Pakaian Untuk Temuduga

Untuk pilih pakaian untuk temuduga tak susah pun. Yang susahnya kira sendiri yang kadang kadang terlampau berkira. Kadang kadang mesti akan rasa, aku pakai baju ni pun sekali dalam sehari je, buat apa nak beli lagi. Pakai je la mana yang ada.

Mindset ini yang salah, tapi andai kata ada duit lah. Kedekut. Kalau dah memang tak berkemampuan, nak buat macam mana kan.

Untuk yang mampu, atau pun tak mampu, pastikan anda mampu juga. Tolong lah lengkap berpakaian yang OK sikit bila pergi temuduga. Yang perempuan mungkin tiada masalah, anda pakai baju kurung, selipar pun sudah ok.

Yang laki laki ni problem sikit.

Macam saya sendiri, masa mula mula temuduga yang pertama saya pergi, memang lengkap habis saya pakai. Lengkap tie kasut semua. Long sleeves juga kalau tak silap. Biasa lah ini yang diajar masa kat U dulu.

Selepas tu, bila dah lama lama dan dah berkali kali pergi Temuduga, saya mula rasa malas nak pakai lengkap baju formal kemeja tu. Lagi nak tie, adui panas nya. Lastas saya try pakai Jeans + Baju Kemeja gelap.

Kalau Jeans + Kemeja Gelap, ini memang gabungan terbaik lah ni bagi saya. Kemeja gelap ni bukan yang gelap biasa tau. Tapi nampak macam metalik sikit. Saya dah lupa dah brand apa, saya cari dekat Aeon. Murah je.

Walaupun demikian, ada sesetengah temuduga yang anda perlu pakai baju kemeja lengkap tie semua.

Saya bahagikan kepada beberapa situasi di bawah.

Kasut + Stoking mesti pakai ya. No excuse.

Kalau Anda Datang Temuduga untuk jawatan kosong kerajaan

MESTI lengkap pakai pakaian yang macam anda belajar dulu. Kemeja, seluar slack, tie semua. Kasut. Stoking jangan lupa.

Yang ini memang set lengkap lah ni. Biasanya, kalau kerja kerajaan memang diorang akan tengok benda benda macam ni.

Kemeja lengan panjang atau pendek? Tak kesah. Terbaik panjang,

Kalau Anda Datang Temuduga untuk jawatan kosong TNB

Tak kesahlah, TNB atau pun mana mana syarikat GLC Kerajaan, pun mesti berpakaian lengkap macam datang temuduga kerajaan juga.

Mesti pakai, masa saya pergi temuduga TNB sebelum ini di Manjung, Lumut. Ada orang pakai jeans, baju pun rileks je. Orang tu siap tego lagi.

So jangan lah.

Kalau yang syarikat GLC ini memang kena macam set lengkap

Kalau Anda Datang Temuduga untuk OPEN Interview

Terbaik set lengkap atas lah. Tapi kalau malas pun tak mengapa. Anda pakai slack + kemeja. Sudah cukup. Tie pun bagi saya tak perlu.

Tapi tengok juga lah untuk kilang ke syarikat besar ke. Yang jenis macam saya ni, biasa saya akan apply kilang punya tempat. Dan bagi saya ahli panel tu lebih nak pandang pengalaman daripada semua semua benda ni.

Tapi tak dinafikan yang KITA MESTI NAMPAK KEMAS.

Dan baju kemeja memang memudahkan anda untuk nampak kemas.

Warna apa?

Saya akan pilih 2 color sahaja biasa.

Samada hitam metalic atau pun biru.

TIPS Pakai Tie?

Saya ada jumpa satu post yang bagi perhatian khusus cara cara pemilihan tie. Anda boleh rujuk artikel daripada blacklapel ini. Ada lah website ni bagi tau, cara nak pilih tie yang pattern tu nak match baju yang macam mana. Tie yang solid color pula bagaimana.

Anda boleh baca lanjut di sana.

Hah, sebelum lupa. Yang laki, jangan lupa pakai JAM. JAM boleh buatkan anda nampak kemas juga.

Untuk tips pilih warna kasut, dan macam macam lagi yang boleh tambah kekemasan anda. Boleh tonton video Alpha Male di bawah. Dia ni memang salu juga saya tengok Vlog, salu share tips tentang pemakaian laki. Dari bercukur semua sampai habis lah. Apa sahaja tentang laki.

video bawah ini pula, share untuk cara pastikan baju yang anda tuck in dalam seluar tu nampak kemas dan tak menggelebeh.