Contoh Resume Terbaik 2017/2018 [ VERSI UPDATE ]

Selamat Datang ke Siri Panduan Lengkap Resume

Salam.

Tapi kalau saya rekomen kan beberapa post dalam artikel ini, ke artikel yang lain. Itu maksudnya PENTING ya. Mungkin saya tak letak dalam satu artikel sebab takut takut jadi terlampau padat sahaja.


Eh dah download video cara buat resume saya? lebih dari 1 jam ni saya kongsikan caranya..Harap berguna…

Pengenalan : Penerangan Setiap Points Dalam Resume

Resume yang baik adalah resume yang mampu menarik perhatian pembaca/majikan untuk panggil kita datang ke temuduga. Bayangkan dalam setiap jawatan kosong yang dibuka, akan lebih ratusan lain lagi pemohon yang berminat dengan jawatan yang sama..

Dan dalam kalangan ratusan pemohon ini lah, resume kita terpaksa ‘berlawan’ untuk turut berusaha dapatkan perhatian majikan.

Screenshot di atas adalah contoh review salah satu permohonan saya di Jobstreet. Jawatan pertama, ada 408 applications. Yang kedua, dah sampai 220 orang yang mencuba.

Dan kalau saya KLIK perkataan 408 other applicants atas tu. Kita akan dapat summary yang lebih detail seperti di bawah.

Sengaja saya screenshot begini sebab nak bagi tahu, PUNYALAH RAMAI YANG APPLY KERJA KOSONG, DAN PUNYA LAH SUSAH NYA RESUME ANDA BERSAING SEMATA MATA UNTUK DAPATKAN PERHATIAN MAJIKAN.

So itu sebab, kita kena buat resume elok elok…..

 

Anda mungkin perasan akan beberapa artikel dalam blog SayaShare saya ni. Ada beberapa artikel lain yang berkongsi tips cara buat resume. Apa beza nya tips resume di artikel tu berbanding dengan artikel yang sekarang ni?

 

Bezanya ialah, tips resume ini adalah yang paling utama untuk topik resume. Ingat, topik cara buat resume adalah 1 daripada 6 bahagian yang saya kongsikan di Panduan Lengkap Temuduga. Jadi kalau anda terlepas baca mana mana artikel lain, anggap sahaja Halal. Sebab saya juga akan cover di sini.

 

 

Dan dalam artikel ni, saya akan pergi pada level yang tersangat detail untuk bantu anda. Jadi, saya harap sangat sangat untuk anda beri fokus. Luangkan masa dalam 15 minit untuk baca dan faham kan apa yang saya cuba nak sampaikan. Saya buat artikel luang masa berjam jam ni untuk anda juga, bukan untuk saya. Saya sudah dapat kerja pun.

Jum kita tengok salah satu case study yang company luar negara buat…TheLadderEyeTrackingStudy

Apa yang berlaku ialah mereka cuba buat research bagaimana Majikan tengok resume. Dan seperti anda lihat, Resume 2 jauh lebih baik seperation penglihatan majikan berbanding dengan Resume 1 yang nampak lebih tertumpu pada satu bahagian sahaja.

Kalau kita tengok design Resume 1 satu pun memang straightly kita boleh faham, kenapa jadi macam ni kan? Sebab artikelnya tidak di olah secara point by point. Karangan berjela macamni memang meletihkan mata siapa saja yang tengok.

Lagi sekali mengukuhkan motif saya yang utama.

Bila buat resume, mesti buat elok elok.

Ikutkan study dari TheLadder juga, kita hanya ada 6 saat sahaja untuk impresssed kan hati si Majikan yang review resume ni. Kalau tak berjaya…habis lah…

Oh ya..kalau tak majikan pun, mungkin HR yang akan tapis dahulu…

Berikut pula adalah diagram yang saya lukis, proses anda dapatkan kerja yang saya percaya, semua orang akan lalui nya..

Buat resume cantik cantik, elok elok bukan untuk terus dapat masuk kerja ya. Hanya untuk dapatkan panggil interview sahaja. Itu sebab, saya kenalkan 6 peringkat yang anda perlu faham untuk dapatkan kerja.

Dan Peringkat yang pertama ialah, buat resume. Rujuk peringkat 1

Isi Kandungan dalam Resume

Untuk isi kandungan dalam resume, saya bahagikan kepada 2 structure mudah. Iaitu yang khas untuk Fresh Graduate, dan juga yang sudah Berpengalaman. Susun atur dua golongan ni berbeza, sebab fokus yang anda nak tunjukkan dalam resume pun sudah lain.

Seperti contoh, orang yang dah bekerja, atau yang sudah ada pengalaman, mestilah nak showcase kan pengalaman kerja dia. So saya structurekan isi kandungan resume ni khas untuk golongan yang sudah berpengalaman ni.

Manakala untuk adik adik yang baru habis belajar, pengalaman kerja tak ada. So saya buat structure resume yang showcase kan PENGALAMAN PRACTICAL korang dan FINAL YEAR PROJECT, dan juga CGPA kalau dapat cantik.

Points Resume…

Boleh tulis semula di word untuk point point buat resume korang nanti…

Isi Kandungan Resume

Korang boleh download isi kandungan yang dalam gambar atas ni di sini. Saya sudah sediakan dalam notepad untuk anda copy paste.

***Untuk temuduga saya yang baru ni, apply untuk jawatan yang saya memang sudah ada pengalaman. Dua orang manager + satu senior staff manager tu langsung tak tengok saya grad dari U mana. Bermaksud, mereka lebih berminat dengan pengalaman saya.

Untuk Impressssss Kan Majikan, saya cadangkan..

Anda beri focus 3 bahagian ni. Header, Center, Footer..

Header
– yang biasa kita akan tulis nama, no tel, alamat semua..

Center – Isi kandungan resume kita.

Footer – Untuk pastikan mereka baca dan kenal kita sampai habis. Sebab bahagian referrences pun sangat penting juga.

in total, design pun kena cantik cantik juga…

Antara contoh design resume yang cantik….

Saya ada 3 set untuk anda tengok set 1, set 2 dan set 3


Seperti yang dijanjikan, saya dah siapkan video panduan cara buat resume ni. 6 tahun pengalaman cari kerja saya curahkan semua nya FREE dalam video ni. Boleh tonton kalau nak. Masukkan nama samaran tau, bukan nama penuh!

Sebelum saya bagi penerangan dengan detail bagaimana anda boleh buatkan setiap point anda standout. Elok juga kalau anda hadam dulu format format resume. Tak penting pun follow nya sebijik sebijik. Tapi sekadar nak faham tu boleh la…

Ini dia… Contoh Resume Format Malaysia!!!

Header – Bagaimana nak buat header yang memikat.

Header walaupun butirannya boleh kata lebih kurang sama dengan resume lain. Tapi masih lagi dibezakan dengan cara anda mem-present-kan nya.. ( pelek juga ayat saya ni, harap faham lah )

Ye la, kalau tak tunjukkan gambar, alamat, email, no tel, apa lagi nak di bagi tahu kan?

Tapi kita boleh buatkan header resume kita nampak best dengan mentampilkan design design dan structure presentation yang menarik. Terumatanya jenis resume yang ‘modern design’.

Seperti contoh dua header di bawah

Sudah pasti yang disebelah kanan nampak lebih appealing kan?

Nama : pastikan buat tulisan untuk nama anda lebih besar sikit dari tulisan lain. Bold..

Alamat : tak perlu alamat detail sampai no rumah semua. Cukup sekadar taman/daerah/negeri. Boleh juga jimat space.

Email : jangan guna email cuteboy@gmail.com ya. Merepek. Guna nama penuh dan formal.

No tel : kalau boleh, letak no tel dua. Mana tahu takut takut anda tak angkat.

Objective Summary

Saya percaya, ramai yang akan rasa blur juga kalau nak siapkan ayat untuk objective. Actually saya pun macam ni juga.

Untuk saya, saya suka kalau gunakan teknik + format yang disediakan oleh resumegenius.

Ini dia…

Atau pun,

Secara mudahnya, kita akan bahagikan isi kandungan yang memang saiz ciput untuk objective ni kepada 3 bahagian..

1st: Self introduction via mentioning your strongest (provable) traits

2nd: Telling the hiring manager which role you want to fill

3rd: Emphasizing that you are reliable, and have company goals in mind

Maka, terhasil lah apa yang saya buat di bawah ni… Lama juga nak fikir…

Feel inspired to improve production with no excuse for qualities but still with better output. I’m seeking to continue my best fourth consecutive years as Process Technician. I may not learn fast, but I trully believe that I can perform and be at level of your expectations.

Or

More than 4 years experienced in semicon industry. Starts with bare wafer production as Process Technician in Final Cleanear, Wafer Fab in Lithography Process as Shift Assistant Engineer, and in Assembly Line as Die Attach Process Technician.

Benda ni, perlukan masa sikit nak fikir. Itu sebab, dalam rangka saya untuk siapkan resume korang semua ni.

Saya bahagikan kepada beberapa bahagian..

  1. Kita belajar buat resume secara video
  2. Lepas tu, kita cantik cantikkan resume juga secara video. “Saya tunjuk guna premium resume design”
  3. Baru lah kita akan sibuk kan diri untuk apply kerja, masa ni anda tak perlu susah susah rujuk artikel saya yang panjang ni, 10 Cara Cari Kerja Kosong, sebab saya akan bagi satu checklist yang saya hias comel comel untuk anda follow.

    **tapi saya harap sangat juga untuk anda baca artikel 10 cara kerja tu, sebab saya ada bagi tips tips manis sikit di sana.

Seterusnya, kita belajar cara nak tulis point point dalam bahagian skills dan strength pula..

Skills + Strength..

Sebenarnya, bila kita buat resume ni..

Bukannya perlu olah ayat sendiri sangat. Tapi lebih kepada anda tengok pada point point jawatan kosong yang ada. Seperti contoh di Jobstreet atau MauKerja. Jadikan point point tu sebagai point point anda. tapi kena olah olah sikit lah. Jangan bulat bulat copy..

Tak pa, nanti di bawah saya akan bagi contoh yang bagus dan contoh yang tak bagus..

Tapi sebelum tu, saya nak anda faham dan pastikan guna ciri ciri cara tulis skills yang saya cadangkan di bawah.

  1. Keep it short – jangan terlalu panjang.
  2. Buatkan nya ia bullet point, jangan tulis karangan
  3. Masukkan sekali success rate – ini penting kalau anda memang mampu buat, nanti saya akan ulang lagi sekali bila saya guna point ‘success rate’ ni.
  4. Terbaik kalau anda masukkan data atau nombor, seperti contoh, “dengan saya buat ‘itu’, saya berjaya tingkat output production sebagai 30%”. Contoh lah ya…
  5. Hanya masukkan point yang relevant sahaja, pengalaman atau skills yang tak kena mengena simpan buat pekasam. Atau pun pendek kata, kita akan lebih kepada nak buat format resume jenis ‘functional resume’. Ada faham? Ada baca tak saya note kan format resume tadi?

INGAT!!! Point yang relevant dengan apa yang kriteria yang majikan nak sangat sangat CRUCIAL…

Dan contoh nya pula..

Contoh Yang Tak Good..

Know how to use AutoCad

Experienced how to handle XXXX machine

Dan contoh yang Good nya..

Know how to use AutoCad, refer attachment to view some of example of my design.

Experienced how to handle XXXX machine for 3 years.

OK……..Jelas tak?

Saya bagi lagi 1 contoh..kali dalam bahasa melayu lah.. pening aku nak translate

Boleh menaip dengan cepat ( untuk jawatan kosong kerani )

Jangan tulis macam tu, masukkan resultnya sekali.. Sebaliknya anda tulis..

Boleh menulis dalam 65 WPM ( word per minits )

**Kira nya saya bagi tahu terus berapa speed typing keyword saya. Oh ya, yang nilai 65WPM tu adalah nilai sebenar. Saya saja 1st time main main testing speed di http://typing-speed-test.aoeu.eu/

Korang try la juga..mana tau boleh buat resume dengan laju…

Ok. Kita moving on….

Cara Nak Tulis Bahagian Pengalaman Pula

Untuk company yang pernah anda kerja, tak perlu tulis semua tau. Tulis mana yang paling best, paling anda bekerja dengan cemerlang gemilang sahaja.

Contoh macam saya.

1st graduate saya kerja 5 bulan di kilang buat machine. Saya guna buang tau kat sini. Haha. Tapi ada saya tulis dalam resume? Idok ler

2nd kerja. Jadi operator…ada saya tulis? Idok juga.

3rd kerja, jadi technician.. hah ni baru tulis. Ibarat ini la permulaan kareer saya.

Ada lagi satu kerja, bahagian marketing. Ada saya tulis? Tak juga, sebab marketing kan tak relevant dengan jadi Technician. So saya tak tulis mana yang tak berkenaan atau mana yang saya kerja tak cemerlang. Lagi sekali, kita menggunakan antara ‘functional format resume’ factor.

Bila saya tulis bahagian pengalaman ni. saya suka bahagikan kepada beberapa bahagian.

  1. Tulis nama jawatan
  2. Nama kilang
  3. Description tentang kilang, kiranya saya bagi tahu kilang ni buat apa, produk apa untuk menunjukkan relevant nya dengan jawatan yang dipohon. Berapa jumlah pekerja juga saya tulis untuk menunjukkan syarikat ni besar.
  4. Dan baru la point point untuk task saya…

Seperti contoh…

Process Technician at ABC Company

ABC Company was one of top company in Ipoh. With over 5000 employees from 2 sites plant. It’s assembly production producing microchip.

Some of my task included:

Point 1

Point 2

Point 3

OK dah.. Jelas?

Tak ada contoh kedua dah ni…

Untuk apa dia point point tu, macam saya cakap tadi. Anda tengok pada ayat yang ditulis dalam iklan jawatan kosong, cuba copy copy sikit jadi kan ayat task anda. mana yang relevant lah. Jangan menipu. Dosa tu. saya tak eloborate lebih, sebab dalam video yang saya tunjuk kat atas tu saya sudah bagi contoh LIVE.. harap sangat untuk anda subscribe email untuk dapatkan video ni, supaya saya dapat bantu anda dengan lebih baik lagi..

Untuk adik adik yang tiada pengalaman, juga boleh jadikan point point masa buat bahagian ‘Pengalaman Praktikal’ berasaskan cara saya tulis di bahagian point pengalaman ni ya..

Point Education Pula…

Untuk bahagian EDUCATION, saya rasa mudah sahaja kot. Tak ada apa yang dijelaskan sangat pun.

Referrences

Ini tak kurang juga penting nya tau..

Kalau saya, saya suka tulis macam di bawah ni…

Saya conteng conteng sikit ya. Nanti kalau tak buat, lain pula yang jadi.

So apa yang saya letak ialah:

nama

no tel yang paling penting

relation – ini pun penting, kiranya saya bagi brief sikit pengenalan siapa lah depa ni..

Oh ya, perhatikan juga, bahagian references ni. Saiz tulisan saya kecil sikit berbanding yang biasa tau. Kenapa? Sebab bukan semua tulisan di resume anda perlu buat besar. Kecil pun x pe. Boleh jimat space.

Contoh macam email atau alamat pun boleh dikecilkan juga..resume kita pun akan nampak lebih kemas.

Few Notes Before We End

Kalau nak ikutkan tahap detail nya artikel ni kita boleh pergi lebih jauh lagi. Tapi cukup lah setakat ni saya rasa. insyaAllah, dalam masa akan datang, saya akan cuba upgrade lagi artikel seperti saya buat di artikel artikel saya yang lain. Supaya penerangan dan perkongsian saya lebih mudah untuk difahami.

Tapi saya sebelum saya tamat kan artikel ni, saya nak kongsikan lagi 2 perkara penting..

Penggunaan Tulisan yang mudah di baca.

Ikutkan pada sesetengah pendapat, bila nak pilih tulisan, pastikan guna sans serif. Sebab sans serif lebih mudah dibaca kalau di print.

Apa itu serif dan sans serif?

Serif yang melengkok di tepi hujung huruf tu. Antara yang popular untuk serif ialah Times New Roman, manakala sans serif ialah Arial.

Dan bila saya mula menulis artikel ni menggunakan microsoft word default font memang sans serif. Tapi kalau kita tengok website website besar, contoh macam Lazada, Amazon, Ebay dan macam macam lagi, mereka lebih banyak menggunakan Sans Serif. Sedangkan times new roman lebih nampak elok kalau baca di screen laptop.

So agak pelek di situ..

Apa apa pun, anda perlu lah hati hati dengan pemilihan tulisan. Jangan terlampau kecil, atau jarak antara perkataan tu terlampau jauh. Pastikan mudah untuk baca lah..

Yang terakhir ialah penggunaan modern design. Seperti di bawah:

Di Malaysia, saya rasa masih ramai lagi yang tak gunakan peluang ni. saya rasa lah, dalam kebanyakan resume yang saya jumpa. Baik kawan kawan share, atau pun yang saya curi curi tengok masa open interview.

So, sangat sangat la baik peluang ni kalau anda guna.

Oh ya, dalam video tutorial yang saya tunjuk, memang kita akan guna design design modern ni untuk buatkan resume kita lebih stand out.

Terima Kasih…

Alrite, saya rasa itu sahaja kot.

Terima kasih sebab luang kan masa.. sekarang ni, saya nak anda buat sesuatu pula untuk saya. Tinggalkan komen dan bagi tahu, apa yang anda rasa tak lengkap lagi artikel ni..

So…Apa dia? Eh, jangan lupa download video juga ya..Lebih mudah untuk saya terang…


Masukkan nama samaran dan email anda di bawah untuk dapatkan video nya…

The following two tabs change content below.
Saya tahu, bukan nak senang nak cari kerja. Tp sangat senang kalau anda tahu cara nya. Itu sebab saya sediakan SayaShare ni. Untuk berkongsi kenapa saya cakap ia tak sesukar yang anda sangkakan. Kenali saya di Biodata Saya, dan 7 tahun pengalaman kerja saya. Untuk apa masalah, boleh contact saya di sini, atau tinggalkan comment di bawah… InsyaAllah saya akan reply

8 thoughts on “Contoh Resume Terbaik 2017/2018 [ VERSI UPDATE ]

  1. Pengisian Syed Shaff sangat membantu saya. Terima kasih sangat-sangat. Unfortunately, di mana saya boleh dapatkan video yang awak terangkan tentang resume ini ya?

    1. Nurdiani sudah subscribe email ? subscribe dulu..nnt dalam 2 3 hari dari tarikh sekarng ni sy send..saya sudah rekod..cuma perlu edit sahaja..insyaAllah lagi 2 3 hari akan siap..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *