Bisnes Makanan Dari Rumah – Market Trending

Saya masih ingat lagi, masa tu saya tengok satu documentari pasal bisnes makanan dari rumah di Television. Dah lama dah main documentary. Kalau tak silap, mungkin 3 4 tahun yang lepas. Sekarang pun dah tahun 2018.

Kalau tak silap negara Korea Selatan.

Ikutkan dalam documentary tu, bisnes jenis macam ni memang meletop. Terlampau tinggi permintaan. Tapi kalau nak apply kan bisnes ni dekat Malaysia. Saya tak pasti. Saya pernah tengok ada orang yang duk buat COD untuk makanan masak panas dekat Facebook page.. Facebook Page Kulim Info kalau tak silap.

Ada yang buat, memang nampak permintaan ok juga.

Kawan saya sendiri, dulu dia kerja dengan Upin Ipin, jadi designer kartun tu. lukisan 3D semua lah. Nampak lah gambar gambar dia share dekat group sekolah lama kitorang. Tapi dia berhenti, sebab bisnes ni lah. Bisnes makanan, tapi dia bukan jual lauk pauk gitu. Kalau tak silap makanan yang macam kek kek kecil gitu, pastry kot namanya.

Apa entah namanya..

Tak kesah lah, yang pasti. Bisnes ni macam ada potensi besar. Even kalau UK. Bisnes ni macam tak asing lagi.

Tapi kalau anda masih lagi nak cuba di Malaysia, saya ada beberapa idea yang anda boleh jadikan sebagai kick off perniagaan anda kepada yang InsyaAllah boleh berjaya..

Faktor Yang Pertama..

Pastikan Anda Buat Research Sebaik Mungkin

Contoh dibawah saya gunakan Google Trends

So nampak macam memberangsangkan.

Tapi itu mungkin termasuk makanan fast food. Untuk anda yang hantar makanan lauk pauk ni, atau pun kuih muih. Kuih raya ke, apa segala jenis makanan pun. Hah bakery ke. Mungkin kena lebih tajam focus untuk cari trends anda.

Atau pun, boleh guna facebook untuk buat survey. Boleh la contact page owner group/page yang besar besar di facebook untuk adakan survey. Tanya diorang, kalau saya buat ‘food delivery’ dari rumah ke rumah, sapa yang berminat?

Location?

Lokasi pun penting juga. kalau anda nak buat bisnes di kawasan kampung memang tak sesuai. Tapi kalau yang bekerja di bandar bandar. Yang sesak, yang malas untuk orang keluar jauh. Mungkin diorang perlukan bisnes idea macam anda.

Bila kita buat perniagaan apa pun, yang paling penting adalah memberi kesenangan kepada pelanggan. Kalau ia memang mudahkan pelanggan anda, insyaAllah akan dapat sambutan.

Macam kawan yang saya cerita kat atas tadi pun buat bisnes pastry tu kat Puchong.

So kita sudah ada dua faktor..

Seterusnya…

Start Small Dream Big

Guna kuali dulu, sebelum beli kawah.

Macam abang sepupu saya, dia ada nak niaga jual nasi apa entah. So macam macam la dia buat. Beli itu beli ini. Siap beli lori untuk niaga tau. lori kecik kalau tak silap. Lastnye perniagaan dia runtuh. Lori semua tu sapa nak bayar?

Terpaksa jual balik. Bila sembang dengan mak saya. Saya sendiri tahu kenapa dia failed. Dia ni tak pernah berniaga macam tu, tiba tiba nak terjun je. Lepas tu pula belanja macam multi billion dollar punya bisnes. Memang la tepuk dahi kan.

So start small.

Contoh macam perniagaan saya sekarang, kami ada dua orang je staff. So start small

Sediakan Business Plan

Atau rancangan perniagaan yang baik. Saya ada sediakan satu contoh cara anda nak plan perniagaan. Rancangan Perniagaan ( business plan ).

Business ni penting, saya pun ada buat untuk perniagaan saya..

Ok lah kita pergi ke point yang seterusnya…

Dapatkan Modal

Ni yang paling penting, itu sebab kita start small. Sebab ramainya orang modai kecik. Anda boleh sahaja kalau serius untuk dapatkan bantun daripada tekun atau pun amanah ikhtiar. Boleh baca artikel yang ini, saya ada kongsikan antara agensi kerajaan yang boleh bagi bantuan.

Ambil Tau Pasal Food Law Segala

Seperti cara nak packing supaya selamat semua.

Dan yang paling akhir ialah, kalau anda buat apa apa pun. Pastikan ada bisnes mentor.

Atau mana mana agensi kerajaan yang juga boleh bantu. Kalau tak silap, senarai yang saya bagi untuk buat pinjaman tu siap ada bahagian yang bagi consultation sekali.

So boleh la cuba cuba..

Untuk jenis pernigaan makanan yang anda boleh cuba, boleh baca artikel ini..

https://www.linkedin.com/pulse/list-50-profitable-food-processing-business-ideas-ganesh-shelke

Ada apa apa soalan tak…

The following two tabs change content below.
Saya tahu, bukan nak senang nak cari kerja. Tp sangat senang kalau anda tahu cara nya. Itu sebab saya sediakan SayaShare ni. Untuk berkongsi kenapa saya cakap ia tak sesukar yang anda sangkakan. Kenali saya di Biodata Saya, dan 7 tahun pengalaman kerja saya.Untuk apa masalah, boleh contact saya di sini, atau tinggalkan comment di bawah…InsyaAllah saya akan reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *