Pinjaman Mudah dan Cepat – Tips Ketelusan Pinjaman Anda

Untuk rekod, dalam 40 customer yang saya refer pada Aeon dan RHB, hanya 1 orang sahaja yang lulus. Beliau adalah staff kerajaan. Loan lulus dalam 11 000 dalam masa 4 hari, dan 3 hari untuk proses duit masuk ke dalam akaun.

So apa cerita lagi 39 permohonan? Berikut adalah antara sebab nya:

  1. Komitmen sudah banyak
  2. Terikat dengan AKPK – confirm tak boleh apply mana mana loan
  3. Staff GOV tak boleh apply RHB
  4. Baru kerja 2 bulan dah nak apply loan – mesti at least 6 bulan tau
  5. Maklumat yang dihantar kabur atau tidak lengkap – bila buat permohonan online ni, memang kena pastikan document yang korang semua hantar tu mesti jelas. Bila consultant suruh scan, sila lah scan. Jangan tangkap guna camera handphone. Nanti tak lepas, ada juga case yang mcam ni. Baru jadi tadi… so terpaksa hantar balik document
  6. Dan masih lagi banyak yang pending lah…

Nanti saya update ya…

So macam mana nak buat pinjaman anda mudah dan cepat?

Jawapannya ialah bersedia dari awal. Kalau dah tau nak buat loan, jangan tengah dalam keadaan darurat baru nak buat. Pastikan anda bersedia dari awal. Antara persedian yang boleh di buat:

  1. Pastikan basic lepas untuk buat permohonan. Kalau 1000 boleh try Aeon. Kalau RHB mesti at least RM 1500 basic. Tapi masih lagi bergantung kepada Gross Income. So kalau basic sipi sipi tak lepas tu boleh lagi, tiada masalah
  2. Pastikan wang bulanan anda tidak terbeban dengan komitmen lain

Seperti contoh, gaji 2k, tapi nak bayar kereta sampai 800. Sudah tinggal 1200. Tak pun, rupanya ada lagi loan lain. so, bila komitmen tinggi, memang tak lepas. Loan ini ibarat dadah pun ada. Kalau dah lepas, mesti nak buat lagi. Padahal masih lagi nak buat. Tambah lagi bila Aeon sudah tetapkan, selepas buat 1 tahun pinjaman, boleh tambah lagi jumlah pinjaman untuk buat overlap previous loan. Nampak macam memudahkan kita, tapi ini lah yang memakan diri kita balik.

Usahanya sekarang untuk tidak sama sekali terikat dengan loan. KECUALI KALAU TERPAKSA, DAN KITA MEMANG MAMPU BAYAR. DAN PEMBAYARAN KITA TU TIDAK TERBEBAN SETIAP BULAN.

Contoh macam apa yang berlaku pada saya sekarang, hari tu CIMB call untuk approve loan up to 30k. saya cakap, saya tak nak. Orang lagi nak hilang kan loan, dia lagi nak tambah pula. Sebenarnya, saya sendiri terikat dengan loan loan ni, dan bila ditarif, saya perlukan 2 hingga 3 tahun untuk berasa selesa dan megah dengan gaji saya. Kalau tak, gaji 4k pun tak nampak…

InsyaAllah saya perlukan lagi 2 3 tahun, saya percaya, tahun 2018 ni adalah lebih baik dari kesengsaraan yang sebelumnya, sebab saya sudah berjaya tambah pendapatan sampingan sebanyak 2k lebih juga sebulan. Saya akan cuba teruskan bisnes ini sehingga mencecah 5 angka secepat mungkin.

  1. Pastikan wang EPF atau KWSP anda masuk, ada sesetengah company tak masuk tau. mungkin lewat ke apa saya tak pasti lah. so korang kene pastikan iannya masuk. Mudah sahaja lepas daftar di website portal KWSP ni

Kalau tak silap anda kena pergi ke mesin ATM kwsp dulu untuk register online. Selepas tu, boleh la cuba login macam saya di bawah:

Login di E Pengeluaran

Selepas tu, pilih Akaun Peribadi dan pilih tahun terakhir iaitu 2018 seperti di bawah

jangan lupa tekan button CARI untuk tunjukkan penyata kwsp anda

Hari ni adalah 26th June 2018, dan tarikh paling latest ialah 20 June kan? So kira masuk lah ni…

Seterusnya, kita pergi ke faktor no 4 pula..

  1. Pastikan credit score anda pada rating yang terbaik. Boleh guna system ni, kena bayar sikit.. https://www.ctoscredit.com.my/

Ok dah, itu sahaja, mungkin ada banyak lagi. Tapi cuba anda check ini dahulu. Saya doakan permohonan anda mudah, cepat dan yang paling penting, mesti berjaya.

Amin

The following two tabs change content below.
Saya tahu, bukan nak senang nak cari kerja. Tp sangat senang kalau anda tahu cara nya. Itu sebab saya sediakan SayaShare ni. Untuk berkongsi kenapa saya cakap ia tak sesukar yang anda sangkakan. Kenali saya di Biodata Saya, dan 7 tahun pengalaman kerja saya.Untuk apa masalah, boleh contact saya di sini, atau tinggalkan comment di bawah…InsyaAllah saya akan reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *