Tiada Rekod Untuk Pengalaman Kerja di Singapura

Assalamualaikum, saya minta maaf banyak banyak. Dalam blog saya ni, memang tiada tips yang boleh saya kongsikan untuk anda yang teringin cuba cuba cari kerja kosong di Singapore.

Kebanyakan kenalan saya pun, hanya bertukar negeri sahaja. Tiada lagi yang sampai ke Singapore. Saya sendiri pun sekadar bertukar negeri sahaja, saya ada kongsikan tips merantau, pro dan contaranya di post ini.

Teringat Pula Akan Kawan INDIA

Kalau nak diikutkan ada,memang ada. Cuma saya sudah terlepas contact dengan dia.

India kawan saya sorang ni. Masa tu dia kerja sebagai Technician Lif di Singapore.

Yang technician lif ni tak sempat saya nak tanya banyak, sebab masa tu saya sudah nak berhenti untuk masuk ke kilang yang ke 4, Carsem. Anda boleh baca salah satu post turutan kerja kilang saya di post, pengalaman interview.

Biasalah, saya boleh kata kaum India memang pelopor kerja di sana. Memang ramai juga kenalan kepada kenalan saya yang banyak cerita tentang ini, so, memang banyak India kita Malaysia ni akan berhijrah ke sana. InsyaAllah, nanti kalau saya dapat kenal kenal kawan yang pernah kerja sana, saya akan minta diorang kongsikan tips nya untuk anda ya.

Seperti contoh soalan yang mungkin saya tanya:

  1. kerja apa tu sudah pasti lah
  2. dapat maklumat kerja kosong daripada Jobstreet atau tempat lain
  3. berapa gaji – masuk bank Malaysia terus atau bank Singapore dahulu
  4. Tax dari kerajaan Malaysia pula berapa
  5. tinggal dalam Singapore atau pun ulang alik daripada Johor

dan macam macam lagi lah apa yang diorang ni boleh kongsikan.

pengalaman kerja di singapura

Betul ke? Apply kerja elok, pergi sana jadi cleaner?

Ini saya pernah terdengar. Dan terbaca dalam website forum. So anda hati hati ya.

Kalau ada antara anda yang terdengar juga mungkin boleh share di comment bawah nanti.

Kos di sana?…mak ai.. Sudah pasti kan…

Yang ini pun perkara yang bukan lagi mitos. Memang di sana tersangat semua nak di cas. Ala ala GST gitu…

Lagi apa ya nak cakap.

Hah, kalau betul nak kerja sana. Paling baik guna jobstreet. Ini sahaja platform yang kita boleh PALING percaya. Boleh rujuk panduan isi borang jobstreet yang saya sediakan.

Baca article ini pula, saya kongsikan 4 cara untuk anda dapatkan kerja kosong swasta

Update Cerita 1

Hah ni, saya nak update satu cerita pasal salah sorang kawan saya yang dapat kerja di Singapore. First sekali, maaf la kalau siapa yang takut pula sebab saya cakap apply engineer sampai sana jadi cleaner tu. Tapi memang saya biasa dengar benda tu. Cuma tak sure la akan kepastiannya.

Tapi apa yang berlaku sekarang ni memang betul betul terjadi. Ada sorang kawan saya, dari Filipina. Tapi dia bukannya minta kerja macam orang indon yang datang Malaysia tu. Tu semua by agen kan. Kiranya orang Indon semua tu hanya harapkan agen untuk setelkan semua. Tapi ini Filipina yang datang sendiri dan memang kerja pun apply sendiri. Rasanya lepas dia kerja dekat kilang yang saya kerja sekarang, lebih 3 tahun kot. Tiba tiba dia pindah kerja di Singapore, nama company tersebut ialah Global Foundaries. Memang antara syarikat besar semicon juga di dunia..

So cara dia apply? guna Jobstreet. Orang Global tu datang kat Penang untuk interview. Dan kawan saya ni dah start kerja lebih 5 bulan juga..

so boleh la kalau korang nak try, guna facebook. Lepas tu cuba tengok company profile tu kat Linkedin, atau Google Maps untuk tau kewujudan bangunan nya. Tapi kalau target company yang dah establish tiada masalah kot kena kencing ni kan…

tamat..

Saya ada lagi sorang kawan yang baru kenal. Ya dia ada pengalaman kerja di Singapore. Nanti saya sembang dengan dia ya. kerja banyak, kadang kadang memang tak sempat nak sembang….Baik lah..babai…