10 Contoh Resume – Set 2

image_pdfDownloadimage_printPrint

Untuk artikel Contoh Resume Set 1 di sini, saya ada senaraikan lebih 15 template resume yang cantik lagi menarik untuk anda. Kalau kita jadikan template template yang memukau penemeduga ini untuk peluang panggilan temuduga tu memang insyaAllah akan jadi lebih cerah.

Dan dalam artikel post yang ini,saya ada lagi 10 template resume contoh yang saya nak share lagi. Saya rasa ini sahaja kot, insyaAllah kalau saya nampak yang cantik cantik lagi saya akan tunjukan dalam blog ini.

Untuk set kedua dalam artikel ni, set ini lebih dramatik sikit kot banding dengan Set 1. Anda akan perasan penggunaan color dan juga graphic lebih striking berbanding dengan set 1.

Macam biasa, untuk buat belian, anda terus click pada tajuk untuk setiap template resume di bawah. Range harga, daripada 2 dollar hingga 12 dollar sahaja kalau saya tidak silap.

  1. Resume template-V02

Bila saya buat resume, atau pun buat blog. Memang saya sendiri suka kalau warna nya main main sikit dengan warna biru putih. Dan resume yang design macam ni memang agak saya tersuka juga lah. Antara ciri ciri penting yang saya nampak pada resume ini ialah, gambar kita yang agak besar.

Kalau anda perhatikan di bawah gambar itu diletakkan khas untuk nama kita, size nya juga agak besar. So harap nya, penemuduga atau HR punya kilang nampak la sikit kewujudan kita yang menghantar resume ni.

Perhatikan juga, di bahagian work experience.

Penghuraian melalui pie chart kan? Sambil ada anak panah untuk lebih detail. Ini bagus juga, mana mana resume yang saya pilih dalam post ini boleh kata semua macam ni. Kiranya cara kita memberi tahu yang kita ada experience ni nampak macam unik sikit. Bagi nampak menarik.

  1. Minimal Resume Set in 6 Variations

Saya boleh kata, antara warna fav saya. Saya juga suka warna oren. Bagi saya warna oren nampak striking sikit berbanding dengan warna biru yang contoh atas tu. Bagaimanapun ia masih lagi terpluang kepada anda. Harga pun lebih kurang 2 dollar sahaja. Yang warna oren ni berharga 5 dollar, manakala yang biru atas tu baru 7 dollar.

Kalau tiada apa yang sangat untuk anda tulis, mungkin boleh pilih resume ini. Tapi kalau banyak yang anda nak tulis dalam page pertama,mungkin kena pilih yang lain. Sebab nampak macam tak compaq sangat isi kandungan dia kan. Tapi ok juga la, tak ada lah HR company susah atau sakit mata nak tengok.

Yang bulat bulat di bahagian bawah tu memang nampak menarik.

Memang boleh buat orang yang tengok akan terasa ketagih la orang kata.

  1. 3 in 1 modern resume template

Yang ini mungkin ada banyak contra nya, sebab tiada ruang untuk kita letak gambar. Dan kebanyakan penerangan digambar kan melalui penulisan. Jadi, tak berapa menarik dan tak berapa unik berbanding dengan resume resume orang lain.

Kita kena buat resume kita menarik dan unik motifnya sekarang. Bayangkan, berapa banyak orang hantar resume kalau ada kerja kosong. Dan bayangkan pula, lebih kurang dalam beberapa second sahaja HR akan review resume kita. Jadi, sangat penting untuk buat cantik cantik dan menarik.

  1. Beautiful Word Resume Template Pack

Resume template yang ini bukan lah yang paling cantik dan paling bagus dalam list ni. Tapi saya nak tunjukkan yang ada penggunaan simbol. Bagus juga kan.

Berbanding dengan resume yang lain atas ni, macam tiada sangat penggunaan simbol.

Contoh yang anda boleh guna macam atas tu, ialah simbol telefon dan juga email.

Selain itu, boleh kata biasa sahaja.

Perkataan KM besar yang ditarik warna oren daripada atas itu pun nampak menarik. Nampak menarik perhatian atau mata orang yang lihat. Termasuk saya ni.

  1. The Resume

Resume ini memang nampak striking. Selain daripada warna oren yang memang betul betul buat mata kita seronok nak tengok, perhatian juga sususan dan structure secara keseluruhannya. Nampak ia disusun dengan cantik.

Perhatian simbol untuk setiap sub tajuk apa yang kita nak huraikan, seperti about me, awards dan juga experience tu. Nampak menarik juga kalau dibuat begitu.

Yang di bahagian skills itu pun tidak kurang juga menarik nya. Resume template ini baru 5 dollar, dan anda boleh guna seumur hidup.

  1. Resume

Lagi sekali pemilihan warna oren. Tulisan nama yang besar memang buatkan mata orang yang tengok akan terhinggap lama di situ. Untuk pengetahuan anda juga, header yang ada nama dan juga gambar anda itu adalah sama kedudukannya dengan cover letter. so sangat bagus lah, design nya buatkan ia nampak sangat profesional.

Untuk point point yang lain nya nampak masih lagi seperti biasa.

Tapi di bahagian bawah sekali, nampak menarik bila dia buatkan seperti bentuk ‘bar chart’. Mungkin anda boleh gabungkan idea ini dengan resume yang lain untuk nampak lebih lagi menarik.

  1. Resume/CV

Ini serius memang nampak profesional. Anda tengok design nya pun sudah perasan kan. Ada resume resume yang saya listkan dalam ini ada yang didatangkan sekali dengan design CV atau Cover Letter. Dan resume template ini adalah antara nya.

Anda boleh guna template yang lebih kurang sama juga untuk design cover letter anda.

Saya suka design template resume ini. Boleh kata antara favourite saya juga dalam list resume post ni.

Harga pun murah, baru 5 dollar.

  1. Granli Resume Template

Mana tahu, semua resume design biru dengan oren di atas ramai yang sudah beli. Apa kata kalau anda selamba grab warna Hijau ini pula. Nampak menarik juga kan. Striking.

  1. Resume ( Green )

Ini juga antara yang menjadi pilihan saya untuk resume yang berwarna hijau.

  1. The Resume/CV ( Orange )

Ini antara resume yang focus warna oren juga. Ini kalau print ni banyak juga guna ink kan. Tak apa jangan berkira sangat.

Kita tak tahu mana yang kita dapat, semuanya rezeki atas Dia. Jadi, anda memang terpaksa belanja lebih sikit untuk sediakan resume ni. Saya sendiri, kalau print resume secara pukal makan 20 ringgit juga. Tak apa, janji nampak puas hati. Sejuk mata memandang.

Baik lah, itu sahaja. Saya harap anda boleh cuba mana mana resume ini. Tak mahal lebih kurang dalam 5 dollar, atau 20 ringgit sahaja untuk anda boleh guna seumur hidup.

Blog ni saya mula tulis masa 2016 lagi. Saya cover topik dari mula anda nak sambung belajar, cara nak cari tempat praktikal, nak cari kerja tetap, dan hinggalah ke tahap bagaimana nak uruskan kewangan. Moga perkongsian saya memberi manfaat. Tolong tinggalkan komen ya, kalau rajin. InsyaAllah saya akan reply.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer