya, memang menghanginkan.

Point ini lebih kepada sikap penunpanglah, tapi sangat sangat segelintir sebenarnya. Banyak yang OK. Kalau memang tiap penumpang buat hal, memang saya benti lama dah kot.




Cara dapat banyak job grab car

Ya, memang ada sebenarnya cara untuk dapatkan banyak job di grab car.  Dalam hampir 3 minggu saya drive grab ni, antara yang saya nampak ialah:

Tunggu dekat tempat yang utama atau yang biasa kita ambil orang.

Mesti juga tengok jam pukul berapa juga. Contohnya time budak sekolah keluar. Sebab memang ada budak sekolah yang pergi dan balik naik grab.

Lagi cantik, kalau anda ingat berapa tambang yang biasa budak sekolah situ bayar untuk balik rumah. Saya suka cari yang dalam 10 ringgit contohnya. Barulah berbaloi sikit kita nak drive.

Hari pun ambil peranan juga, contohnya macam hari Jumaat minggu lepas, saya ada standby dekat satu kawasan ni. Memang budak kolej vokasional sampai 4 5 kali saya ulang alik ambil depa.

Kalau tadi sekolah, kita boleh juga stay di tempat transportation gitu, seperti stesen bus atau pun train station. Ini kira tips standardlah ya, macam semua orang tahu juga.

Untuk saya, tempat yang saya biasa tunggu, tengah tengah, antara budak sekolah cina, tempat melancong, dan tempat budak budak ambil lesen latihan memandu. Ini kira tempat favaouritelah, sebab setiap kali depa naik dengan saya, tempat yang saya nak hantar boleh jadi dalam 10 ringgit atau 12 ringgit.

So oklah, berbanding dengan duk di tempat pasaraya econsave di Taiping ni. Biasanya dapat dalam 5 ringgit sahaja.

Incentive Timing

Timing pun main peranan juga, anda kena tengok di app grab. app grab akan bagi tahu, bila incentive ni boleh dapat. So nanti, anda punya income atau bahagian anda pun akan jadi lebih daripada biasa sebabkan anda drive dalam waktu incentive ini bermula.

Jangan Stop Bila Tengah Jem

Masa saya buat grab ni Penang. Sebab ada hal sana rasanya. Dan bila saya buat, kejap je saya buat. Sebab saya malas dengan jem yang teruk sangat. Padahal itulah sebab utama orang nak gunakan kita pun.

Tapi saya stop. haha

Nak buat macam mana, memang saya malas time tu. Jalan penang ni juga saya tak berapa mahir sangat, saya takut saya termasuk salah lorong.

Aktifkan Job Available di Apps

Di Apps grab ni ada function job available, anda jangan lupa aktifkan function ni, dan bila nampak ada macam kotak berwarna di map app grab, anda pergi ke arah situ. Supaya dapat job juga.

Bagi Business Card anda ( letak botol air mineral juga )

Depa suka tau kalau anda bagi kad ni. nampak pro gitu. Saya juga ada letak air mineral juga, Satu kotak tu baru berapa belas ringgit. Dan kebaikannya saya dapat review yang baik. Bila review baik, lagi mudahlah kita nak dapat promotion atau apa sahaja incentive dengan grab. Sebab grab pentingkan rating.

Jaga anda punya score

Anda buka grab app, masuk ke bahagian Driving Safety Report, dan tengok anda punya rating pemanduan berapa. Semuanya akan direkod. Macam saya dapat 100, dengan average score untuk pemandu grab lain adalah 82.

Itulah dia caranya. Mungkin orang lain punyai pendapat yang berbeza. Untuk saya, inilah yang saya nampak.




Berhenti kerja buat grab

Bukanlah nak kata tak bagus.

Sebab grab ni, sangat bergantung kepada kerajianan kita dan juga lokasi kita dimana, sebab rate charge grab ni berbeza mengikut kawasan.

Kalau anda berhenti kerja, semata mata untuk buat grab, pastikan anda dah tahu dan rancang perjalanan anda main grab macam mana.

Sebab mesti target atleast RM 100 sehari, baru berbaloi.

Kalau RM 50 sehari, baru 250 seminggu, andai kata sabtu ahad anda cuti. Kalau sebulan, baru 1000 ringgit. Kalau 1000 ringgit sahaja, memang tak boleh nak cover kos full time. Biasanya kita perlukan Rm 3000 untuk cover sekali dengan instalment kereta.

Pendapatan grab saya bulan pertama pun dalam 900 lebih sahaja.




Pendapatan Grab Car sehari dan sebulan

Untuk saya pendapatan grab car saya sehari, ialah daripada 50 ringgit ke 150 ringgit paling tinggi. Dan dalam sebulan, paling minima ialah 900 ringgit.

Ya memang sikit, sebab saya tak drive selalu.

Saya drive petang sahaja. Sebab memang niat saya untuk cover minyak dan duit tol sahaja. Dan untuk saya jadikan content dalam blog ni juga.

Tapi ada juga hari hari yang komisen saya dapat dalam 16 ringgit sahaja, atau 27 ringgit tadi.

Memang naya juga.

Tapi kalau full time, memang kena pandai agih masa.

Pagi pagi 6 30 sepatutnya sudah mula, sebab ada sahaja budak budak yang pergi sekolah naik grab. Terutamanya di area Penang. Sebab ada sekolah yang tak sediakan bas.

Dengan grab, ada salah satu dia punya kelebihan ialah anda boleh buat loan. Mungkin personal loan, saya tak pasti lagi apa. Tapi syarat utamanya income grab mesti 800 sebulan. Dan tak boleh stop drive lama sampai seminggu. Baru boleh layak apply loan ni.

Saya tengah target, loan ni jenis macam mana. Dan berapa interest ratenya. Standard insterest rate ialah 10 ke 20 percent. Kalau below 10% kira ok juga tu.




Adakah grab selamat

Tak terlampau selamat.

Seriau juga. Tambah lagi kalau kita termasuk masuk ke kawasan yang dalam dalam untuk ambil customer. Boleh ja depa cekup kita ramai ramai dalam kampung tu. Bunuh kita, duit dengan kereta kita kena sapu.

Ataupun, penumpang yang masuk, tiba tiba rodok kita dengan pisau di telinga. Sakitnya, MasyaAllah.

Apa apa itulah hidup didunia ni, memang kita tak boleh lari daripada jumpa orang gila.

Kita yang berusaha nak mencari rezeki ni yang diganggunya.

Untuk grab, ada beberapa cara untuk anda lebih pastikan perjalanan anda selamat!

  1. guna function disable location dalam grab, function ni tak adalah sempurna sangat, sebab saya perasan ada area yang kita tak boleh nak disable. Tapi functionnya adalah untuk bagi tahu pada grab, kita tak nak dapatkan apa apa job daripada satu satu kawasan ni. Dan function ni memang ada dalam grab.
  2. orang mabuk dan muntah dalam kereta, kalau saya memang saya tak drive malam. Sebab malas nak layan dengan orang mabuk, tapi saya pun macam tak berapa mahir drive selok belok kiri kanan tengah malam ni. untuk grab, memang ada bantuan khas sekiranya kereta anda dikotorkan oleh penumpang.
  3. anda boleh cancel, kalau rasa macam anda tak nak ambil satu satu penumpang ni, mungkin sebab namanya mcam pelek, atau locationnya entah ke mana mana, anda boleh sahaja cancel booking. Tapi memang akan efect rating. Saya setakat 2 minggu bawa grab ni, belum lagi saya cancel booking, alhamdullillah.



Minimum credit wallet Grab

Minimum credit wallet ikutkan yang disarakan oleh Grab sendiri ialah RM 30.

Tapi untuk saya, memang saya akan topup RM 100 terus, dan akan topup lagi RM 100, sekiranya duit dalam ewallet ni dah turun kepada 20 ringgit.

Wallet Grab ni untuk apa?

Untuk tolak komisen grab dan juga insurance.

Seperti contoh, katakan dalam ewallet anda ada 30 ringgit.

Katakan perjalanan anda daripada point A ke point B ialah RM 15 yang penumpang perlu bayar. Daripada 15 ringgit, ni mungkin 12 ringgit adalah keuntungan anda bersih, manakala 3 ringgit lagi adalah komisen untuk grab.

Maka pembeli bayar anda cash RM 15, anda pun dapat duit di tangan RM 15, tapi 3 ringgit duit grab tadi akan tolak daripada eWallet.

So eWallet anda tinggal? 27 ringgit. Sebelum terlupa, duit dalam eWallet juga akan tolak awal awal untuk duit insurance. Macam saya guna Kurnia Insurance, charge per day dalam 3 ringgit.

So, kemungkinan eWallet kalau kes saya, akan tinggal ? ya 24 ringgit sahaja.

3 ringgit ambil daripada 15 ringgit di tangan anda, 3 ringgit lagi untuk bayar insurance coverage.

Kenapa saya letak RM100?

Supaya saya boleh dapat trip jauh jauh.

Paling jauh saya pernah dapat ialah 107 ringgit. 85 ringgit untuk saya bersih, dan 107 – 85 = 22 ringgit lagi adalah komisen untuk grab. Katakan dalam eWallet saya hanya ada 20 ringgit sahaja? Sudah pasti saya tak dapat job jauh sampai untuk 85 ringgit ni.

So itulah tujuannya.




Untung ke buat grab car

Untuk atau tidak buat grab ni, sangat bergantung kepada kita juga. Sebab pendapatan hari hari, lagi lama kita drive, lagi lamalah peluang untuk kita dapatkan duit.

Paling tinggi saya dapat RM 149 sehari. Paling rendah beberapa hari lepas, 16 ringgit. Saya pun dah lupa berapa lama masa saya spend untuk dapatkan 16 ringgit tu.

Tapi, biasanya kalau saya dapat 10 booking, atau 10 kali penumpang dalam masa sehari, biasanya saya akan dapat income bersih daripada RM 80 ke RM 150 ringgit, dalam masa setengah hari. Sebab saya tak buat lama.

Waktu saya bawa grab biasanya daripada pukul 12 tengah hari kita jam 6 sahaja. Itu pun akan ada masa break dalam 2 jam.

Kalau memang kita niat untuk cari duit lebih, kiranya kita ada income lain bagi saya buat grab sangat berbaloi.

Sebab macam saya, dengan buat grab ni, membolehkan saya tampung kos untuk minyak dan tol highway menggunakan keuntungan grab.

Cuma, untuk cover sekali duit makan, saya masih lagi tengah berkira kira, sama ada boleh atau tidak.

Tapi kalau setakat nak cover minyak dan tol memang boleh sangat sangat. Apa apa pun, bergantung kepada tempat anda buat grab, sebab setiap tempat dan daerah, akan ada lain rate charge pemanduannya.

Dan sepanjang yang saya tahu, Taiping dan Kamunting area saya ni adalah antara yang paling rendah. Dan perjalanannya pun singkat, sebab tarikan disini semuanya dekat dekat sahaja.




Berapa peratus grab driver ambil

Berapa peratus grab driver ambil ni rasanya tak menentu. Bergantung kepada hari, masa, insentive yang grab tawarkan, dan juga sudah pasti jarak. Dan kalau ikutkan statement daripada Grab sendiri, charge grab ialah daripada 15% hingga ke 30%.

Contoh macam saya biasa bawa di Taiping.

Kalau perjalanan itu dalam 3 kilometer gitu, chargenya adalah RM 5. dan grab akan ambil 1 ringgit, dan kita dapat 4 ringgit.

Kalau total charge penumpang bayar dalam 10 ringgit, saya akan dapat bersih dalam 8 ringgit, so grab akan ambil 2 ringgit. Pernah saya bawa orang, daripada Nibong Tebal ke Bayan Lepas, penumpang kena bayar RM 60, termasuk dengan tol. Dan bersih saya dapat dalam 42.50 rasanya.

RM 60 – RM 42.5 = 17.5 adalah untuk grab.

Paling jauh saya dapat semalam.

Daripada Zoo Taiping ke Lenggong, perjalanan makan masa 1 jam. Memang saya dengan penumpang tu singgah masjid dululah untuk solat. Charge bersih yang saya dapat ialah 85 ringgit, dan total kos penumpang kena bayar ialah RM 107.

Tapi penumpang bagi RM 110, tak perlu pulangkan baki, kiranya saya dapat bersih dalam 85 + 3 = 88 ringgit.

Kalau penumpang melayu, memang akan bagi tips. Tapi kalau bangla apa semua, memang betul betul dia bagi. Tapi OK lah, atleast saya dah tahu kalau saya tiada duit pecah, saya akan round round kereta di area kawasan kilang.

Kalau ada duit pecah, kena round kereta area budak budak asrama sekolah yang nak balik.

Kalau nak tips, kena round area pekan atau business center, sebab kebanyakannya orang kita memang akan bagi tips. Walaupun tips tu tak banyak mana pun, tapi berbaloi juga, sebab kita boleh bezakan pula untuk bayar pada grab.




Cara Nak Daftar Jadi Driver Grab

Saya lama dah sebenarnya nak siapkan panduan daftar grab driver ni, tapi susah nak dapatkan maklumat sebab banyak yang share separuh separuh. So tadi, selesai sudah proses pembelajaran saya.

Tadi juga siap dua trip yang pertama saya buat sebagai driver grab. Sajalah nak buat grab, sementara tunggu komisen jadi agent hartanah. Dan paling penting, saya dapat sediakan artikel ini untuk panduan orang lain pula kalau nak daftar jadi grab driver.

Jadi untuk dalam panduan ini saya nak kongsikan 4 perkara:

First
Panduan Untuk Siapkan butiran – lebih kepada maklumat, butiran, syarat syarat yang anda perlukan sebelum apply untuk buat grab. Saya tak nak campur dengan cara daftar, nanti jadi pening, walaupun sebenarnya simple sahaja.
Ke-2
Cara Nak Apply Grab Driver
– Step ni mudah sahaja, kita dah ada semua document, sekarang cuma perlu isikan dalam app grab driver sahaja. Atau anda boleh contact agent grab untuk tolong daftarkan.
Ke-3
Cara nak drive grab buat kali pertama – tadi pun ada benda yang saya tersilap. Sebab ada caranya bila kita nak gunakan app driver grab ni. Saya akan kongsikan dalam bahagian ni.
Ke-4
Cara nak maksimakan keuntungan grab dan rancang kewangan – yang ni saya tak buat lagi, sebab baru hari pertama saya buat tadi. Itu pun baru tak sampai 1 jam saya dah mengantuk, then saya balik lah rumah tidur. 

Sebelum kita mula, saya nak kongsikan juga bukti, screenshot tadi saya buat grab.

So itu dia, baru dua trip tadi buat. Lepas tu saya rasa mengantuk and saya balik. Masa nak mula drive ni saya nervous juga, dengan kereta pun tak kemas lagi. Pagi dalam pukul 10 macam tu saya hantar kereta pergi carwash dulu. Dan dalam lepas zohor cadangnya baru buat.

Trip pertama memang nervous, sebab baru kali pertama kan. Memang tak lama pun saya tunggu, rasanya dalam 100 meter sahaja daripada rumah, sudah dapat 1st trip. Cuma yang saya sakit hati, kedua dua trip yang saya dapat ni, penumpang semuanya di belakang saya. Maksudnya saya kena u turn pula pergi ke penumpang.

Untuk earning 2 trip ni. Trip pertama saya grab charge penumpang RM 8, saya dapat RM 6.40. Trip kedua, dekat sahaja, penumpang kena bayar RM 5, lepas tolak dengan grab, saya dapat RM 4.

First – Siapkan Butiran

Baik, sebelum anda install Grab Driver app, better siapkan butiran ini dahulu. Nanti kita akan install kemudian di Step Kedua. Dan untuk butiran yang anda perlukan ialah:

  1. kena buat medical checkup
  2. ambil kelas PSV / E – hailing
  3. lesen e hailing
  4. geran kereta
  5. roadtax kereta
  6. Gambar Cover Note Insurance yang tertera nama anda,plate kereta,tahun dibuat,tarikh tamat insurance
  7. jawab soalan grab academy

Ikutkan, ada lagi lain daripada 7 perkara atas ni. Tapi tak apa, kita sediakan yang 7 ini dahulu, sebab yang ni paling susah sediakan kalau tiada. Yang lain lain, seperti muka kena selfie, ic depan belakang, lesen e hailing depan belakang, memang kita boleh sediakan on de sport sahaja.

Saya dah senaraikan 7 perkara tadi, sekarang ni saya kongsikan pula cara nak dapatkannya satu persatu.

kena buat medical checkup

Yes, medical checkup kena buat dulu kena buat dekat Klinik terpilih sahaja. Boleh call dulu tanya, samaada klinik berdekatan boleh buat medical checkup untuk ehailing atau tidak.

Kosnya saya kena hari tu rasanya dalam RM 80.

Kalau tak silap, anda boleh pergi Grab Center, boleh check di Google Map. Bila pergi ke grab center, grab center akan bagi tahu klinik panel mereka. Kiranya kos RM 80 untuk medical checkup ini akan jadi murah, dalam RM 30 sahaja saya dengar cerita.

Untuk borang, anda boleh dapatkan borang ni di JPJ, bahagian kaunter EHailing. Bukan kaunter untuk renew lesen kereta mcam biasa ya. Sebab macam saya pergi tempat buat kad ehailing di bangunan lain. Untuk di tempat saya Taiping inilah, di tempat lain saya tak pasti.

Ataupun, anda boleh download borang medical check up ehailing tu secara online. Ataupun boleh minta dekat agent grab driver di Facebook. Boleh PM depa tanyakan borang medical check up.

ambil kelas PSV / E – hailing

lepas siap medical check up, anda bawa pergi pergi ke Tempat Latihan Memandu untuk ambil kelas PSV.

Lama ni, dalam 6 jam. Seperti juga macam kita nak ambil mula mula kelas lesen motor dan kereta dulu.

Cuma sama ada, ada test atau pun tidak sahaja.

Macam yang saya ambil hari itu, memang tiada test. So kita dengar depa cakap apa, dan terus boleh ambil sijil.

Kos untuk ambil ni ialah RM 200.

Pastikan anda tanya pusat pemandu ni awal awal, sebab training E Hailing ni bukannya selalu macam ambil lesen biasa. Boleh jadi 1 bulan 2x, 2 bulan sekali. Jarang jarang dibuat. Tanya dahulu, supaya tak terlepas. Nanti bila terlepas, lama pula kena tunggu.

Masa Pusat Memandu serahkan Sijil PSV E Hailing ni, pastikan dia bagi juga document medical check up yang kita bagi pada depa sebelum ni. Sebab document medical check up ni kita kena ada untuk buat lesen e hailing pula nanti.

Ini contoh, sijil psv ehailing saya, dan dibelakangnya ada document medical check up

lesen e hailing

Seterusnya Lesen Ehailing, contoh yang saya maksudkan lesen ini ialah macam gambar bawah ni.

Lesen ni, kalau nak buat tu sekejap sahaja. Kena pergi JPJ, cuma sebelum kena pergi buat, kita perlukan dua document yang atas tadi. Sijil Kehadiran PSV E Hailing yang kita dah pergi, dengan result medical check up yang kita dah buat tadi.

Ikutkan anda kena bagi gambar juga, so kalau ada gambar saiz lesen boleh bawa sekali. Atau kalau tiada, macam saya hari tu, saya tangkap disitu juga. Memang JPJ ada sediakan untuk servis untuk tangkap gambar, cuma kena bayar lebih sahaja.

geran kereta

Untuk kes saya, geran kereta ni sepatutnya ada ja, tapi saya punya dah hilang entah mana perginya. Bawah ni contoh geran kereta kalau tak tahu macam mana.

Untuk yang memang ada geran kereta kira cantiklah. Kalau tak ada, boleh pergi ke JPJ untuk dapatkan balik geran. Atau macam saya hari tu, JPJ suruh pergi ke Mesin Kiosk. Mesin tu charge saya RM 50.

Mesin Kiosk ni macam mesin kita keluarkan penyata KWSP sahaja. Boleh minta orang tepi tepi itu tunjuk cara nak guna. Sebab di JPJ ni memang banyak agent agent insurance dan roadtax.

Roadtax kereta

Untuk road kereta, kalau memang roadtax hidup lagi, boleh terus snap sahaja. Untuk saya hari tu ada isu sikit, sebab road tax saya dah mati. Nanti saya ceritakan.

Gambar Cover Note Insurance

Mesti tertera nama anda,plate kereta,tahun dibuat,tarikh tamat insurance.

Bila anda beli insurance kereta, memang akan dapat copy policy insurance anda dapat bentuk PDF. Kalau tak ada, boleh minta dekat agent yang anda daftarkan tu. Saya tak boleh nak tunjuk, sebab ada butiran semua.

Alright, kita dah selesai dengan 7 perkara atau item yang kita perlu ada, sebelum pergi ke Step seterusnya. Cuma sebelum kita pergi, saya nak jelaskan pasal insurance dan roadtax kereta sekejap.

Berkenaan Dengan Insurance Kereta dan Insurance Grab

Bila kita buat grab, memang akan ada insurance jenis ehailing yang kita kena ambil. Kita boleh ambil per day atau pun per year.

Kalau biasa kita beli insurance dan roadtax dalam RM 900. Kalau tambah dengan insurance e hailing untuk per year, boleh jadi kena tambah daripada RM 200 ke RM 400. Maksudnya boleh jadi total insurance dan roadtax kereta anda dalam seribu lebih.

Untuk saya, saya ambil yang per day sahaja. 3 ringgit sehari. Maksudnya, setiap kali nak start drive saya akan start beli RM 3 ni. Sebab saya buat ni part time sahaja, bukan buat tiap tiap hari.

Timbul isu, bolehkah kita guna company insurance yang berlainan?

Mungkin anda subscribe insurance etiqa untuk kereta, tapi daily nak ambil Zurich, sebab 1.33 sahaja. Kalau macam ni, ikutkan grab center bagi tahu TAK BOLEH. Kita mesti guna sama. Kalau beli insurance Etiqa, mesti beli daily yang 5 ringgit, andai kata tak ambil tahunan.

Kalau macam kes saya, saya ambil insurance kereta kurnia, so daily saya akan jadi 3 ringgit. Insurance ni dia akan detect automatic masa kita mula nak start drive nanti.

Seterusnya kita pergi ke step 2, cara nak daftar pula.

First
Panduan Untuk Siapkan butiran – lebih kepada maklumat, butiran, syarat syarat yang anda perlukan sebelum apply untuk buat grab. Saya tak nak campur dengan cara daftar, nanti jadi pening, walaupun sebenarnya simple sahaja.
Ke-2
Cara Nak Apply Grab Driver
– Step ni mudah sahaja, kita dah ada semua document, sekarang cuma perlu isikan dalam app grab driver sahaja. Atau anda boleh contact agent grab untuk tolong daftarkan.
Ke-3
Cara nak drive grab buat kali pertama – tadi pun ada benda yang saya tersilap. Sebab ada caranya bila kita nak gunakan app driver grab ni. Saya akan kongsikan dalam bahagian ni.
Ke-4
Cara nak maksimakan keuntungan grab dan rancang kewangan – yang ni saya tak buat lagi, sebab baru hari pertama saya buat tadi. Itu pun baru tak sampai 1 jam saya dah mengantuk, then saya balik lah rumah tidur. 

Sebenarnya, cara nak daftar ni ada dua.

  1. sama ada guna app grab driver
  2. atau pun minta agent grab daftarkan.

Saya rasakan, kalau kita minta grab agent yang daftarkan lagi senang. Grab Agent ni anda kena cari kat facebook. Ataupun mungkin kalau pergi kat center depa boleh daftarkan.

Kalau dekatlah, untuk saya di Taiping ni tak ada. Terpaksa pergi ke Ipoh, atau pun ke Penang, belah pulau.

Sebelum anda mula isi, saya nak tunjukkan dulu butiran yang biasa agent grab akan minta, dan anda sediakan.

Jika Berminat Sila Berikan 7 Gambar Seperti Dibawah????????
1. Gambar Selfie Tanpa Cermin Mata,Topi Atau Songkok. (Bahagian Muka)
2. Gambar IC (Depan dan Belakang)
3. Gambar lisence (depan sahaja)
4. Gambar lisence PSV (Depan dan Belakang)
5. Gambar Cover Note Insurance yang tertera nama anda,plate kereta,tahun dibuat,tarikh tamat insurance
6.Gambar Grant Kenderaan
7.Gambar RoadtaxIsikan butiran dibawah1. Nama Penuh :2. Gmail (Playstore) :3. Kad Pengenalan :

4. Alamat :

5. Hp No :

6. Tarikh tamat lesen :

7. Model Kereta :

8. Tahun Pengeluaran :

9. color :

10. Bank Acc No ? :

11. Jenis Bank :

12. Nama kenalan Kecemasan :

13. Nombor HP kecemasan :

14. Hubungan dengan kecemasan :

15. Alamat  kecemasan  :

Jelas? Mudah sahaja kan.

Atau kalau nak register sendiri dalam app pun boleh.

Pastikan anda download app grab driver dulu, lepas tu register guna email sahaja, dan boleh mula isi ikut pada document yang kita dah sediakan tadi, dan ada lagi beberapa maklumat lain yang perlu.

Bawah ni contoh yang saya dah isikan separuh. Tapi tak submit pun, sebab saya submit dengan agent grab. Macam lagi mudah. Senang juga nak tanya apa apa.

Dan bila dah submit, sepatutnya akan dapat paparan macam bawah ni. Paparan macam bawah ini juga untuk anda yang minta agent grab daftarkan. Cuma kalau daftar sendiri, kita akan buat proses pendaftaran dari awal, kalau minta agent grab daftarkan, anda akan terus nampak paparan step nak approve macam bawah ini sahaja, tanpa perlu isi dan upload apa apa document dalam app grab driver.

Untuk kes saya, ambil masa dalam 8 hari. Dan bila dah approve, paparannya atas seperti dibawah ni.

Seterusnya part ke 3, Cara Nak Mula Drive Kali Pertama

Cara Nak Mula Drive Kali Pertama

Dan bila anda nak mula drive, perlu buat dua perkara sebelum bertolak.

  1. kena topup credit e wallet dalam app grab
  2. dan juga kena beli Daily Insurance yang saya cakapkan dia atas tadi.

Untuk topup credit e wallet, boleh beli pin di 7E, atau anda boleh sahaja buat guna app grab driver ini juga, dengan pergi ke bahagian Grab Benefit. Caranya mudah sahaja, anda perlu godek godek sikit bahagian profile.

Topup eloknya RM 50, tapi minimanya dalam RM 10 kot.

Tujuannya, duit ini akan dipotong untuk bayar daily insurance tadi. Dan lagi satu grab agent bagi tahu, kalau kita tak masuk banyak, nanti susah nak dapat penumpang. Itu sebab saya letak RM 50, walaupun minimanya RM 10 atau RM 20.

Untuk bayaran daily insurance tu saya tak boleh nak tunjuk sebab saya tak rekodkan pun. Tapi mudah sahaja, sebab popup bayar insurance tu sudah automatic terkeluar.

Tapi sebelum bertolak, sekarang masa ambil penumpang pula. Sebab saya ada benda yang tersilap.

Bila anda dah ready, mungkin kereta dah cuci, duit syiling ready, duit seringgit seringgit paling penting dan anda tekan button turn on pada app, pastikan anda ikut step macam bawah ni untuk ambil dan hantar penumpang.

Pastikan anda beli tempat letak telefon di DIY juga. Jangan pegang telefon masa drive, boleh kena saman.

Step 1 – Turn On

bila dah ready untuk start jalan, boleh tekan turn on. dan bawa kereta macam biasa tanpa arah tujuan yang pasti.

Step 2 – Penumpang Masuk

anda akan dapat signal atau popup dalam app. anda tengok paparan app untuk tengok titik penumpang di mana. kiranya kenal pasti dulu.

Step 3 – baru tekan button navigation

bila tekan button navigation dalam app grab, akan keluar google map pula untuk tunjuk jalan ambil penumpang.

Step 4 – bila dah sampai, mesti tekan button “arrived’

pastikan tempat yang anda berhenti ambil penumpang tu tempat yang selesa untuk parking, jangan parking tengah jalan dengan alasan cepat sahaja penumpang masuk. Sebab kita baru lagi ni, nanti ngelabah.

Cari tempat parking kereta yang sesuai dulu. dan tekan button arrived dalam app grab.

penting ya, tekan button arrive ni.

Step 5 – tekan button pick up pula

lepas penumpang dah masuk, anda tekan button pick up pula. bila dah tekan, klik button navigation dalam app grab untuk buka google map pula. so ikutkan mana google map tu pergi untuk hantar penumpang tadi.

step 6 – tekan button drop off

bila dah sampai ke destinasi, tekan button drop off pula. dan lepas tekan button drop off baru anda akan dapat kos yang penumpang perlu bayar.

selesai.

6 Step ni memang nampak serabut, rasa macam banyak pula. Tapi percayalah, lepas keli pertama buat, kali kedua tu macam OK dah.

Sekian, itulah ceritanya.

Nanti ada masa saya buat yang no 4 pula, cara nak maksimakan income grab pula

Untuk sekarang, saya nak kena buat lagi 28 trip. Sebab kalau di Perak, lepas saya selesai buat 30 trip saya akan dapat RM 300. Grab pulangkan sebab kita dah belanja semua kos masa medical checkup dan bayar PSV semua. Ok lah kan.

Salam




Syarat Syarat Pinjaman Peribadi Aeon

Pinjaman peribadi AEON boleh kata yang ketiga paling mudah saya rasa untuk kita pinjam duit. Yang paling mudah, mungkin easy RHB kalau ada lagi, kedua, personal loan daripada CIMB Bank, yang anda boleh apply guna CIMBCLICK atau pun touchngo app.

Dan yang ketiga paling mudah AEON ini, kita memang kena pergi ke AEON Center.

Tapi senang sahaja nak lepas loan ni, saya pun dah lepas dah sekali dulu. Rasanya saya pinjam 9000. Motor pun saya pinjam dari Aeon juga.

Untuk syarat syarat pinjaman peribadi AEON

  1. kerakyatan Malaysia sahaja
  2. minimum gross income mesti atleast RM 1500. Gross income ini maksudnya, katakan basic anda RM 1200, tapi mungkin elaun ada dapat banyak dalam 500. So gross income anda ialah RM 1200 + 500 = RM 1700. RM 1700 ini pula tolak 11% untuk KWSP. Kalau memang di atas RM 1500 kira lepaslah tu.
  3. untuk amount pinjaman daripada RM 1000 ke RM 100 000.
  4. umur pula, daripada 18 tahun ke 65 tahun
  5. mesti ada payslip atau pun ada masuk caruman EPF.
  6. lagi cantik kalau anda sudah bekerja atleast 3 bulan

Table kadar pinjaman AEON Personal Loan

Bahana Personal Loan Aeon

Aeon ni, walaupun senang lulus. Tapi korang jangan cuba lambat bayar tau. Sebab bila lambat bayar, operator yang call anda untuk ingatkan bayaran memang boleh buatkan kita sakit hati.

Dia punya call tu macam tak berhenti, lagi sakit hati bukan sorang sahaja yang call anda, tapi ramai, akan ada 2 3 orang lagi yang buat buat tanya padahal orang yang call pertama dah tanya.

Kalau anda tak jawab call, operator mula akan call family, masa ni kita akan rasa malu. haha

dan last sekali dia akan ugut untuk datang ke rumah untuk minta hutang. So better angkat, dan kalau terlewat, bagi tahu sahaja terlewat bayar dan nanti akan bayar 2 bulan terus.

Dan bila terlewat bayar, walaupun hanya 1 hari, memang tinggi juga denda yang anda akan dikenakan.

Begitulah, ok la jugakan daripada pinjam dengan Along.