1

Contoh Cover Letter Internship

Contoh Cover Letter Untuk Latihan Praktikal

Sebelum saya kongsikan beberapa contoh cover letter internship untuk anda jadikan sebagai panduan sebelum anda cuba karang sendiri. Saya nak highlightkan dahulu, internship yang kita maksudkan disini adalah untuk mereka yang nak sediakan cover letter untuk apply latihan praktikal.

Betul kan?

Bukannya anda plan nak buat lain ya. Sebab saya macam pelek pula sebab ada yang nak belajar cara buat cover letter untuk apply UITM. Ada ke? Atau saya yang terlepas pandang. Mungkin untuk yang nak sambung belajar PJJ.

So, anda bebas untuk olah jadi bahasa melayu ataupun bahasa inggeris. Saya hanya berkongsikan contoh khas untuk internship sahaja. Untuk contoh cover letter anda yang fresh graduate, ataupun yang sudah berpengalaman.

Kena rujuk di artikel yang lain, sebab point kekuatan kita tidak akan sama.

Sebelum itu, saya nak ucapkan tahniah pada adek adek ni, sebab walaupun hanya apply untuk buat latihan industri, tapi anda sampai sanggup karangkan cover letter.

Sesungguhnya engkau memanglah rajin.

Sebab saya dulu, bukannya tak buat masa praktikal, masa nak apply kerja betul betul pun saya memang tidak sediakan. Tapi bukanlah maksud saya anda buat perkara yang sia sia. Sebab ini pun bagus juga, kalau orang lain ramai tak buat, tapi kita buat, maksudnya baguslah kan.

Kita unik. So jangan ikut trend malas orang.

Kita buat, sebab ia bagus, bagi faktor tambahan pada permohonan kita. Syarikat yang tengok pun akan tahu kesungguhan anda. Lagipun resume anda memang zero, kita tiada pengalaman kerja.

Kita kerja praktikal ni bukan nak beri sumbangan apa apa pun pada company, sebaliknya kita yang harapkan belas ihsan company untuk gunakan kita.

Sebelum itu,  saya sangat galakkan anda untuk baca kenapa kita mesti pilih company yang betul masa buat praktikal. Sangat penting, supaya anda tak tersalah langkah macam apa yang saya buat dulu.

Format Cover Letter

Untuk format penuh cover letter, anda kena rujuk artikel ini, cara buat cover letter yang sudah ada pengalaman kerja. Sebab point yang apa kita nak tulis memang berdasarkan format yang sama juga.

Cuma mungkin kekuatan atau focus cover letter yang lebih kepala pengalaman itu kita tukar kepada kekuatan kita untuk level internship pula.

So saya paste sahaja gambar formatnya, nanti anda cuba baca senarai penuh setiap penerangan saya untuk 3 anak panah yang ada dalam gambar dibawah.

rujuk cara buat cover letter untuk penerangan format penuh.

Isi Kandungan Cover Letter for Internship Level

Bismillah

Sekarang kita akan cuba buat. Kalau anda memang terus nak tengok contoh sahaja, boleh terus scroll dibawah saya ada sediakan complete looknya juga.

Tapi elok juga anda baca cara buat, sebab sangat sangat tak digalakkan tiru bulat bulat ayat saya. Nanti duplicate banyak pula bila anda semua apply jawatan kosong.


Anak Panah 1 – greeting dan pengenalan

Mana yang maklumat memang perlu ada, atau yang tak berubah pun kalau anda ada pengalaman atau tak ada. Contoh macam alamat, nama semua.

So boleh masukkan dahulu.

Untuk greeting, kalau yang ada pengalaman, memang kita kena bagi penekanan pada pengalaman kitalah. Tapi untuk adek adek ni, saya cadangkan cerita balik point point macam dibawah ni.

  • mungkin kerja final year project anda sama dengan job post yang nak apply, sama ke tak kena rujuk job description. Jangan bagi tahu terus apa dia ya, kita hook sahaja dahulu. Nak bagi tahu apa isi semua di bahagian kedua, atau anak panah ke dua.
  • ataupun mungkin kita boleh tallykan dengan ambition kita
  • ataupun kita boleh cakap, ia sama dengan apa yang kita belajar.

Sebelum kita pergi ke Anak Panah 2, atau area isi kandungan apa yang kita nak pilih, anda janganlah rasa down atau takut sebab tak ada pengalaman. Ataupun belum apa apa anda dah fikir negetif, adoi nak ke tak nak depa ni kat aku.

So jangan fikir gitu.

Company itu pun tahu anda tiada pengalaman, so kalau dia ada otak, dia pun tak nilai anda dengan ada pengalaman ke tidak.

Untuk yang internship level, kebanyakan company akan tengok kepada semangat anda nak kerja, dan semangat untuk anda nak belajar yang anda tulis dalam cover letter ni nanti.

Bila dia tahu, kita ni macam semangat dan open untuk apa apa training, barulah dia pun rasa yang dia tak buang masa dengan kita.


Anak Panah 2 – isi kandungan

Untuk bahagian ini, baru kita detailkan apa yang kita cuba intro di area atas tadi.

  • kalau anda punya final year project memang sama, so boleh ceritakan sikit
  • atau kalau memang pointer elok, bolehlah bagi tahu juga
  • biasa dapat anugerah dekan, pun boleh selitkan sekali
  • dan jangan lupa bagi ayat semagat nak belajar benda baru

Anak Panah 3 – call to action

Untuk area ketiga ni, rasa macam tak kena pula bila saya duk bahagikan point point saya ni guna anak panah 1 2 3. Tapi fahamlah maksud saya kan, saya nak devide focus ayat kita sebenarnya.

anak panah 1 – focus kepada greeting dan pengenalan

anak panah 2 – isi kandungan dan kekuatan kita

anak panah 3 – focus pada call to action

Untuk call to action, saya tak rasa ada beza ayat yang saya nak cakap dengan format cover letter yang sudah ada pengalaman. So untuk area call to action, anda boleh baca cara buat cover letter saya.

Sebab point utama kita akan jadi lebih kurang sama.

Contoh Lengkap Cover Letter Untuk Internship


Hi Mr XYZ,

I noticed XXX Company right now open for internship program for XXX department. As I look into job description, its pretty match with my qualifications and my aspiration.

I am currently in last semester at the University Malaysia Pahang for Bachelor in Mechanical Engineering. As I saw your needs its requires for me to know software XYZ which I quite familiar too.

I am willing to show its to you when we meet in interview session. But for now, I already attached some of the design that I working on just for this internship program application.

My silibus just need 6 months for internship and my hometown just 15 minits from XXX company.

I will try make a call next week if you agree with my qualifications, and set our meetup whenever your side ready.

Thank your for your time

Sincerely


Anda jelas tak dengan apa yang saya cuba nak sampaikan? Sebenarnya cover letter internship saya karang diatas adalah hasil daripada internship job yang memang tengah open di jobstreet.

Saya snap di bawah, sebab nanti kalau anda tengok mungkin dah tutup/hilang.

Baik, so kita dah karang ayat, mungkin siapkan gunakan microsoft word dahulu dan sekarang saya nak buat cover letter saya kemas kemas dekat resume template.

Anda pun buat sekali ya.

Alhamdullillah

Selesai…




Contoh Cover Letter Resume – 5 Bidang Utama Malaysia

Baiklah, contoh cover letter yang saya nak kongsikan dalam artikel ini adalah untuk anda yang sudah ada pengalaman kerja sahaja ya. Bagi yang fresh graduate atau pun baru nak buat cover letter untuk program internship anda kena pergi ke artikel khas yang saya sediakan.

klik link perkataan itu sahaja.


Saya memang akan cuba berikan beberapa contoh cover letter mengikut industri industri yang popular supaya saya boleh bantu lebih banyak orang.

Tapi rasanya, ada baiknya juga kalau anda tolong saya lengkapkan survey dibawah supaya saya lebih tahu jenis job post apa yang anda cuba apply, supaya lebih mudah untuk saya bantu.


Bidang cover letter yang anda cari!!

Created with Perfect Survey

Statistics - View the results

Pilih bidang yang anda mahukan contoh cover letter:

Admin / Human Resources

Hotel / Restaurant

Engineering / Manufacturing

Healthcare / Nursing / Medical

Marketing / Business / Sales

Internship / Fresh Graduate

Kalau satu pun tak kena dengan bidang yang anda nak, tinggalkan komen dibawah nanti saya akan masukkan.




Cara Buat Cover Letter

Belajar Buat Cover Letter Sendiri!

Untuk ayat contoh cara buat cover letter yang saya akan kongsikan dalam artikel ini adalah khas untuk anda yang sudah ada pengalaman kerja sahaja ya.

Untuk yang level fresh graduate, ataupun nak belajar buat cover letter bagi yang nak mohon internship, anda kena pergi ke artikel yang berkenaan.

Yang saya sudah linkkan itu.

Untuk artikel yang sekarang ini, lebih kepada yang berpengalaman dan saya akan bagi contoh ayat dalam bahasa inggeris dan bahasa melayu juga.

Apakah Itu Cover Letter

Basically cover letter adalah perkongsian satu page document yang kita karang dan masukkan sekali dalam sampul yang berisi resume kita masa nak mohon jawatan kosong.

Kalau saya, saya akan letakkan cover letter di page hadapan, lepas itu, baru resume.

Tujuan Cover Letter

Sebagai introduction, kadang kadang mungkin resume kita lebih bersifat point by point. Tapi cover letter kita akan tulis dalam bentuk perenggan, ada pembuka kata, isi, penutup.

So penyampaian itu berbeza sedikit dengan isi kandungan dalam resume.

Cover letter juga boleh kita jadikan sebagai penekanan kepada kebolehan kita dalam resume. Seperti contoh, katakan ada rasa macam ada kekuatan yang unik dalam resume, dan anda nak pastikan syarikat ni perasan akan apa yang anda tulis dalam resume.

So bolehlah, tambah sikit peringatan, atau ayat dalam cover letter sebagai overview peringatan.

Format Cover Letter

Bagi sayakan, penting untuk kita kekalkan design atau konsep pada page cover letter supaya ia sama dengan design resume.

Seperti contoh, katakan resume yang saya nak design dan buat adalah seperti dibawah ini.

 

Maka, saya punya cover letter pun mesti menggunakan design yang sama macam resume juga. So design cover letter yang saya maksudkan adalah seperti ini.

Perhatikan 3 anak panah, tuju ke 3 kotak itu.

Anak Panah 1

Focus kepada alamat company, dan greeting kita kepada bahagian HR atau company, atau personal name yang anda kenal. Anda juga boleh masukkan mana kita dapat iklan jawatan kosong yang kita nak apply ni.

*kalau anda dapat tahu nama HR yang terima resume kita ini lagi bagus, baru ada personal touch gitu.

Mungkin lepas kita nampak dari jobstreet ka, atau mudah ka, atau macam mana. Atau kawan kita katakan yang kerja dengan company sekian sekian ini benefit bagus ka. So macam itu, tak kesah, alasan apa. Yang penting jujur dan kenyataan kita tu tak makan kita balik.

Sebab takut nanti masa resume kita kena tanya pula balik masa interviewkan.

Saya Share yang saya tulis di contoh cover letter itu adalah untuk bahagian nama kita. Dan bulatan itu adalah untuk ruangan gambar. Jangan terlampau alih alihkan sangat bahagian nama dan gambar ni, supaya kita nak bagi ia nampak seragam bila orang yang check resume kita tu pergi ke page seterusnya.

*Di ruangan anak panah 1 ini juga kita kena masukkan butiran dan alamat kita juga. Tapi design daripada template resume yang saya pilih ni macam lebih sesuai letak di tepi sebelah kiri.

So saya biarkan sahaja di sebelah tepi. Ataupun kalau anda nak letak butiran diri sendiri tu di bahagian letter head.

Letter head itu macam mana? Letter head ni terletak di bahagian atas.

Contoh.

Anak Panah 2

Bahagian ini kita nyatakan apa yang kita nak kongsikan, kiranya isi kandungan utama kitalah.

Terangkan bagaimana anda boleh bantu company dapatkan target. Kalau anda tak pasti apa target dan kehendek company, boleh rujuk job description.

Selepas anda kata macam anda boleh buat, cuba tallykan pula dengan kebolehan dan pendidikan mahupun dengan pengalaman dalam bidang atau enviroment tertentu yang anda pernah alami.

Anak Panah 3

Yang ini penutup, satu lagi perenggan ringkas, plus dengan signature sikit.

Dan bahagian ini juga, saya suka masukkan macam orang macam kami berniaga ini biasa buat, iaitu ‘call to action’.

Maksudnya kita macam buat satu macam kata arahan atau permintaan untuk panggil kita interview. Penting ini tau, supaya dia nampak yang kita ini willing dan excited untuk berjumpa dan berbincang lebih lanjut akan apa yang kita kerjakan, dan supaya dia lebih mengenali kita.

Penting!!

Bila tulis call to action untuk bahagian bawah cover letter ini, penting juga kalau anda jangan buat ayat kesian tau. Contohnya, saya berharap saya diberi peluang oleh pihak sekian sekian.

So macam kita ni minta belas kasihan pula. Jangan gitu, tak sesuai.

Sebaliknya, kita assume yang dia memang nak jumpa kita. Kita sembang direct terus untuk jumpa dan buat sesi interview.

Ataupun cakap,


Sekarang saya tengah bekerja di company sekian sekian, dan masa bekerja saya ialah dari 8 to 9. Saya cuti hari khamis atau sabtu sahaja. Kalau pihak anda boleh panggil interview masa khamis atau sabtu memang terbaik, tapi kalau terpaksa untuk saya datang masa hari bekerja pun tiada masalah.

Tapi minta untuk set awal, supaya saya boleh set cuti awal awal dan cari pegganti supaya ketidahharian saya tak mengganggu production saya bekerja sekarang.


Begitu, kiranya nak cakap, kita ni macam bertanggungjawab jugalah kan. Tak adalah buta ja terus nak ambil cuti, situasi ni juga buatkan company yang kita nak apply ini macam ada system yang kita kena follow, so situasi ini juga menunjukkan yang kita ini patuh dengan regulation atau cara bekerja di tempat lama.

Gitu.. Tunjuk baik sikitlah kononnya ni.


Saya masukkan gambaran penuh contoh cover letternya semula ya. Sebab rasa macam kecil pula untuk anda nampak.

Jangan tengok apa yang isi kandungan yang saya tulis, saya copy paste sahaja tu. Lebih kepada nak tunjukkan format cover letter ini ditulis bagaimana sahaja.

Selepas ini saya akan bagi contoh bagaimana untuk isi.

Contoh Final Cover Letter


Hi,

As I acknowledge your job vacancy that posted just last 2 days on jobstreet. I quickly write down this cover letter and edit my resume with the latest entry that fit your requirements.

I work in this field since 2014, with 7 years experienced I might be your good candidate.

Currently I am working with XXX Company, I believe this company have quite similar product with what you are working in XYZ company. Last month we did executed one of group task where we are able to achieve 2211 target in just 3 months of research.

It would be a privilege to discuss with your side in more detail. I am happy to come by since XXX company just 15 minits away from my home.

Or even we can just do it with Zoom or Google Meet meeting since covid case is on the rise. Whichever your side prefer.

[ saya sign di sini ]
Syed Shaff
no tel


Bahagian yang saya boldkan di atas adalah bahagian isi kandungan, atau bahagian utama yang anda perlu ceritakan pengalaman kerja anda.

Saya tak berapa nak ada idea sebenarnya, tapi caranya tulis begitu. Dimana kita akan guna nombor sebagai salah satu bukti daripada pengalaman kita.

Tak boleh tau, kalau dah ada pengalaman, tapi sekadar duk cerita, saya sudah ada pengalaman menggunkan mesin sekian sekian sahaja. Andai kata memang dalam bidang engineering macam sayalah.

So anda tak digalakkan sekadar bagi tahu pengalaman apa yang dah dibuat, tapi kongsikan juga result apa yang anda perolehi daripada pengalaman itu.

Baru nampak macam lebih padu.




Contoh Cover Letter Bahasa Melayu

Sepanjang saya cari kerja, dah dapat kerja, berhenti kerja, cari balik, dapat balik. Saya memang tak pernah ada selitkan Curiculum Vitae. Boleh baca 7 tahun pengalaman kerja saya di biodata ya. Memang boleh kata, sepanjang yang saya boleh ingat. Memang tiada saya selitkan CV di dalam sampul surat resume ni.

Kalau ada pun. Mungkin dari 10 sampul resume yang nak hantar ke company tu. dalam 2 sahaja yang saya selitkan.

Punya lah nak bagi tahu sikit sangat kan.

Tapi sejak dua menjak ni.

Lepas saya fikir punya fikir. Saya rasa Cover Letter sangat sangat perlu untuk anda sediakan sekali dalam sampul surat resume.

Sebab apa? Nanti saya cerita kat bawah.

Sekarang kita terus kepada tips untuk karang cover letter tu macam mana.

Kita tengok format nya dahulu…

Gambar ini adalah format nya..lebih kurang…

Memang nampak format surat rasmi biasa sahaja kan. Kat bahagian bawah sekali nanti, adalah yang ‘Yang Benar’ sign sign gitu.

Yang membezakan cover letter dengan surat rasmi biasa adalah apa benda yang kita nak tulis kat perenggan pertama, kedua, ketiga sahaja. Dan cara nak close karangan cover letter kita. Ini yang penting. Tak pe lah, nanti saya bagi tahu apa benda yang nak tulis.

Sekarang saya nak kongsikan design cover letter yang tampak lebih advance sikit..

Hah itu dia.

Ini bukan lah teknik baru. Cuma teknik yang saya rasakan sesuai dah untuk zaman melenium ni. Orang dah ramai. Mesti lah kita nak nampak isi kandungan yang kita persembahakan pada company tampak lebih anggun kan.

So perlu la guna design design yang menarik sikit semangat orang yang baca.

Kalau anda lihat. Design ni mengaplikasikan 2 column format. Memang kebanyakan resume template format dan juga cover leter word format guna 2 column untuk tampak lebih kemas dan modern. Yang ada yang 3 tu saya rasa macam tak sesuai pula. So 2 column adalah yang terbaik.

Dalam design atas tu, ada juga diselitkan gambar, alamat, email, objective semua kan. So ibaratnya tak perlu la semua benda kita nak sumbat kat bahagian resume nanti.

Sebab, resume yang elok nya, bagi saya, mesti lah jangan lebih 4 keping. 3 keping adalah terbaik. 1 keping? Sikit sangat. Takut tak sempat pula hati employee nak rasa obses.

Sebenarnya, antara lain tujuan kita buat cover letter adalah untuk kita muatkan juga maklumat yang sepatutnya ada di bahagian resume. Tapi diletakkan di bahagian cover letter. Ini lah antara objective kenapa kita sediakan cover letter juga. ( ini point 1 kenapa kita buat cover letter ya, nanti saya sambung point lainnya di bawah )

Apa apa pun. Ini adalah caranya untuk anda sediakan cover letter..

Step 1 – alamat rumah anda dan alamat kilang ( menuju ke HR )

Anda bebas nak letakkan nama company penuh berserta alamat dan juga alamat rumah anda penuh di bahagian atas. Tapi kalau tak buat salah satu, atau 2 2 pun tak mengapa. Tiada siapa yang akan marah. Untuk kerja kerajaan, elok lah letak 2 2. Sebab orang interview temuduga spa memang poyo sikit.

Tapi, sangat digalakkan untuk letak 2 2 alamat..

Step 2 – tajuk tu nak tulis apa dan macam mana.

Untuk 2 contoh design atas tak tulis pun. Tapi saya galakkan anda tulis. Supaya employee lebih cepat tangkap apa maksud anda dari awal.

Tulis di bahagian atas ‘Dear Recipeint’ untuk contoh design di atas lah.

Tulisnya begini

‘Application to become Process Technician’ atau contoh lain

Permohonan untuk Memegang Jawatan “Sekian Sekian”.

Ok? Simple je..

Tapi boleh tak tulis macam ni…???

‘Application to become What Ever Technician Post Available’ ????????

JANGAN. Be more specific..

Moving on..

Step 3 – Perenggan 1

Anda tulis dari mana tahu iklan jawatan kosong ni dan bagi mana mana point yang buatkan anda ni layak memohon..

Antara contoh yang saya boleh bagi….

My name is Muhammad Uwais bin Muhammad Zulkarnain. I notice your job vacancy from Jobstreet. After reviewing your requirements that needs at least 2 years working experienced in this field. I believe I can be your best candidate after 4 years working as Equipment Maintanence in Lithography Process.

Penerangan:

  1. Saya ada bagi tahu nama ni satu benda
  2. Lepas tu saya bagi tahu saya dapat tahu dari Jobstreet
  3. Lepas tu saya bagi tahu point yang sesuai untuk bagi tahu saya ni memang layak. As candidate ya, rendah diri sikit. Jangan terus cakap, ‘as your employee’ ke apa. Kita ngaku candidate untuk dia buat saringan dahulu.

Contoh ni lebih kepada yang sudah ada pengalaman kerja. Anda tengok artikel saya yang lagi satu. Saya bagi contoh cover letter untuk yang fresh graduate pula.

Sekarang kita nak pergi ke step yang no 4. Untuk perenggan ke dua..

Step 4 – Perenggan 2

Yang ini anda kenalkan diri untuk point point yang simple simple je. Sebab kan contoh cover letter ni secara tak sengaja saya buatkan khas untuk orang yang sudah ada pengalaman kerja. Jadi saya teruskan sahaja lah untuk perenggan seterusnya..

Tapi untuk yang fresh graduate, korang jangan terus pergi link yang cover letter untuk fresh graduate atas tu. saya galakkan untuk orang korang baca artikel ni juga..supaya faham flow nya.

I start working as Maintenance Technician in Semicon Industry since 2013. Since then, its already 4 years working in XXXX Company and wanted to give it a try my journey with Osram next. Graduate from more to technical unversity, University Technology Malaysia with Diploma in Mechanican Engineering with 3.6 CGPA.

Memang cerdik betul Muhammad Uwais ni ye. 3.6 tu. macam biasa saya cakap, kalau pointer cantik. Tulis. Jangan kencing sudah..sekarang saya nak pergi kepada penerangannya.

Penerangan:

  1. Sebabkan sudah ada pengalaman, so sambung sahaja pengalaman korang tu sikit. Jangan lebih lebih, bagi pada surface sahaja.
  2. Bagi tahu graduate mana. Jurusan apa..pointer brapa…
  3. Perenggan ni boleh dipanjang kan lagi dengan 1 lagi ayat….1 lagi ayat tau, tak nak nampak panjang sangat…cover letter ni tujuan nya untuk kita bagi tahu point point yang sangat penting untuk majikan tengok sahaja ( anggap ni point ke dua tujuan cover letter, tadi atas 1 kan ). So kita ingatkan majikan ni akan point point ni cover letter, nanti bila diorang baca kat resume, baru la nampak lebih detail…

    Untuk ayat yang lagi 1 nak tambah tu, citer la macam tempat tinggal semua. Biar dekat dengan kilang ke. Kalau korang apply kilang yang jauh, cakap la nak pindah dekat dengan kilang ke. Atau pun ayat yang ‘saya tiada masalah untuk travel’. Atau pun tambah lagi dengan ayat ‘ memang mak sedara bapak sedara saya pun duduk dekat area sini juga’. Contoh lah.

    Memang kene lebih kreatif sikit..so duduk tenang tenang. Jangan gopoh gapah…

    insyaAllah mesti jumpa ayat nya juga…

sekarang kita nak pergi ke point yang terakhir. Perenggan nak close cover letter.

Step 5 – Perenggan 3 – perenggan yang last

Tak perlu banyak banyak. 3 perenggan yang ada dalam 3 4 ayat dalam nya pun sudah cukup. Tujuan utama kita nak tunjuk resume bukan untuk cover letter. Cover letter just sebagai ‘kudap kudap’ je.

Untuk perenggan yang terakhir, motifnya korang tulis. Ajak majikan untuk berjumpa dan buat interview. Supaya senang korang buktikan. Saya sendiri suka interview ni. supaya saya bleh pastikan kilang tu best ke tak. Sonok ke tak. Gaji ok ke tak. Majikan tu pun boleh cerita kan pada kita apa benda yang ada kat dalam. Kalau dapat buat line tour lagi bagus..

Jangan malu mintak tau. Selamba je cakap. “do we have line tour inside the line?”

Benda ni bukan sahaja memudahkan kita untuk nampak overview kerja baru nanti. Malah si majikan pun akan nampak yang kita ni bersemgat. Tapi mesti cakap dalam keadaan muka senyum tau. Nnt bunyi macam beriya pula.

Ok kita sambung contoh untuk step 5, iaitu perenggan yang terakhir

You can continue more details about my work experienced in resume. I express more details about my 4 years experienced at page 2 in my resume. And please do take your time to read, and I am ready for call interview. Hopefully the date plan at my Off Days, so it don’t clash with my working day right now.

You can reach me at 012 2132139 or 013 23121312

Best regards

Muhammad Uwais bin Muhammad Zulkarinain

Done..

Selesai..

Sekarang, saya akan bagi penerangannya..

  1. Jarang orang bagi idea untuk point mana yang dia perlu tengok kat resume kan. Tapi dalam contoh ni, saya letak kan sekali ayat. Kalau nak tengok bahagian experieced saya yang lebih detail, sila pergi ke page 2 di bahagian resume. Bagi saya ni, ini sangat baik. Sebab kita ingatkan si majikan ni lagi sekali.
  2. Macam biasa, ayat untuk ayat interview.
  3. Untuk ayat you can reach me at no telefon tu..sengaja saya sengkangkan. Supaya nampak lebih jelas bila berada bukan sekali dengan perenggan 3.

Alright?

Alhamdullillah. Saya sudah setelkan tips cover letter. Punya la malas nak tulis. Entah kenapa hari ni jadi rajin. ( dalam keadaan terpaksa )

Untuk tujuan kenapa kita buat cover letter, anda boleh rujuk artikel saya yang lagi satu, kenapa cover letter di sini. Saya tak jadi nak sambungkan point ke 3 bawah ni. macam dah panjang sangat dah artikel ni..

Dan yang ini untuk yang fresh graduate, boleh rujuk cara sediakan cover letter khas untuk anda di sini.




Contoh Cover Letter Untuk Fresh Graduate

Sebelum kita mula, saya rasa buat masa ni saya tak cover cover letter untuk mereka yang sudah berpengalaman kot. Sebab ia lebih kurang sama sahaja dengan cara buat resume cara olah ayat nya. So dalam artikel ni saya hanya akan cover untuk yang fresh graduate sahaja. Sebab cara pengolahan ayat kena pandai sikit.

Mana yang dah ada pengalaman ok lah sebab ada point yang kita nak sembang. Tapi yang fresh kena susun kasi elok.

Tapi sebelum tu, untuk siapa yang masih lagi sangsi akan kelebihan cover letter. Boleh rujuk dekat artikel saya yang lagi satu, iaitu kepentingan cover letter. InsyaAllah korang akan jadi semangat sikit nak buat ya.

Baiklah, sekarang kita mula ya…

Untuk yang fresh, motif setiap perenggan masih lagi sama. Tapi angle untuk tacle hati majikan tu dah lain sikit. Kan sini, kita cuma ada peluang pada:

  1. Memang iklan jawatan kosong tu nak orang yang fresh graduate (sebab orang ada pengalaman biasanya gaji kene bagi lebih sikit)
  2. Kedua, berdasarkan minat anda
  3. Ketiga, berdasarkan tatasusila, hormat, rendah diri anda dalam menulis resume dan cover letter.

Kita terus kan.

Tapi sebelum, saya nak cari dulu antara Job Vacancy di Jobstreet yang ada perkataan ‘fresh graduate is encourage to apply’.

Sekejap ya…

Tut

Tut

Tut.

Ok saya dah jumpa. Saya akan bagi pelbagai contoh ya. Setiap contoh yang saya bagi ada 2 benda yang saya selitkan. Gambarnya, mudah untuk korang tengok terus. Dan link mana saya ambil sebagai bukti. Tapi link ni mungkin sudah invalid nanti lama lama. So tak perlu pun korang nak klik link tu. tengok gambar sudah cukup.

Ini contoh ayat yang ada pada job iklan yang fresh graduate patut apply..

Link : https://www.jobstreet.com.my/en/job/process-technician-3463427?fr=21&src=16&srcr=12

Link : https://www.jobstreet.com.my/en/job/production-technician-3462705?fr=21&src=16&srcr=12

Untuk contoh yang bawah ni, siap dia cakap highly lagi. Kiranya nak sangat lah tu. so sila sila

Link : https://www.jobstreet.com.my/en/job/technician-2-dept-operation-cleaning-lube-3462144?fr=21&src=16&srcr=12

Contoh yang bawah ni, katanya orang yang pointer tinggi je boleh apply..berlagak ye. Ok lah tu. maksudnya dia boleh bagi gaji baik..

Link : https://www.jobstreet.com.my/en/job/pcba-troubleshooting-debug-technician-3465404?fr=21&src=12

Yang bawah ni, dia nak yang ada pengalaman, tapi masih lagi boleh apply kata nya

Link : https://www.jobstreet.com.my/en/job/technician-3465017?fr=21&src=12

Yang ini dia special sikit. Memang fresh boleh apply. Tapi mesti tally dengan vocational background. Maksudnya, mana yang sekolah teknik, yang memang lebih kepada teknikal. Main main mesin semua. U pun ada. Masa saya dulu. Late machine tu semua. Kalau memang tally dengan jawatan yang nak apply. Pun boleh juga

Link : https://www.jobstreet.com.my/en/job/junior-technician-3466486?fr=21&src=12

Kadang kadang korang perasan. Ada ayat ‘Non Executive’. Ini adalah short form untuk British punya stail. Kiranya nak bagi, orang yang tak buat keputusan. So mana yang fresh, insyaAllah boleh try juga.

Link : https://www.jobstreet.com.my/en/job/maintenance-technician-3467885?fr=21

Ada lagi yang lain, iaitu Junior Executive. Ini lebih kepada orang yang buat keputusan, tapi tak menyeluruh. Mungkin di sesetengah sektor atau bahagian kecil sahaja. Mungkin sesuai untuk engineer level atau senior technician.

Kalau jumpa ayat macam bawah ni lagi bagus. terus cakap, tak perlu ada pengalaman katanya

Link : https://www.jobstreet.com.my/en/job/technician-3464503?fr=21&src=16&srcr=12

Tak semestinya kena KLIK satu satu iklan baru jumpa ayat ni. kadang kadang majikan memang terus nak target korang yang fresh ni. kiranya masa buat carian di homepage jobstreet pun sudah boleh nampak diorang nak fresh graduate…seperti contoh di bawah

Untuk contoh carian ‘technician’ lah ya. Korang boleh try guna keyword jawatan lain.

Ok..

Sekarang kita sambung. Macam mana nak olah ayat untuk perenggan 1, 2 and 3

Perenggan 1

My name is Muhammad Uwais bin Muhammad Zulkarnain. I notice your job vacancy from Jobstreet. After reviewing your requirements, I believe I can be your consider candidate. Just completed my degree last 3 months at University Technology Malaysia

Atau pun

My name is Muhammad Uwais bin Muhammad Zulkarnain. I notice your job vacancy from Jobstreet. After reviewing your requirements, fresh graduate with vocational related experirenced. I believe I can be your consider candidate.

Penerangan?

Rasanya sudah cukup jelas dah tu.

Cuma, saya terus bagi tahu dari u mana walaupun perenggan 1 kan.sepatutnya saya bagi tahu di perenggan kedua. Tak ada masalah pun. Kita tak perlu straight sangat.

Perenggan 2

Petikan di atas, adalah yang saya ambil dari cover letter yang ada pengalaman.

I start working as Maintenance Technician in Semicon Industry since 2013. Since then, its already 4 years working in XXXX Company and wanted to give it a try my journey with Osram next. Graduate from more to technical unversity, University Technology Malaysia with Diploma in Mechanican Engineering with 3.6 CGPA.

Sekarang saya olah bagi dia nampak freshy pula

I graduated from University Technology Malaysia, in Diploma Mechanical Engineering with 3.7 CGPA pointer. I am fresh graduated. Just finish my study last November. During my practical training I experienced myself as Maintenance Technician at XXXX Company for 6 months

I did notes task that I did on my resume at page 1 for more details.

Done..

Penerangan:

Yang penting, anda tak semestinya pun ikut format yang saya bagi kat tips cover letter artikel pertama yang saya buat sebelum ni. tak perlu, memang tiada format pun. Kita bagi sahaja. Cuma jangan lebih lebih. Dan jangan ayat yang terlampau panjang. Overview sahaja tau.

Sambung penerangan:

  1. Saya bagi tahu graduate dari mana, pointer berapa. Ini normal
  2. Saya bg tahu saya fresh graduate, andai kata di perenggan pertama anda tak bagi tahu lagi. Jangan ulang ulang fresh fresh pula.
  3. Akhir sekali, boleh la selitkan pengalaman practikal sikit kalau ia nya related.
  4. Saya juga letak notes untuk tengok bahagian mana kat resume yang majikan boleh rujuk. Lagi sekali. Tak perlu ikut format mula mula tips cover letter saya..

Perenggan terakhir..

Petikan yang bawah ni adalah untuk yang berpengalaman..saya paste dulu yang ni, nanti baru saya goreng gorengkan nya bagi jadi untuk fresh

You can continue more details about my work experienced in resume. I express more details about my 4 years experienced at page 2 in my resume. And please do take your time to read, and I am ready for call interview. Hopefully the date plan at my Off Days, so it don’t clash with my working day right now.

You can reach me at 012 2132139 or 013 23121312

Best regards

Muhammad Uwais bin Muhammad Zulkarinain

Dan untuk freshy

Last but not list. You can get more details at my resume. I highlighted few details that taily with your requresments. Anyway, I am excited and hopefully XXX Company ( nama company yg anda apply ) will give me great kick off for my future.

You can reach me at 012 2132139 or 013 23121312

Best regards

Muhammad Uwais bin Muhammad Zulkarinain

Siap..

Jelas? Perlu penerangan tak?

Saya rasa tak perlu. Tapi saya nak bagi tau yang selepas perkataan ‘anyway’ to.

Akhir perenggan korang mesti buat ayat yang bagi tahu macam ni tau. Kiranya bagi tahu yang korang harap company yang apply tu boleh menjadi titik tolak kejayaan apa yang korang duk belajar dan study selama ni. kiranya harap company tu dapat menunjukkan yang korang ni boleh buat kerja lah macam tu..

Ok?

Tak jelas sila tinggal kan komen.

Saya akan reply dan jawab InsyaAllah




Kenapa Kena Buat Cover Letter?

Sebab orang lain tak buat? Betul juga. Bila orang lain tak buat, dan kita ambil effort untuk sediakan. Itu macam sudah OK.

Sebab memang dah disuruh buat? Pun betul juga. Saya pun memang nak suruh korang semua sediakan cover letter.

Tak susah pun nak karang. Saya dah kongsikan cara nya di artikel ni, cara sediakan cover letter.

Baiklah, kita teruskan je la apa motif saya kali ni. iaitu kepentingan untuk menyediakan juga cover letter bila minta kerja kosong.

Saya dah kongsikan 2 di artikel yang ini, iaitu

1. adalah untuk kita muatkan juga maklumat yang sepatutnya ada di bahagian resume. Tapi diletakkan di bahagian cover letter

kiranya kita macam pinjam ruang di cover letter sikit. Korang memang tak kan nampak idea ni kat blog lain. Ni saya sendiri fikir. Tak ada masalah pun sebenarnya. Jangan melampau sudah.

2. Highlight your strength – cover letter ni juga bertujuan nya untuk kita bagi tahu point point yang sangat penting untuk majikan tengok sahaja. Kiranya nak minta perhatian majikan dari awal lah kan.

3. Supaya kita boleh personalized kan application kita..

Maksud saya macam ni. kalau resume tu, tulisan dalam dalam nya lebih kepada macam cakap sendiri sendiri kan. Dan kebanyakan kita pun, akan buat ayat yang bunyi nya general. Supaya boleh apply kat semua company yang lain.

Tapi dengan ada nya cover letter. Penulisan nya lebih nampak personalized..

Kiranya, kita letak ayat yang saya nak kerja kat company XXX, saya nak datang interview di perenggan ketiga. Cara kita olah ayat kat perenggan 1 dan 2 pun lebih kepada macam bercakap dengan orang.

Berbanding dengan isi kandungan dalam resume..

Betul tak? Betul kot..

Even cara saya tulis artikel kat blog ni pun sama juga..lebih personalized supaya korang yang baca lebih sampai kat hati..bukan robot yang tulis..antara perkataan dan ayat dan juga tindakan saya untuk usaha ke arah lebih personalized ialah:

  1. Saya bahasa kan diri saya dan awak.
  2. Saya kongsikan pengalaman saya, storytelling
  3. Setiap kali tulis artikel, saya tak buat semuanya dalam satu perenggan. Memang pening kan mata kome nak baca. Cover letter kita pun saya buatkan dalam 3 perenggan.
  4. Saya cuba untuk melawak

Dan macam macam lagi…tak pe lah, kita pergi ke point no 4…..supaya ia lebih direct…

Supaya permohonan kerja yang kita minta tu lebih direct..

Cakap terus terang, saya nak jawatan itu. Saya nak jawatan ini. Hah macam tu. resume tak bagi tahu. resume lebih kepada bagi tahu kita ni macam mana sahaja.

Kan?

Baiklah, itu sahaja..

Terima kasih…