Sejauh Mana Maklumat COMPANY Yg Kita Perlu Tahu Semasa Temuduga

image_pdfDownloadimage_printPrint

Sebelum mula, saya minta sorry kat Anis Shazwani yang tinggalkan kat komen, tapi saya reply lambat. Benda urgent ni… Sebenarnya, bukan Anis je, banyak lagi yang saya lambat reply dan ada yang tak reply reply pun.

Saya pun dah tak tau email tu kat mana, sebab berada di bawah punya bawah punya bawah sana nun..

Sebab tak reply?

Erm..sebab salah saya sendiri kot..malas dah nak cari alasan lain..

Hari tu, ada orang tanya, cara nak reply apakah sumbangan yang anda boleh bagi pada syarikat pun saya tak setelkan lagi artikel nya..

Update – DONE > ini dia artikel cara nak jawab sumbangan yang boleh bagi pada syarikat

InsyaAllah saya akan usaha lebih lagi untuk pelawat pelawat blog ni ya…

Ok, so untuk menjawab soalan Cik Anis ni ialah… Tak perlu kalut mana pun..

Awak tau sikit sikit pun sudah cukup.

Maksud saya, contoh lah katakan ianya adalah kilang semicon.

So tau benda benda macam bawah ni pun dah cukup..

  1. Apa nama company – issh mesti le ye dak
  2. Apa produk yang company ini keluarkan
  3. Preview asas proses bagaimana produk yang dikeluarkan tadi di hasilkan. Maksud saya, dari raw material tu, sampai ke product yang dah siap..apa proses nya. Tak perlu detail sangat, roughly pun sudah cukup. Ada je kat tenet..
  4. Berapa jumlah pekerja
  5. Berapa banyak cawangan ada…

Korang pun tambah lagi sikit ayat ayat macam, perkara yang buatkan korang suka dengan company tu..hah gitu..

Macam saya pernah di tanya sebelum ni, kenapa awak nak kerja company ni?

Saya jawab lah, sebab shift pattern dan juga sebab saya tengok ranking dunia, company ni berada di sepuluh yang ke atas. So saya nak kerja dengan company yang dah establish supaya lebih banyak benda yang saya belajar.. dan sistem pengurusan pun akan jadi lebih baik

Lepas tu, katakan dia tanya. Aik? Company kecil lagi banyak yagn awak boleh belajar..

So saya boleh lah jawab, 2 kilang saya yang sebelum ni dah memang kecik pun bos..

So lagi sekali saya ulang, untuk pengalaman saya yang sudah. Tak perlu pun pengetahuan yang macam nak bukak sendiri cawangan baru untuk kilang tu pengetahuan nya. Simple mimple pimple pun dah cukup..

Tapi…

Tapi..

Hah ada tapi nya..

Soalan soalan simple mimple pimple ni hanya untuk company swasta sahaja..

Untuk company gov atau badan kerajaan, atau separuh kerajaan, GLC ke apa. Korang kena detail sikit.

Dan antara yang paling kerap di tanya..

Siapa presiden nya..

Siapa director yang paling atas sekali…apa nama dia..

Benda sengal ni memang diorang nak kita tahu..

Ini satu artikel khas yang saya buat untuk Contoh Soalan Temuduga Kerajaan, saya rasa cukup power dah ni…Korang boleh rujuk sana…

Macam saya datang temuduga untuk TNB dulu.. kalut nak kena tau nama orang tua tu buat apa ntah lah… dan proses detail cara produk di proses pun kena tahu lebih detail sikit. Hari tu, TNB siap suruh kami lukis kat whiteboard proses produk di hasilkan..

Oh ya..point terakhir.. Antara perkara yang si penemuduga suka untuk kita tahu, dan bagi tahu dia yang kita ni tahu ialah perkembangan syarikat..

Faham ke dak tu..

Tapi itu lah, perkembangan syarikat, apa yang syarikat plan sekarang. Sama ada expansion ke, nak tambah pekerja ke, nak tambah produk baru ke. Biasanya, maklumat ini kita akan mudah dapat di website mereka. Atau pun headline press release. Headline press release ni korang cuba buat carian di Google.

Seperti contoh:

Company A + expansion

Company A + new mission/building

Seperti contoh, apa yang berlaku sekarang. Antara kilang semicon yang sedang mengembangkan capacity nya ialah Osram, Infenion, Rohm Wako Kelantan nun..

Benda benda positif macam ni, kalau kita tahu dan bagi tahu dia yang kita tau, menampakkan kita ni macam betul betul teruja dengan syarikat tersebut.

Yang macam juga saya buat untuk temuduga sebelum ni. ( dah dapat dah pun kerja nya )

Benda ni berlaku tak pun bila dia tanya.. tapi saya sengaja tambah point..

Kalau korang perasan, di Peringkat 5, daripada keseluruhan 6 proses pengenalan panduan lengkap temuduga saya, saya ada juga kongsikan Tips Temuduga di Peringkat 5 tau..

Ini dia page nya, http://www.saya-share.com/peringkat-5-di-hari-temuduga/

Ada banyak lah tips yang saya tulis kat situ. Dan salah satu nya ialah cara untuk kita bertanya soalan.

Biasa kan, kalau kadang kadang tu, tiba tiba si penemuduga akan tanya kita. Ok sekarang u ada apa apa nak tanya tak? Mesti ramai kan yang jawab, TAK ADA..SAYA TAK ADA APA NAK TANYA SETAKT NI..

Lepas tu apa jadi? Masing masing blur, si kita pun segan nak nyembang, si penemuduga pun segan nak tutup sesi temuduga kita..

Dah buang masa dah kat situ…

Benda ni salah tau, sebaliknya, ini peluang kita untuk lebih menonjol lagi. So dalam peringkat 5 ni, apa yang saya cadangkan ialah kita tanya soalan yang bukan sekadar soalan kosong, tapi soalan yang menonjolkan lagi kelebihan dan tahap ketekunan dan tahap keterujaan kita dengan company tu.

Dan soalan yang saya ajukan ialah…

Saya dengar cerita company ni nak bina lagi satu fab untuk expansion, betul ke?

Dalam english ler saya cakap..

So berdasarkan soalan tu apa yang korang perasan?

Ada 2 benda yang tersirat berlaku..

  1. Ia menunjukkan yang saya alert dengan perkembangan syarikat
  2. Kedua, berdasarkan saya cakap, ‘ betul ke tu’, ‘ saya dengar ‘ tu, nampak tak punya lah saya bersahaja dengan confident nya bercakap?

Ayat ni ayat yang bersahaja kan? So bila kita tampak kan selamba bomba tu, buatkan diorang rasa best sikit lah dengan saya…

Oh ya lagi sekali. Saya baru perasan.. Dekat jobstreet ada rating overview untuk setiap syarikat tau…

Macam bawah ni,

Ini dia link nya, https://www.jobstreet.com.my/en/companies/browse-reviews

Cari sendiri mana company yang korang nak g interview tu dan cakap lah macam ayat ni..

Ya, saya nak kerja dengan TM Point sebab dapat 4.5 star rating di Jobstreet. Saya percaya ramai pekerja yang puas hati dengan bekerja di TM ( kencing sikit tak pe, jangan berak terus sudah )

Last one..

Kalau apa apa urgent, minta email saya terus…

Kipidap pap pap..scraap…dua tambah dua…

Update 1.1

Saya lupa nak tambah point, sangat bagus juga kalau korang tau apa kelengkapan yang digunakan di company yang korang nak apply tu. Untuk yang mechanical tool macam saya lah. Kalau yang nurse tu mungkin alat alat pembedahan ke apa. Jenis pesakit yang biasa korang deal ke. So kalau kita tahu maklumat maklumat ni, si penemuduga pun akan nampak lebih yakin sebab kita pun dah memang biasa dengan benda benda ni.

Mesin tak sebiji pun tak apa, asalkan function yang lebih kurang sama pun sudah cukup.

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer