Cara Nak Buat Permohonan Pinjaman Peribadi Secara Online

image_pdfDownloadimage_printPrint

Salam.

Ada yang bertanyakan pada saya cara untuk buat pinjaman bank. Soalan ni boleh kata kategori pelek juga. Saya pun tak pasti orang tu nak test saya ke apa. Nak buat pinjaman bank, pergi bank lah brother.

Erm. Tapi, tak mengapalah.

Saya ada open PERMOHONAN ONLINE untuk ANDA kalau nak buat Pinjaman RHB atau Aeon. Terutamanya di kawasan Utara Malaysia. Kalau berminat, boleh whatsapp saya di bawah SEKARANG

[chat]

Untuk yang memang rajin nak ke bank. Anda boleh la start motor dan gerak sekarang. Nanti jem, jenuh pula.

Untuk yang malas, yang nak jimat minyak motor atau pun kereta. Stay dengan saya, sebab saya nak tunjukkan cara untuk buat permohonan pinjaman peribadi secara online la ni juga.

Sudah semestinya dari website kan.

Dan website yang anda boleh refer ialah website bank yang anda nak pinjam itu sendiri. Seperti contoh, untuk yang ingin mohon CIMB dan pinjaman peribadi daripada Maybank boleh guna link di bawah ni:

CIMB Bank

Maybank

Dan untuk siapa yang buat pinjaman AEON. Boleh guna link dibawah ini pula.

AEON Credit

Ada Tak Yang Lagi Best Daripada Website Bank?

Sudah pasti ada. Ini lah tujuan saya buat artikel ini pun. Iaitu, antara yang paling popular, atau pun yang mungkin antara website yang terawal saya tahu, iaitu Imoney.com

Sebut betul betul ya.

Imoney, adalah platform untuk kita buat perbandingan seluruh pinjaman peribadi untuk semua bank di Malaysia. Andai kata anda pilih produknya pinjaman peribadi lah. Kalau pilih credit card, memang credit card sahaja yang keluar lah.

Berikut adalah contoh carian yang saya buat

Itu showing ada tunjuk 10 results kesemuanya kan. Tapi saya tunjuk 2 sahaja. Lagi 8 anda boleh buat carian di IMoney sendiri.

So, benda ni memudahkan kita lah kan. Daripada nak pergi dari satu bank ke satu bank memang perlukan masa. Dengan panas nya semua lagi.

Belum termasuk perasaan direject lagi.

Tapi dengan servis macam ni, semuanya jadi mudah dan senang. Cuma dapat atau tidak dapat sahaja.

Oh ya.

Bukan IMOney sahaja yang buat program macam ni. ada banyak lagi website lain yang buat khas untuk pasaran Malaysia juga.

Antara yang saya perasan dan dapat jumpa ialah:

https://ringgitplus.com/en/personal-loan/

https://loanstreet.com.my/personal-loan

https://www.comparehero.my/blog/best-personal-loans-malaysia

https://www.gobear.com/my/personal-loan

https://www.bbazaar.my/personal-loan.html

Dalam banyak banyak ni, apa yang paling membezakan mereka? Sudah pasti nya interface, mana yang lebih friendly dan lebih mudah untuk kita buat permohonan.

Saya tak pasti yang mana satu terbaik.

Tapi design atau interface website yang bagus antaranya ialah

GoBear

Ringgitplus

Imoney sendiri.

Dan juga CompareHero.

GoBear boleh tahan juga, cara presentationnya agak berlainan dengan servis yang lain.

Ok itu sahaja.

Buat carian, isi butiran seperti gaji bulanan anda berapa, dan juga berapa pinjaman yang nak dipohon dan terus tekan enter.

Klik button permohonan, dan letak kan no telefon.

Tak lama lepas tu, mungkin paling lama 2 hari. Anda akan dapat call dari satu company sebagai wakil syarikat IMoney atau GoBear contohnya.

Ada disadvantages tak apply guna website macam ni?

Sudah pasti ada.

Kita punya no tel memang sudah ada diorang kan. Jadi bersedialah dengan promosi yang tiba tiba ditawarkan.

Tapi itu tak ada masalah pun, saya biasa sahaja kena. Terus letak selamba sahaja. Ada aq kesah kan.

Baik lah.

Itu sahaja kot. Selamat mencuba….

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

1 comments On Cara Nak Buat Permohonan Pinjaman Peribadi Secara Online

  • Saya betul2 terdesak nak buat pinjaman yg paling cepat boleh dpt duit. Sy susah nak dpt sbb xde komitmen. Ni beli moto baru 2 bulan byr. Boleh tolong tak. Sy nak 15k,

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer