Tiada Rekod Untuk Pengalaman Kerja di Singapura

image_pdfDownloadimage_printPrint

Assalamualaikum, saya minta maaf banyak banyak. Dalam blog saya ni, memang tiada tips yang boleh saya kongsikan untuk anda yang teringin cuba cuba cari kerja kosong di Singapore.

Kebanyakan kenalan saya pun, hanya bertukar negeri sahaja. Tiada lagi yang sampai ke Singapore. Saya sendiri pun sekadar bertukar negeri sahaja, saya ada kongsikan tips merantau, pro dan contaranya di post ini.

Teringat Pula Akan Kawan INDIA

Kalau nak diikutkan ada,memang ada. Cuma saya sudah terlepas contact dengan dia.

India kawan saya sorang ni. Masa tu dia kerja sebagai Technician Lif di Singapore.

Yang technician lif ni tak sempat saya nak tanya banyak, sebab masa tu saya sudah nak berhenti untuk masuk ke kilang yang ke 4, Carsem. Anda boleh baca salah satu post turutan kerja kilang saya di post, pengalaman interview.

Biasalah, saya boleh kata kaum India memang pelopor kerja di sana. Memang ramai juga kenalan kepada kenalan saya yang banyak cerita tentang ini, so, memang banyak India kita Malaysia ni akan berhijrah ke sana. InsyaAllah, nanti kalau saya dapat kenal kenal kawan yang pernah kerja sana, saya akan minta diorang kongsikan tips nya untuk anda ya.

Seperti contoh soalan yang mungkin saya tanya:

  1. kerja apa tu sudah pasti lah
  2. dapat maklumat kerja kosong daripada Jobstreet atau tempat lain
  3. berapa gaji – masuk bank Malaysia terus atau bank Singapore dahulu
  4. Tax dari kerajaan Malaysia pula berapa
  5. tinggal dalam Singapore atau pun ulang alik daripada Johor

dan macam macam lagi lah apa yang diorang ni boleh kongsikan.

pengalaman kerja di singapura

Betul ke? Apply kerja elok, pergi sana jadi cleaner?

Ini saya pernah terdengar. Dan terbaca dalam website forum. So anda hati hati ya.

Kalau ada antara anda yang terdengar juga mungkin boleh share di comment bawah nanti.

Kos di sana?…mak ai.. Sudah pasti kan…

Yang ini pun perkara yang bukan lagi mitos. Memang di sana tersangat semua nak di cas. Ala ala GST gitu…

Lagi apa ya nak cakap.

Hah, kalau betul nak kerja sana. Paling baik guna jobstreet. Ini sahaja platform yang kita boleh PALING percaya. Boleh rujuk panduan isi borang jobstreet yang saya sediakan.

Baca article ini pula, saya kongsikan 4 cara untuk anda dapatkan kerja kosong swasta

Update Cerita 1

Hah ni, saya nak update satu cerita pasal salah sorang kawan saya yang dapat kerja di Singapore. First sekali, maaf la kalau siapa yang takut pula sebab saya cakap apply engineer sampai sana jadi cleaner tu. Tapi memang saya biasa dengar benda tu. Cuma tak sure la akan kepastiannya.

Tapi apa yang berlaku sekarang ni memang betul betul terjadi. Ada sorang kawan saya, dari Filipina. Tapi dia bukannya minta kerja macam orang indon yang datang Malaysia tu. Tu semua by agen kan. Kiranya orang Indon semua tu hanya harapkan agen untuk setelkan semua. Tapi ini Filipina yang datang sendiri dan memang kerja pun apply sendiri. Rasanya lepas dia kerja dekat kilang yang saya kerja sekarang, lebih 3 tahun kot. Tiba tiba dia pindah kerja di Singapore, nama company tersebut ialah Global Foundaries. Memang antara syarikat besar semicon juga di dunia..

So cara dia apply? guna Jobstreet. Orang Global tu datang kat Penang untuk interview. Dan kawan saya ni dah start kerja lebih 5 bulan juga..

so boleh la kalau korang nak try, guna facebook. Lepas tu cuba tengok company profile tu kat Linkedin, atau Google Maps untuk tau kewujudan bangunan nya. Tapi kalau target company yang dah establish tiada masalah kot kena kencing ni kan…

tamat..

Saya ada lagi sorang kawan yang baru kenal. Ya dia ada pengalaman kerja di Singapore. Nanti saya sembang dengan dia ya. kerja banyak, kadang kadang memang tak sempat nak sembang….Baik lah..babai…

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

5 comments On Tiada Rekod Untuk Pengalaman Kerja di Singapura

  • Tengah fikir-fikir nak kerja di singapore. Tapi bila baca entri tuan, kata apply engineer tapi jadi cleaner tu, takut jugaa. huhu

  • Assalamualaikum bro, baru ni saya dapat tawaran kerja di Singapore sebagai shift technician di Kinetic Process System. Basic ditawar $1400. Elaun phone $50. Elaun attendance $50. Elaun kurang ambil MC, Urgent Leave, & lain² setiap 6 bulan $400. Boleh bagi pandangan tak, gaji beserta elaun ni standard gaji diploma atau tak?

    • Wasalam, bila dah bekerja di luar negara ni 1400 dollar singapore itu dikira berbaloi juga. sebab sudah cecah 4000 lebih ringgit juga. banding kalau kerja tech di Malaysia, paling tinggi fresh grad pun boleh dapat dalam RM 1800 macam tu. Selepas 5 tahun bekerja pun belum tentu boleh cecah 3000 untuk basic kalau tech di Malaysia. Saya start gaji basic tech di Malaysia adalah untuk kawasan industry yang besar2 ya, contoh macam di Kulim, Batu Kawan, Batu Maung, Selangor, Johor dan lain lain. Kalau di Ipoh, starting dip RM 1100 sahaja. haha

      So ia berbaloi, tapi, 1400 dollar singapore adalah rendah juga kalau kita banding kan standard gaji di sana. sebab standard boleh dapat 2200 dollar singapore. zaheran boleh tengok sini, https://sg.indeed.com/career/technician/salaries.

      Dan andai kata, kalau zaheran nak beli rumah di Malaysia, dalam masa bekerja di singapore, gaji minima ialah 9000 ringgit malaysia. bermaksud, dalam dollar singapore lebih kurang 3060 dollar singapore.

      • tapi , boleh la cuba. bukannya maksud saya tolak. mungkin try dulu kerja tengok macam mana, kenaikan semua. kalau kenaikan banyak, dan ot pun banyak boleh capai 9000 kira cantik dah tu. dan boleh beli rumah di Malaysia. 9000 gaji minima ini untuk CIMB sahaja ya. kalau MBB semua itu lain, saya dah tanya dah banker MBB tapi depa tak reply lagi.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer