Contoh Resume Lepasan Spm

Untuk contoh resume lepasan SPM. Ikutkan pendapat saya, macam tiada apa lah yang kita boleh isikan sangat lah ya. Kalau lepasan diploma atau pun sekurang kurangnya Sijil boleh la juga nak goreng goreng.

Sebab untuk yang ada sijil, kalau tiada pengalaman kerja pun, at least ada lah kelulusan lebih baik sikit PLUS lagi dengan pengalaman yang anda dapat masa buat praktikal.

Tapi untuk Yang SPM ni!!

Janganlah kecik hati pula saya kata gitu, memang company tak expect pun hampa boleh bagi bulan dan bintang. Asalkan anda cukup umur, rajin dan boleh bekerja, memang itu criteria utama yang majikan cari.

Kalau boleh cakap inggeris, atau berbadan besar tinggi lampai, memang satu advantages.

Kalau muka violent macam saya lagi bagus. So, tak adalah nampak macam budak kecik sangat bekerja nanti.

So macam mana nak buat resume untuk lepasan SPM?

Anda boleh mula cuba tulis berdasarkan point yang saya buatkan dibawah.

Ya, memang gambar di atas ni saya sediakan untuk yang lepasan sijil, diploma dan ke atas sahaja. Tapi tak apalah, anda ambil point mana yang berkaitan sahaja.

cara buat resume terbaik <<<< untuk panduan lebih lengkap rujuk sini.

So mungkin point point untuk lepasan SPM seperti:

  1. Pengenalan
  2. Contact details
  3. Career objective
  4. Education background
  5. achievements
  6. Skills & Strength
  7. Computer literacy
  8. Language proficiency

Sekarang saya akan terangkan satu persatu cara nak tulis.

resume yang saya previewkan ini adalah bentuk resume yang anda perlu buat ya. tapi tak apa, nanti kita buat. sekarang saya nak kongsikan macam mana kita nak sediakan pointnya sahaja dulu. Selebihnya nanti copy paste sahaja.

Bismillah, kita mula..

Untuk point satu dan dua rasanya dah cukup jelas kot. Tulis nama dan alamat…email, no telefon semua

Point 3 – Career Objective

Tak perlu beri focus sangat. Asal korang tulis macam ni

Untuk objective ni sebenarnya subjective, bergantung kepada kerja apa yang korang nak minta. Kalau untuk kilang. Atau biasa yang melibatkan production, boleh guna seperti ayat di bawah. Jangan tiru bulat bulat, olah olah sikit.

Contoh 1

Untuk membantu mengeluarkan product pada kadar yang ditetapkan dalam masa yang sama masig mengekalkan kualiti.

Atau untuk kerja kosong kerani ker

Tapi lagi baik kalau korang selitkan job summary dalam objective. Atau jadikan objective sebagai point ‘Job Summary’. Lebih mudah nak buat ayat..seperti contoh

Contoh 2

Berpengalaman menguruskan dokumen dokumen penting syarikat yang melibatkan jual beli barang dan bla bla bla ( korang pandai la sendiri pengalaman korang apa )

So ia akan lebih senang nak buat.

Contoh lain, boleh rujuk dekat panduan orang putih ni, https://www.livecareer.com/resume-objectives/postal-service-clerk-resume-objective

Untuk Point 4 – Education, korang tulis sahaja level SPM dan berapa keputusan dapat.

Point 5 – Achievement ni tulis untuk apa pencapaian yang telah anda berjaya dapat. Kalau yang sudah ada pengalaman kerja, mungkin berjaya tak MC langsung dalam masa 1 tahun di kilang sebelum nya ke. Atau pun, dapat datang hadir, dan patuhi time in and out production dengan baik ke.

Atau pun, setengah company siap bagi anugerah siapa yang jaga masuk keluar kilang dengan baik. So korang tulis lah anugerah apa korang dapat. Berapa kali..

Kalau tak idea sangat nak tulis pun x pe, korang boleh lebihkan point kat point seterusnya iaitu Skills dan Strength bawah ni…

Point 6 – Skills dan Strength ni lebih kepada merujuk kelebihan dalam diri yang korang ada.

Contoh, macam cepat belajar ke. Cepat dalam tangkap apa yang orang suruh ke

Atau pun, boleh bekerja sendiri tanpa perlu dimonitor ke.

Boleh guna computer ke.

Atau pun, kalau ikutkan cara tulis dan brainstorming point apa nak tulis, dalam video yang saya terangkan tu rujuk kembali pada ‘iklan jawatan kosong’ yang ditawarkan.

Contoh macam ayatnya:

Boleh bekerja 12 shift jam – so korang tulis lah ayat, berpengalaman bekerja shift selama 5 tahun. Atau pun siapa yang tiada pengalaman kerja shift, tulis la seperti – tiada masalah untuk bekerja 12 jam atau lebih masa….

Point 7 – Computer Literacy wajib tulis..Nanti diorang bising sebab anda buta IT pula. Antara software penting yang mesti kena tahu ialah Microsoft Word dan juga Excel.

So anda tulislah

“saya juga mahir menggunakan microsoft word dan excel, atau pun sebarang perisian computer.”

Point 8 – Language tu, kalau petah berbahasa inggeris atau mungkin suam suam kuku. Boleh la tulis sekali. Ikut format lebih kurang macam bawah ni..

Setel..

Ada apa apa nak tanya?

Oh ya, nak buat resume bahasa inggeris atau bahasa melayu?

terpulang, terbaik bahasa inggeris, tapi kalau tak reti dan anda buat bahasa melayu pun tiada masalah.

Macam mana nak cari kerja?

boleh cuba online, biasanya mudah dan jobstreet adalah terbaik dan tercepat untuk anda cari kerja, ataupun rujuk panduan ni untuk cara penuh cari kerja secara online.

Faktor Kuat Anda Dapat Kerja?

untuk SPM kan, erm macam saya cakap tadi. faktor utama yang anda boleh dapat kerja, rajin, tak memilih, sanggup susah susah dahulu (normal tau, awal lagi, budak lagi, nnt insyaAllah lebih mudah, jangan kecik hati sangat ), cari juga kerja yang dekat dengan rumah.

Cari Kerja Paling Cepat?

Untuk SPM paling cepat adalah anda round di kawasan kilang yang berindusri kecil. Biasa macam saya di Ipoh, memang banyak kawasan kilang yang status industri kecil. Contoh macam di Tasek, Silibin, Taman Soon Choon dan banyak lagi. Boleh cuba round round dan anda tengok kalau ada majikan yang letak jawatan kosong di pintu pagar mereka.

Kalau ada no telefon boleh terus call, kalau tak ada. Anda terpaksa berhenti dan masuk dalam tanya terus. Boleh terus bawa resume juga kalau mereka minta anda tinggalkan apa apa document pengenalan.

dah, apa lagi nak tanya?