Bila saya datang temuduga, tak kesah la yang open ke yang dipanggil ke, yang ada notice dari Jobstreet ke. Benda yang paling saya gabra/takut/leceh/benci ialah QUIZZZZZ… Temuduga, saya rasa macam boleh handle lagi. Gabra sikit sikit tu biasa lah, tapi masih lagi tak merisaukan sangat sangat lah. Kalau takat soalan gitu gitu, gini gini InsyaAllah boleh lah. Berkas usaha dan prepare kita kan. Tapi quiz..adoi.. Quiz ni, memang soalan nya sikit tau. Dan kadang kadang soalan dia tak susah mana …
Category: Soalan Temuduga
Sebelum mula, saya minta sorry kat Anis Shazwani yang tinggalkan kat komen, tapi saya reply lambat. Benda urgent ni… Sebenarnya, bukan Anis je, banyak lagi yang saya lambat reply dan ada yang tak reply reply pun. Saya pun dah tak tau email tu kat mana, sebab berada di bawah punya bawah punya bawah sana nun.. Sebab tak reply? Erm..sebab salah saya sendiri kot..malas dah nak cari alasan lain.. Hari tu, ada orang tanya, cara nak reply apakah sumbangan yang anda …
Terus terang saya sendiri, memang tak pernah hadir mana mana temuduga kerajaan. Isteri saya ada. Saya langsung tak pernah. Tak pernah dipanggil pun. Saya ada juga tanya tanya wife saya, tapi dia ingat ingat lupa pula. Nak tanya adik beradek segan pula. Sebab 3 beradek saya yang memang kerja dengan jabatan kerajaan. Department yang berbeza. So soalan yang saya petik di bawah adalah rumusan dari artikel yang ada di internet yang saya olah untuk buatkan penerangannya lebih mudah di fahami. …
Baiklah… Untuk sebelum ni. saya ada kongsikan soalan soalan lazim bila anda datang temuduga. Memang bagus anda praktis soalan soalan yang macam ni. Ibarat macam sudah menjadi soalan bocor kan. Tapi itu soalan yang lebih bersifat general. Sekarang, post yang ini. saya nak kongsikan soalan khas yang akan ditanya andai kata anda ni masih lagi fresh graduate pula. Beza Soalan Yang Sudah Bekerja Dengan Fresh Graduate. Sudah pasti melalui pengalaman yang diraih. Penemuduga memang lebih berminat untuk tahu pengalaman apa …
Alright, saya ada ingatkan sebelum ni. lupa da di artikel yang mana satu. Tujuan kita untuk tanya soalan bukan nya hadap sangat nak tahu. tapi atas beberapa sebab: Untuk menunjukkan sifat diri yang bagus Untuk mengawal sesi interview anda supaya tak nampak macam muram Dan, ok lah untuk kita hadap sikit, dan tahu akan beberapa perkara masa bekerja. Saya nak ulas point pertama dan kedua tu serentak. Sebab situasi berlangsungnya lebih kurang sama. Perasan tak? Untuk siapa siapa yang pernah …
Salam. Benda ni pernah terjadi pada saya. Masa tu saya pergi temuduga untuk TNB. Sekarang 2017. Rasanya, benda ni jadi dalam tahun 2013 atau 2014. Si Penemuduga ni tanya…. OK macam ni. sekarang ni, awak kerja dalam industri semicon. Kerja awak dalam aircon. Awak pakai pakaian bersih. Tiada habuk. Banding dengan jawatan technician TNB yang awak nak mintak ni bukan macam kerja dengan semicon lagi dah. Awak akan kerja bawah panas terik. Habuk. Risiko juga semua segala… Apa yang awak …
Apakah cara yang paling senang untuk jawab? Jawapannya ialah….anda kena praktis.. kalau tak praktis, memang bila tengah temuduga tu. anda akan jadi blur. Itu sebab, dalam siri panduan lengkap temuduga saya. Saya ada bagi tahu, peruntukan sekurang kurangnya 3 hari untuk praktis berdialog. Kena praktis. Kalau tak praktis, masakan boleh anda harungi nya dengan baik… Praktis tu pula. Jangan saya cakap 3 hari tu, maksud nya anda buat 3 kali.. Bukan.. Tapi…. Pagi sekali, tengah hari sekali..petang sekali..dan yang penting …
Maaf ya, kalau tajuk bunyi macam hype sikit. Apa yang saya nak kongsikan ialah, saya akan bagi tahu anda 10 contoh soalan berserta jawapan, dan lagi 35 saya akan senaraikan di bawah. 35 soalan ni, korang pilih yang mana satu nanti saya akan reply dan kongsikan. So, saya kongsikan yang 10 soalan sahaja dahulu tau. 10 Senarai Soalan Temuduga Berserta Jawapan Assalamualaikum, saya percaya ini adalah antara maklumat yang paling orang ramai na tahu. Tambah tambah lagi bila saya kongsikan …
Social Profiles