Panduan Lengkap Temuduga

Assalamualaikum Semua…

Tujuan saya sediakan page ini adalah untuk saya kumpulkan segala maklumat yang patut ANDA faham sebelum menghadiri temuduga. Sebab, susunan artikel yang saya submit dalam blog ni, memang tidak ikut turutan. Kadang Kadang artikel yang sepatutnya saya dahulukan, tapi saya ter lambat kan.

Nak buat macam mana, kadang kadang idea tak sampai. Untuk itu, saya sediakan page ini supaya anda boleh refer satu persatu, dari awal hingga akhir, APA YANG PATUT ANDA BACA MENGIKUT TURUTAN.

**Salam, page ini saya masih lagi dalam proses nak buat, susun, bagi elok sikit. InsyaAllah, lagi 2 3 hari boleh siap dah ni. Nanti saya buat ya…

Bagaimana saya mampu sediakan panduan ini?

Nak Kenalkan diri sikit lah, anda boleh baca lebih panjang di Tentang Saya. Yang di bawah ni, summary sahaja.

Saya sudah bekerja lebih 7 tahun dalam industri swasta. Dalam tempoh 7 tahun ni, memang bukan senang. Dulu masa tengah study, ingatkan kalau kelulusan Diploma, confirm la gaji akan RM 1500 sekurang kurangnya sebulan.

Padahal….erm nasib nasib.

Saya pernah kerja gaji 100 hengget sahaja sebulan. Lepas tu, pernah gaji operator RM 700 sahaja sebulan.

Masa tu, boleh kata saya di ambang blur.

Tak tahu, tak reti, tak faham nak cari kerja yang betul tu macam mana. Tapi sekarang, Alhamdullillah. Saya pernah dapat gaji sampai RM 5 200 sebulan. Paling banyak lah tu. Pernah juga, dapat gaji RM 4000 straight tiga bulan. Ni dah kira hebat sangat lah ni.

Semua ni saya capai sebelum umur 30. Sekarang 29..huhu

Tapi semua ni bukan nya datang tiba tiba. Kalau tak disebabkan mindset dan usaha dan berkat dariNya yang tak putus putus turunkan rezeki untuk saya dan isteri. Memang tak akan dapat.

Oh ya, saya pun dah berkahwin.

Ini Cerita Saya….

Saya belajar cara susah, saya kena explore sendiri. Nak kena browse tips temuduga sendiri.

Ingat belajar tips temuduga kat U dulu cukup ke? Tak cukup WEI…

Tapi untuk anda. InsyaAllah, panduan ini sedikit sebanyak akan membantu.

Saya sediakan panduan dan blog ini untuk anda faham DUNIA PEKERJAAN ini macam mana…

Baiklah, dengan lafaz Bismillah, saya mula ya.

Untuk buat kan pembelajaran anda pasai Temuduga ni dengan lebih baik. Saya bahagikan kepada 6 peringkat. 6 peringkat ini merupakan proses yang anda bakal lalui dari mula sediakan resume, sampai lah anda berjaya dapatkan kerja.

Ingat…Saya tahu benda ni 4 atau 5 tahun lepas graduate. Kalau lah saya tahu lebih awal, kan bagus. Dan InsyaAllah ini yang anda akan dapat.


Peringkat 1 – Penyediaan Resume

Macam biasa, untuk peringkat pertama, kita akan belajar cara buat resume dengan betul. 2 faktor penting yang kita akan belajar nanti. 1, mesti buat resume yang cantik cantik. Kedua, apa yang kita tulis tu mesti compelling. AYAT MESTI POWER..

Klik Sini untuk overview Peringkat 1


Peringkat 2 – Cara Apply Kerja

Ok, in my arsenal. Saya ada 10 cara untuk cari kerja. ( mungkin lebih sebb saya akan tambah nanti ). Tak termasuk lagi dengan cara online dan juga cara fizikal. Saya rangkum kan dalam satu post. Dan anda boleh follow flow yang saya buat satu per satu…

Klik Sini untuk overview Peringkat 2


Peringkat 3 – Follow up ( Resume ) untuk dapat Temuduga

Alright, resume cantik dah siap. Apply kerja pun dah buat. Tapi tiba tiba krik krik pula. So saya akan ajar cara nak follow up…

Klik Sini untuk overview Peringkat 3


Peringkat 4 – Persediaan Temuduga + Quiz

Yang ini bahagian paling panjang. Saya akan kongsikan banyak benda juga di sini. Dan juga Quiz. Kiranya ada juga soalan soalan bocor yang mungkin di tanya…

Klik Sini untuk overview Peringkat 4


Peringkat 5 – Di Hari Temuduga

Yang ini saya kongsi pengalaman saya sendiri. Dari pagi hari nak temuduga tu, sampai anda duduk di depan orang yang nak menemuduga tu. Saya akan kongsi, apa anda patut buat…

Klik Sini untuk overview Peringkat 5


Peringkat 6 – Follow up ( Temuduga ) untuk dapat Kerja

Tadi kita belajar follow up resume yang di hantar, tapi sekarang saya akan kongsi cara follow up badan kita pula yang dah pergi temuduga. Apa cerita kan. Saya akan kongsikan cara terbaik yang saya sendiri buat.

Klik Sini untuk overview Peringkat 6