Contoh Resume Untuk Praktikal/Latihan Industri

Ada ya orang cari cara sediakan resume untuk praktikal ni… saya pun dah lupa dah masa saya hantar surat apply pratikal kat kilang KL dulu tu ada benda ni ke tak.

Rasanya isi form yang HR campus dah bagi je..lupa dah..Sedar sedar sudah dapat…

Apa apa pun, cerita nya macam ni lah…

Sesuatu company tu, tidak akan berubah fikiran untuk dari tidak ambil budak praktikal, kepada ambil.

Maksud saya, bila korang apply mana mana company untuk buat praktikal. Company tu mesti dah dari awal awal set kat management untuk ambil budak praktikal berapa orang tahun ni. 3 ke 4 ke 5 ke.

Semuanya sudah di set.

Maksudnya, usaha menggoreng ayat yang korang letakkan pada resume supaya di panggil menjalankan praktikal tak perlu la sekeras yang macam saya kongsikan video cara buat resume nya di sini.

Atau mungkin, mana yang nak sediakan sekali cover letter walaupun hanya nak minta tempat praktikal pun boleh juga. Boleh rujuk artikel cara buat cover letter ni.

Pendek cerita..

Yang paling penting bila nak apply tempat praktikal ni..

  1. Pilih mana mana company yang anda nak. Mungkin boleh senaraikan dalam beberapa
  2. Terus buat panggilan pada HR, bagi tahu…

‘hai, saya nak tanya kalau company XXXX ini ada ambil praktical student bekerja’

Kalau ada, teruskan dengan soalan ke 3. Kalau tak ada. Letak telefon sebelum credit anda di cas lebih banyak.

  1. Ada elaun tak untuk student praktikal?

No 3 ni soalan cepu emas ni. lantaknya, tak payah nak malu malu. Siapa tak nak duit. Lagipun tak perlu rasa malu pun. Bila korang praktikal kat mana mana company pun memang dah bagi keuntungan pada diorang. Ye la, hire pekerja gaji rendah gila..

So nanti, boleh la listkan mana company yang elaun tinggi, mana yang lebih dekat. Dan buatkan permohonan dengan elok yang membawa kita kepada soalan dialog no 4.

  1. So saya nak apply untuk buat praktikal di XXX ni macam mana? Kalau saya hantar email boleh tak?

So macam itu sahaja. Pastikan anda buat permohonan dengan elok. Andai kata anda hantar 5 company. Dapat 3 company, dan pilih satu. Lagi 2 tu jangan diam sahaja. Nyatakan terima kasih anda sebab sudi, tapi nyatakan minta maaf juga sebab anda pilih company lain..

Kalau tak silap, nanti korang akan selitkan sekali borang yang tempat pengajian korang bagi.

So pandai pandai lah…

Lagi sekali..

Untuk point resume dan cover letter, boleh buat macam yang biasa saya kongsikan. Cuma tak perlu lah detail dan risau sangat. Sebab mana mana company yang nak ambil student praktikal, mesti dah bukak pintu awal awal..