Apa point yang tak sepatutnya anda letak dalam resume
Kalau yang article sebelum ini, saya ada share point yang anda mesti letak dalam resume.
Point point tersebut bukan dipilih secara rawak macam itu sahaja, tapi lebih kepada perkara yang dapat membantu, menaikkan impression baik pada employer.
Baik dari segi dedikasi anda bekerja, sehinggalah credibility atau pun kebolehan atau pun pengalaman yang anda ada.
Tapi itu lah, kadang kadang bila tengah letak maklumat sebagai point resume ni, ada juga perkara yang kita tak sengaja terletak. Jadi mungkin akan buatkan 2 perkara ini berlaku:
-
perkara yang MEMBUANG masa employer untuk tahu
ini ibaratnya kalau anda letak, takut takut employer akan rasa macam buang masa sahaja untuk dia baca. So bayang kan, ikut kajian employer baca resume kita, view lebih kurang dalam 7 hingga 8 saat sahaja.
Bermaksud, focus anda mesti jangan buat diorang rasa boring, dan cepat cepat grab attention diorang supaya terus kekal baca resume kita. Ye la 7 8 saat. Mana cukup kan.
Itu yang satu.
Yang kedua, mungkin saya rasakan ialah
-
takut takut maklumat yang anda letak, akan rosakkan prestasi anda
Ini pun penting, seperti contoh, katakan CGPA anda rendah, dalam 2.50, dan memang terserlah lah ke tak berapa nak pandai nye. Jadi, kalau anda letak, takut takut ia akan buat employer rasa anda tak layak. So lebih baik jangan letak.
INGAT
Yang apply bukan anda sorang.
Yang semasa saringan pun lagi lah bukan anda sorang.
So, kita kena sangat sangat usaha dan detailnya untuk apply benda ni.
Ok..point pertama perkara yang tak sepatutnya anda letak dalam resume ialah
-
CGPA
Yang saya cakap atas tadi.
Kalau CGPA anda rendah, tak perlu.
Macam saya sendiri, rasanya saya tak pernah letak kot.
Tapi macam mana pula kalau company itu suruh letak?
Kalau macam ni, tak payah la habis duit apply, cari company lain
Tapi kalau nak cuba nasib apa salah nya, mana tahu pengalaman anda ok.
Mungkin anda ada cerita projek itu projek ini buat kat previous company, tapi hasilnya tak ada. So tak perlu letak juga
-
Perkara Negatif
Mungkin tentang company sebelum nya. So tak perlu sembang tentang itu.
Tapi…
Hah ni nak cakap juga, biasa dengar tak, kalau kita nak pergi interview, jangan sembang hal buruk tentang previous company. Ada dengar?
Ada betulnya juga, tapi bagi saya apa lah salahnya kalau cerita company tu memang dah problem. Kalau ok buat apa kita cari lain kan.
Tapi anda cerita dengan hati hati ya. Sikit sikit cukup.
-
Objektif Yang Tinggi Melangit
Saya ada dulu buat ni. Adoi, nyesal betul.
Tapi bukan masa interview, selepas nya tu.
Saya ada cakap, saya nak kerja yang gaji nya total dalam 5k sebulan. Saya sudah dapat sini 3 atau 4 sebulan. Tapi saya nak 5 atau 6k sebulan sekarang. Kalau ada kerja jawatan yang macam ni, sila contact saya.
Lebih kurang macam itu lah. Sangat sangat menyesal
-
jangan tak buatnya point by point
Maksudnya macam ni lah, kalau saya sendiri, buat article di blog saya ni macam satu perenggan sahaja.
Tanpa bahagian kepada perenggan yang lain,
Tanpa buat macam bullet point
Tanpa ada sebarang tone.
Agak agak awak boleh focus tak dengan apa yang saya sampaikan? Mesti lah tak.
So bila buat macam bullet point tu, agak buatkan orang lebih senang untuk baca dan lebih mudah untuk focus.
Saya ada mention banyak kali, kalau buat resume mesti buat yang cantik cantik.
Anda boleh sahaja gunakan template dari microsoft word, contoh macam saya guna sekarang tahun 2016 punya. Cuma masalah nya, benda ni free, dan memang ramai lah orang akan guna design yang sama juga.
So ada eloknya kalau anda gunakan design yang unik. Dalam 50 ringgit dah boleh dapat.
-
pengalaman kerja yang tidak related
Ni pun naya juga, kalau boleh letak yang related sahaja. Baru nampak macam anda focus dan sangat berpengalaman. Sebab bidang yang sama.
-
Hobby
Saya rasa lah kan, hobby macam suka bermain video game ni. Adoi tak perlu lah letak.
Tambah lagi kalau hobi yang pelek.
Tapi kalau tak silap, first time Interview saya, ada juga diorang tanya hobbi apa.
Saya cakap men game
Tapi lepas tu, tak ada dah.
Diorang lebih berminat dengan pengalaman saya.
Even certificate diploma saya pun diorang tak tengok.
Andai kata kalau saya tertinggal sijil tu pun tak da masalah.
Sebab memang tak akan tengok.
Tapi tak berani lah saya buat, mana tahu minta pula.
-
jangan beriya
Perasan tak, ada contoh contoh resume tulis macam ni.
“I am excellent worker and great multi tasker, I can work on my own and do my job with no need monitoring”
Biasa?
Saya sendiri menyampah duk baca nya.
So tak payah nak beriya.
Sebab benda ni boleh dinilai daripada bullet pengalaman anda.
Seperti contoh saya…
Di atas adalah point untuk salah satu pengalaman kerja saya.
Perhatikan yang saya mark kuning tu. Ini pun dah menunjukkan kredibiliti kita. Lebih baik lagi, bukan sahaja kita macam cakap kosong, even better kita buktikan juga dengan pengalaman kerja yang ada. Cewwah, kan dah tercakap even better.
hah, bagus juga kalau anda bold atau highlightkan mana sentence yang anda rasa killer dalam resume anda. Contoh yang macam saya buat kekuningan atas tu.
Ok, kita pergi ke point yang seterusnya..
-
jangan salah ejaan.
Ini tak perlu saya hurai lebih lah. Faham faham lah ya.
Jangan juga tulis resume anda macam saya buat article ni, ini lebih sesuai untuk penulisan blog sahaja.
Baik..
Sekian dulu.
Itu sahaja.
Kalau anda masih lagi belum berkesempatan untuk lihat post yang lagi satu, iaitu apa pula perkara yang sepatutnya anda letak dalam resume, boleh beralih ke post yang itu ya.
Terima kasih sebab membaca.