Jalan Masuk Utama Freshy

Salam, saya percaya adik adik yang fresh graduate ni datang dari gambar sidebar saya yang tulis “untuk fresh graduate KLIK di sini tu kan”?

Jadi, selamat datang.

Dan saya harap perkongsian saya ini akan sedikit sebanyak membantu menjelaskan pada adik adik semua apa yang akan berlaku pada anda selepas masuk ke alam pekerjaan ni.

Kalau time belajar sekolah dulu, alam sekolah kita mungkin lebih banyak sembang pasal main bola ke apa kan. Kalau yang laki lah, untuk perempuan saya tak pasti. Lepas tu, bila dah meningkat ke sekolah menengah sikit, mula lah nak sembang pasal jurusan apa yang kita nak ambil. Masing masing ada teorinya sendiri kan? Kos mekanikal tu bagus lah, civil lagi bagus lah. Elektrical lagi penting lah. Bila dah mula sambung belajar ke sijil atau diploma pula. Kita akan lebih sibuk pula bila kelas nak cancel. Saya dulu macam tu, memang best bila dah siap siap pagi, tiba tiba dapat tau kelas cancel. Memang nikmat betul bagi saya. Walaupun ada yang masih lagi sakit hati sebab dah mandi, tapi saya rasa best. Sebab saya memang suka bangun pagi.

Dan bila dah habis belajar ni, sembang sembang kita dengan kawan kawan tu mula lah jadi lebih serius dan lebih penting. Manatak nya, perbualan kita sebelum ni satu babak pun tak sembang pasal duit, tak sembang pasal berapa gaji nak dapat, kerja kat mana best dan sebagainya.

Tapi kali ni. Semua itu akan menjadi perbualan kita. Tambah lagi kalau fresh graduate yang macam adik adik ni kan..

Nanti lama sikit, tajuk sembang awak semua akan jadi macam saya pula. Apa dia? Sembang pasal baby. Sembang pasal tips tips kawen semua dah lepas. Walaupun sampai sekarang masih lagi ada yang jemput datang kenduri. So, sembang sembang pasal baby ni selalu juga lah sembang.

Walaupun saya belum melekat lagi ..doa kan ya…

Tajuk meninggal dunia? Kalau tajuk ni, tak perlu tunggu nak ada pengalaman kerja baru lalui kan. Ada je bila bila berlaku…

Berbalik pada fresh graduate ni..

So, katakan awak tanya saya, APAKAH PEKERJAAN YANG PALING SESUAI DAN PALING SENANG DAPAT UNTUK FRESH GRADUATE?

Saya ni sudah ada 7 tahun pengalaman kerja. Adik adik boleh baca siapa saya dan pengalaman kerja saya di BIODATA saya ni…

Oh ya, jawapan yang saya bagi kat dalam artikel ni lebih kepada ringkas ringkas sahaja. Saya tak pergi dengan detail. Tujuan utamanya adalah untuk expose kan anda sahaja. Nanti topik by topik kita akan pergi lebih detail..

Berbalik pada soalan yang saya sendiri buat, tapi saya percaya ramai yang nak tahu..

JAWAPANNYA ialah…

PEKERJAAN YANG PALING SESUAI DAN PALING SENANG DAPAT UNTUK FRESH GRADUATE ialah JAWATAN KOSONG YANG MEMANG OPEN UNTUK FRESH GRADUATE!!

Jelas kan?

Jangan aim gaji yang besar besar. Korang tak akan dapat. Just focus pada jawatan kosong yang memang open untuk fresh graduate. Atau pun, bukan open untuk fresh, tapi ada ayat macam ‘fresh graduate encourate to apply’ . Biasanya perkataan ni korang akan masa nak cari kerja kosong di Jobstreet. Saya ada kongsikan semuanya di Panduan Lengkap Temuduga ni. Ataupun menu ‘Panduan Lengkap Temuduga’ yang saya buat kat atas tu.

Untuk fresh, korang jangan sibuk pasal gaji lagi…

Walaupun saya ada cover beberapa artikel tentang paras gaji. Kiranya kalau diploma gaji basic awal berapa dan degree berapa. Boleh baca di sini 2/3 Diploma VS Degree

Sebab yang penting sekarang ialah ada pengalaman secepat mungkin.

Bila kerja ni kan, dia ada dia punya macam pertalian dia tau. Maksud saya, katakan awak kerja dalam bidang oil and gas sekali pun. Adik saya pernah kerja ni, gaji dalam 10k sebulan, walaupun sijil. Tapi andainya kalau dia dah tukar bidang gaji akan drop.

Contoh macam saya, saya kerja industri elektronik. Buat barang barang elektronik macam microchip tu. Katakan saya dah kerja bidang ni 3 4 tahun. Basic pun dah OK. Tapi tiba tiba saya bertukar bidang, kerja pula kilang besi. Adakah gaji saya akan naik juga bila tukar tempat kerja? Jawapannya, belum tentu. Maybe naik. Maybe turun? Tak tentu juga.

Tapi kalau saya kerja bidang elektronik ni, dan masih lagi sambung di tempat kerja baru dalam industri yang sama. Adakah gaji saya akan naik? InsyaAllah kemungkinan besar akan naik.

Pendek cerita, bila kita kerja ni, nanti lama lama. Korang cuba cari satu bidang yang korang suka dan terus stay dalam bidang atau industri itu walaupun tukar kerja ke mana sekali pun. Jangan tanya saya, apa bidang yang top di Malaysia ni. Sebab memang payah, saya boleh cakap pasal mekanikal je lah. Ataupun engineering. Ini sahaja tahu. Itu pun belum tentu tepat. Tapi insyaAllah korang akan dapat pendedahan ni juga satu hati nanti.

Baiklah, sekarang saya akan directkan anda pada beberapa post utama.

Tak kesah lah, fresh ke, diploma ke. Korang mesti kena lalui Panduan Lengkap Temuduga saya ni.

Panduan ni agak panjang sikit. Saya cover hampir semuanya yang korang patut tahu. Panduan ini juga post wajib baca selain daripada Cara Perkenalkan Diri ni.

So artikel siri panduan lengkap temuduga dan cara perkenalkan diri adalah artikel yang mesti korang baca, walaupun fresh dan sudah ada pengalaman kerja sekali pun…

OK?

Seterusnya, buat carian “Fresh Graduate” di search carian atas blog saya ni.. atau di bahagian menu atas.

Pilih Tips Kerjaya > Fresh Graduate ( category khas untuk freshy )

Dah pergi ke category Fresh Graduate?

InsyaAllah, dalam category ni saya list kan tips tips yang saya boleh bantu dan dedahkan pada anda.

Ada banyak post, dan di bawah ni antara post yang saya galakkan sangat korang baca.

Cara Untuk Buat Cover Letter Untuk Fresh Graduate – saya tak pasti kalau artikel ni saya ada cover di Panduan Lengkap tu, rasanya tak ada kot. Sebab artikel ni baru lagi saya post. So mungkin tak ada. Jadi saya hanya tambah di sini sahaja ya…

Contoh Soalan Temuduga untuk Freshy – saya tulis fresh graduate tu freshy je la. Malas pula nak ulang banyak kali. So ini contoh soalan khas untuk freshy saya buat..baca baca…

Berapa Gaji Yang Patut Anda Cari – post ni bukan untuk freshy sahaja, siapa siapa pun memang patut baca..

Update – Ini artikel upgrade untuk Tajuk Berapa Ribu Gaji Nak Cari Sebulan

Last sekali..

Kalau korang masih lagi tak subscribe email di Homepage blog ni, sila berbuat demikian secepat mungkin ya. Saya akan beri update terbaru. Dan jangan lupa, grab satu premium template warna hijau saya secara PERCUMA sebagai hadiah…