Cara Dapat Kerja Kosong Kerajaan – 3 Sumber Utama!!

Siapalah tak nak kerja dengan Kerajaan!!

Kerja dengan jabatan kerajaan ni memang banyak kelebihannya. Nak buat pinjaman senang, kalau KWSP tak nak boleh keluarkan, dan jadikan untuk package ambil pencen. Tentang increment gaji pula, setiap tahun kenaikan bukan satu masalah.

Isteri saya sendiri kerja kerajaaan, rasanya lebih kurang dalam RM 250 setiap tahun kenaikan secara tetap. Kita yang keja swasta ni, belum tentu RM 100. Ada pernah kawan saya sendiri yang kenaikan gaji tahunan RM 50 sahaja. Tahun lepas pun kenaikan saya RM 60, tapi itu bukan lengkap satu tahun. Lebih kurang 6 bulan.

Rujuk PascaSiswazah untuk senarai kelebihan dan kekurangan 2 platform kerjaya ini.

Untuk pengetahuan anda, daripada 6 adik beradik saya.

Macam mana diorang apply kerja gov.?

Kakak saya tak pasti sebab masa dia mula kerja saya masih lagi tengah study, so kalau sebut tentang alam pekerjaan ni memang lah saya sangat sangat lah tak tahu dan tak ambil tahu pun time tu.

Nanti saya tanya dia…

Tapi rasanya sebaik sahaja habis Diploma dari Politeknik Ungku Omar, kakak saya terus dapat kerja GOV. Atau sebab dia kerja swasta sekejap sahaja.

Nanti lah saya tanya dia.

Yang kedua, abang saya. Anak ke 3 dari 6.

Dia dalam bidang keselamatan.
Mula mula dengan JPJ kalau tak silap, lepas tu pegawai penjara.
Kejap je rasanya dengan pegawai penjara tu, sekarang dia dengan AADK

Sebabkan dia boleh tukar tukar kerja dengan cepat tu macam ni, yang AADK tu memang ada orang dalam. Untuk yang kerja sebagai pegawai penjara tu pula sebab kelulusan Diploma yang ada. Kiranya masa mula mula dapat kerja sebagai Pegawai JPJ tu adalah untuk kelulusan Sijil.

Dia dapat kerja kerajaan sudah semestinya dari SPA.

Yang terakhir,

Adik laki saya.

Baru sahaja dapat kerja kerajaan dalam 5 bulan lepas.

Pelek juga, sebab basicnya macam besar pula. RM 2000

Dan sememangnya dia nampaknya happy sebab dapat kerja tu.

Macam mana dia dapat?

Sebab daripada kawan, geng geng dia tu. Member dia bahagian HR untuk department maintenance tu.

So itu sebab lah dapat. Tapi still masih lagi kena go thru Interview juga.

Ok lah,

Stop cerita pasal diorang, kita cerita pasal korang pula.

Macam mana nak dapat kerja kerajaan ni?

Anda kena alert dengan 3 tempat ni.

Isi borang SPA elok elok tu satu.

Kedua, alert juga dengan jawatan kosong SPA untuk negeri masing masing.

Macam saya dengan anda, http://www.spa.gov.my/ mesti kena tengok. Lepas tu, sebab kan saya dari negeri Perak, http://spaonline.perak.gov.my/index.php pun saya tengok.

Bila di panggil temuduga, buat elok elok.

Untuk ke tiga ialah Website untuk Agensi Kerajaan. Nanti saya bagi contoh di bawah untuk, nak cerita tentang isteri saya duhulu.

Untuk SPA bagi setiap negeri negeri saya ada senaraikan di bawah untuk anda, + dengan wilayah juga.

  1. Kuala Lumpur
  2. Labuan
  3. Putrajaya
  4. Johor
  5. Kedah
  6. Kelantan
  7. Melaka
  8. Negeri Sembilan
  9. Pahang
  10. Perak
  11. Perlis
  12. Pulau Pinang
  13. Sabah
  14. Sarawak
  15. Selangor
  16. Terengganu

Buat la carian sendiri di Google, dan terus bookmark ya. Alert dengan homepage dia kalau kalau ada jawatan kosong yang baru. Sebab kadang kadang diorang ni tak update dalam JobsMalaysia.

Sekarang tentang isteri saya pula.

So isteri saya pun kerja kerajaan. Sekarang sebagai Auditor, pernah juga dalam masa yang sama dapat temuduga dengan Kastam.

Lepas berbincang sama, saya rasa lebih elok dia ambil yang auditor tu.

Kastam, takut dia tak larat pula nak kawat kawat semua. Lembut + Lembik orang nya.

Lagipun Auditor tu memang sudah target dia dari dulu. Isteri saya memang tersangat baik, saya pernah tanya dia. ” Sayang bila last tinggal sembahyang”, dia jawab apa tau. Dia cakap, “sayang sendiri lupa”

Maksudnya, memang dah lama sangat tak tinggal, yang kita ni? hehe no comment. So jangan tinggal sembahyang ya.

Berbalik kepada cara dapat kerja kerajaan no 3 ialah, kita kena alert dengan agensi agensi kerajaan ni. Contoh macam 2 website yang saya bagi masa cerita tentang isteri saya tadi. Iaitu Juruadit, dan juga Jabatan Kastam.

Kiranya, anda pergi ke website https://www.audit.gov.my/ dan http://www.customs.gov.my/ms selalu untuk dapatkan update kalau kalau ada jawatan kosong di Homepage.