Peluang Pekerjaan di Malaysia

image_pdfDownloadimage_printPrint

Artikel ini adalah sambungan kepada artikel utama Hala Tuju Selepas SPM yang saya siapkan tadi. Apa yang sedang berlaku, ialah saya cuba menerangkan akan hala tuju yang akan pelajar lalui selepas SPM.

Antara topik topik penting yang saya kongsikan dalam siri ini ialah:

  1. Peluang pekerjaan yang ada – iaitu artikel yang sekarang anda baca ni. Namun, saya galakkan sangat untuk anda baca dahulu artikel utama Hala Tuju Selepas SPM untuk fahamkan maksud saya dari awal.
  2. Berapa jumlah pendapatan yang anda harus cari setiap bulan – nak ada kereta, motor, isteri ( kalau laki lah ), anak semua, kalau nak tanggung bulanan berapa perlu ada.
  3. Cara nak pilih tempat praktikal – nanti ada baca artikel untuk tahu kenapa ia nya sangat penting
  4. Cara nak score pointer cemerlang dengan mudah – jangan jadi macam saya
  5. Universiti mana pilihan yang tepat

Ok, kesemua perkongsian saya di atas ni. Yang lebih kurang dalam 6 atau 7 perkara, memang agak berat untuk adik adik SPM fikir. Sebab anda semua masih lagi dalam kepompong belajar lagi. Ye la, nak makan, mak bapak bagi. Nak pergi mana mana, mak bapak hantar. Nak buat apa, insyaAllah kalau yang sepatutnya mak bapak akan tolong tu, memag ini lah kehidupan anda.

Nanti, bila dah sambung belajar, situasi ini semua akan dipanjang kan lagi ke beberapa tahun. Mungkin lagi 3 hingga 5 tahun.

Dan selepas 5 tahun, sudah pasti apa yang mak bapak kita lalui sekarang, iaitu kena siapkan makan pakai kita semua, kena amik kita sekolah, bayar yuran semua akan kita sendiri pula laluinya…

Dan apa yang anda akan lalui lagi 3 hingga 5 tahun yang akan datang lah yang saya cuba kongsikan dalam artikel siri Hala Tuju SPM ni.

Kalau anda perasan, 6 point yang saya kongsikan di atas tersangat banyak maksud tersirat nya. Antaranya:

  1. Mesti pilih jurusan yang betul supaya anda dapat kerja
  2. Mesti belajar sehabis baik supaya anda senang dapat kerja
  3. Mesti belajar tinggi sikit supaya gaji anda pun tinggi sikit
  4. Mesti rancang kewangan, supaya nanti anda senang nak buat loan rumah dan kereta…

Dan macam macam lagi lah..

Sori, sebab lewat untuk kongsikan Peluang Perkerjaan di Malaysia ni, sebab saya rasa sangat penting untuk saya bagi tahu apa lah tujuan utama saya siapkan siri hala tuju spm ni. Kenapa saya bersusah payah ambil masa berhari hari, minggu minggu untuk siapkan artikel siri ni.

Harap adik adik semua pun faham akan pentingnya, sebab saya sudah pun berusaha lebih untuk pastikan anda semua jelas dan faham.

Baiklah, dengan lafaz bismilah, jum kita mula…

Untuk peluang pekerjaan di Malaysia, seperti juga negara negara membangun yang lain, ia sangat bergantung kepada tempat atau lokasi. Atau dalam erti kata lain, lebih mudah kalau saya cakap, ANDA DUDUK NEGERI MANA!!

Antara contoh negeri yang kaya dengan indusri sekaligus memarakkan lagi peluang pekerjaan ialah

  • Kuala Lumpur
  • Selangor
  • Johor
  • Penang

Dan negeri negeri yang peluang pekerjaan nya lebih bersifat sederhana ialah:

  • Kedah – negeri yang paling pesat peluang pekerjaannya untuk kategori sederhana
  • Perak
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Sabah – bergantung kepada sektor kerjaya
  • Sarawak – bergantung kepada sektor kerjaya

Manakala negeri yang agak perlahan perkembangannya adalah seperti:

  • Kelantan
  • Perlis
  • Terengganu

*perkongsian di atas adalah berdasarkan data yang saya kumpul dan analisiskan sendiri daripada jawatan kosong di Jobstreet. Bukannya semata mata dari pendapat dan amatan saya sahaja. 3 klasifikasi tersebut juga dinilai berdasarkan jumlah keseluruhan jawatan kosong yang ada. Bukan melalui sektor sektor yang lebih specifik.

Bermaksud, andai kata anda Warga Kelantan contoh, terus rasa nak berpindah ke negeri lain sebab peluang pekerjaan kurang. Salah tu, seperti yang saya katakan tadi, ia hanya jumlah kesuluruhan jawatan kosong sahaja, bukan mengikut sektor sektor tertentu.

Nanti saya akan kongsikan pula, sektor sektor atay bidang pekerjaan yang ada di setiap negeri pula, untuk anda nilai sendiri. Dalam data yang saya kongsikan ini akan ada ‘monitoring trend’ yang saya siapkan untuk anda lihat, di negeri manakah peluang pekerjaan di masa hadapan akan memerlukan lebih banyak pekerja.

Anda boleh rujuk statistik dari Jobstreet yang saya maksud kan di sini, Statistik Jumlah Jawatan Kosong Mengikut Negeri.

Statistik tersebut saya masih lagi dalam proses nak kumpul dan susun kan data. Sebab lepas siap perbandingan peluang pekerjan antara negeri itu, saya akan cuba compile untuk perbezaan antara sektor kerjaya pula. bila sudah siap, anda pasti teruja sebab dapat lihat perbezaan antara negeri dan sektor kerjaya pada tahap yang lebih detail.

Kenapa Dua Data Yang Saya Kongsikan Ini Sangat Penting?

Antara sebab lain adalah untuk mudah anak anak kita, lepas SPM mudah cari kerja. Sebab saya bukan sekadar kongsikan rating tinggi nya, malah saya juga akan buat macam satu trending dan akan monitor setiap 6 bulan. Dari sini anda boleh lihat mana satu sektor kerjaya yang naik dengan cepat. Atau mana satu sektor kerjaya yang lebih bersifat mendatar, mahupun sektor yang lebih tampat menurun, yang mungkin agak berkurangan untuk peluang kerjaya nya di masa hadapan.

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer