Cara Kira OT? Guna CALCULATOR INI ( Update 2023 )

image_pdfDownloadimage_printPrint

Lama dah saya sediakan artikel ni. Sejak 2017 lagi. Sekarang 2020, dan saya pun dah berhenti lama dah kerja kilang.

Artikel ni saya dah review berkali kali dah. Rasanya setiap tahun saya tukar untuk memenuhi permintaan di komen.

Antara yang biasa saya diminta ialah:

  • untuk saya kirakan pula berapa gaji anda. Jenuh juga tu tau. berapa ramai yang minta.
  • ada juga yang minta untuk tukarkan calculator yang saya buat dibawah kepada 8% kiraan untuk KWSP. Sebab pencarum KWSP ada dua jenis kan, sama ada bayaran 8 percent atau 11 percent.
  • ada juga yang minta, kirakan gaji untuk berapa hari anda bekerja. Terutamanya bagi adik adik yang baru mula bekerja yang mungkin tak lengkap 1 bulan kerja. Mungkin mula masuk kerja 10hb kan. Jadi gaji mesti nak kira 10hb bukan 1hb.

Semua semua ni saya akan cuba bantu dibawah ya.

Kalau tahun 2017 dulu, memang saya ada kongsikan persamaan dalam excel di atas ni.

Memang tak berapa sempurna sebab anda terpaksa download. Dan anda juga terpaksa buka guna excel. Tapi apakan daya, skill buat website saya tak berapa canggih.

Tapi sekarang ni, Alhamdullillah, 2020 kita buat azam baru, selepas 2 hari 2 malam saya buat, akhirnya siap juga kalkulator kira gaji dan overtime anda dibawah ni.

Cuba try…

Panjangkan kalkulator ni. Ya, terlampau panjang. Sebab saya tak tahu coding untuk buatkan dia jadi pendek, atau guna side sebelah kanan. So semua butiran yang anda isi berada di sebelah kiri. Kalau saya isikan juga disebelah kanan tak ada lah nampak panjang gini kan.

Calculator ini juga, baru sahaja saya edit hari ni, 9 September 2023. Sebab saya rasa macam ada yang tersalah kira untuk sebelum ni. Tapi tak apa, sekrang sudah OK, tapi bukan paling tepat ya. Anggap calculator ini anggaran sahaja.

Dalam calculator yang saya baru edit hari ini juga saya dah buangkan penolakan untuk socso, sebab socso ni sebulan memang tak banyak pun akan ditolak. So ia tak akan jejaskan sangat total net income gaji yang kita akan dapat nanti.

Cara Nak Guna?

Berapa hari anda bekerja dalam sebulan – kalau memang kerja isnin sampai jumaat. Mungkin dalam 26 hari sebulan. Kalau shift, macam saya dulu, mungkin 20 hari sahaja sebulan. Saya juga pernah kerja shift 16 hari sahaja sebulan.

So drag sahaja slider tu kepada berapa hari.

Jumlah Jam Bekerja – kalau anda shift, drag slider ke 12 jam. Kalau office hour, drag kepada 8 jam. Atau ada juga yang kerja shift 8 jam sehari kan!

Basic Salary dan Elaun – untuk basic salary self explanatory. Anda isi sahaja berapa basic yang dapat. Kemudian untuk bahagian elaun, pastikan anda tambah semua elaun telefon, transport, shift semua kalau ada. Tambah semua dulu ya. baru ISI.

KWSP – pilih skim yang mana satu, kalau tak ada. pilih tiada sahaja.

Monthly Salary ( Tiada OT ) – ini adalah jumlah selepas tolak sekali dengan socso. Socso ni tak banyak. Macam saya, bila basic 1740 pun. Socso potongan dalam 14 ringgit ja. So dalam formula ni, saya ambil total deduction socso dalam 0.5% sahaja daripada basic.

Saya pun tak pasti berapa sepatutnya yang akan ditolak. tembak ja 0.5% tu


Pengiraan Jumlah OT ( auto calculate ) – Kalau anda kerja ada OT. boleh teruskan lagi isi ruang dibawah. Kalau tak. rasanya pengiraan sampai Monthly Salary Tiada OT sudah selesai. Untuk ruangan ni, sebenarnya note untuk saya program kalkulator ni untuk tolak or tambah, or darab or bahagi di bawah nya. Tapi kalau anda nak noted untuk berapa gaji anda bagi rate 1.5 or 2.0 boleh juga.

Bila kerja kilang terutamanya, memang akan ada rate OT yang 1.5, Off day namanya.

Atau macam saya dahulu, kalau rest day dapat 2.0. Kalau kerja public dapat 3.0

Isi tempat kosong bawah berapa jam anda OT – seterusnya, untuk ruangan terakhir di bawah.

Anda mesti isi dalam unit jam ya. Contoh kerja 1 hari untuk shift 12 jam. Jangan tulis 1 sahaja. Sebab unit itu dalam jam. Jadi anda tulis 12 jam. Contoh macam saya tulis di atas, 60 jam

Dan terakhir…

Selesai!!

Adakah pengiraan saya tepat? Sudah pasti tidak. Sebab setiap tempat kerja memang lain polisi dan cara kiranya. Cuma untuk diatas yang saya buatkan untuk anda ni adalah yang general. Atau kebiasaannya.

Untuk faham lebih detail, macam mana saya come out dengan formula kalkulator di atas. Anda boleh cuba cuba penerangan untuk pengiraan di bawah ya.

*pengiraan dibawah ini adalah hasil daripada penulisan saya yang lepas. Kira tahun 2018 lagi rasanya. Dan bila saya cuba cuba semula dengan kalkulator yang di atas ni. Jumlahnya lebih kurang sama.

beza dengan socso sahaja. Sebab saya terlupa nak tolong socso. Itu sebab dapat RM 1749.02


Dan Penerangannya..

Mula mula kita kira berapa OT untuk satu jam.

( Basic / 26 hari ) bahagi ( 8 jam ) = Gaji Untuk 1 jam

1 jam ini pula darab dengan 1.5 sebab itu normal rate. Macam kilang saya ada yang 2.0, ada yang 3.0 pun. 2.0 ni biasa public lah, dia akan kira double.

So untuk pengiraan di atas.

( 1200 / 26 ) bahagi ( 8 jam ) = RM 5.769 <<< ini adalah jumlah GAJI Untuk 1 Jam

Sekarang, saya akan darab dengan 1.5 untuk tahu berapa pula gaji dikira kalau OT dalam 1 jam, untuk rate 1.5

Maka, RM 5.769 x 1.5 = RM 8.635 ( ini adalah rate OT untuk satu jam )

Tadi rate OT di atas ada 2 jam untuk satu hari kan?

So dalam sebulan, ada 26 hari bekerja. Dalam 26 hari bekerja akan ada 52 jam ot (26 hari x 2 jam)

52 jam OT x rate OT 1.5 = 52 x RM 8.635 = RM 449.02 ( ini jumlah OT sebulan )

Dan total nya

Basic + OT + elaun = Gross Income…

RM 1200 + Rm 449.02 + RM 100 (elaun) = RM 1749.02


Persamaan excel yang saya buat dibawah juga dapat lebih kurang sama. Iaitu RM 1601.3. Kira tak jauh sangat beza dengan kalkulator di atas, Sebab bila saya kira guna butiran di yang sama. monthly last akan jadi RM 1612.

Kiranya, saya nak bagi tahu. Kalkulator yang saya buat di atas, rasanya dah betul sangatlah kan. Cuma kalau ada yang rasa macam salah, minta bagi tahu di komen ya. Saya perlukan feedback anda.

Cara Kira Gaji Saya Pula

Macam saya cakap tadi, setiap kilang atau company tu memang berbeza cara kiranya. Dan masa saya kerja di Kedah. Dalam tahun 2016 hingga 2019. Memang tak akan dapat kalau guna kalkulator di atas tadi.

Sebab memang berbeza. Saya dah berhenti kerja yang sekarang, sebab dah focus perniagaan sendiri.

Berikut, adalah cara kira gaji semasa saya kerja di kilang Kedah. Lain sikit caranya.

Begini

( Basic + Elaun ) x 12/2184 = Kadar OT Satu Jam

Lepas tu darab macam biasa dengan 1.5 atau 2.0 ikut pada hari saya bekerja.

Seperti contoh.

Basic saya RM 2k

[( RM 2000 + RM 340 ) x  12 ] / 2184) = RM 12.857 (untuk rate 1 jam)

Darab 1.5 akan jadi: RM 19.28

Kebiasaannya, saya akan target OT 80 jam.

So 19.28 x 80 = RM 1542

Maka

RM 2000 + RM 340 + RM 1542 = RM 3882.00

Oh ya, minus 11 percent ya untuk KWSP.

RM 3882.00 ini baru saya kira kalau kesemua 80 jam yang saya OT adalah rate untuk 1.5. kebiasaanya, rate 2.0 akan ada lebih kurang dalam 30%. Bergantung juga. Tapi lebih kurang dalam 30%.

Sekarang saya ambil kira kalau 30 jam adalah rate 2.0. selebihnya 50 jam adalah untuk 1.5

Rate untuk 1.5 = RM 19.28

Rate untuk 2.0 = RM 12.857 x 2.0 = RM 25.714

Makanya….

25.714 x 30 = RM 771.42

19.28 x 50 = RM 964

Total: RM 1735.42 ( baru jumlah OT )

Dan totalnya,

RM 2000 + RM 340 + RM 1735 = RM 4075 (nanti tolak 11% sendiri)

Dan untuk basic gaji RM 1000 pula

Untuk anda yang gaji RM 1000, berapa pula jumlah OT ialah, anda perlukan maklumat di bawah.

  • Basic berapa: RM 1000 lah kan
  • Jumlah OT berapa
  • Elaun berapa
  • Elaun tambahan berapa, maksud saya begini. Contoh macam saya sendiri, elaun setiap bulan memang sudah dalam RM 300. Tapi kalau saya OT pada waktu malam, akan tambah RM 15.

Dan buat lah seperti pengiraan di atas.

Berapa Banyak Boleh Dapat Bila OT?

Untuk kira gaji ini, kalau ikutkan pengalaman saya, mula mula saya pun tak perasan benda ni. Kawan yang cakap dulu. Ialah, jumlah OT hanya akan ambil separuh daripada jumlah gaji pokok.

Bermaksud, kalau basic RM 1000

Biasanya total gaji anda kalau buat OT, akan jadi RM 1500

Sebelum ini saya pernah gaji RM 1500, anda boleh baca pengalaman kerja saya disini.

Dan bila di campur OT, akan jadi lebih kurang RM 1500 + ( separuh gaji ) = RM 2 250

Tapi masa tu saya OT kuat juga, so gaji saya lebih kurang dalam RM 2500.

Tapi memang tidak pernah sampai RM 3k

Bagaimana pula dengan basic RM 2000 yang saya kira di atas tadi.

Sepatutnya tak lebih RM 3000 kan?

Kenapa boleh sampai RM 4k?

Sebab kerja kilang. Memang tersangat bergantung kepada benefit yang company bagi.

Contoh, macam kilang saya ada 3 jenis bonus. Salah satu nya ialah profit sharing. Profit sharing ini maksudnya company akan bagi bonus setiap 3 bulan. Percentage lebih kurang dalam 0.3 percent daripada basic.

RM 4075 di atas adalah bulan biasa, tidak termasuk profit sharing setiap 3 bulan.

Contoh katakan kena pula pada bulan yang ada profit sharing.

Pengiraan gaji adalah lebih kurang seperti di bawah.

0.3 x RM 2000 = RM 600 ( hasil dari bonus )

Makanya lagi…

RM 4075 + RM 600 = RM 4675

Selesai…

Harap anda jelas dengan cara pengiraaan gaji. Untuk pengiraan gaji kerja kerajaan saya tak pernah terpikir nak tahu pula. Walaupun, wife, kakak, adik, abng saya kerja dengan kerajaan. Sekarang jam 12.08 am, 13 September 2020. Wife pun dah ngantuk.

Nanti bila dia dah segar, saya akan cuba mintak payslip dia untuk guna kalkulator kita ni.

Biar dia tidor dulu. Nanti merajuk pula kan.

Apa apa pun, sebarang feedback ataupun penambahbaikan, sangat sangat dialu alukan ya.

Kalau ada yang boleh share saya payslip anda pun ok. Boleh saya matchkan dengan kalkulator kira gaji ni.

Assalamualaikum.

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

94 comments On Cara Kira OT? Guna CALCULATOR INI ( Update 2023 )

  • Bukan itu maksud saya betul ke pengiraan gaji ot public mesal kata gaji sehari saya rm50 Klu double rm100 so rm 50 tu dia bayar asing katanye public payment,lagi rm50 tu dah termasuk dlm basic Rm1500 tu,rasa mcm tak puas hati,Sebab basic…. basic kan tak blh campur ot dlm bisic kan

  • saya nak tanya kalau basic 2100 tapi time keje dari pukul 9am hingga 7pm macamana kira gaji dan ot nya

    • Salam Cik Diana, senang je tu
      Cuba isi
      jumlah hr bekerja = katakan 26 hari awk kerja sebulan
      jumlah jam bekerja = pilih la yang 10 jam
      basic salary = 2100
      elaun = kalau ada
      epf = pilih 8 atau 11 percent

      lepas isi semua ni, akan keluar semua yang awk nak cari tu

  • saya nk tanye gaji sehari pengawal keselamatan as buffer aka penampal tempat kosong
    sedangkn company skrg cuma bayo 65 rm sahaja utk keje 12
    kini saya nk buat tuntutan di jtk maka mereka suh kita kira sendiri pla
    bape company bayo taw la nk taw bape sepatutnye dpt gaji sehari mengikut akta

  • xde potongan epf n socso

  • Terima kasih, mmg bagus page ni utk faham kiraan gaji

    Mana mana pun tak dapat answer sama ada utk allow kena bayar OT tidak.

    Sini siap bagi kalkulator.

    Terbaik. Semoga dirahmati.

  • Bang. Tolong repost semula. kalkulator tu dah hilang

  • Slm..tuan ada app. Kakulator diatas tu…

  • Mudah Faham.. Terima Kasih

  • hi, sy bekerja di kedah. betulker kat krdah ni gaji bulan februari kiraan dia lbh kurang dari bulan2 yg lain? dari 26 hari bekerja jd 24 hari bekerja pd februari.. OT untuk setiap bulan tak darab dengan 1.5 kecuali kalau kerja pd rest day jer darab 1.5.. minta pencerahan pls.. terima kasih.

  • ASSALAMUALAIKUM TUAN,

    Basic saya RM 2k
    [( RM 2000 + RM 340 ) x 12 ] / 2184) = RM 12.857 (untuk rate 1 jam)

    Pertanyaa saya….., /2184 (dapat kiraan dari mana yea Tn…. saya kurang faham dari mana keseluruhan firgue dapat..

    mohon pencerahan

    terima kasih

    • hah ini la yg sy maksudkan. dulu company sy kerja pun lebih kurang gini juga. ada 2184 tu. sejujurnya sy x pasti 2184 ni maksud kepada apa. time saya kerja hr tu pun saya duk terfikir juga nak tanya hr apa benda. tp x sempat, sebab dah behenti. haha

  • Oh begitu,

    baik terima kasih Tn

  • Nasip ada kiraan gaji macam ni.
    Asik kena tipu jer pasal ot ni🥲🥲

  • 1900 x 12 / 2184 ? 2184 tu apa mksud bang

    • 2184 ni formula yang HR saya guna dulu. saya pun x tak tahu mana dia dpt 2184. sebab setiap HR akan ada cara kira dia sendiri. yang sy tunjukkan dalam calculator atas ni adalah yang standard

  • Assalamualaikum bang. Perkenalkan, saya Wann dari salah satu negeri di Malaysia. Saya berminat dengan segala yang abang kongsikan di Blog ini. Saya sebenarnya seorang penulis muda yang baru habis SPM, result UPU pun tak keluar lagi jadi agak susah untuk saya menulis (sebab novel saya tu ada watak yang tengah sambung belajar). Jadi saya nak minta jasa baik abang (kalau abang tak keberatan), saya nak tahu perjalanan sambung belajar abang. Macam tahun 2011 tamat SPM, lepas tu tahun 2012 sambung dekat kolej, ambil course sekian-sekian. Lepas tu habis diploma selama beberapa tahun tu, abang sambung belajar lagi ke (ni saya bagi contoh supaya senang abang nak cerita. Abang cerita perjalanan sambung belajar abang lah ye hehe. Tak kisahlah sampai tahap mana pun abang belajar heheh. Kalau abang taknak sertakan umur abang macam 2011 abang 17 tahun, 2013 abang umur 19 tahun pun tak apa sebab saya boleh je kira sendiri heheheh) Btw, saya ingat nak minta jasa baik abang ni melalui IG je tapi tak jumpa hahah jadi sebab tu saya ambil keputusan untuk tanya abang dekat komen ni. Aaa tu jela kot. Terima kasih dan selamat maju jaya, bang. Assalamualaikum.

    • wasalam. saya pun tak pasti nak cerita tu macam mana. kalau sekadar soal jawab boleh la kot. untuk saya buat ayat karangan satu satu mungkin susah sikit.

      • Oh yake… Kalau macam tu, saya nak tanya abang.
        1. Lepas SPM abang pergi mana (Uni/poli/form6 apa apa je)
        2. Ambil course apa
        3. Berapa tempoh belajar (maksud saya, dari mula2 sambung belajar lepas SPM sampailah habis belajar utk tempat tu saja. Tak termasuk tempoh abang sambung lagi dan lagi)

        Tu je kot. Harap soal siasat ni dapat mudahkan abang menjawab. Arigatou gozaimasu.

  • Assalamualaikum encik,
    pengiraan kat sistem ade yang salah di bahagian OT mengikut warta sekarang iaitu gaji minimun RM1500.
    sepatutnya
    RM 1500/26/8 = 7.21.
    1.5 = 10.81
    minta encik betulkan balik, sbb saya sangat suka sistem encik untuk saya jadikan rujukan.
    maaf atas teguran ini Encik..

  • Assalamualaikum boleh tak sekiranya tuan bantu utk tambahkan satu lagi formula atas pengiraan OT 1.5 tu dengan pengiraan OT 1.0? Sbb ada syarikat yg mmbyr kerja lebih masa pekerja dgn OT 1.0 ats sbb trtntu. Apa pun suka utk sy ucapkan terima kasih kpd tuan sbb buat formula ni utk mudahkan pengiraan gaji. Sy puji kesungguhan tuan utk bantu semoga di ats pertolongan tuan Allah akan permudahkan urusan tuan dunia akhirat. Aaaminn.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer